It's me

It's me

Saturday 30 March 2013

Manfaatkan kesempatan

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dengan izinNya. saya masih mempunyai kesempatan untuk terus menggerakkan jari jemari ini untuk menulis. Alhamdulillah Ya Allah....

Dikesempatan ini saya ingin sekali berkongsi satu vidoe yang mungkin akan membuka kaca mata hati dan minda kita semua.. Ok, tak nak cakap banyak, anda semua disarankan menonton video ini terlebih dahulu bagi menyaksikan input yang sangat baik..

Tak banyak Vlogger yang menghasilkan video seumpama ini. Sejujurnya, bagi saya ini merupakan satu medium dakwah yang baik. Yang saya kira dapat memberi impak yang besar. Alhamdulillah, jika ini adalah satu permulaan, mudah-mudahan ianya akan berterusan.. In Shaa Allah...

Mungkin bagi pembaca diluar sana sudah terbiasa mendengar LangitIllahi.com serta orang-orang kuat di sebalik tabir LangitIllahi.com. Seperti Hilal Asyraf, Umar Mita, Afdholul Rahman, AmeenMisran, Khumairah, Ummu Mukhlisah, Abu Umar dan ramai lagi.. Saya di sini sekadar ingin menyarankan anda semua yang diluar sana supaya dapat sama-sama berusaha untuk mencari bahan-bahan bacaan dan tontonan yang baik, yang dapat memberikan kita pengajaran bukan sekadar nilai tambah dalam kehidupan kita. Akan tetapi, dalam masa yang sama bahan-bahan tersebut boleh menjadi sebagai peringatan dan mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanallah Ta'ala..

Sebenarnya, ada banyak lagi laman-laman web dan buku-buku yang boleh kita tonton dan baca selain kita boleh mendapatkan ilmu terus dari majlis-majlis ilmu seperti ceramah, usrah dan kuliah-kuliah di masjid berhampiran anda. Jadi, sekiranya mempunyai masa yang senggang ataupun berada di dalam keadaan yang tidak mengizinkan, maka bolehlah meluangkan sedikit masa untuk menonton atau membaca bahan-bahan yang bermanfaat secara terus dari rumah.

Saya berharap agar kita semua boleh meluangkan masa atau memenuhi masa yang ada dengan mencari ilmu dan menambahkan ilmu kita demi mencari keredhaan Allah Subhanallah Ta'ala di dunia hingga ke Akhirat.. In Shaa Allah.. Tanpa ilmu, maka rugilah kita. Membaca dan menulis adalah kunci ilmu.

"Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari dari segumpal darah. Bacalah, dan TuhanMu lah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia tidak mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya," (Surah Al-'Alaq, 96:1-5)

Wednesday 27 March 2013

Penghujung Mac...

Assalamualaikum semua..

Diam-diam, sekejap je kan waktu berlalu. Dah hampir penghujung March. Terasa cepat sungguh waktu berlalu. Terasa macam baru lagi mula class, tup-tup it's already the 6th week! Dah tahap kecemasan since, banyak lagi project yang belum settle. Humm something new for this semester is, we were assigned to involved in the pre-commercialization project together with YIM Yayasan Innovasi Malaysia, regarding on the development of new and innovative products. (Later on i'll talk about this further)

Hmmm.. Kalaulah project ni kena handle alone, errr.... hehe Alhamdulillah by grouping. So, can delegate the tasks among us. Tu untuk satu subject. Yang Research proposal ni, i keep changing the topic and the scope of the study.. LR lagi kena cari dan tambah.. sempat tak ni? Since i just have another 2 more weeks to working on.. Tak pe. In Shaa Allah.. pasti boleh! :)

Dan ape lagi? Ummm ada ape lagi ye.. Oh hampir terlupa..Next week kami ada exam on Wednesday (Business Research Method) and Thursday (Managing Information System).. Berturut-turut.. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Jadi, kena tangguhkan dulu plan untuk balik kampung. Sorry Mak. And sorry anak bonda, Bonda tak dapat nak balik kampung. Be the Soleh one ye sayang. .. In Shaa Allah.. Sampai masanya saya akan pulang jugak ke kampung. :) Oh cuti mid term.. 

Sekian... :)

Tuesday 5 March 2013

Soal Hidup, rezeki, takdir, jodoh dan mati..

Assalamualaikum wbt....

Lewat malam begini adalah waktu yang sangat sesuai dan waktu yang paling indah sekali untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernyawa, yang mana kita sendiri tidak tahu sampai bila nyawa ini akan diberi pinjam kepada kita. Semoga kita sentiasa memperbaiki amalan serta akhlaq kita demi mencari Redha Illahi. Dan semoga Allah Redha dengan kita.

Saat ini hati kecil ini berbicara dan bertanya lagi. Apakah yang kucari demi sebuah penghidupan yang sementara di dunia ini? Kegusaran semakin menjadi saat terbaca post di sebuah blog berkenaan azab siksaan api neraka. Sungguh. Aku gerun! Aku takut! Bersungguh untuk tidak lagi mengulang dosa-dosa silam. Apatah lagi segala dosa yang tidak aku perasankan. Ya Allah kau ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku serta kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Ammeennn...

Lantas aku kembali berfikir, tertanya-tanya dan berteka teki sendiri. Aku tahu. Allah telah menetapkan urusan rezeki, jodoh, takdir perjalanan hidupkita sebagai hambaNya di dunia ini, malah perihal maut kita juga sudah siap tertulis. Soal mati, sering saja berlegar di fikiran ini. Mudah-mudah aku akan mati sebagai hambaNya yang solehah, bertaqwa dan sentiasa meletakkan ALLAH SWT teratas daripada segalanya. Matikan aku dalam keadaan aku beriman dan sedang beramal soleh Ya Allah..

Kemudian, aku terfikir lagi. Kali ini soal rezeki dan takdir perjalanan hidupku. Aku tahu, aku harus berusaha untuk mendapatkan rezeki yang baik lagi halal. Kerana di hari perhitungan nanti akan di tanya setiap rezeki yang kuterima itu dari mana sumbernya. Atas usaha yang bagaimana aku mendapatkannya dan apakah aku telah menginfaqkannya kepada jalan Allah? Lalu aku terfikir lagi. Bagaimana pula dengan takdir kehidupanku? Aku yang harus menjalaninya. Aku yang harus memilih untuk melalui jalan yang benar atau sebaliknya. Pilihan di tanganku, namun aku tahu. Aku tidak boleh lepas dari mengharapkan panduan dan petunjuk dariNya, iaitu DIA Yang Maha Esa. Maka pada-Nya lah aku perlu meletakkan pergantungan sepenuhnya.

Ada satu hal lagi yang aku masih memikirkan hingga hari ini. Soal jodohku. Ya Aku tahu. Allah telah menjadikan setiap dari ciptaanNya berpasang-pasangan. Aku yakin DIA pasti sudah menetapkan seorang yang cocok untukku. Namun, adakah aku bisa mendapatkan seseorang yang sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki dirinya? Aku tahu aku tidak sempurna. Aku hanya seorang wanita biasa yang hidup di akhir zaman ini dengan cita-cita untuk menjadi wanita solehah. Hingga kini, aku masih sedang berusaha untuk terus memperbaiki diri. Agar nanti aku dan bakal suami ku boleh menumpukan hal-hal lain dalam membentuk Baitulmuslim. Ya Allah pantaskah aku mendapatkan seorang yang sebegitu dalam hidupku? Ya Allah bantu aku Ya Allah. Bantu aku supaya aku sentiasa memperbaiki diriku. Hakikatnya aku ingin menjadi lebih baik dari semalamku. Bantu aku Ya Allah..

Buat bakal suamiku, aku di sini masih lagi dalam usaha memperbaki diriku. Aku masih lagi bertatih dalam menjaga auratku dengan sempurna, namun aku bercita-cita untuk istiqamah dalam melaksanakannya. Aku kini juga sedang menjinak-jinakkan diri dengan usrah dan merajinkan diri supaya sentiasa mencari cinta Allah dan Rasul. Aku tidak sempurna bakal suamiku, aku punya cerita lalu. Namun sekerasnya aku katakan aku tidak mahu lagi berada di masa silamku tidak mahu lagi hidup dalam kegelapan itu. Yang ku mahu mencari RedhaNya serta mencintai kekasihNya, Rasulullah SAW sebaiknya.

Bakal suamiku. aku tak pandai menyusun kata. Tidak pula aku pandai mengarang cerita. Namun, sejujurnya aku akan berusaha untuk terus istiqamah dan mengharapkan agar kau juga begitu. Bakal suamiku, akan kutunggu dirimu hingga tiba saatnya untuk Allah mempertemukan kita dan yang kutunggu adalah lafaz 'Aku terima nikahnya' darimu. Semoga kita bersama-sama berusaha memperbaiki diri agar menjadi sempurna dan semoga Allah permudahkan urusan untuk kita disatukan serta dipermudahkan untuk kita menuju SyurgaNya.. In Shaa Allah...


Saturday 2 March 2013

Sihat dan sakit

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberi pinjaman nyawa walaupun keadaan diri yang kurang sihat akhir-akhir ini. Seandainya kesakitan ini sebagai kifarah atas dosa-dosaku, aku redha Ya Allah.. Sentiasalah tetapkan hatiku supaya menjadi hambaMu yang teriman dan bertaqwa. Ammeennn..

Benarlah ada pendapat orang yang menyatakan tahap kesihatan seseorang itu mampu membuatkan diri semakin dekat denganNya. Saat kesihatan mulai susut dengan pantas kita akan mengingat mati. Mengenang dosa lantas insaf untuk terus bertaubat. Bimbang andai saat kematian menjemput tanpa sempat bertaubat kepada Allah SWT. Nauzubillah... Minta dijauhkan.

Terkadang juga waktu kita sakit ini sering kita merasa terkilan. kerana kita leka dan alpa sewaktu sihat. Waktu sakit begini barulah teringat mahu membuat sebanyak-banyak kebaikan dalam menambah amalan. Ya. Seandainya dapat kita lihat dosa dan pahala itu, akan pasti manusia tak akan mahu berhenti dari bersujud padaNya. Akan pasti ada yang lebih rela mahu mati hari ini daripada terus-terusan membuat dosa dan kemaksiatan.

Namun, Allah jualah yang lebih mengetahui segalanya. Dia tahu apa dan mana yang terbaik buat kita sebagai hambaNya. Jadi setiap peluang sementara nafas masih lagi ada, manfaatkannya sebaik mungkin. Aku juga harus mengambil ibrah atas kesihatan yang kurang ini. Semoga aku bisa menjadi hamba yang lebih baik dari masa ke semasa. Peringatan kepada diriku sendiri. Ayuh, rebut peluang mencari redhaNya selagi masih bernyawa!