It's me

It's me

Monday 24 September 2012

Tentang diriku

Assalamualaikum w.b.t kepada semua.. :)

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. :) Syukur.. Masih ada peluang bagi menebus segala dosa yang ada. Dan masih mempunyai masa untuk bertaubat. Syukur Alhamdulillah juga kerana kita masih berkesempatan untuk meraih sebanyak-banyak 'markah' untuk dijadikan sebagai bekalan semasa di Akhirat nanti.

Alhamdulillah, walaupun kesihatan kurang memberangsangkan, tetapi saya masih berupaya untuk melakukan tugas dan rutin harian. Kebelakangan ini, malah sejak dari kecil memang masalah kurang sihat sudah menjadi kebiasaan. Mengapa? Saya sendiri tiada jawapannya. Bila berjumpa doktor, semuanya okay. Tapi entahlah, memang dari kecil lagi saya memang mudah jatuh sakit. Alhamdulillah, walaupun selalu kurang sihat, tidak lah sampai saya mempunyai penyakit yang kronik. Cuma, ada sedikit limitation. Saya menjadi cepat letih dan sukar membuat aktiviti outdoor. Jiwa dan minat kepada aktiviti-aktiviti lasak selalu membuatkan saya memaksa diri sendiri untuk bertahan dan meneruskan aktiviti.

Kadang-kadang bila tak sihat pun saya tetap akan memaksa diri sendiri untuk buat semua kerja atau bergerak. Tak mahu saya memanjakan diri sendiri. :) Saya kena kuat. Kena buat sendiri dan kena belajar berdikari. Walaupun ada masanya saya perlu berjalan jauh dan turun naik bukit, tapi saya kena buat dan kuat juga. Tak pe. Sebab saya percaya, ALLAH sentiasa ada untuk menjaga saya. Dan ALLAH sentiasa ada untuk memberi perlindungan kepada saya. :)

Kalau tanya ahli keluarga saya dan teman-teman rapat dari sekolah rendah dulu kan, mesti diaorang semua akan cakap saya ni selalau sakit dan mudah sangat nak sakit. Dulu masa sekolah kerap demam dan selsema. Selalu kalau sakit sikit-sikit saya datang je sekolah. Masa sekolah rendah dulu kerap lah tak datang sekolah. Tapi bila dah sekolah menengah, paksa juga pergi sekolah. Kadang-kadang kalau tak sihat pun saya tak cakap dengan mak atau arwah ayah. Senyap je. Kalau tak nanti mak dengan ayah bimbang.

In fact sampai sekarang ni pun kalau sakit sikit-sikit saya tak cakap dengan siapa-siapa pun. Kalau teruk sangat je baru saya cakap. Kalau tak biasanya saya tahan je. :) Dari dulu lagi saya ni memang berteman baik dengan ubat-ubatan dan supplement. Tapi lately saya tak nak bergantung sangat. Kalau dah terdesak sangat baru saya ambil. Kalau pening sikit-sikit tu memang tak makan ubat. Hehe Degil kan saya?

Tapi lately kesihatan saya semakin tak menentu. Lagi cepat letih dan cepat sangat nak pitam. Nak kata tak makan, saya makan. Cuma mungkin makan tak ikut masa. Kadang-kadang lewat lunch dan lewat dinner. Kadang-kadang bila tak sempat makan, saya makan je buah. Okay lah tu kan daripada langsung tak makan. Hmm kadang-kadang pernah rasa sampai tak larat sangat nak bangun. Hehe.. ni nampak gaya ni kalau pitam lagi memang kena terus hantar pergi hospital ni.

Pernah juga dulu saya cakap kat kakak saya, siapa yang nak kawhin dengan saya memang kena get ready dengan limitation saya. Kerap sangat jatuh sakit. Kalau sanggup nak kahwin dengan saya dan terima saya, kenalah bersiap sedia untk menjaga saya ni. Hehe..

Pernah juga terfikir, kenapa dengan diri saya. Kadang-kadang sampai saya terfikir, ada penyakit kronik ke saya ni? Hehe.. kalau ada mungkin keadaan lebih parah kot. Selalu bertanggunh kalau nak ke hospital untuk buat blood test. Yela nak kena tengok juga. Sebab arwah nenek dulu ada kanser thyroid. Itu yang lagi membimbangkan.

Humm walau apa pun, saya kena buat check up juga. Kena buat blood test. Tapi sebelum saya mengakhiri entry ini, saya dengan ini ingin memohon maaf andai saja tulisan saya ini mengguris hati mana-mana pihak. Kepada mereka yang mengenali diri ini, lagilah saya nak minta maaf andai terkasar bahasa, terlebih gurau dan bermacam lagi. Dan saya minta halalkan yang termakan terminum dan ilmu-ilmu yang telah diberikan. Maafkan saya.

Akhir kata, semoga ALLAH sentiasa memberikan perlindungan kepada kita semua. Ameen



Salam sayang untuk semua,
Nor Muzalifah Binti Samean
@muzasamean (follow at twitter)
12:45 PM
24/09/2012




Tuesday 11 September 2012

11 September 2012, SAKURA BERBUNGA LAGI

Alhamdulillah, hari ni saya menjenguk bilik baru saya. Esok insyaALLAH saya akan mulakan class. Doakan semuanya berjalan lancar yer. Terima kasih. :)

Semester baru dah bermula, alhamdulillah setakat ni separuh urusan sudah selesai. Hanya tinggal sedikit saja lagi yang masih belum selesai. Semoga ALLAH membantuku agar semuanya selesai dengan baik.

Alhamdulillah juga sebab result semester lepas sangat baik. Hehehe...Terasa macam tak percaya pun ada. :) Terima kasih pada pensyarah-pensyarah yang mengajar, Prof Fauzias, Dr Sofiah, Prof Madya Ezani dan Dr Nik Hazrul. Terima kasih kerana tak jemu-jemu menabur ilmu kepada saya. Tak lupa juga untuk my family yang banyak sangat beri sokongan yang tak henti-henti dan tak juga lupa juga kepada classmates semua. terima kasih banyak-banyak. Paling saya nak ucapkan terima kasih kepada roommate saya cik Nur Ain, yang banyak berkongsi suka & duka dengan saya. Thanks dear, thank you so much. Dan tahniah juga sebab cik Ain dapat DL. Hehehe

Yang paling kelakar, siang tadi masa nak masuk bilik boleh la pulak tersalah blok. Hehehe.. punyalah confident ketuk bilik 406 (no bilik saya) rupa-rupanya bilik tu tak berpenghuni! Masa tu saya dah terasa pelik. Bila called cik Ain, dia cakap dia dah buka pintu, and cari saya tak ada! cik Ain kata saya salah bilik. Haha.. Dah agak Dah. Masa saya ketuk tu tak ada orang buka pintu. Then, saya perasan sesuatu. No yang di lekatkan kat pintu salah satu bilik kat sebelah bilik yang saya ketuk tu. '15-407'! Sah! memang saya salah bilik! Haha tergelak-gelak masa called Cik Ain semula. Hehe.. Apalah bukan tak tahu blok2 yang ada kat kolej ni, tapi still salah jgk. Hehe teruk betul. Dah macam budak baru plak. 

Alkisah bila je tiba kat blok and bilik yang sebenar, saya dah tergelak-gelak dah bila tengok Ain. :))) Haha.. memang lawak. Apelah yang saya pikir sampai tersalah masuk blok. Haha.. memang aneh. Bila masuk je bilik saya (yang betul!) terasa macam kurang best sikit. Humm cat dinding kale light pink yang agak dull warna dia. Humm bilik dulu best. Sebab warna hijau lembut. Sedap je mata memandang! Huhuhu.. Tapi tak pelah. Yang bestnya pulak kat sini, view dia! Wow. cantik. Buka je tingkap dah boleh nampak 'pokok sakura' berbunga pink! Wah.. bilik ni memang tema pink ker??? Humm kebetulan barang-barang saya sem ni banyak yang warna pink. Hahaha.. nasib lah. Tapi memang, macam kena cari juga sesuatu yang berwarna terang untk menceriakan bilik ni. (Jangan sampai nanti saya beli frog warna hijau terang!) Hehe..

Yang bestnya kat sini, bila malam ade nice view. Dari sini (tingkap bilik saya) boleh nampak GMI (German-Malaysian Institute) . Hihi best je rasa. Boleh nampak lampu2 yang ala-ala kawasan kediaman kat area KL. Hehe ala-ala macam duk kat area apartment lah kononnya nih. Wahh... ni memang sesuai kalau nk hilangkan stress kononnya (padahal kalau stress suka tidur jer) ;) 

Hehe.. jadinya takpelah. Kira okay lah dari takde bilik kan.. Lagipun kalau kita nak sesuatu tu nampak menarik, kita sendiri yang perlu buatkannya nampak menarik. So, hehe.. nanti kenalah deko2 sket.. Hehehe... Apa pun view 'pokok sakura' tu memang dah 'tarik' hati saya untuk mula sukakan bilik baru nih. Memanglah tak sama macam yang dulu, tapi sekurang-kurangnya banyak kelebihan, view yang cantik, kurang terdedah dengan serangan monyet dan lagi, boleh nampak view alam semula jadi.

Bilik yang dulu pulak memang best. Senang access nak ke small shop yang ada, bilik kat ground floor yg tak payah nk panjat tangga tinggi-tinggi. Tapi yang tak besnya view kurang menarik dan mudah dapat serangan monyet. Hehe.. Tak pelah setiap benda dan perkara ada kelebihan dan kekurangannya juga, sama macam manusia. Takpe Cik Muza, itulah resam dan rencah dlm kehidupan. Itukan normal. Kalau semua benda sama tak akan ada yang menariknya. So, get ready to be more positive yer cik Muza! (yes, InsyaALLAH! ;)) Hatiku berbunga riang...



Apa pun semoga semuanya berjalan lancar dan baik. Semoga ALLAH membantuku. Ameenn. 

Nota kaki: Beza bilik dulu dengan sekarang umpama macam orang yang ada pasangan dan tiba-tiba bertukar jadi single. ;)) (perumpamaan aje!) But dont worry sebab "sakura berbunga lagi' maksudnya, masih ada harapan dan 'sakura' tetap cantik dipandang! Sakura tetap di hati ;)

Friday 7 September 2012

Ruang Muhasabah Diri

Assalamualaikum semua!

Diam-diam kita bakal tinggalkan 2012 dalam kurang 4 bulan lagi. Sekejap je rupa-rupanya masa berlalu. Dan usia juga semakin bertambah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan berusaha menjadi seorang hamba yang sangat taat kepada Allah.

Alhamdulillah perjalanan hidup kita memang sudah dirancang dengan ALLAH s.w.t. dengan baik sekali. Walau apa saja ujian atau nikmat yang datang, itu semua adalah perancanganNya yang terbaik buat kita. Kadang-kadang memang kita rasa kecewa dan sedih bila ditimpa perkara yang menyedihkan, tapi di sebalik itu semua tersembunyi hikmah yang mungkin kita sendiri tidak sedar. 

Dan kadang-kadang juga bila kita merasa gembira, kita rasakan yang kegembiraan itu adalah perkara yang sangat membahagiakan. Tapi kita juga mungkin tak sedar bahawa kegembiraan yang kita sangka bahagia itu sebenarnya sedang 'membunuh' jiwa dan meruntuhkan akhlak kita. Hmm begitulah. Itulah rahsia ALLAH yang tak mampu kita atau sesiapa pun di dalam dunia ini mampu membacanya. Walau apa sekalipun, jangan jadikannya sebagai alasan untuk kita berputus asa. Kita perlu tenang dan berusaha bersungguh-sungguh, berdoa kepadaNya dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T..

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri. :) Alhamdulillah kehidupan saya semakin baik, dan saya merasakan bahawa saya semakin bahagia dari hari ke hari. Benarlah orang kata, yang penting adalah kita bersangka baik kepada ALLAH. Ini menunjukkan bahawa kita perlu positif dan mengajar diri kita supaya berfikir yang baik-baik kepada ALLAH dan orang lain. InsyaALLAh dengan izinNya, kita boleh mengubah diri kita. Saya banyak membaca tulisan Prof. Dr Muhaya, yang mana bagi saya beliau banyak mengingatkan kepada pembaca dan pendengar supaya  menitik beratkan penjagaan hubungan baik dengan ALLAH, sesama manusia dan persekitaran.

Saya cukup tertarik kepada pendekatan beliau setiap kali berbicara mengenai kehidupan. Bahasa yang digunakan cukup ringkas dan berkesan. Malah pendekatan yang dipraktikkannya sangat mudah untuk difahami. Dan alhamdulillah saya semakin matang dalam melihat sisi kehidupan saya. Jika dahulu saya seorang yang suka bersungut dan mengeluh sekarang sudah berkurangan. Memang benar, siapa diri kita adalah daripada apa yang kita fikirkan, apa yang kita lakukan, apa yang kita sebutkan dan dengan siapa kita memilih untuk dijadikan teman/rakan atau kenalan. Jadi bagi mengubah hidup kita, kita perlu mengubah cara pemikiran kita terlebih dahulu.

Alhamdulillah saya semakin yakin dengan kemampuan diri sendiri apabila selalu berfikiran positif dan bersangka baik dengan ALLAH. Kerana saya percaya tiap sesuatu itu pasti akan ada jalannya. :) Jadi marilah kita bersama-sama memulakan kehidupan kita dengan senyuman dan berfikiran positif. InsyaALLAh kita akan dapat melihat lebih banyak 'keindahan' yang terbentang di hadapan kita. InsyaALLAH. :)

Nota kaki: Jangan bertangguh dalam membuat kebaikan, takut nanti tidak kesampaian. :)




Wednesday 5 September 2012

Kau Yang Terindah

Ku di sini
Mengalunkan rindu yang resah
Aku di sini memuja bayangmu
Setiap detik degup nadiku hanya untukmu
Cinta membara jiwa gelora

Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cntamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku di sini
Menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan

Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semunya hilang
Bagai semalam semuanya hilang.

Kalau diperhatikan bait lirik lagu ini boleh menjadi lagu ketuhanan. Sesungguhnya ALLAH itu adalah yang Terindah di dalam hidup kita. :) Betul tak? 

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum dan selamat hari raya buat semua.. :)

Hai pembaca semua! Harap-harap masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap terutama yang mengenali diri ini dan jika saya pernah membuatkan kalian kurang selesa dengan tindakan saya, tutur bicara saya dan tak ketinggalan juga dengan bait-bait tulisan saya. Dengan rasa rendah hati saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas ketelanjuran tutur kata atau perbuatan saya. Mudah-mudahan bersempena Syawal yang mulia ini kita sama-sama mensucikan hati, InsyaALLAh.

Agak lama saya 'mendiamkan' diri dari menulis sesuatu di blog ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang. :) Saya masih di sini, tak ke mana-mana pun. Sengaja mendiamkan diri dan betul-betul fokus bercuti semester! Aktiviti utama adalah duduk kat rumah dan 'bekerja' untuk mak saya. :) Bukan selalu ada peluang untuk meluangkan masa dengan Ibu tercinta. Sementara masih bujang ni elok sangatlah spent time dengan mak sendiri kan. :)

Mak saya kata, "Mujur juga kau ade kat kampung raya ni, kalau tak mak tak tahulah sape nk tlg. Kak Noo kau dah kawen," Lepas tu saya kata "Tak pe mak, InsyaALLAH tahun depan Alip cuti 3 bulan lagi pastu bolehla tolong apa yang patut. Tapi kalau tahun yang satu lagi tak tahu lah mak, nanti dah keje tak boleh la cuti 3 bulan kat rumah." Lebih kurang macam tulah. Mak saya pernah cakap lagi. "Mak ni selalu cakap kat diri sendiri, anak-anak perempuan mak ramai yang dah bersuami, yang bujang pulak tak duduk sekali. Nak buat macam mana." Alahai Ibuku. Sedih pulak dengar mak saya cakap macam tu. Saya tak mampu nak menjawab, sekadar senyum. Lama sikit baru saya menjawab "InsyaALLAH mak. Kalau ada rezeki nanti mana tahu Alip dapat kerja dekat-dekat dengan kampung," Dan mak saya pun terus senyap. Humm Mak doakanlah yer.

Sepanjang hampir 3 bulan ni saya cukup rasa seronok dapat temankan mak. Hehe seperti biasa teman mak pegi kebun, bersihkan kawasan luar rumah sampailah bab belajar memasak. Hehehe almost everyday saya memasak. Hehe tapi jangan tanya resepi apa, sebabnya saya masak yang simple-simple aje. Kalau tanya nasi beriyani dengan nasi minyak memang sangat tak pandai. Tapi kalau  mee goreng, insyaallah bolehla. dan paling best belajar memasak ni memang seronok, komen yang kita terima memang banyak membantu untuk kita perbaiki quality masakan kita. Paling best bila menjadi! Terasa dunia ini macam ana yang punya!! Yang pasti  boleh tersenyum sampai termimpi-mimpi.

Tapi yang kurang best, bila dah terlalu lama cuti, kita jadi naik 'lemak' pulak bila nak start 'sekolah' semula. Hehehe alangkah bestnya kalau sekolah tu sebelah rumah. Bolehla tiap-tiap hari balik rumah dan jumpa mak. Hehe.. mimpi jelah kalau nak macam tu kan. Hehe.. Apa pun saya teramat berpuas hati dapat habiskan masa dengan mak saya. :) hehe ini pun dah rindukan mak saya! 

Oklah sampai sini saja untuk kali ini semoga kita berjumpa lagi di lain waktu. Akhir kata dari saya Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua. Kalau buat open house tu jemputlah saya yer ;)

p/s: Raya-raya juga, jomlah sama-sama kita puasa sunnat yer. :)