It's me

It's me

Wednesday 28 August 2013

Ada Apa Dengan Diari?

Salam semua,
Semoga anda semua sihat sejahtera dan selalu dalam perlindungan dan Rahmat Allah SWT.


1. Tak terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kan? =) Baru saya perasan saya tak buat pun post special untuk hari raya. Apa pun, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Kepada yang mungkin mengenali saya, saya mohon sebanyak-banyak kemaafan. Dan pada yang tidak mengenali saya pun, saya tetap juga nak mohon maaf. Mungkin ada tulisan saya yang mengguris hati anda yang membacanya. Dan sekali lagi maaf andai saya pernah terkasar bahasa dalam menulis, yang mana mungkin saya ada menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya. Mohon ampun dan maaf.

2. Baik, sekarang saya akan fokuskan kepada tajuk yang saya tulis kat atas tu. Ada Apa Dengan Diari? Sebenarnya saya nak cerita yang baru-baru ni saya terjumpa semula diari lama saya. Masa terjumpa semula tu, macam-macam yang saya rasa. Rasa terkejut (semestinya), rasa sedih pun ada juga (sebab mesti akan membuatkan saya teringat kisah lama) dan apa lagi ye, rasa nak buang je diari tu pun ada juga.

3. Tapi bila nak campak dan buang diari tu, tiba-tiba terasa sayang pula. Terasa ermmm tak patut saya buang. Siapa tahu, ia mungkin akan banyak membantu saya (bantu untuk apa yer?? Ermmmm??) ok, takpe. Biar je. Mana tahu ilmu yang tercatat didalamnya akan saya gunakan untuk mengolah penulisan saya. Siapa tahu kan? Sounds interesting here!

4. Okay, ada apa dengan diari sebenarnya ye? Mungkin ramai yang kata diari tu umpama hati kita. Apa yang tertulis dalam hati dan minda kita yang akhirnya kita coretkan dalam diari. Betul tak? Saya pun rasa yang diari tu umpama kotak hati kita. Apa yang kita rasa, kita fikirkan atau mungkin apa yang kita impikan kita akan tuliskan di dalam diari kita. 

5. Terasa kelakar kan bila terbaca semula diari yang kita tulis dari kecil. Mungkin ada ayat-ayat sebegini yang kita tuliskan dulu. "Benci abang. Dia jahat! Dia curi duit aku 50 sen!' atau 'Menyampah dengan si polan sebab dia tarik tudung aku kat sekolah tadi.' Atau 'Cikgu L pilih kasih. Layan geng mekap lebih. Sampai lantik jadi penolong darjah!'. Atau 'Aku taknak kawan dengan si polan, dia kata gigi aku rongak!' Haha.. Kelakarkan? Tapi itulah mungkin sebahagian coretan dalam diari seorang kanak-kanak. (Errmm bukan saya tau. Haha tang duit 50 sen kena curi tu, yer!) ahaha..

6. Seronok sebenarnya bila kita membaca semula diari yang kita tulis. Dan mungkin tanpa kita sedar kita akan merasa yang kita kembali semula ke zaman yang kita tuliskan tu. Atau mungkin, tiba-tiba kita akan teringat atau terasa macam tengah menonton semula ulang tayang 'filem' kita tu. Betul tak?Dan secara tak langsung ada pengajaran yang kita boleh kutip atau ambil dari penulisan kita tu.Percaya atau tidak mungkin kita ada tulis perkara-perkara yang baik yang pernah kita lakukan dulu, yang mungkin sekarang kita dah tinggalkan semua tu. Kalau ada perkara yang tak baik tu, tak yah lah nak ulang, kan? Dah besar panjang, jadi gunakanlah Aqal yang Allah kurniakan pada kita sebaik mungkin yer.

7. Yang menariknya diari ni macam manuskrip sejarah. Baik, kita akan lebih serius membincangkannya. Ya, ia umpama manuskrip sejarah diri kita. Tentang siapa kita, perangai kita, sikap kita, dan keperbadian kita. Kita mungkin tak sedar, kelakuan kita tapi bila baca semula diari kita, kita sebenarnya sedang belajar untuk kenal siap diri kita sebenarnya. Dalam buku teks sejarah ada di tulis, Sejarah adalah satu peristiwa yang dicatatkan yang mempunyai latar waktu, masa, peristiwa dan siapa yang terlibat. Dan dikatakan juga andai sejarah dilupakan, ianya akan berulang kembali. Ianya mungkin berpotensi untuk berulang kembali. Maksudnya, andaikata kita tak mengambil pengajaran dari cerita sejarah tersebut, maka tidak mustahil ia bakal berulang semula. Jadi, kita perlulah sentiasa ingat dan ambil pengajaran bagi setiap perkara yang terjadi di dalam hdup kita. 

8.  Membaca semula diari saya saat menempuhi usia kedewasaan, banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Banyak yang perlu saya perbetulkan.  Tidak sesekali saya menyesali apa yang pernah terjadi dahulu. Kerana saya tahu itu takdir terindah yang Allah takdirkan buat saya. Tetapi, saya pasti tidak akan memaafkan diri saya sendiri andai sesuatu yang buruk terjadi ke atas saya. Jika ia disebebkan oleh kejahilan dan pendeknya aqal (tak berfikir dengan sebaiknya) saya sendiri. Walau apa pun juga yang terjadi, saya percaya hikmahnya tetap ada. Jika mungkin  bukan sekarang saya nampak tapi mungkin, siapa tahu suatu hari nanti. Hidup, jangan pernah putus harapan. Kerana Syurga itulah harapan dan matlamat sebenar kita. Setiap kita ada sejarah tersendiri, tapi itu bukan alasan untuk tidak terus maju dan meninggalkan yang buruk dan yang sia-sia. Selagi nyawa masih di jasad, selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas untuk kita. 
credit to Google.com

9. Okay, dah berjela saya membebel, Seperti biasa, ambillah yang baik dari penulisan ini. Mana yang tak baik tu, buang jauh-jauh. Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Apa pun, saya rindukan masa lalu saya. Kerana masa lalu yang banyak membentuk siapa diri saya hari ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih menyayangiku.


Tuesday 20 August 2013

I'm not single nor taken

Hi and salam to all of you guys..


Back then, i was thinking about something. About being single and not yet taken. Hummm


Then, i do realized. Yes the jodoh is ready for me. Allah already plan for me and for all of us. So, worry not. Thus, just wait for the right moment to come. :)
Hope 'the one' will find me as soon as possible.
Hee because.... ok, i'm getting older. Got so many things to do with the one. 
Please come and be my husband. ;)
The most is to go for Hajj at Mecca..
Dear the one, if you read this, then quickly marry me. ;D