It's me

It's me

Saturday 13 April 2013

Rumah Impian Bab 4

Assalamualaikum.. Hi semua.. Hari ni ada mood yang sangat baik untuk publish sambungan Rumah Impian. Dah beberapa hari cuba menyiapkan hok sependek nih. Tapi berselang seli dengan assignment yang banyak tu. Jadi, adalah sikit ni je yang terhasil.

Muza terfikir macam nak ubah tajuk cerpen ni. Tapi tak sure lagi nak tukar jadi apa. Humm any suggestions? Kalau ada, bolehla drop the comments below ye. Harap-harap anda semua terhibur dan selamat berhujung minggu! :D

******************************************************

Berhenti berharap Syu. Ini masanya untuk kau bangkit. Perbaiki diri. Tambah ilmu dan ubah penampilan kau Syu. Jadi lebih baik. Tutup aurat dengan sempurna. 'Tutup' juga hatimu sebaik mungkin. Biarkan dia bahagia Syu.
(24 Disember 2011)

Sudahlah Syu. Kau tak layak untuk dia. Allah telah takdirkan jodoh yang lebih baik untuknya. 
(13 April 2012)

Itu antara keratan nota tangannya yang masih disimpan rapi di dalam kotak segi empat sama berwarna ungu manggis kesayangannya. Bukan sekadar itu, malah ada banyak lagi. Sebelum ini semua kad dari Saif, Syuhadah menyimpannya dengan rapi di kotak itu. 

Tapi, semenjak dia mendapat tahu berita pertunangan Saif, Syuhadah bertekad membuang sebahagian besar pemberian Saif. Nota dan kad yang mengungkapkan rasa cinta, rindu dan sayang itu telah dibuang. Yang tinggal hanya kad ucapan tahniah sempena konvokesyennya dahulu dan kad ucapan 'good luck' untuknya. Ucapan dan nasihat yang tidak berbaur 'soal cinta' itu masih disimpannya. Sebagai kenangan. Dan sebagai ingatan untuk Syuhadah terus menggapai impiannya. Ya. Sekadar itu sahaja. Tidak lebih malah tidak kurang. 

Tapi. Entahlah.. Sejak berita pertunangan Saif dahulu singgah di telinganya, dia dihimpit rasa sedih dan rasa tak mahu menyimpan sesuatu yang sia-sia lagi. Kad-kad cinta dari Saif, sudah hangus dijilat api saat dia sendiri membakar semuanya. Yang tinggal kini hanya kad ucapan tahniah serta nota berserta potongan hadis tentang ketauhidan dan tentang Islam. Tinggal itu sahaja yang masih dalam simpananya. Malah yang tinggal, banyak nota tulisan tangannya untuk diri sendiri. Nota cebisan ayat-ayat motivasi untuk dirinya sendiri. Dan surat serta kad ucapan dari teman-teman rapat saat farewell mereka setelah tamat pengajian diploma dan degreenya. Terima kasih Ya Allah.. Kerana Kau meminjamkan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokongku selama ini. Dan terima kasih juga Ya Allah kerana meminjamkan kekuatan ini kepadaku. Alhamdulillah.

Sudahlah Syuhadah. Jangan dikenang lagi masa silam itu. Dengan pantas Syuhadah menyeka manik jernih yang melurut di pipinya. Air mata, sudahlah. Kan lebih baik andai air mata ini gugur kerana takut akan azab Allah.. Ya Allah, mahalkan sedikit air mata ku ini. Biar ia mengalir kerana aku takut kepadaMu dan biar air mata ini mengalir hanya kerana kecintaaan aku terhadapMu.

Tok..Tok..
"Syu.. Boleh mak masuk?"

"Ya mak. Masuklah mak.. Pintu tak kunci," sambil menyeka sisa titisan air mata yang mengalir dengan belakang tangannya. 

"Syu, belum tidur lagi?" Soal mak sambil berjalan menuju katil Syuhadah.

"Belum lagi mak. Ni tengah buat assignement." Sambil menghadiahkan segaris senyuman kepada emaknya. Nasib baik tak menangis teruk. Sekadar setitis dua air mata yang mengalir.

"Oh yeke.. Banyak ke yang nak kena buat?"

"Humm banyaklah juga. Kena siapkan review lima journals ni. Tapi ni dah siap satu. Ada lagi empat yang nak kena disiapkan.. Kenapa mak? Ada apa-apa ke mak?" sambil ligat tangan Syu mengemas barang-barang yang berselerak di atas katilnya. Mengemas buku-buku dan helaian kertas journal yang baru di print petang tadi serta laptop yang masih terbuka. Dan tentu saja kotak berwarna ungu itu. Yang menyimpan sejuta kenangan dan perasaan Syuhadah.

"Tak ada apalah. Cuma mak belum tidur lagi. Ternampak bilik Syu masih terang dari bawah pintu tu. Tu yang mak ketuk bilik Syu."

"Oh.. Syu ada kerja sikit mak. Masih ada assignment yang belum siap. Lusa kan dah nak balik."

"Oh patutlah. Kenapa mata kamu merah tu? Hidung pun merah?" soal mak lagi.

"Err.. Mata merah? Ala biasalah mak. Menghadap laptop ni lama-lama. Mula la mata letih. Tu yang mula berair tu. Campur pulak mengantuk." laju aku menipu. Tak kan nak kata memang aku menangis kan? Minta ampun mak! Sebab dah buat dosa kat mak. Huhu..

"Iya ke? Bukan sebab menangis?

*gluuppp! You have been caught! Terasa kelat bila menelan liur. Mak ohh Mak! Sungguh la tak boleh menipu kat mak ni.*

"Errr..."

Belum pun sempat aku menjawap.

"Belajar macam mana? Ok?" Mak dah ubah topik.

*Ok. Mak tahu dan mak tak nak aku terus menipu di situ!*

"Alhamdulillah mak. Semuanya ok. Terima kasih atas doa mak ye mak.. Nanti mak doakan Syu dapat result yang cemerlang lagi ye mak sem ni.." sambil aku mendekati mak lantas segera memaut lembut lengan mak.

"Alhamdulillah.. Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anak-anak mak. Syuhadah jangan risau. In Shaa Allah mak akan doakan untuk Syuhadah supaya dapat keputusan yang cemerlang lagi." Ucap mak sambil mengelus perlahan tanganku.

"Terima kasih mak. Saayaangg mak!! Muahhhh.." terus aku mencium pipi mak. Sambil melentokkan kepala ke bahu mak dan tangan semakin erat memaut lengan mak. Rindunya kat mak!!

"Syu ni... ada-ada jelah. Mak pun sayang sangat kat anak mak ni.. Ni nak sambung buat kerja lagi atau nak tidur terus?" soal mak sambil menunding jari telunjuk ke arah laptop dan buku-buku aku..

"Heee.. Ada lagi ni mak.. Kejap lagi Syu nak sambung semula." Jawapku dengan sengih yang tak lekang dari bibir.

"Haa yelah.. Tapi jangan tidur lewat sangat. Ni dah dekat pukul 12 ni. Lagi pun Syu kata tadi dah mengantuk kan?"

"Heee dah biasalah mak Syu tidur lewat. In Shaa Allah ok dan tak ada apa-apa."

"Tak elok Syu macam tu. Masa tidur kena betul. Biar tidur awal. Nanti boleh bangun awal untuk qiam. Ini tidak. Subuh pun dah nak sampai habis waktu. Subuh gajah. Tak elok macam tu."

"Hehe.. Baik mak. Esok kalau Syu lambat bangun subuh, mak tolonglah kejut ye. Boleh mak?"

"Dah umur macam ni sepatutnya awak tu tak payah dah mak nak kena kejutkan lagi. Sepatutnya Syu lagi bingkas bangun daripada mak. Umur dah boleh jadi mak orang awak tu Syu. Tak patut dah mak tolong kejut subuh untuk Syu."

*Errr...ambil kau satu das mak shoot kau Syuhadah!*

"Hehe... Ala mak.. time kat kampung macam nilah Syu nak manja-manja dengan mak. Kalau tak bila lagi nak minta mak tolong kejutkan subuh." Aku mula buat muka seposen dengan senyum yang macam kerang busuk.

"Ada aje jawapan dia kalau mak cakap. Isyhh... Macam-macam kamu ni Syu. Ni.. Mak nak tanya sikit.." sambil menepuk lembut pehaku.

*Soalan mak berbaur udang disebalik mee bandung! Oh. Apakah yang mak nak tanya ni? Suspen!* Aku mengangkat muka mencari mata mak untuk memberi perhatian.

"Tanya? Tanya jelah mak. Selagi Syu boleh jawap. In Shaa Allah Syu jawap.."

"Hrmmm kamu dah ada kawan?"

*Terasa sedikit membundar mataku kerana terkejut dengan pertanyaan mak. Tu dia! Direct mak aku tanya! Aduh..! Terasa kepala aku macam kena timpa dengan buah pinang yang terjatuh dari pokoknya yang tinggi tu!*

"Errr.. kawan yang macam mana tu mak?" Saja buat-buat tanya padahal sudah kutahu maksud mak yang sebenarnya.

"Kawan lelaki lah.. Kawan yang boleh dijadikan calon suami." Ok. Terang jelas lagi nyata ayat penyata mak tu.

"Heeee.. tak ada mak. Semua yang Syu kenal pun dah jadi suami orang. Tak pun dah jadi tunangan orang mak." Jujur betul jawapan aku. Sambil aku mula melonggarkan pautan di lengan mak.

"Nanti kalau ada yang tanyakan kamu, kamu nak tak?"

*Terus aku angkat kepala dari bahu mak. Peluh dingin dah keluar dari dahi aku. Kalah soalan final paper Corporate Finance aku!*

"Err.. Tepulang kat maklah. Syu ikut je." Ya Allah.. Aku ke yang jawap macam tu? Ohh tidak!

"Alhamdulillah.. Yelah kalau macam tu. Mak bukan apa. Kalau nak tunggu Syu, nampaknya macam tak tentu lagi bila. Jadi, nanti kalaulah. Kalau ada yang tanyakan In Shaa Allah mak akan pertimbangkan bagi pihak anak mak ni. Tapi Syu janganlah bimbang pulak ye. Mak bukan nak paksa kamu kahwin pun. Cuma andai kata ada yang tanya, mak minta sangatlah Syu boleh pertimbangkan. Mak susah hati tengok anak dara mak ni tak kahwin lagi." ulas mak panjang lebar.

Aku pula?? Hrmm.. Hanya mampu terkebil-kebil menghadam apa yang mak bicarakan. Nak jawap apa ek??

Sudahnya aku hanya tersenyum. dan.. "In Shaa Allah mak. Syu sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yang terbaik. Mak pun tolong doakan sama untuk Syu ye. Mudah-mudahan dapat jodoh yang berpegetahuan agama dan mengamalkannya dengan baik ye mak. Manalah tahu kot-kot menantu mak tu ustaz ke. Kan?" Dalam memberi kenyataan aku selitkan gurauan. Hee.. Ok apa kalau dapat suami ustaz. Bukan ok. Tapi ok sangat-sangat!

" Amminn! Aikk.. Syu dah ada calon ke? Tadi mak tanya Syu jawap tak ada lagi." Mak dah buat muka pelik tapi tak terlepas dari meng'amin'kan apa yang aku katakan tadi. Kira mendoakan juga lah tu kan?

"Hehe.. Tak adalah mak. Syu saja je cakap. Gurau jelah mak,"

"Iyalah.. Mana tahu kot-kot termakbul apa yang kamu cakapkan tadi. Lapang dan senang hati mak," balas mak dengan senyum meleret.

"Hehe.. Mak ni. Orang cakap jelah mak. Tak ada maksud tersirat pun."

"Iya.. Iyalah.. Tak kesahlah tu. Tapi iyalah mana tahu kan jodoh kamu. Kalau betullah, beruntung sangat kamu Syu. Eh. Mak masuk tidur dulu ye Syu. Dah lewat ni. Kamu tu jangan tidur lewat sangat." Mak sudah mengangkat punggung dan mula menapak untuk keluar dari bilik aku.

"Baik mak." aku menjawap begitu kerana otak ligat mencari erti dan menghadam apa yang mak ucapkan tadi. Maksudnya?? Kenapa tiba-tiba aku rasa otak aku ni macam lambat nak proses data yang mak cakapkan tadi? Kenapa rasa macam pending je ni ekk?? Kenapa terasa macam berat je kepala aku ni?

"Satu lagi.." Mak kembali bersuara saat tiba di muka pintu, sambil menatap muka aku yang blur.

Aku tersentak. Mematikan awan fikiranku yang bergantungan di kepala sekejap tadi.

"Haa? Apa dia mak?" mataku membulat menanyakan soalan apa yang ingin mak soalkan.

"Sudah-sudahlah ingatkan Saif. Belajarlah lupakan dia dan belajar buka hati untuk orang lain. Dia tu suami orang Syu. Mak tak mahu kamu terus bersedih. Yang dah lepas tu sudahlah. Jodoh kamu mungkin dengan orang lain Syu." Pesan mak.

Terpaku aku dengan pesanan mak. Belum sempat aku membalas apa-apa, mak sudah menutup daun pintu bilikku.
Aku kembali tergamam. Mak tahu?! Mak tahu apa yang aku tengah fikirkan? Cepat aku menoleh ke arah kotak ungu! Means??

Pantas bibirku tersenyum. Apalah yang nak dihairankan. Mak yang mengandungkan aku. Tentulah mak tahu dan dapat rasakan apa yang aku rasa dan fikirkan. Instinct seorang ibu!

'Tapi sekejap! Mak tanya tadi seolah-olah.... Err tak mungkinlah mak nak kenenkan aku dengan someone. Humm Tak kot.' Saja menyedapkan hati sendiri.

*Kenen- Pasangkan/satukan

'Tapi macam mana kalau.....Betul!'

"Ohh tidak... Huhuhu.. ke macam mana ni?'

'Ah.. Malaslah nak fikir. Tidur lagi baik! Tak payah nak beratkan kepala dengan benda yang tak jelas lagi Syu. Ingat. Fokus dengan perkara yang ada depan mata dulu. Contoh? Ermm contohnya macam.. Haa! Assignment ni. Assignment yang tak siap-siap lagi ni! Tak payah nak berangan tinggi sampai ke bulan kalau assignment depan mata ni kau tak sentuh lagi!'

Ok..! Nak buatlah ni.

Aku berperang dengan diri sendiri dalam diam.

Dan.. Akhirnya Laptop aku capai semula dan mula mencari point terakhir yang aku taip sebelum aku melayan perasan tadi.. Dan meneruskan ayat-ayat yang seterusnya. Wah.. seronok bila idea datang mencurah-curah. Laju dan ligat saja jari jemari yang runcing ni menaip.

Aku semakin ralit menyiapkan assignmentku. Menyiapkan critique report untuk lima buah journal. Ini baru dapat siapkan 3. Masih berbaki dua lagi journal yang perlu aku selesaikan. Chaiyok!!

Dan bila mata mula semakin mengecil saat membaca journal yang ke empat, aku memandang jam dinding di atas kepala katilku ini. What?? Almost 3.00 am? Mak aii... Hebatnya boleh bertahan sampai sekarang! Fuhh.. Teror kau Syuhadah! Biasanya dah selamat belayar atas katil. Huu ni kena tidur ni. Nanti tak terbangun subuh pulak.

Aku mengemas sekadar sedikit sahaja. Yang penting kena tidur. Esok pagi pun boleh kemas buku-buku dengan nota ni semua. Pantas aku meletakkan kepala di atas bantal. Hummm bestnya.. dan aku sendiri tak sedar bila aku mula hanyut. Doa sebelum tidur? Ayat Kursi? 3Qul? Hummm jangan tanya. Jawapannya dah ada. Memang tak baca langsung! Astagfirullah.. Apalah nak jadi..



Bersambung....