It's me

It's me

Friday 9 March 2012

CINTA TERHALANG



Setiap perkara di atas dunia ini akan dipersoalkan di Akhirat kelak. Termasuk perihal menghalang satu kebaikan semata-mata bersandarkan kepada ke duniaan dan tidak meletakkan agama sebagai tunjang utama.

Contoh situasi:
- Si anak mahu menikah kerana tuntutan agama (tak nak buat dosa sbb syubahat, menghampiri zina). Dah tiba masa. Usia dah 25 tahun dan pasangan 27tahun.
- Ibu bapa & keluarga menghalang atas alasan tak habis belajar lagi dan sebagainya (lebih kpd ke duniaan), pandang material, budi bahasa alasannya dan segala macam lagi. Tapi dlm masa yang sama memuji bahawa si pemuda tadi elok akhlaknya, baik agamanya, kelulusan yang sama (sekufu dengan anak/adiknya)


Maka sengsara lah si anak tu tadi. Dalam dilema, sbb tak sanggup nak tanggung dosa sendiri sbb blum kawen lagi. Dan tak sanggup pula melawan kata-kata ibu bapa yg mane nanti akan membuatkan hati si ibu menangis. kesannya, si anak suffered.

Fahamilah wahai ibu bapa dan keluarga, yakinlah kepada Allah. kerana Allah sahaja yang berhak kita sandarkan segalanya. Berkenaan harta, rupa, keturunan mahu pun apa sahaja tu bersifat sementara. Tapi, perihal AGAMA adalah pokok utama.

Kasihanilah si anak/adik kerana dia berusaha untuk menbuat kebaikan, bukan membuat perkara yg dilarang.

Menurut Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata bercinta itu berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.) (Ustazah Fatimah Syahra-blog sebarkan bahagia)

Kerana itulah anak/adik minta dinikahkan.

Jadi atas alasan apakah kita menolak sesuatu yang ternyata digalakkan dalam Islam??

Tidak takutkah nanti kerana akan dipersoalkan kerana menghalang kebaikan?? Sanggup menanggung dosa syubahat si anak/adik td?? Bagaimana pula sekiranya lamaran dari pemuda yang baik td adalah jodoh terbaik si anak/adik?? Atas daya fikiran bahawa pandangan peribadi mereka adalh terbaik krn mengambil kira segala aspek yg lebih keduniaan menjadi punca utama menolak lamaran pemuda yang baik itu, bagaimana anda fikir??

Fahamilah ibu bapa dan keluarga di luar sana. Utamakan AGAMA, Jangan terlalu memikirkan tentang pandangan masyarakat atau sebagainya.

Kasihanilah pada jiwa yang terluka dan lara itu, Yang mana ianya telah meragut sebahagian ketenangan dalam hatinya. Jangan bunuh fitrah yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai manusia. Iaitu perasaan cinta dan kasih.Pusing, kala memikirkan dilema yang tak berkesudahan dan menangisi sikap Ibu Bapa & keluarga yang tidak melihat perkara ini dalam konteks Islam yang sebenarnya. Yakinlah dan serahkan pada Allah. Doakan kebaikan mengiringi setiap perjalanan Anak-anak dan adik-adik anda semua.



Semoga si anak atau si adik tadi diberi kekuatan dan beroleh ilham untuk jalan keluar dari dilema mereka. Dan semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada Ibu Bapa dan keluarga mereka. Amin.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan.
WaAllahua'lam..

Saturday 3 March 2012

RUMAH IMPIAN Bab 1




Rumah Impian

Petang itu usai Solat Asar, aku mengajak Syuhadah ke pantai. Aku katakan aku mahu mengambil angin setelah ‘berperang’ dengan test dan assignment yang melambak sepanjang minggu ini.

Syuhadah tersenyum saat aku merungut kerana tension sebab tak cukup tidur. Dan petang itu kami berjalan menuju pantai. Aku kagum dengan syuhadah, nampak relax walaupun banyak test dan assignment. Dia sangat tenang. 

“Syuhadah, Aina nak beli keropok lekor dulu dengan pisang goreng. Boleh?”

Sambil tersenyum. “Boleh jugak. Dah lame kan kita tak makan kepok lekor Pok Cik Man luar pagar U kita ni. Jgn lupa beli air sekali Aina. Kang tercekik kita nanti. Hehe,”

“Hehe betul jgk yer.. Ada pulak nanti kepok tersengkang kat tekak. Hihi mintak dijauhkan,” aku menokok sekadar menambah perisa ‘lawak’ si Syuhadah nih.

Usai membeli kami menyusuri pantai. Sambil melihat-lihat ‘port’ yang sesuai untuk duduk dan makan.

Terasa lapang fikiran dan dada saat melihat keindahan pantai ciptaan Yang Maha Esa ni. Tenang. Aku terlalu senang dan gembira saat melihat anak-anak kecil ralit berkejaran dan bermain ombak.

Kami duduk di batang kayu yang terdampar di pantai. Mungkin dihanyutkan ombak besar tika air pasang. Tapi Alhamdulillah, kayu itu masih kukuh dan selamat untuk diduduki. SubhanaAllah. Aku terpana melihat keindahan pantai dan segala pemandangan saat ini. Dari jauh ku lihat bot-bot nelayan sedang bertebaran di dada laut demi mencari rezeki. Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan sangat hebat. Malah kicauan burung dan hembusan bayu laut sangat menyegarkan, kerana itu aku gembira saat berada di pantai. Hilanglah rasa gundah gulana perihal study dan yang macam-macam lagi.

Syuhadah kulihat senyap dan melayan lamunannya sendiri. Dari ekor mataku, ku lihat sungguh jauh dia mengelamun. Seolah-olah sedang memikirkan seseorang atau sesuatu mungkin. Entah apalah yang difikirkannya itu.

Berangan kah syuhada?? Jauh sangat dia termenung. Ku lihat akhir-akhir ini Syuhada sedikit pendiam dari kebiasaan. Syuhadah ini pendiam orangnya. Agak sukar mahu menelah isi hatinya. Dia jarang mahu bercerita melainkan aku menyoal dengan cara yang agak ‘selamat’. Matlamatku hari ini bukan untuk menenangkan fikiranku. Tapi lebih kepada mahu menyelami jiwa Syuhadah.

“Syuhadah!,” Aku menyergah.
“Ish.. Aina nie tekejut saya tau.”
“Hehe Syuhadah tu, jauh sangat termenung. Aina panggil pun tak dengar”.
“Oh yeke.. Sorry lah Aina. Syuhadah leka sangat tengok keindahan pantai ni. SubhanaAllah,” dia menjawab dengan jawapan yang sangat ‘selamat’.

Aku tersenyum. Menongkat dagu sambil membuang pandangan ke lautan yang luas terbentang. “Syuhadah teringatkan seseorang kah?,” soalku.
“Tak ada lah,” Sambil mengerutkan kening. 
“Kenapa Aina Tanya macam tu?” dia pula menyoalku.
“Tak ada apa, saja Aina teka,”
“Aina dah kenyang. Dan dah habis pun kepok. Hehe.”
“Eh. Cepatnya Aina habiskan. Syuhadah tak habis lagi ni,”
“Yelah.. orang makan, Syuhadah termenung. Macam mana nak habis.. kan? Tak pe, Syuhadah makanlah dulu. Aina tunggu,” aku berkata sambil tersenyum tipis.
“Oh.. Okay,” jawabnya sambil tersenyum malu.

Aku dapat lihat riak muka Syuhadah sedikit berubah. Ada peluh merintik di dahi luasnya, peluh dingin akibat cemas dengan telahanku agaknya.Mungkin dia baru tersedar yang lamunannya tadi agak panjang. Aku kembali mengamati keindahan petang itu. Aku terlihat beberapa orang kanak-kanak sedang melakar sesuatu di atas pasir pantai. Aku tersenyum dan mendapat akal untuk melakar di atas pasir. Umm tetapi mahu lukis apa ya??

Aku melihat sekelilingku. Mencari ranting kayu untuk dijadikan ‘pensil’ untuk menulis di atas ‘kertas alam’, Pasir! Saat terlihatkannya, aku bingkas bangun. Dan Syuhadah pantas menoleh ke arahku lalu bertanya,
“Nak ke mana Aina?”
“Nak cari pensil untuk lukis atas kertas,” jawapku.
“Aina nak cari pensil? Nak cari kat mana? Kita tak bawa stationery pun ke sini. Dan kertas pun kita tak ada,” Syuhadah kelihatan bingung dan agak pelik dengan jawapanku.

Aku hanya mampu tersenyum lantas menjawab,
“Ada. Semuanya ada kat sini Syuhadah. Sekejap ya,”

Syuhadah hanya memandangku dengan penuh tanda tanya. kelihatan Syuhadah tercengang. Mungkin sedang mencerna jawapan aku tadi. Mungkit dia terkejut agaknya. Sekembalinya aku dengan ranting kecil, kumulai lihat dia tersenyum senang.

“Oh pensil alam untuk melukis atas kertas alam?” duga Syuhadah yang akhirnya membuatkan kami ketawa senang.
“Yup! That’s right!” ujarku dengan sisa tawa riang.
“Aina nak lukis apa?” Syuhadah kembali menyoalku tika tawa rinag suda reda.
“Syuhadah tengok je lah nanti ye,” jawapku sambil tanganku mulai melukis di kertas alam.

Aku ralit melukis, ke kiri, ke kanan, kejap-kejap ke atas dan ke bawah. Syuhadah menunggu dengan penuh minat sambil tersenyum. Senang melihat perilaku aku yang mungkin sedikit sebanyak menghiburkan hatinya.

“Tada..! Dah siap pun lukisan saya. Syuhadah, meh la tengok. Cantik tak saya lukis?,” aku berpaling ke arahnya yang berdiri di kananku, membelakangkan Lautan China Selatan.
“Cantik! Rumah besar, kereta besar siap ada taman kat luar rumah lagi,” tekun Syuhadah meneliti lukisan pasirku.

“Hehe.. Syuhadah, ini rumah impian saya. Saya nak rumah besar, kereta besar dan nak konsep rumah saya modern contemporary. Tak nak banyak sangat furniture sebab nak ruang tu luas dan mudah untuk dikemas. Hehe..maklumlah nanti kalau dah berkerja, sure ada limited time untuk berkemas kan? Lepas tu, saya nak ada mini library dan sebuah bilik khas untuk bilik solat. Seronoknya kalau dapat rumah besar dan semua yang saya impikan kan?” terangku panjang lebar sambil membayangkan rumah impianku.

Saat mendengarkan ceritaku, Syuhadah kulihat hanya mengukir senyuman. Dan matanya merenung di dada pasir sambil mengamati lukisanku.
“Macam ada yang kurang lah Aina,” komen Syuhadah.
“Ermmm??? Apa yang kurangnya Syuhadah? Sebab taman tu tak ada pokok bunga kah? Tak pe, saya tambah yer,” aku mencapai kembali ranting dan melukis pokok bunga.
“Okay dah siap!,” ujarku.
Now, it’s your turn to draw your Dream house. Rumah impian,” Aku mengutarakan idea.
“Umm saya tak tahu nk lukis apa,” Jawab Syuhadah ringkas.
“Awak serious ni Syuhadah?” aku menyoal inginkan kepastian.
“Boleh saya komen Aina?,” pinta Syuhadah berhati-hati tanpa menjawab soalanku tadi.
“Tentulah Syuhadah. Saya lagi suka nak dengar komen dan pendapat awak Syuhadah,” balasku dengan bersungguh dan merenung tepat ke dalam mata Syuhadah.

Syuhadah tidak terus menjawab, tapi masih lagi tersenyum dan duduk di sebelah kanan lukisanku menghadap pantai. Aku hanya menuruti perlakuannya itu dah duduk bersamanya. Sambil tersenyum dan merenung jauh ke lautan, Syuhadah mula bersuara.

“Sejujurnya, bagi saya rasa rumah besar, kereta besar dan lain-lain itu tidak penting,” ujar Syuhadah sambil melakar sesuatu di atas ‘kertas alam’. Aku hanya menanti dengan penuh minat.

“Saya tidak memandang itu sebagai sesuatu yang penting. Rumah impian itu berbeza-beza bagi setiap individu. Senang kata berbeza mengikut cara berfikir atau taraf hidup masing-masing. Sebagai contoh, bagi si miskin yang homeless, mungkin bagi mereka sekadar berteduh di sebuah rumah yang kecil itu cukup. Atau mungkin dia bercita-cita besar mahukan kediaman yang mewah, tetapi mahu mendapatkannya dengan cara mudah . Akan tetapi si miskin itu tadi malas untuk berusaha.

Dan ada pula, si kaya yang mungkin mahu istana besar menjadi kediaman impiannya. Atau mungkin juga si kaya mahukan kediaman yang sederhana tapi penuh dengan bahagia. Nah. Lihatkan, perihal manusia ini tersangat berbeza antara satu sama lain,” bicara Syuhadah panjang lebar.

“Umm.. betul. Dan ada kebenaran dengan pendapat awak tu. Tapi, apa kaitannya dengan lukisan rumah impian saya ni?” aku menjadi semakin ingin tahu.
“Aina, manusia di dunia ini sangat unik. Sangat berbeza antara satu sama lain. Hebatnya kuasa ALLAH. Menciptakan sesuatu yang hampir seriupa tetapi tak sama. Apa yang saya maksudkan ialah, pandangan tiap manusia itu berbeza. Ada yang mahu itu, mahu ini dan bermacam lagi. Kesimpulannya tidak semua orang mengimpikan kediaman yang serba mewah. Ada yang memilih untuk hidup bersederhana tapi bahagia. Yelah. Untuk apa hidup mewah tetapi jiwa kosong dan sunyi. Hati kalau kosong, lama kelamaan akan mati dengan sendirinya,” terang Syuhadah.

“Okay. Make sense. Betul juga. Untuk apa hidup kaya raya, tapi sunyi dan tak bahagia,” aku menerima buah fikiran Syuhadah dengan senyuman, tanda membenarkan pendapatnya.
“Tapikan Syuhadah. Saya nak tahu apa maksud ‘rumah impian’ bagi Syuhadah?” asakku lagi

Sambil tersenyum senang Syuhadah berpaling ke arahku.
“Aina. Rumah impian saya, saya mahu sederhana. Cukup sekadar terselamat dari bahaya, senang dan mudah untuk mendapatkan fasiliti yang sewajarnya, macam dekat dengan sekolah, klinik, kedai runcit dan balai polis. Sekiranya terjadi apa-apa tak lah kita susah kan. Lagi, saya memang mahukan sebuah bilik atau mini library yang boleh dijadikan juga musolah, surau macam yang awak impikan juga. Di ruangan itu, saya mahu solat berjemaah bersama keluarga saya, mengaji bersama dan mahu belajar atau membaca buku bersama-sama,” jelasnya.

“Syuhadah, detail sungguh awak ni siap sebut tentang facilities yang perlu ada di kejiranan impian awak nanti. Saya memang kagum dengan pandangan awak tu,” ujarku dengan senyuman.
“Hehe.. Aina, itukan basic necessary yang kita perlukan. Kalau tak de kemudahan macam tu, nanti kalau ada emergency, kita panic dan tak tahu harus berbuat apa,” tokok Syuhadah lagi.
“Tapi yang sebenarnya, itu semua hanya sampingan. Ada lagi yang jauh lebih penting,” Syuhadah menambah.

Aku terpinga-pinga. “Ada lagi? Apa dia Syuhadah?” soalku bertalu-talu.
“Bagi saya yang paling penting adalah penghuni rumah impian itu,”
“Kejap-kejap. Maksud Syuhadah?” soalku tidak sabar.
“Maksud Syuhadah, penghuni rumah impian itu. Siapa penghuninya? Bagi Syuhadah, Penghuni rumah itulah ‘rumah impian’ Syuhadah. Aina pening dengan statement Syuhadah nie?” soal Syuhadah.
“A’ah. Aina kurang jelas,” Balasku.

Dengan tenang Syuhadah menruskan bicaranya.
“Bagi Syuhadah, Rumah impian Syuhadah adalah Seorang Imam untuk kehidupan Syuhadah, iaitu seorang suami yang soleh. Syuhadah sudah punya semuanya. Keluarga, adik beradik,sahabat-sahabat yang baik dan pelajaran yang InsyaALLAH boleh membantu Syuhadah untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Cuma untuk saat ini Syuhadah belum punya suami lagi. Jadi, suami yang soleh adalah RUMAH IMPIAN sebenar Syuhadah,” Jawab Syuhadah dengan tenang dan penuh pengharapan.

Aku terkesima dengan bait bicara Syuhadah.

“Izinkan Syuhadah teruskan. Boleh Aina?,” Tanya Syuhadah.
Aku sekadar mengangguk tanda mengizinkan.

“Sekarang ini, itu saja yang menjadi impian Syuhadah. Rumah impian yang Syuhadah mahukan itu, adalah rumah yang akan melindungi Syuhadah dari segala bahaya. Tempat Syuhadah mendapatkan kasih sayang dan cinta dari suami Syuhadah. Bukan itu saja, malah rumah impian itu juga, adalah tempat untuk Syuhadah berbakti untuknya, menyokongnya dan menjadi pendamping setia buat suami Syuhadah nanti. Syuhadah mahu bahagia dengan suami Syuhadah. Syuhadah juga mahu bersama-sama mencintai Allah dalam setiap perkara yang dilalui di Rumah Impian Syuhadah nanti. Oh, sebelum terlupa. Syuhadah juga mahukan putera-putera dan puteri-puteri yang soleh dan solehah  menemani kami nanti. Hum Syuhadah mahukan Rumah impian yang bahagia macam Full House, cerita Korea tu,” dengan panjang lebar Syuhadah menerangkan kepadaku sambil tersenyum manis.

“Wow! Kenapa saya tak terfikir macam yang Syuhadah fikir ya? Aina cukup terpegun dengan cerita ‘Rumah Impian’ Syuhadah ni. Menarik!” aku menambah.
“Tak mengapa Aina, setiap manusia di muka bumi ini ada cara dan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara. Itulah keunikan kita sebagai manusia ni,” Terang Syuhadah seakan-akan memujuk aku.
“Ermm tapi sebelum tu, boleh saya tanya sesuatu,” soalku dengan berhati-hati.

“Akhir-akhir ni, saya tengok Syuhadah macam ada masalah. Syuhadah suka mendiamkan diri dan suka menyendiri,” terangku lagi.
Ternyata Syuhadah terkejut dengan soalanku tadi. Air muka di raut wajahnya sedikit berubah.
“Nampak sangat ke Aina, perubahan Syuhadah?,” soalanku dijawab dengan soalan dari Syuhadah. Aku hanya mengangguk tanda membenarkan kenyataannya.

Ada keluhan kecil yang keluar dari bibirnya.
“Saif. Saifuddin akan menikah lagi tiga bulan. Syuhadah dah tak mampu meyakinkan keluarga Syuhadah tentang keikhlasan Saif untuk mengambil Syuhadah sebagai isterinya. Aina dah tahu kan tentang kami sebelum ini. Dan nampaknya percubaan Saifuddin tidak Berjaya untuk meyakinkan keluarga Syuhadah.” Luah Syuhadah.

MasyaAllah. Aku terkaku. Tidak kusangka begitu berat dugaan yang ditanggung Syuhadah. Semester ini, merupakan semester terakhir kami, dan Syuhadah pula sedang mengalami masalah yang sungguh berat. Sungguh, sebagai sahabat dan roommatenya, aku tidak membantu dia di dalam melalui dugaannya.

“Aina??,” panggil Syuhadah.
“Ye! Maaf. Aina terkejut tadi. Syuhadah, kuat ye. Tabahkan hatimu sahabat. Allah maha Mengetahui tentang segala sesuatu. Sabarlah. Dan Solat. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama oaring-orang yang sabar,” luahku sambil menggengam erat jemari Syuhadah. Demi menyalurkan sedikit kekuatan yang aku tak tahu cukup atau tidak untuk dirinya.

“Terima kasih Aina. Terima kasih sebab selalu ada ketika susah dan senang bersama saya,” ucapnya lirih.
“Tak. Jangan berterima kasih dengan saya. Saya tak buat apa-apa. Syuhadah yang kuat. Syuhadah hebat. Kerana itu Allah memberi ujian ini kepada Syuhadah. Syuhadah mampu untuk melalui. Sabarlah sayang. Pasti akan ada yang terbaik menantimu nanti. Aina sekadar membantu yang termampu. Kalau ada apa-apa yang Syuhadah perlukan, Syuhadah cakap lah ye. InsyaAllah selagi mampu, Aina akan cuba bantu,” aku meyakinkan Syuhadah.

“Tapi dalam rumah impian Syuhadah ada Saif,” lirih suaranya saat dia berkata-kata.
“Syuhadah, Rumah Impian Syuhadah tetap ada. Tapi mungkin Allah sedang merancang untuk memberi Syuhadah “rumah Impian’ yang jauh lebih baik. Ingatlah Syuhadah, perancang Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Jangan Bimbang. Peganglah janji Allah. Setiap lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Bukan bererti Saif tidak baik atau Syuhadah tidak baik. Tetapi, Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik buat Syuhadah nanti. InsyaAllah. Aina doakan Syuhadah terus kuat dan akan mendapat jodoh yang terbaik. Amin,” terangku bersungguh-sungguh.

“Thanks Aina. Aina memang sahabat yang baik. Thanks again,” ujar Syuhadah.
Riak wajahnya tenang. Tiada tanda air mata mahu mengalir. Kuat sungguh hatimu Syuhadah. Persis para Syahid yang kuat dan tidak gentar akan musuhnya. Sesuai benar dengan namanya NUR SYUHADAH.

“Tak perlu berthanks-thanks dengan Aina. Tak de ape pun yang Aina bantu. Jaga diri Syuhadah yer. Selalu ingat Allah dan minta padaNya. Sungguh, Aina kagum dengan kekuatan Syuhadah,” ucapku lagi.

“Aina nak tanya ni, boleh?” aku meminta izin sekali lagi.
Syuhadah hanya mengangguk, mengiyakan.
“Aina tak nampak Syuhadah menangis. Kenapa Syuhadah?” soalku seakan orang bodoh.

“Dah kering air mata Syuhadah, Aina. Dah tak boleh nak memangis. Hampir empat tahun perjuangkan cinta kami, tapi ternyata perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia yang serba lemah ini. Sejujurnya Aina, menangis di hati tak siapa tahu. Cukuplah sekadar tangisan di kala solat mahupun tika berzikir. Kadang-kadang senyuman itu sekadar perhiasan bagi menutup rawannya hati. Dan, air mata itu bukanlah penamat suatu cerita atau penyelesaian sebuah ujian. Menangis itu boleh, sekadar sahaja. Tapi bukan untuk selamanya. Apa pun, Syuhadah mahu teruskan segalanya. Dan mahu bersabar dalam menunggu Rumah Impian Syuhadah nanti,” jelasnya dengan keyakinan. Aku dapat rasai getaran keyakinan dirinya.

Sungguh, Syuhadah yang kukenal ini memang seorang pejuang yang hebat. Dikala ujian mendatang, dia masih tetap teguh berdiri. Menyerahkan takdir hidupnya kepada yang maha Esa.  Dulu dia tidak sebegini. Mungkin, masa banyak mengajar dan mematangkan usianya dalam melihat dan menangani sesuatu ujian itu.

“Sabarlah wahai sahabatku! Aku akan selalu di sisimu. InsyaAllah,” ujarku memberi kata perangsang sambil menggenggam kemas jemari halus itu.
“Terima kasih banyak-banyak yer Aina,” ucap Syuhadah ikhlas.
“Tak de apelah Syuhadah. Eh, dah nak mahgrib nih. Jom kita balik,” ajakku
“Yelah. Jom. Kita singgah PI yer untuk solat. Kalau dapat berjemaah lagi bagus,” ajak Syuhadah.

“Bagus jugak tuh. Jom. Tapikan, setahu saya, PI dah tukar nama. Jd PH Pusat Hidayah,” aku menyambung saat kami beriringan meninggalkan pantai.
“Sama jer. Tapi Syuhadah lebih suka PI, Pusat Islam. Macam DSS jugak. Dewan Sri Sura yang sekarang ni dah bertukar nama menjadi Dewan Aspirasi (DA),” teangnya lagi.

Sambil tergelak kecil aku menyahut,
“Apa-apalah Syuhadah. Janji kita sama-sama tahu apa yang kita maksudkan tu,” balasku dengan senyuman.
Saat melangkah ke masuk ke pagar UiTM, kami mempercepatkan langkah. Maghrib tinggal kurang dari lima minit. Alhamdulillah, sampai sahaja di masjid yang sinonim dengan nama Pusat Islam itu, kedengaran bilal melaungkan azan. Syahdu hatiku. Kulihat Syuhadah seakan-akan mahu menitiskan air matanya.

Ya Allah, kami datang kepadaMu.

Usai solat kami pulang ke Kolej. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Kami singgah di cafe sebentar untuk membeli makanan untuk dibungkus dan pulang ke bilik. Tidak banyak bicara mengenai hati dan perasaan ketika itu. Sekadar berbasa-basi mengenai peperiksaan akhir yang bakal menjelma kurang sebulan lagi.

Lewat malam itu, tika Syuhadah telah lena diulit mimpi, aku teringat kembali kata-katanya. Sayu hatiku saat teringatkan bicaranya petang tadi. Sungguh hampir menangis aku petang tadi. Namun, aku kuatkan demi menyalurkan sedikit kekuatan kepada Syuhadah.

“Bagi Syuhadah, Rumah Impian Syuhadah adalah Seorang Imam untuk kehidupan Syuhadah, iaitu seorang suami yang soleh. Syuhadah sudah punya semuanya. Keluarga, adik beradik,sahabat-sahabat yang baik dan pelajaran yang InsyaALLAH boleh membantu Syuhadah untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Cuma untuk saat ini, Syuhadah belum punya suami lagi. Jadi, suami yang soleh adalah RUMAH IMPIAN sebenar Syuhadah.”

“Sekarang ini, itu saja yang menjadi impian Syuhadah. Rumah impian yang Syuhadah mahukan itu, adalah rumah yang akan melindungi Syuhadah dari segala bahaya. Tempat Syuhadah mendapatkan kasih sayang dan cinta dari suami Syuhadah. Bukan itu saja, malah rumah impian itu juga, adalah tempat untuk Syuhadah berbakti untuknya, menyokongnya dan menjadi pendamping setia buat suami Syuhadah nanti. Syuhadah mahu bahagia dengan suami Syuhadah. Syuhadah juga mahu bersama-sama mencintai Allah dalam setiap perkara yang dilalui di Rumah Impian Syuhadah nanti. Oh, sebelum terlupa. Syuhadah juga mahukan putera-putera dan puteri-puteri yang soleh dan solehah menemani kami nanti. Hum Syuhadah mahu Rumah impian yang bahagia macam Full House, cerita Korea tu.”

Menitis air mataku saat mengenangkan moment di pantai petang tadi. Ya Allah, semoga Kau pinjamkan kekuatanMu untuk menguatkan sahabatku. Dan semoga Kau kurniakan kepada kami suami yang soleh dan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

“Tapi dalam rumah impian Syuhadah ada Saif,”

Semoga kau akan terus bertabah, wahai sahabatku!

Aku menutup diariku dan mematikan lampu di meja study. Selamat malam wahai NUR SYUHADAH BINTI RAHIM. Aku akan selalu bersamamu. InsyaALLAH.

1.43 a.m
3/3/2012
Mutiaraputeh