It's me

It's me

Monday 12 May 2014

*Tanpa Tajuk*

Assalammualaikum semua...

Di harap agar semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja.

Hari ni, tergerak hati untuk menulis. Sungguhpun tiap masa kita menginginkan berita atau perkhabaran yang indah-indah, tapi dalam tak sedar, ada berita yang mungkin sedikit menguji keimanan kita.

Tak semua yang kita lalui setiap hari adalah yang indah-indah. Terkadang ada saja yang akan membuatkan air mata mengalir. Tidak di luaran, mungkin hanya menangis di dalam hati.

Perkhabaran pagi tadi, membuatkan hati sedikit terusik. Berita mengenai abang sepupu saya yang sedang terlantar di hospital. Jika dihitung telah hampir 8 tahun beliau menanggung penyakit yang dihadapi. Mengalami penyakit hati yang membengkak. Kedengaran sedikit pelik kerana penyakit seperti ini jarang kita dengar. Entahlah nak bercerita lebih lanjut tidak pula saya tahu butirnya dengan lebih jelas. Cuma hati sedikit sedih, bimbang dan lain-lain. Anak-anak masih kecil. Entahlah... Semoaga Allah memberikan yang terbaik kepada abang sepupu saya sekeluarga.

Benar, hidup manusia tak kan tidak untuk diuji. Allah akan terus menguji setiap dari kita. Entahlaa.. terkadang saya merasa saya tak kuat nak menghadapinya. Duka itu saya kira masih terasa. Tapi saya tahu, tidaklah saya boleh berperasaan begini lama-lama. Harapan itu selalu ada, cuma semuanya kita wajib menyerah pada takdir yang telah tertulis. Setelah berusaha keras, namun, semuanya terserah pada takdir yang Maha Kuasa. Tiadalah daya dan upaya melaikan dengan kekuasaanNya.

Kita, hanya menumpang di dunia ini. Hanya meminjam. Segalanya adalah milik DIA. Sampai masa kita juga akan kembali kepadaNya........
Semoga masih ada harapan yang indah.

Thursday 1 May 2014

RINDU KAMU


Rindu kat kawan-kawan..
Nak, nak rindu kat kawan yang dulunya kami tidur sebantal.

Rindu meneman dia shopping..
Rindu nak me'laundry' bersama..
Rindu nak dengar dia bising-bising..
Rindu menangis hanya kerana anak kucing dibaham bapa kucing..
Rindu nak tumpang menangis tiap kali dia bersedih..
Rindu nak ketawa walaupun sekadar terjatuh basikal ataupun lipatan tudung yang teruk..
Rindu nak makan bersama walau cuma makan popia dalam mimpi..

Rindu nak bergaduh walaupun puncanya cuma terlupa nak pinjamkan stokin.
Rindu nak berbual sampai terlena, tertidur..
Rindu bila berhujan bersama..
Rindu meredah jalan bersama..
Rindu nak berpaut lengan bila takut nak melintas jalan..

Dan paling dirindui saat menghabiskan masa bersama..
Dia ingatkan kita tentang solat..
kejut kita..
Dia mengaji Quran..
Secara tak langsung kita ikut mengaji sama..

Rindu juga kala menemankan dia saat sebelum bergelar isteri orang..
Rindu meneman dia mencari barang-barang nak kawen..
Rindu saat dia bahagia menyatakan yang dia bakal menjadi isteri orang..

Buat semua rakan-rakanku.. sahabat-sahabatku..
Aku tak pernah melupakanmu..
Walau kadang kita jarang berkomunikasi..
Tapi aku yakin.. Komunikasi doa itu tetap sentiasa mengalir dari hati-hati kita..
Aku sayang korang.

Salam sayang aku buat kamu semua sahabat-sahabatku.

JALAN DAN PERJALANAN..


Semoga kau baik-baik saja di sana sahabatku.

Tak kira walau apa jua yang kau tempui, percayalah pada dirimu, serahkan keyakinan yang tertinggi pada Tuhanmu dan Tuhanku jua, iaitu Allah SWT...

Semoga jalan yang kau, aku dan kita semua tempuhi adalah jalan yang diredhai Allah SWT.

Selamat meneruskan perjuang sahabatku.
Doaku selalu mengiringimu