It's me

It's me

Tuesday 30 October 2012

Wondering

Masing-masing masih dalam mood cuti hari raya katenyer. Tapi, please remember, lots of thing should be done. Haih it's our responsibilities to settle it down. So just bear in your mind this is what we called A.M.A.N.A.H.. Remember, ALLAH is always watching on us! :)

Ok, pagi tadi saya temankan cik Ain (si bakal pengantin yang berdarah manis ni) pergi mencari barang. Humm nak cari barang kalau kat area Bangi ni memang tak banyak choice. So, humm sangat limited dan rasa-rasanya macam kena chari kat area KL or else of course kat Jalan TAR! Haha.. Hmm rasanya tak larat kot nak ke Jln TAR tue.

Then petang, suddenly bertubi-tubi bunyi deringan phone. My sis ajak cari buku kat MPH. Ohh sudah semestinya saya terfikirkan ALAMANDA! Surely she's planned to go there! And again I agree to go with her. Hehe.. Again, berjalan for today! Wahh tak sempat nak bukak buku and find for the answer for quiz tomorrow. Hehehe..

We went there after office hour. Luckily we go there after 5. Tak lah jam. Sedang-sedang elok jer. The traffic is so bad during the peak hours.. Hmm lucky i'm not working at Putrajaya. Pheww.. Sampai sana, beli buku then window shopping and my sis belikan I pearl bracelet (window shopping ker?? ahahaha) .And she's also grab one for her. Nice one! Colorful with black and white pearl. Plus colorful crystal! Thanks my lovely kakak! Hehe the bracelet is soooo...nice, simple and elegant and of course it looks sweet! Hehe see i really adore pearls lately (that's why i choose the name of MUTIARA PUTEH!) ;)

Humm Then lepas membeli and tapau for her girls, we went back. Sampai UKM dalam maghrib. So ada masa lagi untuk rest. Alhamdulillah. :) Best rasanya dapat menyenangkan hati orang-orang disekeliling kita. Alhamdulillah. At least saya temankan diaorang and try to make them feel happy. Hehehe.. Thanks jugak sebab bawak saya berjalan-jalan hari nie!

Walaupun tak baca buku lagi, tapi saya happy sebab dapat luangkan masa dengan orang-orang yang saya sayang. :) Hihi.. nie jela masa yang ada. Esok lusa belum tentu lagi kan. Entah-entah umur tak panjang, tak dapat nak habiskan masa saya dengan orang-orang yang saya sayang. Hehe ape pun semoga ALLAH REDHA dengan kita.

p/s: I beli lagi bantal cumel! Ohh can't take my eyes dgn bantal yang cumel2. Pink colour giteww.. ;) Again, penuhlah katil dengan segala bantal yang ada! ;) Haha I tak kira. As long as I bahagia dengan bantal-bantal yg ader!




Monday 29 October 2012

AKU YANG BERDOSA

Cuaca tenang bersama angin lembut yang menghembus membuaikan perasaan. SubhannaALLAH! Bintang dan bulan yang penuh membuatkan hati menjadi insaf. Sungguh ia dapat membuatkan hati merasa insaf dan hati mula merintih mengharap pengampunan dariNya.

Saat ini kukira hati menjadi rawan. Mengenang dosa-dosa silam dan segala dosa yang ada. Ya ALLAH, ampuni aku Ya ALLAH. Sungguh aku ingin berubah, pinjamkan aku kekuatan dalam memperbaiki diriku. Semoga aku kuat dan semoga aku istiqamah Ya ALLAH.

Di sini ingin kukongsikan lagu yang membuatkan hatiku menangis kembali. Membuatkan aku benar-benar menangis. Menangisi dosa dan khilafku. Sama-sama kita hayati lagu ini.


AKU YANG BERDOSA

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan MU

Seluas mana
KAU beri padaku
Masih ku angkuh pada-MU

Segalanya dusta
Kelam mengaburiku

Ya ALLAH
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-MU
Atas dosaku

YA ALLAH
Ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke SYURGA-MU




Thursday 25 October 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua :)

Puasa tak hari ni? Kalau Puasa, alhamdulillah. Semoga kita sama-sama menghayati kebesaran Hari Arafah untuk hari ini. Nanti jangan lupa kalau ada waktu terluang bacalah Khutbah terakhir RASULULLAH SAW. Ingat kembali dan hayatinya. Simpan di hati dan di minda yang paling dalam.

Untuk semua saya ucapkan salam Aidiladha, dan bagi yang ingin memulakan perjalanan pulang ke kampung, hati-hati memandu. Utamakan keselamatan dan ingatlah yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ameenn.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah dan membaca ayat-ayat 'karangan' saya ye. Hehe Nanti boleh ajak ramai lagi untuk baca blog saya! Sudi-sudikan lah tinggalkan komen atau cadangan maklumlah saya budak baru belajar. Kalau salah silalah tunjukkan. ;) Apa pun Feel free to follow my blog! Again, Thousand appreciation and many thanks to all of you guys!


Ini dia Gambar saya masa majlis Puan Farhana & Encik Suaminya,


Sunday 21 October 2012

My Best friend's Wedding

Assalamualaikum semua..

Hye.. Hari ni saya attend my best friend's wedding kat Tg. Sedili, Johor. Hehe Alhamdulillah, She's married! I am so happy for her. Dia ni lah kawan sebantal, setilam dan kawan sama-sama dating dulu. hehe end up, she's married, while me, hummm still searching for the right one for me. Ape pun semoga Puan Nor Farhana Othman dan suami, Khairul Izdihar Khairul Azhar berbahagia sampai ke syurga, dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ameen..

Macam-macam halangan untuk sampai ke sini, tp alhamdulillah sampai jugak akhirnya. :) Ini dia pengantin yang dirai. Hehe.. sama cantik sama padan. Dan disebabkan kami tiba agak lewat, sampai dah selesai diaorang bersanding, dapat tengok diaorag potong kek jelah.. Hihihi.. ;)





Saturday 20 October 2012

BAHAGIA ITU DEKAT...

Ada orang sibuk mencari bahagia ke sana ke mari. Mencari bahagia dengan mengejar duniawi.. Malah ada yang mencari bahagia hingga ke tempat-tempat tertentu. Yang mana bagi mereka itu merupakan cara bagi mencari bahagia.

Kadang-kala mereka sanggup berhabis wang ringgit, tenaga dan masa berhibur, bersuka ria demi mencari kegembiraan yang dikatakan sebagai bahagia. 

Namun, dalam separa sedar mereka merasakan bahawa jiwa mereka masih sunyi, sepi, kosong dan bahagia yang dicari tak kunjung tiba. Sampai mereka tertanya sendiri. Di mana Bahagia??? Wujudkah atau itu hanya rekaan minda semata? Atau sekadar pemanis bicara?

Mengapa perlu mencari bahagia? Sedangkan yang sebenarnya bahagia itu harus kita cipta. Bahagia tak kan datang sendiri tanpa kita usaha. Mencari bahagia dengan cara membazir wang ringgit dan ke tempat-tempat yang sia-sia bukan mencari bahagia namanya. Tapi mencari bala. Tak perlu jauh untuk merasa bahagia.. Bahagia itu perlu dicipta di dalam hati. Sedekat itu sahaja yang kita perlu cari. Hati yang tenang, hati yang damai dan hati yang penuh dengan keinsafan itulah erti bahagia yang sebenar. 


Carilah cinta Illahi, selamilah rasa insaf dalam diri, jauhi perkara yang dilarang dan dekati apa yang seharusnya kita turuti. Di situlah letaknya kebahagiaan yang kita cari-cari selama ini. Apa pun memang kita kena kembali kepadaNya. Dekatkan diri kepadaNya dan cintailah ALLAH sedalamNya. InsyaALLAH.. DIA sentiasa menunggu kita mencari cintaNya. Kerana di situlah letaknya bahagia.


Tuesday 16 October 2012

DIARI 15 JUNE 2012


credit to: hijabkanmuslimah.blogspot.com

Bukan mudah mahu melupakan seseorang yang disayangi dan dicintai. Malah mungkin mustahil untuk melupakannya. Mungkin benar, andai terlalu mencintai, hingga satu saat kita rela melepaskan dirinya andai itu yang terbaik buat dirinya. Namun, apa yang pasti, cinta itu tetap akan segar dan utuh di balik sanubari ini. Dan cinta itu tetap mekar hingga saat ini. 

Sungguh, bertambah pedih andai perpisahan itu dengan cara yang baik. Mungkin halangan dari keluarga hanya sebagai alasan takdir bagi meleraikan hubungan yang tak pasti ini. Puas kupujuk hati ini agar merelakan, namun sebenarnya aku masih mengharap agar semuanya akan menjadi baik dan aku dapat bersamanya lagi. Namun aku sedar, takdir sedang mengalir pergi. Dan mungkin harapanku itu sekadar harapan cuma.

Suka aku katakan bahawa hadirnya bagai pelangi petang, walau tak bercahya, namun berseri dan pernah mewarnai hidup ini. Malah hingga kini warna pelangi lakaran dirinya masih bersinar di hatiku. Tiap ilmu dan nasihat titipannya dahulu masih segar diingatan. Seakan-akan masih berputar dibenakku seakan pita rakaman sebuah sikuel panjang. Masih terbayang-bayang.

Dirinya banyak mengajar aku tentang kehidupan. Membawa aku ke demensi yang lebih baik. Mengajak aku supaya mencintai DIA melebihi cinta antara kami. Malah, mimpi kala aku berdampingan dengannya menuju masjid masih segar diingatan. Saat itu waktu Zohor tiba, lalu dalam keramaian dia memanggil diriku. Mengajakku untuk bersolat jemaah di Masjid. Dan kami beriringan menaiki tangga masjid. 

Itulah mimpi saat aku meminta petunjuk sebelum dia melamar diriku. Kerana ketika itu, aku sudah mula merasakan ‘sesuatu’ di hatiku. Lalu aku bertanya pada ALLAH. Dan mungkin itulah jawapan yang ALLAH sediakan untukku. Dan yang pasti lamarannya bukan sekadar lamaran untuk menjadi pasangan kekasih, namun lamarannya mahu aku menjadi isterinya yang sah.

Sungguh, dia membawa aku ke arah kebaikan. Bermula saat perkenalannya dia berani menegur cara pemakaianku. Yang ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna. Malah dia juga bertanya kepada diriku, bilakah aku akan mengubah cara berpakaian mengikut syariat Islam. Ku jawab, aku memang berniat mahu berubah, kubilang aku mahu berubah sedikit demi sedikit. 

Dia tidak memaksa, namun menjelaskan bahawa kadang kala kita perlu tegas dan memaksa diri. Kerana akhirnya, kita sendiri akan terbiasa. Jangan bertangguh dalam merubah ke arah kebaikan, gusar nanti hidayah itu akan berlalu pergi. Lebih ditakuti, andai maut menjemput diri. Saat mengenang semua itu kembali, membuatkan aku sering kali terdiam dan termenung sambil mensyukuri takdir yang di atur Illahi. 

Tanpa sedar, hati ini sering merindu nasihatnya, sering terkenang segala kebaiknya, apa yang pasti hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikan yang pernah dihulur buat diriku. Hadirnya pernah menjadi penguat buat diriku. Pernah menjadi tulang belakangku, serta pernah menjadi tempat aku merujuk sesuatu. Benar. Dirinya seakan-akan melaksanakan tanggungjawab zahir sebagai suami. Tapi sayang, tidak pula kami sempat menikah saat itu. Sungguh, dia menepati ciri-ciri suami mithali dambaan seribu wanita.
Namun, takdir telah terlukis, bahawa kisah kami tidak seindah kisah cinta pasangan lain. Mungkin benar, aku bukan yang terbaik untuk dirinya. Dan mungkin aku memang tak layak untuk lelaki sebaiknya. 

Alhamdulillah, kini aku menuju jalan perubahan. Semoga ALLAH menetapkan hatiku agar istiqamah selalu. Awal muharram 1433 yang lepas, aku menyertai sahabat-sahabatku, ke Masjid Putra, Putrajaya. Kami memilih mahu menyambut tahun baru di sana. Alhamdulillah. Sayu hatiku mengenangkan saat itu. Saat membaca doa akhir tahun, aku menangis semahunya. Menyesali dosa-dosa silamku. Sungguh. Ketika itu aku merasakan penyesalan yang tidak bertepi. Menangisi kebodohanku. Menyesali perbuatanku dan menangisi ‘kegelapan’ ciptaanku sendiri. Aku dulu hanyut. Mengabaikan tanggungjawabku padaNya. Sungguh, saat itu aku merasa aku hina. Merasa sungguh malu pada ALLAH. Ya ALLAH, semoga Kau ampuni segala dosa-dosaku. 

Malam itu aku khabarkan padanya, aku bertekad mahu berhijrah. Itu azam utamaku. Dan itu yang kumahu. Dia ternyata gembira. Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH. Kerana menggerakkan hatiku supaya berhijrah. Sungguh aku telah lama menyimpan hajat mahu memperbaiki diri, mahu mempelokkan peribadi dan penampilanku. Juga mahu memperbaiki pertuturanku.

Saat itu, aku bersujud syukur, kerana ALLAH telah memaqbulkan permintaanku. Aku pernah berdoa suatu ketika dulu, saat aku praktikal dulu. Aku berdoa mahu bekerja disamping orang-orang yang baik akhlaknya. Yang akan menggalakkan aku ke arah kebaikan. Dan bekerja di tempat yang akan memudahkan aku menyambung pengajian. Ternyata doaku dimaqbulkan. Terima kasih Ya ALLAH. Alhamdulillah.

Bermula saat itu perlahan-lahan aku mencari buku-buku agama. Buku-buku motivasi, dan merajinkan diri membuka dan membaca mushaf serta memahami tafsirannya. Aku mula mengatur langkah mendekati ALLAH. Hatiku cair untuk mencintaiNya. Ya, aku harus lebih mencintaiNya. Malah meletakkan kecintaan itu di paras tertinggi dalam hidupku. 
Perlahan-lahan aku berhijrah. Aku mula berazam memakai tudung labuh. Dan mula mahu memakai sarung kaki. Alhamdulillah. Kini, aku sedang belajar dan mula mengamalkannya. Namun sayang, dia tidak sempat mengetahui perkembangan diriku yang ada hari ini. Sebelum ini aku tidak menyatakan dengan jelas tentang niatku mahu berubah dan berhijrah padanya. Bahkan pada Ibuku sendiri tidak kukhabarkan tentang niat hatiku. Aku mahu menyatakan sekadar dengan perubahanku, tanpa perlu mengungkapkan apa pun.

Alhamdulillah aku semakin selesa, biarpun melalui hari-hari yang bahagia tanpa si dia lagi, aku terus kuat. Bersama doa dan sokongan dari Ibuku, keluargaku malah teman-teman rapatku aku berupaya melaluinya dengan kuat. Dan lebih lagi kerana DIA mengizinkan aku sekuat dan setabah begini. Apa yang penting sekarang, aku perlu berusaha terus memperbaiki diriku. Terus dan terus tanpa henti. Soal jodoh, kubiarkan nanti. Kerana aku yakin, sampai suatu saat pasti jodohku kan tiba jua. Untuk waktu terdekat ini, biarlah dulu kurawat hatiku. Semoga Kau permudahkannya Ya ALLAH. Dan semoga kau perkenankan segala permintaanku. AMEEN YA ALLAH.

15 June 2012

Sunday 14 October 2012

CINTA SI SAKURA

Sakura, seindah dan seanggun namanya, begitulah rupanya. Entah sejak kebelakangan ini hatiku jadi terpaut pada bunga sakura. Dulu tak pula aku gemarkan sangat. Tapi sejak cerita Seindah Sakura untuk slot Akasia di TV3 dulu, aku semakin menerima dan sukakan sakura. Tidak! Bukan sekadar suka. Tapi semakin Cintakan Sakura! :)

credit to Google ;)

Secara peribadi, aku rasakan yang bunga sakura seakan lambang bagi 'sesuatu' yang tulus, suci dan penuh keikhlasan. Aku sendiri sukar untuk mengolah mengapa aku bertanggapan sebegitu. Mungkin juga kerana warnanya yang sangat lembut dan sangat menenangkan bila terpadangkan bunga sakura tu. Terus terang aku katakan, yang aku belum pernah lagi menyentuh atau melihat dengan mata sendiri bagaimana bunga sakura itu. Sekadar menatap gambar yang  di'google' dan dari situ umpama satu keajaiban. Seolah-olah jatuh cinta pandang pertama pada sakura. Subhannallah. Sungguh indah ciptaan ALLAH S.W.T. Kagum dengan kebesarannya kerana menciptakan bunga yang seindah dan secantik sakura.

credit to Google

Saat melihat gambar bunga sakura dan pohonnya, aku terasa seakan-akan berada di dalam gambar tersebut. Seakan terasa benar-benar aku melihat dan merasai sendiri sakura itu. MashaAllah. Indahnya. Mendamaikan serta mampu membuatkan seolah-olah aku berada di alam fantasi. Saat memejamkan mata, seolah-olah aku dapat menghidu keharuman semulajadi wangian sakura, malah dapat merasakan seolah-olah kuntuman sakura berguguran lembut jatuh ditelapak tangan dan jatuh mengenai ubun-ubunku.. Jatuh perlahan mengenai tubuh lalu berguguran ke bumi. Ohh.. Indahnya.. Sambil menadah tangan dan terus-terusan memandang ke atas, ke arah pohon sakura, menantikan kuntuman yang seterusnya untuk jatuh lagi.. Wahai sakura, gugurlah dan jatuhlah di atas telapak tanganku. Aku mahu terus merasai nikmat keindahan perasaan ini saat kau dekat denganku. Saat aku bisa menghidu keharuman wangianmu. Dan saat aku masih merasakan kehadiranmu.

credit to Google

Sungguh.. Terpandangkan sakura ini aku dapat rasakan satu dimensi berbeza di dalam hatiku. Sungguh asyik dan mendamaikan. Wahai sakura, jadilah suatu 'kenangan' yang indah buat diriku. Sakura, andai suatu hari nanti, ada cinta yang bertamu di hati ini, katakan pada si dia, bahawa bunga yang aku sukai adalah dirimu. Tak usah hadiahi aku dengan bunga sakura yang sebenar, cukup sekadar persiapkan satu nota cinta yang menggambarkan sakura itu salah satu lambang cinta untuk diriku. Kerana bagiku, sakura itu adalah satu perasaan ikhlas, murni dan tulus suci. Wahai sakura, sampaikan padanya. :)

Foot note: Roses is too common,  I guess I need something different ;)

Tuesday 2 October 2012

Ada Apa Dengan Kenangan??

Assalamualaikum semua.. :)

Alhamdulillah berakhir sudah September, dan selamat datang Oktober!

2012 dah nak habis, dan 2013 bakal menyusul. Cepatkan waktu berlalu? Tak sangka, dulu saya paling tak mahu fikir tentang usia yang semakin meningkat. Sebab orang kata bila makin tua, makin banyak masalah yang bakal kita tempuhi. Humm tapi nak buat macam mana, itulah kehidupan di dunia ni. Tak akan ada yang kekal. Semuanya bakal berakhir.

Okay, untuk entry kali ni saya nak sambung bercerita tentang kenangan. Kalau entry yang sebelum ni saya pernah ceritakan tentang kenangan juga, tapi menyentuh tentang bagaimana persepsi sesorang mengenai kenangan dalam kehidupannya. Sama ada mahu hidup dalam kenangan, atau menjadikan kenangan sebagai satu pengalaman dalam hidupnya.

Kebiasaannya, ramai yang kata macam ni "Tak mungkin saya dapat lupakan kenangan tu. Sebab ia adalah saat terindah dalam hidup saya."

Tapi bila kita fikir-fikirkan semula tak semua kenangan 'indah' yang kita lalui tu akan kita kenang sampai ke akhirnya. Kenapa? Saya cakap macam ni sebab ianya bergantung kepada situasi. Kalau kenangan terindah yang menggembirakan mestilah kita nak atau kita akan cuba untuk ingat dan kenangkan ia. Betul tak? Dan kalau kenangan itu agak menyakitkan atau menghampakan, kebiasaannya kita akan berusaha untuk melupakan. Humm cuba anda semua fikirkan ada kebenaran tak dengan kenyataan saya ni?

Saya rasa sebagai manusia adalah normal apabila sesetengah perkara kita dapat ingat dengan baik. Dan ada juga sesetengah perkara kita langsung tak dapat nak ingat. Jawapan yang dapat saya fikirkan saat ini adalah, ia bergantung dengan 'mind setting' kita. Macam mana kita nak buat dengan kenangan kita tuh. Sama ada kita ambil ringan, sambil lewa atau lansung tak endahkan atau tak hiraukan. Jenis yang malas nak fikir dan tak nak ingat. Cth paling mudah, girlfriend kahwin dengan orang lain. Mula-mula memang sangat frust. At the end bila si jejaka ni tadi dah kahwin dan ada anak, dia dah tak ingat dah kat girlfriend lama dia. Terhapus dah kenangan tu semua.

See, that's the reality of life. It's just a matter of time, when the time is arrived with the new interesting event, you might forgotten the old ones. Bila fikirkan semula nampak macam kejam bunyinya, tapi itulah kelaziman sebagai manusia. Bila jumpa yang sesuatu yang baru atau dapat yang lebih baik, yang lama? Terus dilupakan, dicampak macam tak pernah berlaku apa-apa pun. Seems like it's worth nothing. It's totally nonsense and it's just a wasted. Macam tak berharga, sia-sia dan macam langsung tak bermakna.




Pernah tak awak semua rasa macam tu? Sejujurnya saya pernah rasa macam tu. Terasa semuanya macam sia-sia dan membazir masa, at the end, kita yang macam tercampak kat dalam laut dan lemas sorang-sorang. Sedangkan orang lain gembira dan tak endahkan kita. So, kalau macam tu rasanya macam tak worth, tak berbaloi kalau nak rasa frust. Awak rasa frust, sedangkan orang tu gembira macam nak apa. Berbaloi ke? Dari frust macam nak apa, baik cari sesuatu yang bermanfaat. Kalau orang lupakan kita, tak apa. Kita carilah orang yang ingatkan kita. :) So don't waste your precious time for being so frustrated for those who are not appreciate you. Just get up form your long daydreams and make a move. 

Prove to yourself that you worth for more. Don't simply lying lazily on your bed for crying all the night. Because you might missed something important that you might regret for the rest of your life. Never stop dream on something worth, try to find it. Even if you are  unable to run for it, you might crawling for it. But the basic here is, never stop and never give up. Don't worry we still have an ample time to 'create' for our new memories. Remember, better late than never! ;)    

Footnote: Happy 25th birthday to my beloved BFF, NorFarhana Othman, the bride to be on this 21st Oct. May Allah bless you and I pray all the best things in your life right here and for the here after. Wishing you happily ever after! :))