It's me

It's me

Thursday 26 April 2012

Dillema Orang bujang.... Hurmm

Bukak fb n twitter, kwn2 sebut pasal nk kawen.
Then siap invite wedding event diaorg kat fb lagi tuh..
Bukan 1 event jer, tp invitation dah hmpir full smpai end of this may..

Then, masing2 tanye. 
Ko bile lagi??
alamak..

Plg kurg aku selalu jwp mcm ni.
"InsyaALLAH.Sampai mse akn diberitahu."sambil tersenyum ayu gitu!

Hurmm..
Ingat tak jiwa kacau ke asyik2 kne tanye..
Huhu.. smpai kdg2 rase, aku nie menolak jodoh ke?
Ke aku mmg tak laku?

Umur nk masuk 25 dah thn nie..tapi masih pegang title single.


TAKPE!!!
Kena yakin 100% dgn ALLAH. Adelah nnti Jodoh tu.
ALLAH dah tules kat Luh Mahfuz siape jdh aku.
Jadi, kena sabar dn yakin!

Harap2 ALLAh percepatkan lah aku bertemu jodoh. AMEEN.. :)





Nota kaki: tersenyum sorg2 layan lagu Hujan Bunga Di KL, Ana Raffali. Plus, nak bercinta lepas kawen jer! ;)

Monday 16 April 2012

Sekeping Hati




Wahai hati, usah kau menangis lagi. Usah biarkan dirimu terluka lagi dengan mengingati kisah yang telah berlalu. Usaplah air jernih yang mengalir dibalik jiwamu. Usah diingat lagi perkara yang telah berlalu.
Ternyata semalam bukan keinginanmu. Apatah lagi ia bukan pintamu. Bersabarlah wahai hati, kerana apa yang telah terjadi adalah ujian dariNya. Semalam itu merupakan ketentuan Yang Maha Esa, tidak dapat tidak untuk kau menolaknya. Usah kau tangkis ujian yang mendatang, kerana ia sekadar suatu percubaan yang perlu kau tempuhi.

Wahai hati, redha dan tabahlah dengan ketentuan Illahi. Meskipun ia sungguh menyeksakan batinmu. Sungguhpun ia menikam-nikam ragamu. Kau harus tahu, itu ujian buatmu. Kau harus percaya bahawa DIA terlalu tahu yang terbaik buatmu. Kerana DIA serba tahu bahawa semalam mu itu untuk membantumu. Membantumu agar kau lebih bersedia menempuhi hari-hari mendatang.

Wahai hati, pintalah kekuatan daripadaNya. Kerana sesungguhnya kau terlalu lemah. Sudah-sudahlah kau merintih sedih, kerana ia tidak menjanjikan apa-apa. Seharusnya kau bersujud, beristigfar serta berzikir demi merawat sedih dan pilu sekeping hatimu itu. Kau harus bangun, berdiri dan berjalan untuk melalui lorong-lorong  sepi dan penuh tragis yang kau andaikan itu.

Bertabahlah. Kerana ALLAH sedang BERBICARA tentang SABAR dan IKHLAS kepadamu. Teruskan langkahmu. Berjalanlah tanpa henti, dengan menjadikan semalammu itu sebagai satu rahmat buatmu. Biarpun semalammu itu KURANG INDAH. KERANA sesungguhnya, hanya DIA mengetahui tentang segala sesuatu. Kerana di situ mungkin terungkap sebuah rahsia yang tidak kau tahu kebahagiaan disebaliknya.


Wednesday 11 April 2012

Marathon exams & Presentations

Minggu selepas mid term break yg sgt2 mencabar. Humm exams, presentations and keje2 lain..
semuanya dlm 1 masa.. Hehe..
Mmg boleh buatkan rase 'sakit' smpaikan asyik lah nk mkn, mkn, dan mkn..

Hehehe.. Stress katanyer!
Padahal, mmg sengaja sbb nk lupakan skejap rse 'sakit' tuh..
Hihihi...

Ape2 pun best of luck untk dr sendiri n kwn2 lain yg tga berjuang sme mcm sy..

Usaha, Doa dan Tawakkallah pd ALLAH..
Semoga Allah beri kefahaman yg lebih baik dan kelapangan minda dan hati, serta semoga ALLAH permudahkan semuanya, AMINN... :)


#Good Luck!! Fighting!#


Nota kaki: Biler lah nk hbs sem nih.. pls lah cpt2 smpai Jan 2014. Then nk grad. Heehehehe.. Bkn tak bersyukur, tp nk cpt sudahkan study n start kje.. ;) Sbb usia bkn makin menurun, tp mkin meningkat.. ;D

Monday 9 April 2012

Never Give Up!!

Kadang2, bila kita terlalu fikirkan banyak keje, mula lah kita rase stress.
In fact, kite kdg2 jadi sgt2 down dan hilang mood.
Tapi, walau ape pun, jgn biarkan perasaan yg -ve tu terus2an ade dlm diri kite..

ce tgk mcm gambar itik kat bawah nie;


Comel je kan itik tuh.. ;D

Yg plg penting, itik tu tak PUTUS ASA!
beriye2 dia berusaha.
Kalau itik pon boleh, 
takkan kite yg manusia nie tak boleh pulak.. kan??
Percaya dan ingtlah ALLAH S.W.T selalu ada dgn kita.
Minta kekuatanNya untk jadikan kita jd kuat.

Hehe.. Fighting!!! :D

Saturday 7 April 2012

MERAWAT DUKA DAN LARA

Sesungguhnya setiap manusia yang ada dibumi ini tidak akan dibiarkan mereka tanpa diuji. Kerana ujian yang Allah berikan untuk membuatkan hambaNya menjual diri mereka kepada ALLAh yang Maha Esa. Dengan cara sentiasa berusaha mencari CintaNya. Dengan cara sentiasa bertakwa kepadaNya dan dengan cara selalu mendambakanNya.


Firman Allah yang bermaksud;
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 


(Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Kerana itu di setiap diri seorang manusia itu telah dititipkan suatu perasaan halus, dikala dirinya ditimpa permasalahan, ia mencari-cari erti ketenangan. Maka, carilah ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Ya Rabb.. Kepada Yang Maha Esa, Kepada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memberi Ketenangan dan Kekuatan. Kembalilah kepadaNya, carilah CintaNya, kerana itulah pengubat segala duka lara rawan hatimu.


Carilah dan dekatilah ALLAh dalam setiap waktu, dalam setiap saat dan dalam setiap denyut nadi. Kerana Yang Maha PENGASIH dan Maha PENYAYANG itu sentiasa mengasihi kita. Yang memberikan dan Mengurniakan segala nikmat yang kita kecapi saat ini. Jangan hanya tika dipagut kesedihan kita baru bersujud padaNya. Sujudlah padaNya pada setiap ketika, tidak mengira waktu sukar mahupun senang. Kelak, hidupmu pasti merasa bahagia. InshaALLAH..





Sunday 1 April 2012

Kurniakan Aku Ketenangan Ya ALLAH..

Putus cinta? Patah hati? Atau frust? Alahai.. Lagi-lagi tajuk macam ni kan.. Kadang-kadang ada orang yang dah bosan dgn topic nie. Kenapa aku buka tajuk ni? Sebabnya, aku pun tak terkecuali putus cinta. 

Berdosakah bercinta? Jawapannya TIDAK. Sebab, jika si pelakunya menyalurkan cinta ke arah yang betul, ia tak jadi salah. Sebab, kita memang kena cintakan ALLAH, RASUL, IBU BAPA. Dan kalau yang dah bersuami pulak, memang kne cintakan suami sebelum cintakan Ibu dan bapa. MasyaALLAH... Indahkan Islam nie.

Yang menjadi salah apabila si pelaku cinta itu mencintai sesuatu yang tak halal baginya. Cthnya cintakan kekasih lah,sampai sanggup buat ape saja sehingga menggadai maruh. Huhu.. sedih kan kalau macam tuh. Nauzubillah..

Okay, sekarang ni, mest korang tertanya-tanya kenapa aku kate aku frust bercinta. Jawapannya, sebab my ex-boyfrien nk kawen dgn org lain. Huhuhuhu... tak de jodoh. Sedih memang sedih, sebab kami plan nk kawen tahun nie. Tapi, Allah tak mengizinkan. Cintaku dihalangan dr pihak keluarga aku. Halangan dr keluarga ini sebenarnya adalah 'pengantara' yang Allah cuba katakan kpdku bahawa memang kami tidak berjodoh. Sedih.. Tapi aku tak boleh nak salahkan takdir yang tertulis. Untuk apa mempersoalkan takdir nie kan.. Tak boleh. Kena Redha. Walaupun bukan senang, tapi aku kene kuat jugak. Aku kena teruskan, kena yakin yang Allah dah persiapkan jodoh yang terbaik untuk aku. Ye! Aku kena yakin!

Aku tak nafikan bekas kekasihku tu seorang yang baik agamanya. Kerana itu aku memilihnya. Tapi, sudah takdir aku bukan untuknya. Mungkin aku yang tidak cukup baik untuk dirinya. Entahlah. Aku tak mahu terus-terusan melayan perasaan. Semalam, aku fikirkan aku tak rela untuk lihat dia bahagia dgn oarang lain. Astagfirullah.. Tak baik kan. Tapi selepas bermuhasabah diri dan mendekatkan diri aku dgn Allah, aku bertambah rasional. Saat ini, aku boleh saja mendoakan kebahagiaan untuk dia. Harap-harap lepas ni dia akan terus lupakan aku. dan aku pun kena lupakan dia. Anggap saja semuanya macam satu mimpi..


Bukan aku tak sudi nak menganggap dia sebagai sahabat lagi, tapi aku rasa yang terbaik adalah aku dan dia langsung tak berhubung terus. Aku tahu hati aku. Hati aku mudah goyah. Bimbang nanti ada perassan cinta dan sayang tu datang. Dan ini sangat tak bagus andai boleh menganggu rumahtangga dia nanti. Ape pun, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Walaupun dari jauh, aku akan tetap kenang kebaikan yang pernah dia berikan padaku sebelum ini. Semoga dia akan sentiasa berbahagia sampai ke syurga. Ameen.

Dan semoga Allah kurniakan kpdku seorang suami yang soleh, yang akan menjadi Imam untuk sepanjang hayatku. Agar kami bersama-sama menghidupkan cara hidup Islam dan nikmat Iman, dikurniakan zuriat-zuriat yg soleh dan solehah.Dan semoga Allah juga mengurniakan aku kebahagiaan, ketenangan, kejayaan di dunia dan di Akhirat. Ameen

Semoga kita semua beroleh keredhaan ALLAH S.W.T.. Ameen Ya Rabbal Alameen..

Nota kaki: Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita. Ameen..


Syukur- ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nikmat nyawa kepadaku untuk hari ini. :) Alhamdulillah Ya Allah..

Minggu ini adalah mid term break saya. :) Bestkan? So, hari ini, saya plan untuk balik kampung. nak jumpa Mak yang tersayang, sebab dah rindu kat mak sangat-sangat.

Mak, tunggu anak mak ni balik yer. Mudah-mudahan semuanya selamat sepanjang perjalanan.

Hari nie, terasa nak menulis sesuatu memandangkan ada masa terluang. Sungguh, enam minggu bergelar student sangat mencabar yer. Hehe.. al maklumlah. tanggungjawab sebagai student kan.. Assignment, quizzes, tesst, presentations and group discussions. Hehe.. agak payah juga yer bagi lidah melayu-jawa macam saya nie nak biasakan diri speaking mat salleh..hihi But, its okay. Still kene polish lagi. Jangan Putus asa wahai Cik Mutiara Puteh! =)



So far, Alhamdulillah. Biarpun bermacam dugaan yang datang, Allah sentiasa beri saya petunjuk untuk menyelesaikannya dengan baik. Kalau pun masih belum selesai, Allah beri saya Ilham untuk berusaha mengatasinya. Alhamdulillah.. Saya sangat yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita. Jadi, jangan ragu-ragu dengan janji Allah. Sebaliknya kita perlu sentiasa muhasabah diri, di mana kita berada sekarang? Adakah kita di tahap berusaha untuk bersabar atau di tahap hanya mengeluh seolah-olah tidak bersyukur. Fikir-fikirkan.. ;)