Assalamualaikum semua.. :)
Selamat berhujung minggu dan untuk adik-adik selamat bercuti sekolah. Adik-adik plan buat apa cuti kali ni? Pastikan buatlah perkara yang bermanfaat dan buatlah atau ikuti program-program yang boleh memantapkan sahsiah diri ye. Mudah-mudahan dapat memberi banyak kebaikan dan dapat meperbaiki diri adik-adik tidak kita untuk urusan harian, urusan ibadah mahupun memperbaiki teknik belajar yang berkesan. Mudah-mudah boleh memberi manfaat kepada diri adik-adik dan orang-orang disekeliling adik-adik.. In Sya ALLAH..
Hari ni rasa macam nak berkongsi sedikit cerita dengan semua. Yang mana mungkin readers boleh ambil yang baik, mana yang buruk itu merupakan kekurangan saya. Dan maaf andai banyak kesilapan sepanjang saya menulis. Andai ada yang tak betul, silalah tegur saya ye. Maklumlah saya bukannya arif dalam bidang Agama dan juga bidang penulisan. Sekadar mempunyai minat dan rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu mungkin atau sekadar berkongsi pandangan. Selebihnya saya berserah kepada ALLAH. Semoga ALLAH redha dengan kita semua, In Sha ALLAH.. :)
Dalam hidup kita semua, pasti kita menyimpan satu impian kan? Atau mungkin lebih dari satu atau memang terlalu banyak. Selama ini alhamdulillah tanpa saya sedar ALLAH dah bagi hampir semua impian yang saya inginkan. ALHAMDULILLAH.. :) Terima kasih ya ALLAH atas nikmat dan kurniaanMu yang tidak terhingga. Sesungguhnya Rahmat dan Kasih SayangMu terlalu luas. Kadang kala aku merasa bahawa aku tidak layak untuk menerima semua ini jika dibandingkan dengan segala dosa dan kurangnya amal ibadahku.. Aku hanya mampu menangisi masa silamku yang telah aku sia-siakan. Hingga aku merasa terlalu malu terhadapMu Ya ALLAH. Apa yang pasti hari ini, saat ini dan akan datang aku ingin sentiasa memperbaiki hubunganku denganMu Ya ALLAH. Bimbinglah aku Ya ALLAH tunjuki aku ke jalan yang Engkau Redhai. Semoga Kau selalu memberkati usaha aku untuk mencari CintaMu Ya ALLAH..
Aku punya satu impian besar, aku terlalu ingin malah terlalu, dan teramat ingin sekali untuk ke Baitullah. Ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah. Bantu aku ya ALLAH. Semoga aku dapat mencapai impianku. Aku mahu ke sana, mahu ke tempat paling suci dan tempat yang paling mulia di bumi ini. Ya ALLAH, aku terlalu...terlalu menginginkannya... Sayu hatiku Ya ALLAH. Aku mahukannya.. Saat ini hati dan jiwaku merintih mahu ke sana. Sungguh Ya ALLAH Izinkan aku untuk ke sana. Saat ini aku sudah membayangkan berdiri di hadapan Kaabah.. Bantu aku ke sana Ya ALLAH. Permudahakn urusan untuk aku mengerjakan Umrah dan Fardhu Haji suatu hari nanti.
Di suatu malam yang indah, aku berada di hadapan Kaabah. Waktu itu sungguh hening. Sayu dan entah apa lagi yang aku rasai, sungguh ia sukar diungkap. Aku gembira hingga menitiskan air jernih ini perlahan menuruni tubir mata dan mengalir perlahan dari jiwaku yang terdalam. ALHAMDULILLAH.. Aku bersyukur kepadaMu ya ALLAH. Terima kasih Ya ALLAH membawa aku ke sini. Terima Kasih Ya ALLAH. Sungguh aku merasa terlalu bahagia. Seolah tidak mempercayainya. Tapi ya, aku berdiri di hadapan Kaabah!
Waktu itu Subhannallah terlalu ramai hambaMu yang ingin beribadah kepadaMu ya ALLAH. Hingga aku tercari-cari ruang untuk aku bersolat. Hingga terdetik di hati dan jiwaku yang terdalam terlalu ramai orang dan bagaimana untuk aku bersolat. Seolah tiada ruang langsung untuk aku bersolat. Dan dengan kuasaMu Ya ALLAH, perlahan-lahan orang yang ramai tadi beransur keluar dari kawasan masjid dan kelau melalui pintu-pintu yang ada di Masjidil Haram. Maha besar kuasaMu Ya ALLAH! Aku tersenyum senang. Alhamdulillah aku boleh bersolat. Waktu itu di hadapan kaabah sungguh lengang dan hampir tiada orang di situ. Lalu, aku terus menunaikan solat di hadapan kaabah. Indahnya perasaan saat itu. Sungguh damai dan tenteram jiwa ini. Serasa tidak mahu menghabiskan sujudku. Mahu berlama-lama di situ. Aku gembira! Sungguh hanya ALLAH yang tahu betapa bahagianya aku ketika itu.
Dan usai aku bersolat, aku terpandangkan seorang pemuda dengan pakaian Ihram duduk bersandar di satu tiang berdekatan dengan tangga yang menghadap ke Kaabah. Lalu aku terus menyapa pemuda itu walaupun aku tidak mengenalinya. "Abang, cepatlah solat, sementara tak ramai orang ni". Tanpa suara, dia hanya memandang tepat ke wajahku. Diam dan tidak memberikan sebarang reaksi dan wajahnya seolah sedang mencerna tiap bait kata-kataku.
Dan... tiba-tiba kedengaran bunyi sms dari telefonku. Dengan tercari-cari bunyi telefon itu aku memandang sekeliling. Rasanya tadi aku di tempat lain. Sekarang seolah-olah di tempat lain. Ya ALLAH, di mana aku? Di mana aku sebentar tadi?? Ku lihat kiri dan kanan. Dan pakaianku. Rasanya tadi aku bertelekung putih, dan sekarang? Sekadar bert-shirt dan berseluar panjang?? Dan terbaring di atas katil. Ku lihat jam di handphone, jam 5.20 pagi. Ya ALLAH.. Aku? Aku di bilik, di asramaku?? Tadi?
Pantas aku melihat handphoneku dan membuka message. kak Fauziah, classmate ku, bertanyakan mengenai perisian SPSS. Usai aku reply dengan menyatakan aku tidak mempunyainya dan akan mengambilnya di Lab esok petang. Aku terfikir lagi. Aku tadi di mana ya. Mimpikah aku?? Subhannallah! AKu mimpi di hadapan kaabah!!! Masya ALLAH. Ya ALLAH.. AKu tersenyum dan Ya ALLAH, aku tak mahu bangkit dari lenaku. Aku mahu tidur semula dan mimpi sebegitu lagi! YA ALLAH ALLAHHU AKBAR!!!!
Aku tak mahu bangun. Ya ALLAH itulah mimpi terindah seumur hidupku! Tidak henti aku memikirkannya dan mengingatinya. Aku tidak mahu terlupa sedikit pun setiap dalam mimpi itu. Aku mahu ia tetap segar di kotak fikiranku. Azan subuh berkumandang dan saatnya aku menunaikan solat subuh. Terima kasih Ya ALLAH atas mimipi indah yang telah kau berikan kepadaku . Perasaanku bercampur baur. Ada gembira ada bahagia dan ada rasa sedih dan rasa terharu. Rasa mahu berada di sana lagi.
Usai solat subuh, aku sujud syukur. Merembes air jernih ini lagi. Aku menangis bersyukur dan terharu. Aku mahu ke sana lagi Ya ALLAH. Aku mahu ke Mekah!! Usai sujud syukur, aku duduk di meja study ku. Lalu memandang rantai yang mempunyai loket bentuk Kaabah pemberian rakan karibku, Hafeeza Shafiqca yang sudah ke Mekah bulan Mac yang lalu. Alhamdulillah terima kasih sahabatku. Semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke Syurga. Ameenn.. Dan aku ambil tasbih putih pemberian Ain dari Mekah juga, dan aku mula bertasbih, tahmeed, takbir dan bertahlil sebelum aku bersiap ke kelas pagi ini. :)
Sepanjang hari aku senyum dan memikirkan mimpi aku lewat malam tadi. Aku cukup gembira dengan berpeluang bersolat di hadapan Kaabah dan berada di Mekah. Tapi, tiba-tiba aku teringat di penghujung mimpiku itu. Pemuda itu! Siapa dia?? Dan mengapa aku memanggilnya Abang? Abangku kah itu? Ku pejamkan mata untuk mengingat kembali. Tapi serasanya dia orang yang langsung tidak aku kenali. Ternyata bukan wajah abang-abangku. Siapa dia? Jodohku kah itu?? Allahhu a'lam. Aku tidak tahu. Yang ku tahu aku bahagia kerana mimpi dapat bersolat di hadapan Kaabah. Paling bahagia, dapat bersujud lama di sana!
Sungguh, itulah mimpi terindah seumur hidupku! Semoga ALLAH mengizinkan aku untuk ke Mekah untuk Umrah dan fardhu Haji sebelum aku menutup mata ini. In Sha ALLAH..Ameenn..
InshaAllah kak.. Mudah2an nanti tercapai cita2 murni akak itu.. Amin.. Salam Maal Hijrah kak..:D
ReplyDeleteAmeennn In Sha ALLAH.. :)
DeleteTq dik.. Selamat tahun baru Hijrah dik.
Semoga amalan dan kita beroleh rezeki yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni untuk dunia dan akhirat.
:)
salam :) semoga impian kita ke tanah suci menjadi kenyataan . amin .
ReplyDeleteSalam ukhwah Cik Afisya Afida. :) Ameenn semoga ALLAH permudahkan urusan kita untuk ke Makkah..
Delete