It's me

It's me

Saturday 26 January 2013

PERCAYA PADANYA...



Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah kita masih berpeluang menghela nafas hingga saat ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi peluang kepada kami untuk terus bernyawa.. Moga kami manfaatkan kesempatan ini dengan membuat sebanyak-banyak kebaikan dan meninggalkan laranganMu Ya Allah...

Pembaca yang dikasihi sekelian,
Acap kali kita terdengar atau mendengar atau kita sendiri yang berbicara mengenai impian, cita-cita dan harapan. Sehingga ramai yang terbuai dengan keindahan angan-angan dan harapan garapan mereka sendiri. malah masing-masing punya persepsi tersendiri dalam menelah definisi angan-angan, impian, cita-cita dan harapan.

Yang nyata mimpi itu selalunya indah. Angan-angan dan harapan itu juga selalunya tersangat manis untuk dikenang dan dibayangkan. Namun, persoalannya adakah salah untuk memasang angan, mencipta impian, mengukir harapan dan menulis azam dan cita-cita???

Bagi saya tak salah. Tulislah, pasanglah angan-angan, ciptalah impian dan ukirlah harapan. Kerana sesuatu yang baik sangat digalakkan lebih lagi untuk suatu kebaikan. Bukankah hidup kita punya matlamat? Jadi demi mencapai matlamat itu, haruslah kita tulis dan catatkan sedikit 'garis panduan' demi mencapainya. Dan tak salah andai saja tidak berlebihan. Sedangkan Islam sendiri menganjurkan agar kita bersederhana. Sebaiknya biarlah memasang angan-angan itu berpada-pada asalkan kita dapat mencapai RedhaNya, iaitu matlamat utama kita. Kan kita hambaNya, maka gapailah redhaNya.

Kata orang mimpi itu indah. Benar! Memang indah. Kadang ia membuat kita seakan tidak mahu terjaga dari lena. Namun hakikatnya, kita harus dan selalu berpijak di dunia nyata. Sampai bila harus memejamkan mata tanpa menghadapi yang ada? Ikutkan hati, kita akan mati. Ikut rasa, binasa. Walau apa pun percayalah Allah lebih tahu segalanya. Allah maha mengetahui.

Sungguh, perancangan kita tiadalah seberapa kalau nak dibandingkan dengan perancanganNya. Tapi itu bukan alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Iya. Yang penting kita perlu usaha. Tanpa usaha, kita tak kan ke mana. Anggaplah usaha itu jalan yang kita cuba dari tanpa berbuat apa-apa. Selebihnya kita doakan saja agar ia diberkati dan berhasil. Selebihnya tawakkalah kepadaNya, DIA yang Maha Esa.

Tak selamanya yang diimpi itu adalah yang terbaik dan yang tertulis itu sesuatu yang buruk. Andai benar kita mampu berfikir dengan baik, kita tetap akan mensyukuri setiap dari impian hatta hakikat yang kita sedang depani. Percayalah dan terimalah kerana seadanya dengan hati yang terbuka. Kerana ia adalah anugerah terindah dariNya, ALLAH SWT.

Harapan selalu ada, jadi janganlah terperangkap dengan perasaan berputus asa, terasa penat dengan berdoa. Kerana kita sendiri tidak tahu akan bila waktunya segala doa kita itu akan dimakbulkan. Kalau bukan sekarang, mungkin nanti. Mungkin juga ALLAH mahu menguji kesabaran kita. Atau jua permintaan kita itu tidak dimakbulkan kerana DIA mahu mengurniakan yang lebih baik dan selayaknya untuk kita. Oleh yang demikian, kita seharusnya berusaha, berusaha untuk terus memperbaiki diri juga terus berusaha berubah kepada kebaikan. Kalau mahukan keadaan berubah, kita yang seharusnya berubah terlebih dahulu. Nanti, kita akan lihat akan kesannya. Apa yang penting, Bersabar dan jangan berputus asa. Percayalah PadaNya. 

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar"
(Surah A-Baqarah, 2:153)

In Shaa Allah, DIA selalu memberi yang terbaik buat kita, hambaNya.







No comments:

Post a Comment