It's me

It's me

Tuesday 5 March 2013

Soal Hidup, rezeki, takdir, jodoh dan mati..

Assalamualaikum wbt....

Lewat malam begini adalah waktu yang sangat sesuai dan waktu yang paling indah sekali untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernyawa, yang mana kita sendiri tidak tahu sampai bila nyawa ini akan diberi pinjam kepada kita. Semoga kita sentiasa memperbaiki amalan serta akhlaq kita demi mencari Redha Illahi. Dan semoga Allah Redha dengan kita.

Saat ini hati kecil ini berbicara dan bertanya lagi. Apakah yang kucari demi sebuah penghidupan yang sementara di dunia ini? Kegusaran semakin menjadi saat terbaca post di sebuah blog berkenaan azab siksaan api neraka. Sungguh. Aku gerun! Aku takut! Bersungguh untuk tidak lagi mengulang dosa-dosa silam. Apatah lagi segala dosa yang tidak aku perasankan. Ya Allah kau ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku serta kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Ammeennn...

Lantas aku kembali berfikir, tertanya-tanya dan berteka teki sendiri. Aku tahu. Allah telah menetapkan urusan rezeki, jodoh, takdir perjalanan hidupkita sebagai hambaNya di dunia ini, malah perihal maut kita juga sudah siap tertulis. Soal mati, sering saja berlegar di fikiran ini. Mudah-mudah aku akan mati sebagai hambaNya yang solehah, bertaqwa dan sentiasa meletakkan ALLAH SWT teratas daripada segalanya. Matikan aku dalam keadaan aku beriman dan sedang beramal soleh Ya Allah..

Kemudian, aku terfikir lagi. Kali ini soal rezeki dan takdir perjalanan hidupku. Aku tahu, aku harus berusaha untuk mendapatkan rezeki yang baik lagi halal. Kerana di hari perhitungan nanti akan di tanya setiap rezeki yang kuterima itu dari mana sumbernya. Atas usaha yang bagaimana aku mendapatkannya dan apakah aku telah menginfaqkannya kepada jalan Allah? Lalu aku terfikir lagi. Bagaimana pula dengan takdir kehidupanku? Aku yang harus menjalaninya. Aku yang harus memilih untuk melalui jalan yang benar atau sebaliknya. Pilihan di tanganku, namun aku tahu. Aku tidak boleh lepas dari mengharapkan panduan dan petunjuk dariNya, iaitu DIA Yang Maha Esa. Maka pada-Nya lah aku perlu meletakkan pergantungan sepenuhnya.

Ada satu hal lagi yang aku masih memikirkan hingga hari ini. Soal jodohku. Ya Aku tahu. Allah telah menjadikan setiap dari ciptaanNya berpasang-pasangan. Aku yakin DIA pasti sudah menetapkan seorang yang cocok untukku. Namun, adakah aku bisa mendapatkan seseorang yang sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki dirinya? Aku tahu aku tidak sempurna. Aku hanya seorang wanita biasa yang hidup di akhir zaman ini dengan cita-cita untuk menjadi wanita solehah. Hingga kini, aku masih sedang berusaha untuk terus memperbaiki diri. Agar nanti aku dan bakal suami ku boleh menumpukan hal-hal lain dalam membentuk Baitulmuslim. Ya Allah pantaskah aku mendapatkan seorang yang sebegitu dalam hidupku? Ya Allah bantu aku Ya Allah. Bantu aku supaya aku sentiasa memperbaiki diriku. Hakikatnya aku ingin menjadi lebih baik dari semalamku. Bantu aku Ya Allah..

Buat bakal suamiku, aku di sini masih lagi dalam usaha memperbaki diriku. Aku masih lagi bertatih dalam menjaga auratku dengan sempurna, namun aku bercita-cita untuk istiqamah dalam melaksanakannya. Aku kini juga sedang menjinak-jinakkan diri dengan usrah dan merajinkan diri supaya sentiasa mencari cinta Allah dan Rasul. Aku tidak sempurna bakal suamiku, aku punya cerita lalu. Namun sekerasnya aku katakan aku tidak mahu lagi berada di masa silamku tidak mahu lagi hidup dalam kegelapan itu. Yang ku mahu mencari RedhaNya serta mencintai kekasihNya, Rasulullah SAW sebaiknya.

Bakal suamiku. aku tak pandai menyusun kata. Tidak pula aku pandai mengarang cerita. Namun, sejujurnya aku akan berusaha untuk terus istiqamah dan mengharapkan agar kau juga begitu. Bakal suamiku, akan kutunggu dirimu hingga tiba saatnya untuk Allah mempertemukan kita dan yang kutunggu adalah lafaz 'Aku terima nikahnya' darimu. Semoga kita bersama-sama berusaha memperbaiki diri agar menjadi sempurna dan semoga Allah permudahkan urusan untuk kita disatukan serta dipermudahkan untuk kita menuju SyurgaNya.. In Shaa Allah...


2 comments:

  1. sweet :) bila kahwin nanti boleh tunjuk pada encik suami :) and yes, thinking about death and sins...may Allah forgive us. amen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Eve.. Ameenn.. May Allah always forgive us!
      Humm speaking of bila kawen tu, ermm In Shaa Allah. One day kalau 'the one' tu minat nak membaca lah kan.. ;)

      Delete