It's me

It's me

Friday 30 November 2012

Demi Masa

Assalamualaikum semua. Semoga kita berada dalam keadaan sihat dan dalam keadaan yang selamat. Semoga ALLAH selalu menjaga kita semua. Mudah-mudahan ALLAH mengampuni semua dosa Muslimin dan Muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dan semoga ALLAH memberi keselamatan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia dan terhindar dari penindasan. Ammeenn..

Ok, sempana hari terakhir dalam bulan November ini bersamaan dengan 16 Muharram 1434 Hijriah, saya nak berkongsi sedikit dengan anda semua. In Shaa Allah. Semoga ALLAH Redha.

_____________________________________________________________



Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al'Asr, 103:1-3)

Sesungguhnya, rugilah kita sebagai seorang manusia, seorang hambaNya, kalau kita tidak mengambil peluang yang ada untuk beriman dan beramal soleh. Dan ingatlah tugas dan tanggungjawab kita juga untuk saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar. Subhannallah. Indahnya kehidupan kita yang telah ALLAH rancangkan sejak dan sebelum penciptaan Nabi Adam A.S lagi.

Selalu kita terfikir, esok nak buat apa, malam nanti atau esok pagi. Kita mengharapkan semuanya akan berjalan lancar. Lepas tu kita plan pulak untuk bulan depan, tahun depan, 5 tahun akan datang dan 10 tahun akan datang. Fikir lepas grad nak keje kat mana, nak kumpul harta, nak kereta besar, rumah besar dan kehidupan yang senang dan kalau boleh nak kehidupan yang mewah.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dah ada matlamat. ^_^ syukur. Tak ada lah nanti orang kata kita ni hidup untuk apa kan? TAPI, pernah tak kita semua fikir apa matlamat sebenar untuk hidup kat dunia ni??

Ada orang kata, untuk hiduplah. "come on lah. Chill. Hidup cuma sekali babe. So enjoy!" Ada pula yang kata, "Hidup ni bekalan untuk mati, jadi kenalah kejar yang akhirat". Ya ada betulnya dalam dua-dua jawapan tu. Ringkasnya Hidup di dunia ini cuma sekali. Jadi manfaatkan ia untuk perkara yang berfaedah dan yang boleh membawa kebaikan kepada kita. Dan jangan lupa hidup ini juga adalah persiapan kita untuk akhirat. Maksudnya lebih kurang begini, manfaatkan hidup di dunia, dan seimbangkannya untuk Akhirat juga. Kerana Hidup di Akhirat adalah hidup yang Abadi. Betul tak?

Jadi kita semua seharusnya seimbangkan pencarian kita di dunia ini adalah juga sebagai bekalan untuk kita di Akhirat nanti. Betul, Hidup cuma sekali. Hidup yang sekali nilah yang kita kena manfaatkan sebaiknya. Sebab bila kita mati nanti, kita dah tak berpeluang untuk kumpul 'markah' untuk Akhirat nanti. Saya akui, saya bukan dalam kategori orang yang baik. Tapi saya juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri saya. Saya tak nak tergolong dalam golongan yang akan tinggal di Neraka, kerana itu saya berusaha untuk cuba masuk ke Syurga. Saya tahu saya mungkin tak layak. Tapi saya nak jugak. Saya kena berusaha!

Kita semua kena berusaha. Berusaha untuk memperbaiki diri dari sekarang. Setiap dari kita pernah mempunyai sejarah silam. Mungkin dulu kita jahil, mungkin juga sebab ikutkan nafsu. Tapi cerita semalam dah berakhir. Apa yang ada adalah cerita hari ini. Bagaimana kita menghadapai dan melalui hari ini. Itu yang penting. Kalau kita dah sedar, ALHAMDULILLAH. Kita masih punya masa. Jangan berlengah! Mulakan sekarang! Apa yang penting, tolonglah. Tolong bertaubat sebelum kita semua terlambat. 

Anda semua tahu kan, hidup dan mati kita semuanya ALLAH yang tentukan. Kita tak tahu sampai bila kita akan hidup. Mungkin saja hanya untuk hari ini. Esok? Masihkah ada untuk kita esok? Jawapannya:TAK TAHU. Kan? Betul tak??

Kerana itulah, Demi masa, kita kena manfaatkannya sebaik mungkin. Jom! Kita balance kan dunia dan akhirat. Berusaha memperbaiki diri kita. Buat kerja, dan cari rezeki yang halal seolah-olah kita akan hidup lagi 100 tahun. Dan beramal ibadahlah seolah-olah ini adalah ibadah kita yang terakhir. 

Kalau sebelum ni solat kita tak cukup, kita tanamkan azam untuk mulakan solat cukup 5 waktu. Dan kita buat sungguh-sungguh. Kalu kita belum tutup aurat dengan sempurna, tutuplah. Carilah orang atau bertanya pada ustazah-ustazah atau mungkin pada kawan-kawan kita. Cara yang sebenarnya untuk menutup aurat. Kena ingat golongan wanita ini special. Jadi ALLAH sentiasa nak kita jadi special. Jadi tutuplah aurat dengan sempurna. Pakai tudung jangan sampai nampak anak rambut, pakai sampai tutup dada. Labuhkan sampai bawah dada, pakai yang longgar-longgar. Bukan pakai baju adik kita yang darjah satu. Kemudian kena tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Pakai sarung kaki. Nak pakai jeans pakailah. Asalkan bukan yang ketat. Pakai baju yang labuh, dari jenis kain yang rapat (tak jarang). Cubalah. Cuba dari sekarang. Bimbang nanti sedar-sedar kita memang dah berpakaian putih tu yang betul-betul cover satu badan, siap perfume yang wangi lagi. Time tu memang dah tak sempat dah nak menangis ke apa ke untuk hidup semula.

Sebenarnya tak susah pun semua tu. Cuma kita sellau terperangkap dengan nafsu dan suka tengok orang lain. Dengar sangat cakap kawan-kawan yang tak endahkan untuk buat perkara yang baik. Jangan risau. Kita masih punya masa! Cepat. Sebelum terlambat. So selalulah dekatkan diri kita dengan ALLAH. Kalau nak ALLAH selalu dekat dengan kita, kita yang kena dekat dengan dia. Kena buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH tak suka.

Inilah kehidupan yang sebenar, buat perkara yang betul. Buat apa yang ALLAH perintahkan dan tinggalkan apa yang ALLAH larang. Jom sama-sama muhasabah diri. Di mana letaknya diri kita saat ini? Masih berdolak-dalik lagi dengan suruhanNYa atau kita memang langsung tak takutkan ALLAH??? Mati takkan terlambat walaupun sesaat kawan-kawan! Mati tak kan pernah terlewat seminit pun. Tak bimbangkah kita?? Tak takutkan kita? Cukup sangatkah amalan kita??? Hebatkah kita seolah-olah tahu yang kita ni confirm masuk ke SYURGA???

Satu perkara lagi yang saya nak sentuh. Tentang hubungan kita sesama manusia. Jagalah sebaiknya. Berkasih sayanglah sesama manusia. Maksudnya berbuat baiklah sesama kita. Jangan zalimi orang lain. Bersedialah untuk membantu orang lain, bersedialah untuk memaafkan orang lain dan selalulah meminta maaf kepada orang lain. Boleh bayangkan tak kalau kita buat yang tak baik kat orang tu, lepas tu orang tu meninggal sebelum sempat kita minta maaf. Ya ALLAH, dapat bayangkan tak? Mudah-mudahan kita terhindar dari perlakuan tersebut. Jadi, jom saling maaf dan memaafkan antara kita.

Kita kena ingat, hidup ni juga kena saling ingat-mengingatkan. Saya ingatkan anda semua, anda pun kena ingatkan saya. Kita semua ada tanggungjawab sebagai Khalifah di bumiNya ini. Kena saling mengingatkan, means kita kena berdakwah. Tak semestinya berdakwah tu kena pakai jubah, berserban. Tak. Pakai baju kurung dan bertudung (bagi perempuan) dan pakai seluar dengan t-shirt (bagi lelaki) pun dah cukup. Asalkan tutup aurat dengan sempurna.

Belajarlah untuk sempurnakan diri kita. Walaupun kita tahu tak ada manusia yang sempurna macam Rasullullah SAW. Tapi sekurang-kurangnya kita kena penuhi garis panduan yang dah ALLAH tetapkan. Pembaca yang dirahmati ALLAH sekelian, kita nak tunggu apa lagi? Apa lagi? Tanya pada hati kita, besok masih adakah masa untuk kita hidup??? Jadilah manusia bijak yang berusaha meraih janji ALLAH. Bukan jadi manusia yang terus-terusan menzalimi diri sendiri. Please, kita berasal dari Syurga, tak kan kita nak biarkan diri kita masuk ke neraka nanti?? kesianlah kat diri kita. Kita deserve untuk Jannah! Jom berubah mulai sekarang. :)

No comments:

Post a Comment