It's me

It's me

Wednesday 29 February 2012

February yang berlalu

Alhamdulillah..


Syukur kepada ALLAH S.W.T. Atas limpah kurniaNya, dapat lagi kita bernafas di saat ini.


Hari ini hari yang jarang-jarang sekali ada dalam kaledar masihi. 29 Febuari. :) 2 bulan sudah berlalu untuk tahun 2012. Banyak pahit dan manis yang telah dilalui untuk tahun ini. Walaupun jangka masa 2 bulan itu singkat, namun hari-hari yang berlalu dirasakan cukup panjang.


Benar. Allah tidak akan pernah untuk tidak menduga atau menguji hambaNya. Setiap hambaNya akan diuji mengikut kemampuan hambaNya.


Aku meniti perjalanan yang kurasakan teramat panjang. Akal cetekku sering berkata-kata, sering mempersoalkan itu dan ini. Istifar pnjang saat teringat seolah-olah aku mempersoalkan aturan yang Maha Esa. Bisikan syaitan sering menduga Iman kita. Mengapa syaitan sering berbisik sesuatu yang jahat? Jawapannya mudah. Memang itu sumpahnya untuk menyesatkan anak Adam. Dan syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan anak-anak ADAM.


Jadi sebagai langkah bijak bagi mengatasi masalah ini, kita perlu kembali kepadaNya. Perlu kembali kepada AgamaNya, Perlu kembali menjunjung Al-Quran dan Hadis. Selain mengamalkan Sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W..


Berpegang teguhlah pada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana hanya itulah penyelamat untuk umat Islam. Cekalkan hati dan sentiasa berdoa, mohon agar selalu diberikan petunjuk dan Hidayah. Mohon selalu diberikan ketenangan, mohon selalu diberi kekuatan dalam menempuhi kehidupan. Percayalah, ALLAH selalu mendengar tiap butir bicara, malah setiap gerak hati kita. Berdoa dan berdoa selalu. Merayulah. Kerana Allah sentiasa mendengar dan mengetahui apa yang sedang kita kerjakan. Selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita, baik di dunia mahupun ketika di Alam Barzah serta di Akhirat nanti.


Disamping itu juga, kita wajib menjaga hubungan baik kita kepada Allah. Sekiranya kita semua mahu Allah mendengarkan kita, kita perlu lebih dekat denganNya. Sujudlah. Sujudlah dengan merendah diri. Solat, tutup aurat dengan sempurna, jadi anak yang soleh/solehah, menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga, menjaga alam sekitar dengan baik dan juga menjaga perlakuan, ucapan dan niat juga adalah cara-cara bagi mendekatkan diri kepadaNya.


Jadi sebagai kesimpulannya, kita harus kembali padaNya. Kembali mencintaiNya, kembali merinduiNya dan meletakkan Dia yang tertinggi di hati kita. Rindui juga Junjungan kita nabi Muhammad S.A.W kerana baginda adalah ikon bagi Muslimin dan Muslimat, malah idola yang seharusnya kita contohi dan ikuti. Sesungguhnya Amatlah rugi bagi yang mensia-siakan usia mereka di muka bumi ini. Ingat. hidup hanya sekali untuk kita mengumpul 'markah yang tinggi' bagi menjamin tempat yang selesa (Syurga) kelak. Marilah sahabat-sahabatku, beramallah seolah-olah kita akan mati esok hari, dan bekerjalah seolah-olah kita akan hidup untuk seribu tahun lagi. Marilah kita sama-sama renungkan. Yang baik itu datangNya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Allahualam..





Aku Fikir??




Aku fikir aku cukup KUAT, tapi aku terlupa yang sebenarnya diriku lemah
Aku fikir aku GEMBIRA, tapi aku terlupa yang sebenarnya hatiku sedang berduka
Aku fikir keperibadianku cukup  BAIK tapi aku terlupa yang sebenarnya keperibadianku jahat
Aku fikir aku ADIL terhadap diriku, tapi aku terlupa yang sebenarnya aku zalim terhadap diriku
Aku fikir aku sedang BAHAGIA, tapi aku terlupa yang sebenarnya jiwa ku derita
Aku fikir aku REDHA, tapi aku terlupa yang sebenarnya aku tidak ikhlas
Aku fikir aku telah BERSYUKUR, tapi aku terlupa bahawa aku seringkali merungut
Aku fikir aku  SABAR, tapi aku terlupa aku seringkali amarah
Aku fikir aku TABAH, tapi aku terlupa sebenarnya aku tidaklah seampuh mana
Aku fikir aku BIJAK, tapi aku terlupa sebenarnya aku bodoh.
Aku fikir jiwaku BERSIH, tapi sayang. Aku terlupa jiwaku kotor penuh dengan debu-debu lagha
Aku fikir aku CANTIK, tapi sayang. Aku terlupa bahawa penampilanku hodoh di mataMu.


Sesungguhnya manusia itu bukanlah siapa-siapa tanpa ALLAH S.W.T. Manusia itu tidak ada yang sempurna, namun manusia dituntut mencari kesempurnaan. Kesempurnaan yang bagaimana?? Kesempurnaan dengan cara MENGIKUT SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA.

Jadi, sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama mencari dan mengejar kesempurnaan yang dituntut dalam Islam. Mari kita berhijrah kepada yang lebih baik dari masa ke semasa. Semoga Allah selalu menjaga kita. Amin.

Tuesday 14 February 2012

New Phase in My Life

Alhamdulillah, hr ni, hari kedua saya attend class.. Hurmm sebelum tu nk story sikit berkenaan kehidupan baru saya sbgi student nih.. Alhamdulillah application untk further study untk MBA diperkenankan.. Maka, bermulalah hidup baru sbgai student. Saya smbg study full time di Graduate School of Business (GSB-UKM). Baru je register last 2 weeks. Humm 1 cabaran yang hebat sbbnya classmate ku dtg dr pelbagai negara, bangsa, dan berlainan agama. Yang pastinya teramatlah berbeza dari studied kat UiTM dulu.. Multiracial and... and of course multiculturism..Plus dgn working experiance yg superb.. Fuhh.. Ini satu cabaran! Challenge yourself Muzalifah!! :)


Ada yang dtg dr Jepun, Brunei, Iran, China and India.. See what a colourful of people kan.. Sgt menarik dan teruja okay.. But, at the same time, this is the best opportunity for me to create my self esteem n confidence level to improve my communication skills. I challenge myself to be brave and to voice out. hehe biasalah kan kita kalw tak berani, mmg tak ke mana. Balik-balik kat takuk yg sama.. Isyhh.. tak nak kan macam tu, so, you have to make the difference lah! expand your ability. Well, kalaw kita tak cuba, sampai bila-bila pun kita tak tahu kebolehan kita. Be positive, in a learning process, there's nothing wrong. Unless the wrong fact is still wrong arr.. Don't argue for such things like that.. hehehe...


So, itu pasal keadaan persekitaran dlm class. Then about courses that i have to take for this semester. There are four of them. Financial Management, Accounting for desicion making, Organizational Management and Marketing management.. Wow.. satu lagi cabran untuk diriku! Duduk dikelompok org bijak pandai dan jugak berpengalaman tuh, kdg2 terasa diriku agak kecil dah kerdil okay..hahaha Tp ape pun kne fikir yang sebenarnya saya pun boleh. Petuanya 1 jer! Tekun dan istiqamah! Nk study hard camne pun tak kesah lah.. yg pentingnya kan, yg paling mesti sekali adalah niat kite! Mesti sebab "Lillahita'ala".. Unjurkan niat kita semata-mata kerana Allah.. InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita. Dan InsyaAllah semuanya akan berjalan dgn lancar. Mudah-mudahan.. AMINN.... :)


Ingat tuh, jangan selalu menakut-nakutkan diri sendiri. Kena yakin bahawa Allah ada untuk sentiasa kita pohonkan kebergantungan kita. :) Yang penting kne usaha, doa, tawakkal dan yakin akan kuasa ajaib Allah.. :) Harap-harap motivation ini dapat menguatkan semangat saya! Saya jugak tak lupa pada nasihat seorang sahabat yang sangat akrab dengan say. Dia selalu mengingatkan saya supaya jaga hubungan dgn Allah sebaik mungkin. Jaga solat, tutup aurat dengan sempurna, jadi anak yang solehah dan jadi muslimah yang sejati. Dan dia jugak selalu berpesan supaya menghayati kata-kata hikmah ni " Betulkan yang biasa, biasakan yang betul".. InsyaAllah akan saya pegang dan ingat setiap pesanan sahabat saya nie. Semoga dengan tips dr sahabat yang saya kasihi itu dapat membantu kita mengecapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan seorang sahabat yang sangat baik kerana sering mengingatkan diri saya supaya, seiringkan kejayaan di dunia dengan amalan untuk akhirat.


Jadi, Marilah kita sama-sama memotivasikan diri agar dapat memperbaiki diri kita dari masa ke semasa.. Semoga Allah memberkati usaha 'penghijrahan' kita.. Dan semoga kalian semua dirahmati Allah... :)





~MutiaraPuteh~


Sunday 12 February 2012

SEBAGAI "FATIHAH" I

Alhamdulillah, dgn izinNya, hari ni aku berjaya memulakan penulisan dkt blog nih.. Kerana sebagai pembukaan, aku memilih tajuk pertama bg entry ini dengan "SEBAGAI FATIHAH'.. Fatihah dlm bahasa Arab bermaksud Pembukaan.. Jd diharapkan dengan entry pertama nie dapat membuka ruang bkn sj pd diriku, tp bagi org lain jgk untk sama-sama nk share ilmu. :)

Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dan keredhaan dariNya.. Semoga dgn ape yg bakal di share dpt memberikan manfaat kpd kite semua. InshaALLAH.. Aku juga mengharapkan andai ade sebarang kesilapan, sila lah berikan teguran yang membina selain memberi komen yg bernas, yg mungkin dapat memberikan panduan kpd kita. Hopefully kisah-kisah atau cerita yang baik dpt dijadikan sbg ikutan, tapi, kalau yg ternyata tak betul tu, jgn lah ikot yer..Heeee jdkan sbgai pengajaran tak pe! Itu lagi baik.. :)


Okay, by right Im still new and lots of things to learn.. Hehe But, InshaALLAH i'll try my best and if Allah wills, this entry will not be the last in my life.. Welcome Cik Muza Mutiaraputeh! =)