Assalamualaikum semua..
Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.
Lama tak update blog saya. Sudahnya, baru hari ni diberi kekuatan untuk mencoretkan sesuatu. Dan hari ni juga merupakan hari terakhir dalam 2013.
Pejam celik pejam celik, waktu semakin pantas berlalu. Terasa terlalu cepat waktu bergerak. Benarlah orang kata. Waktu takkan menunggu kita.
Banyak yang dilalui sepanjang 2013. Terasa umpama mimpi. Dan kadang terasa macam saya sedang berlakon dalam sebuah drama sepanjang 365 episod. Mungkin benar, kita juga adalah pelakon di atas pentas kehidupan.
Saat ini, saya hanya duduk bersila di atas katil. Meriba laptop dan menulis post terakhir untuk tahun ini.
Jiwa? Seakan kosong. Entah ke mana perginya ia. Seakan merajuk atau saya terlalu memikir yang tak berapa indah yang telah terjadi sepanjang 2013. Oh, sila pergi segala yang negatif dan mimpi buruk!(Mungkin terlalu bimbangkan pertambahan usia) Do think the positive only Miss Muza!
Apa pun, semoga rasa dan jiwa itu kembali lagi di hati ini. Semoga tahun hadapan lebih indah dan lebih bermakna. Semoga saya dan kita semua dapat mempertingkatkan Iman, Taqwa dan segala yang positif untuk hari esok dan seterusnya.
Sekian,
Salam akhir dan selamat tinggal 2013.
Muza Samean