It's me

It's me

Tuesday 31 December 2013

Penutup 2013

Assalamualaikum semua..

Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.

Lama tak update blog saya. Sudahnya, baru hari ni diberi kekuatan untuk mencoretkan sesuatu. Dan hari ni juga merupakan hari terakhir dalam 2013.

Pejam celik pejam celik, waktu semakin pantas berlalu. Terasa terlalu cepat waktu bergerak. Benarlah orang kata. Waktu takkan menunggu kita.

Banyak yang dilalui sepanjang 2013. Terasa umpama mimpi. Dan kadang terasa macam saya sedang berlakon dalam sebuah drama sepanjang 365 episod. Mungkin benar, kita juga adalah pelakon di atas pentas kehidupan.

Saat ini, saya hanya duduk bersila di atas katil. Meriba laptop dan menulis post terakhir untuk tahun ini.
Jiwa? Seakan kosong. Entah ke mana perginya ia. Seakan merajuk atau saya terlalu memikir yang tak berapa indah yang telah terjadi sepanjang 2013. Oh, sila pergi segala yang negatif dan mimpi buruk!(Mungkin terlalu bimbangkan pertambahan usia) Do think the positive only Miss Muza!

Apa pun, semoga rasa dan jiwa itu kembali lagi di hati ini. Semoga tahun hadapan lebih indah dan lebih bermakna. Semoga saya dan kita semua dapat mempertingkatkan Iman, Taqwa dan segala yang positif untuk hari esok dan seterusnya.

Sekian,
Salam akhir dan selamat tinggal 2013.

Muza Samean

Tuesday 12 November 2013

Salam Hijrah 1435

Hi,

Assalamualaikum semua...

Selamat datang tahun baru 1435Hijriah.

Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih baik dari sebelum-sebelum ni.

Jadi, apa harapan dan azam tahun baru kita??

Saya dah set kan awal-awal. Alhamdulillah ada yang dah tercapai dan ada yang masih dalam proses nak mendapatkannya. :) 

In Shaa Allah tahun baru ni aim saya untuk grad my master! Ameennn Allahumma Ameenn.. :) The graduation In Shaa Allah will be held around Oct 2014. :) T nak wat photoshoot earlier.. Nak snap kat Fac saya and some other places too. Oh Allah, may my graduation day will be over the weekend. Ameenn. So, i'll have so much time to spend with my beloved familia and friends! Especially to seize the momento! Well it will be my big day! Wah.. Nak casablanca boleh tak ;) Tak pun dapat bunga daisy pun okay! Hehe.. kalau tak sunflower pun okay. Since it will appreciate me macam i'm shine up n bright up those i loves so much! (ceh perasan bagus!)

ok ni gambar Fac sy dari tepi.. :)

Fav meja at library! Laptop berjasa dari zaman kat UiTM dulu. Dah 5 tahun rasanya, ke da lebih??

Tempat saya bersantai sambil cari Journal terkini yang dah printed.

ok, and whenever i'm stuck my writing and feel bored i go eyeing here. Looking outside sambil berangan! ;)

Tempat-tempat ni nanti yang bakal saya rindui. Sebab kat sini banyak yang saya pelajari. Belajar bangkit dari terjatuh. Belajar membina keyakinan diri. Belajar untuk jadi lebih kuat dan belajar untuk melepaskan yang bukan hak saya. Belajar meninggalkan yang hitam dan belajar untuk mencorakkan warna indah untuk diri sendiri. Belajar tabah, ikhlaskan hati, sabar dan Redha dengan menerima takdir yang tertulis buat saya. Dan bermula dari sini jugalah saya belajar untuk buat blog ni. Mungkin, blog ni kurang menarik atau tak ramai follower, tapi yang saya mahu ada cebisan tulisan saya ni dapat saya kongsikan dan beri manfaat kepada orang lain. itu pun dah lebih dari cukup sebenarnya. Terima kasih pada yang sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa. Terima kasih. Semoga Allah sentiasa merahmati setiap yang kita jalani. Ameennn! Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kamu sekelian) :)

Okay-okay, cerita lain pulak. Since, it's a long way more to go to completed my master!! Good Luck Nor Muzalifah :) (berangan sket jer! As encouragement! Hehe)

Diam diam dah 2 tahun penghijrahan saya. Terkadang susah.. terkadang mudah. Entahlah. Maybe connection with Allah ada something wrong somewhere. Oh.. My Bad. Ya Allah ampuni aku. :'(

I wish i could being surrounded by friends just like Raudha, Kak Rosma, Kak Effie. Kak Adah, Kak Nor, Kak A'an and all those RA yang pernah saya kenal. Bukan bermakna kawan-kawan yang ada sekarang ni tak baik. Tapi mungkin sebab kami ni bagaikan adik beradik yang sering menasihati. Dan itulah group usrah saya. Ramai antara mereka dah keluar dari UKM. meneruskan kerjaya masing-masing. Dah jadi pensyarah dan lain-lain. Saya rindu mereka. Missed them badly. Hanya Allah yang tahu. Ada juga jumpa mereka. Tapi sekejap-sekejap aje. 

Semoga kau permudahkan laluan mereka dan setiap perjalanan hidup yang bakal mereka tempuhi. Rahmati mereka Ya Allah. Semoga kami bertemu di Jannah nanti. Ukhwah fillah!

Dan lagi.. Saya rindu untuk hidup berdikari. Umm hidup berdikari dengan kawan-kawan. Tapi... ramai antara mereka sudah ada kehidupan masing-masing. Semoga lepas ni Allah temukan lagi dengan mereka yang baik-baik, yang akan selalu ajak saya supaya sentiasa upgrade dunia dalaman saya dan upgrade hubungan saya dengan Allah SWT. Dan semoga Allah permudahkan urusan saya untuk bertemu jodoh. Ameennn...

Tak lupa juga pada kawan-kawan yang bakal bertukar status tak lama lagi.. Selama menuju alam baru, semoga Allah sentiasa melimpahkan barokah dan kebaikan kepada kalian. Dan semoga Allah sentiasa tautkan hati-hati kalian. And yes saya doakan juga one of my bff semoga cepat kawen. Semoga cepat kawen ye Mirul and wani.. Semoga dipermudahkan dan disegerakan urusan perkahwinan mereka :) tuan empunya badan yang tengah menaip ni? Humm entahla.. Terasa macam jauh lagi je.. Sebab saya perlu 'berjalan' jauh lagi untuk reach 'the one' tuh. Entahlah semoga Allah permudahkan semuanya dan percepatkannya. :)



Sampai nanti
Saat bunga mekar mewangi
Bila Matahari muncul lagi
Moga aku terus berlari
Lari meninggalkan yang dosa dan
Tetap aku tekun bertaubat
Agarku bisa menikmati indahnya Firdausi.


Sampai di sini sahaja. Harap celoteh dan bebelan kosong ni tak membosankan anda yang membacanya.

Till then,
Salam sayang.




Thursday 3 October 2013

October 3rd: SENI/Arts

Salam and hi all..

Saya muncul lagi dengan penulisan selang beberapa jam dari post sebelum ni. Kenapa? Mestilah bersebab kan kalau saya mula menulis. Biasalah bila terasa nak menulis, saya akan terus menulis. Kalau tak, mungkin macam bersawang kot blog ni. Apa pun thanks kepada yang sudi membaca. Well, saya rasakan sekarang ni macam dah kurang orang baca blog.. I mean, they prefer to watch vlogs rather than to read blogs by their own. Humm iya ke?? *wonder*

Ok, just to share something here, oh esok ada appointment with my supervisor. Untuk projek research saya! And guess what. Saya rasa saya tak sedia. Why? Sebab tak siap! Uwaaaa....

Ok. Tanak tension sampai jadi sakit. (sebenarnya dah tegang urat kat tengkuk ni). Kepala pun dan pening-pening. Bila gelabah mula la rasa macam susah nak bernafas, mual dan etc! So, pasrah jelah. Bawa mana yang ada. Humm tapi haruslah rasa bersalah yang amat sangat. Lari dari schedule yang sepatutnya saya ikut. Habislah kau Muza!

Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu sangat pun. Just to talk about something else. It's all about an art.. Umm saya sendiri pun tak pasti bila saya ni ada jiwa 'seni'. Ya, penulisan juga salah satu dari cabang seni. Tapi seni saya bukanlah seni penulisan yang hebat macam orang lain. Sekadar seni biasa sahaja. Sekadar mencoret sesuatu berdasarkan imiginasi yang diadun bersama fakta yang dicari. 

Itu tentang seni penulisan... Seni lain, macam mana pulak?? Seni fotografi, seni visual, seni pementasan, seni lakonan, seni ukiran, seni bina, seni tenunan, seni ukiran dan macam-macam lagi.. Saya memang tertarik dengan cabang-cabang seni yang ada. Teringin mahu menceburinya secara serius. Dan hasrat itu terus subur memekar dan tak pernah mati. In Shaa Allah, masanya akan tiba nanti, saat saya betul-betul menceburinya suatu hari nanti.. Ameennnn..

Yang membuatkan saya menulis berkenaan seni ni, sebab beberapa jam yang sudah, saya membuka account Fb dan dalam news feed, seorang sahabat saya upload gambar semasa dia ke useum kelantan. Bersempena adanya pameran Tanah Haram... MasyaAllah! Terpegun saya. Sudahlah harga tiketnya murah, serendah RM2 pengunjung sudah boleh melihat pameran tersebut! MasyaAllah! Sangat berbaloi untuk pergi. Seriously, saya cemburu dengan kesempatan sahabat saya itu.

Lihat saja gambar Kaabah yang sahabat saya tu upload, terus teringat suatu ketika dulu saya pernah mimpi bersolat di hadapan Kaabah. SubhanAllah.. :') Tak tergambar betapa gembiranya. Seolah saya memang berada di sana, ketika itu! Dan saya mahu ulang semula semuanya. Dan lagi mahu memijakkan kaki ke Tanah Haram. Semoga Allah beri kesempatan dan rezeki kepada saya dan kita semua untuk ke sana. Ameenn..

Dan selepas berbalas beberapa komen dengan sahabat saya tu, saya mula Google. Oh, banyak lagi tempat yang teringin sangat saya mahu lawati. Tak perlu jauh beribu batu. Itu, Muzium Kesenian Islam pun saya belum pernah pergi lagi. Ohh, kalau ada kesempatan saya nak pergi! In Shaa Allah..

Sebenarnya kalau diikutkan hati nak saja pergi walaupun bersendirian. Tapi terasa tak berapa manis. Sebab saya perempuan. Sewajarnya nak kemana-mana harus ditemani Mahram atau mereka yang dipercayai (kawan perempuanlah kan) atas faktor keselamatan dan untuk mengelak fitnah. Jadi, kena tunggu sesiapa yang sempat untuk menemani saya. Rasanya dah ada kawan yang boleh diajak ni. Dah terbayang muka dia di kepala saya ni... :) Cik Wawa!

Bukan itu saja, sebenarnya saya sangat suka berjalan kat KL tu and pergi tempat-tempat menarik just by walking. Macam ke Pasar seni, ke kawasan tasik Titiwangsa dan ke KL Tower.. Sebabnya nak merasa ala-ala tourist! Macam yang pernah saya buat masa kat Cameron.. Dari hotel(apa nama hotel tu ek, tak ingatlah) berjalan ke pasar malam. Dan siangnya berjalan lagi ke pasar pagi (dengan my family members). Lepas tu berjalan lagi seorang diri ke kedai berhampiran cari groceries.. Best sangat! Terasa calm dengan cuaca yang sejuk dan sangat damai! Kepala pun tenang aja. Dan itu yang saya suka. :) 

Okay, itu berkaitan seni fotografi, seni bina dan seni yang lain. Dan itu belum lagi saya terpaku melihat orang tenun songket dan buat ukiran kayu. Serious! They are amazing! Ya, dan semua itu adalah kurniaan Allah SWT. Maha Suci Tuhan sekelian Alam yang menciptakan setiap apa yang ada di langit dan di bumi!

I love arts, love spending my 'alone' time and love to walk and walk. Wah.. currently, diri ini sudah berangan untuk berjalan-jalan di Europe.. Wow! Dah terbayang kota London, Effiel Tower, Venice and Hyde Park kat London. Hehe.. Saya suka dengan senibina yang unik dan apa sahaja yang saya boleh nampak. Kerana setiap apa sahaja di muka bumi ini, itu datangnya dari DIA, dari Dzat yang Maha Hebat. Kerana setiap kejadian itu adalah atas kehendak dan Izin dari Yang Maha Esa.

Oh dan lagi, rasanya kena juga buat tour ke Melaka macam yang saya dan cik Wawa pernah plan dulu, backpackers! Humm nampaknya In Shaa Allah boleh dipertimbangkan December ni. :)

Rasanya dah panjang sangat my write up for today. Dan seperti biasa maaf anda ada salah dan silap. Ambillah yang baik saja dari penulisan dari seorang hamba yang serba kekurangan ini. Dan ambillah mana yang baik, kerana cetusan idea yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Semoga Allah meredhai. Ameennn.. Dan yang buruk serta kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih buat pembaca yang sudi membaca bebelan, dan  dan apa sahaja yang saya merepek di sini.

Good night all,
Till then..
Loves...





Wednesday 2 October 2013

Welcome October!

Salam and hi everyone..

Oh, Pejam celik pejam celik, dah oktober rupanya. Terasa macam baru je lagi melangkah masuk ke tahun 2013. Tup tup dah nak sampai ke penghujungnya. Terasa semakin cepat waktu berlalu.

Oh, by the way, hari ni birthday one of my best friends! Anna. Hehe, she turned 2X th today. Ok, saya memang cuma ada few very best friends. Why? Ummm bukan sebab sombong atau apa. Cuma memang saya tak berapa pandai making friends. Kawan-kawan biasa tu adalah. But the closest one, it's normal kan if we just have a few among them?

Hummm sebenarnya tak tahu nak mengarang apa. Since lately my health condition pun not so well. Flu is come and go.. Kadang-kadang tak keluar rumah pun boleh selsema. Provided cuaca yang panas pun saya boleh kena selsema. Oh, nampak sangat kurang H2O!

Hehe saya macam mak saya. Nak minum air kosong/masak/putih/jarang (habis keluar semua perkataan!) kena minum dalam nice bottle. Why? Err.. psychology effect kot. Yela Air masak tu kan tade rasa. So dengan rasa yang plain tu ditambah pula kena minum dalam glass kaca yang transparent, memang rasa macam susahla nak telan! Haha mengada! ;)

So, saya demand minum dalam nice glass or bottle. It's just to manupulate my brain yang saya minum air kosong. Haha. Funny! menipu diri sendiri! But after all, it works. Tapi kalau nak suruh minum banyak-banyak kena bottle or glass tu saya bawa ke mana sahaja tempat yang saya duduk (kalau dalam rumah!). Or else, i won't drink. Hehe.. Pemalas!

Oh Ooo.. Times up. Got something to do with.
Again..
Till we meet again readers.

Friday 20 September 2013

My Wishlist

Salam semua....

Terasa macam, dah lama tak menaip di blog. Dah lama tak berkongsi cerita. Hari ni saya tak nak menulis sesuatu ynag nampak formal. Tapi emm memang jarang sangat saya menulis sesuatu yang formal/serious/sarat dan berat dengan banyak perkara. Kan?? Ok, hari ni saya lebih berminat untuk menulis sesuatu yang biasa-biasa saja.

Ok, ceritanya begini. Dalam waktu macam (awal pagi) ni, fikiran saya tak henti berfikir. Fikir untuk mencapai semua yang saya impikan,. Dan ye. Saya tahu semuanya pun akan saya capai dan perolehi dengan izin dari Allah. Mudah-mudahan..  Wah.. bunyinya macam banyak sangat dan hebat sangat je kan. Tak adalah apa sangat yang saya hajatkan. Saya rasa ada sebahagiannya yang biasa dan semua orang mengimpikannya. Ermm yang selebihnya mungkin berbeza kemahuan dan keperluan bagi setiap individu kan.. Yela mungkin aim saya tak seperti orang lain. Dan mungkin juga orang lain tak seperti saya..

Ok, kiranya hari ni saya nak sangat buat wishlist... Nak senaraikan semua yang yang mahu dan impikan atau mungkin yang saya perlukan sangat-sangat.. Ok jom go through one by one!


1. Sihat dan pulih dari asthma (In Shaa Allah)
2. Nak start buat wall climbing, Paragliding n etc dan outdoor activity. Rindu nak hiking!
3. Nak start the business. (Biz ape?? hehe tunggu. Masih dalam perancangan.)
4. Nak jadi novel writer.
5. Nak habiskan study. Mungkin this semester saya akan extend untuk satu sem. Atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat nak dielakkan.In Shaa Allah akan sambung next sem.
6. Nak berkerja sebagai warga pendidik anak bangsa dan agama.
7. Nak mencari calon suami yang willing untuk terima saya sebagai isterinya berdasarkan few terms and conditions. (Amboi... ingat apa.. Tade apa pun, yang paling penting dia bersedia untuk mengizinkan saya untuk further PhD. Yela kadang-kadang suami ni before kahwin semua ok. Nanti bila dah kahwin mulalah cakap tak kasi and etc.)
8. Nak kahwin (Bila sebut tang kahwin, Sarah merajuk bila saya kata nanti Mak Ip kena duduk dengan uncle.. Dia merajuk dan katanya nanti dah tak duduk dengan dia & nanti saya dah tak syg dia. Hehe apalah Sarah nih. Comel je merajuk!)

9. Nak plan hidup dengan incik suami (soal anak, nak sambung study dan lain-lain)
10. Nak beli rumah
11. Nak ke Mekah dengan incik suami
12. Dan plan lain-lain yang akan menyusul kemudian..

So far, setakat itu sahaja yang berada dalam wishlist saya. Lain-lain mungkin bakal menyusul :)

Ok, tak nak tulis panjang sangat. Sebab nanti ada pula yang kurang senang... Jadi saya mohon maaflah ye.. :) 

To all beloved readers, thanks for your time reading my thougths here. Hehe.. thousand appreciation for your time and energy due to spend time reading my notes. As usual, take the good one and left the bad behind.

Oh, before i'm leaving, here a very beautiful scenery at Selat Melaka during sunset. This picture was taken when i was there last weekend. This is so lovely!! This is what i called #LoveIsCinta!! (Korang tak faham? Hehe buat-buat faham jelah ye ;)) Subhanallah..



Good night people! :)
Till then.. 
Love!




Thursday 5 September 2013

KAWEN??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ok, entry kali ni, adalah entry yang langsung saya tak plan. Tak plan? Kenapa ye? ERmm jawapannya sebab tiba-tiba je nak tulis. Sebabnya tiba-tiba teringat dengan perbualan dengan mak saya semalam. Pasal kawen!

Sepupu saya, yang sebaya dengan saya, yang juga kawan dari kecil sampailah sekarang ni, nak kahwin! :) Tahniah diucapkan kepadanya. Well, apa lagi. Saya jadi mangsa soalan cepumas. Ohh... (tangan di dahi)

Seperti biasa, topik yang asalanya berkaitan dengan sepupu saya tu, tiba-tiba termasuk pulak slot saya. Mak cakap usia macam ni sepatutnya dah bertunang ke. Ape ke kan..

Mulanya saya terbuka cerita, kalau boleh dan kalau ada rezeki sebelum kahwin nak buat umrah dulu. Then, saya rasa mak saya dah tersalah faham. Mungkin dia ingat selagi saya tak buat umrah, saya tak nak kahwin. Ehh.. Taklah mak. Saya kalau boleh kalau ada rezeki buat umrah dulu sebelum kahwin, saya nak pergi juga. And let say, saya punya jodoh sampai, kahwin lah.. Then nanti boleh je pergi umrah dengan incik suami.

Tapi saya faham, mungkin mak bimbangkan saya. Tak apa. Dalam hati, saya cakap. Macam mana nak terangkan kat mak saya ni kan. Tapi saya diamkan aje. Hummm.. bila dah reda, saya minta diri nak masuk ke dalam rumah. (well, that conversation is actually we had at the outside of our house. Which is kat kerusi batu kat beranda rumah.) 

Saya bukan tak nak cakap pasal kahwin ni semua. tapi, saya percaya, Allah dah tetapkan semuanya untuk saya. Jadi, kenapa nak dirisaukan? Betul tak? Ada ke tak ada ke tu semua dah Allah tentukan. Saya paling risaukan untuk perkara lain. Contohnya, kalau-kalau saya mati awal. Cukup ke amalan saya? Hutang2 lapuk tu, kena diselesaikan sebelum saya mati. Ohh... (seramnya)

Tapi, orang tak faham apa yang saya simpan dalam hati ni. Saya diamkan. Hummm nanti, bila dah habis belajar, lagilah orang tanya. Umur dah dekat nak 30 puluh, takkan tak kahwin lagi kot? Humm saya tengok ada je kawan-kawan saya yang umurnya lebih 30, dan masih single. 

Saya tengok, diaorang sangat positif dengan situasi yang dihadapi (dikatakan andartu!). Diaorang selalu tenang dan sentiasa tersenyum manis bila isu macam ni dipersoalkan. Well, dalam hati sedikit sebanyak ada juga rasa kecil hati. Tapi nak buat macam mana diam jelah..

Kebiasaannya bagi yang dah sesuai sangat usianya untuk berkawhin ni, lebih rileks dan positif dengan apa yang sedang dihadapi. Ada tu, lebih kepada nak kejar career, nak capai achievements yang dihajati dan yang sewaktu dengannya.

Saya?? Ok macam mana dengan saya pulak yer???
Ermm.. saya masih stick dengan jawapan yang sama. Allah dah tentukan, so worry not. Of course He already arrange the best for me. Suit with me and someone i deserve to be with. Tu jelah yang saya fikir. Kalau nak suruh saya cari.. ERmmm.. Entah. Biarlah. Saya tak nak cari benda yang memang Allah dah aturkan untuk saya. Saya pasti dna yakin, kalau memang jodoh saya, tak ke mana. Entah-entah ada dekat je dengan saya. Cuma mungkin masanya belum tiba. Heee.. well, just wait and see..

Apa yang saya titik beratkan ialah, pelajaran saya (buat masa ni), mak saya, kerjaya selepas habis study ni nanti, yang paling penting, Hidayah dariNya. Saya tak nak terputus Hidayah dari Allah.. Nak Allah sentiasa ingatkan saya. Dan sayangkan saya. itu yang saya mahukan.

Next, bab diaorang nak aturkan/ kenenkan seseorang dengan saya, bukan tak ada. Tapi sellaunya tak jadi. Entah, sebenarnya saya sendiri tak ada hati untuk itu. Selalu saya kata, biarlah. Biarkan Allah aturkan semuanya untuk saya.

Saya percaya, masanya akan tiba juga. Well, saya masih ingat, saya pernah bermimpi. Saya berjalan sendirian. Melepasi seorang lelaki dan teruskan berjalan. DI hujung jalan sana, ada seseorang menunggu saya. Tersenyum memandang saya. Tapi wajahnya tak jelas. Jadi, saya rasa, mungkin juga saya perlu menempuhi sedikit waktu sebelum menemuinya. Allah mahu supaya saya bersabar dan terus memperbaiki diri dan amalan saya. Moga saya mampu istiqamah dan bersabar selalu.

Oh, sebelum berpisah,
saya nak kongsikan sesuatu. Saya impikan majlis perkahwinan yang sederhana, ringkas namun meriah (jgn risau pasti meriah since saya dari keluarga besar = 12 org adik beradik!) Dan saya mahukan tema perkahwinan selembut warna. Hehe tak perlu ada sutera pun tak pe. Asalkan dari rona-rona pastel! Paling tak pun bukan warna yang garang macam merah terang atau oren menjerit..
Ok kalau boleh nak pelamin ringkas mcm ni;



Ok, lewat sudah.... Mahu lelapkan mata sekejap, sebelum masuknya waktu subuh.  



Wednesday 28 August 2013

Ada Apa Dengan Diari?

Salam semua,
Semoga anda semua sihat sejahtera dan selalu dalam perlindungan dan Rahmat Allah SWT.


1. Tak terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kan? =) Baru saya perasan saya tak buat pun post special untuk hari raya. Apa pun, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Kepada yang mungkin mengenali saya, saya mohon sebanyak-banyak kemaafan. Dan pada yang tidak mengenali saya pun, saya tetap juga nak mohon maaf. Mungkin ada tulisan saya yang mengguris hati anda yang membacanya. Dan sekali lagi maaf andai saya pernah terkasar bahasa dalam menulis, yang mana mungkin saya ada menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya. Mohon ampun dan maaf.

2. Baik, sekarang saya akan fokuskan kepada tajuk yang saya tulis kat atas tu. Ada Apa Dengan Diari? Sebenarnya saya nak cerita yang baru-baru ni saya terjumpa semula diari lama saya. Masa terjumpa semula tu, macam-macam yang saya rasa. Rasa terkejut (semestinya), rasa sedih pun ada juga (sebab mesti akan membuatkan saya teringat kisah lama) dan apa lagi ye, rasa nak buang je diari tu pun ada juga.

3. Tapi bila nak campak dan buang diari tu, tiba-tiba terasa sayang pula. Terasa ermmm tak patut saya buang. Siapa tahu, ia mungkin akan banyak membantu saya (bantu untuk apa yer?? Ermmmm??) ok, takpe. Biar je. Mana tahu ilmu yang tercatat didalamnya akan saya gunakan untuk mengolah penulisan saya. Siapa tahu kan? Sounds interesting here!

4. Okay, ada apa dengan diari sebenarnya ye? Mungkin ramai yang kata diari tu umpama hati kita. Apa yang tertulis dalam hati dan minda kita yang akhirnya kita coretkan dalam diari. Betul tak? Saya pun rasa yang diari tu umpama kotak hati kita. Apa yang kita rasa, kita fikirkan atau mungkin apa yang kita impikan kita akan tuliskan di dalam diari kita. 

5. Terasa kelakar kan bila terbaca semula diari yang kita tulis dari kecil. Mungkin ada ayat-ayat sebegini yang kita tuliskan dulu. "Benci abang. Dia jahat! Dia curi duit aku 50 sen!' atau 'Menyampah dengan si polan sebab dia tarik tudung aku kat sekolah tadi.' Atau 'Cikgu L pilih kasih. Layan geng mekap lebih. Sampai lantik jadi penolong darjah!'. Atau 'Aku taknak kawan dengan si polan, dia kata gigi aku rongak!' Haha.. Kelakarkan? Tapi itulah mungkin sebahagian coretan dalam diari seorang kanak-kanak. (Errmm bukan saya tau. Haha tang duit 50 sen kena curi tu, yer!) ahaha..

6. Seronok sebenarnya bila kita membaca semula diari yang kita tulis. Dan mungkin tanpa kita sedar kita akan merasa yang kita kembali semula ke zaman yang kita tuliskan tu. Atau mungkin, tiba-tiba kita akan teringat atau terasa macam tengah menonton semula ulang tayang 'filem' kita tu. Betul tak?Dan secara tak langsung ada pengajaran yang kita boleh kutip atau ambil dari penulisan kita tu.Percaya atau tidak mungkin kita ada tulis perkara-perkara yang baik yang pernah kita lakukan dulu, yang mungkin sekarang kita dah tinggalkan semua tu. Kalau ada perkara yang tak baik tu, tak yah lah nak ulang, kan? Dah besar panjang, jadi gunakanlah Aqal yang Allah kurniakan pada kita sebaik mungkin yer.

7. Yang menariknya diari ni macam manuskrip sejarah. Baik, kita akan lebih serius membincangkannya. Ya, ia umpama manuskrip sejarah diri kita. Tentang siapa kita, perangai kita, sikap kita, dan keperbadian kita. Kita mungkin tak sedar, kelakuan kita tapi bila baca semula diari kita, kita sebenarnya sedang belajar untuk kenal siap diri kita sebenarnya. Dalam buku teks sejarah ada di tulis, Sejarah adalah satu peristiwa yang dicatatkan yang mempunyai latar waktu, masa, peristiwa dan siapa yang terlibat. Dan dikatakan juga andai sejarah dilupakan, ianya akan berulang kembali. Ianya mungkin berpotensi untuk berulang kembali. Maksudnya, andaikata kita tak mengambil pengajaran dari cerita sejarah tersebut, maka tidak mustahil ia bakal berulang semula. Jadi, kita perlulah sentiasa ingat dan ambil pengajaran bagi setiap perkara yang terjadi di dalam hdup kita. 

8.  Membaca semula diari saya saat menempuhi usia kedewasaan, banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Banyak yang perlu saya perbetulkan.  Tidak sesekali saya menyesali apa yang pernah terjadi dahulu. Kerana saya tahu itu takdir terindah yang Allah takdirkan buat saya. Tetapi, saya pasti tidak akan memaafkan diri saya sendiri andai sesuatu yang buruk terjadi ke atas saya. Jika ia disebebkan oleh kejahilan dan pendeknya aqal (tak berfikir dengan sebaiknya) saya sendiri. Walau apa pun juga yang terjadi, saya percaya hikmahnya tetap ada. Jika mungkin  bukan sekarang saya nampak tapi mungkin, siapa tahu suatu hari nanti. Hidup, jangan pernah putus harapan. Kerana Syurga itulah harapan dan matlamat sebenar kita. Setiap kita ada sejarah tersendiri, tapi itu bukan alasan untuk tidak terus maju dan meninggalkan yang buruk dan yang sia-sia. Selagi nyawa masih di jasad, selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas untuk kita. 
credit to Google.com

9. Okay, dah berjela saya membebel, Seperti biasa, ambillah yang baik dari penulisan ini. Mana yang tak baik tu, buang jauh-jauh. Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Apa pun, saya rindukan masa lalu saya. Kerana masa lalu yang banyak membentuk siapa diri saya hari ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih menyayangiku.


Tuesday 20 August 2013

I'm not single nor taken

Hi and salam to all of you guys..


Back then, i was thinking about something. About being single and not yet taken. Hummm


Then, i do realized. Yes the jodoh is ready for me. Allah already plan for me and for all of us. So, worry not. Thus, just wait for the right moment to come. :)
Hope 'the one' will find me as soon as possible.
Hee because.... ok, i'm getting older. Got so many things to do with the one. 
Please come and be my husband. ;)
The most is to go for Hajj at Mecca..
Dear the one, if you read this, then quickly marry me. ;D

Saturday 27 July 2013

KEPADAMU KEKASIH

Salam and Hi all...

Suddenly this song came across in my mind....

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih menegerti
Apa yang terlukis dicermin di wajah ku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama alami

KepadaMu kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerima aku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampak aku
Ke sisi tanpa harga diri

Hanya padaMu kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum aku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku dalam keadaan begini




Yes and yes.. Again and again and all is all, I wonder if I can istiqamah in doing all the good deeds and ibadah to ALLAH.. Including to take a good care of my aurah, my words, attitude and my acts... May Allah give us his Hidayah.. and May Allah forgive me and us. Ameennn..

Thursday 25 July 2013

My Gentleman

Salam and hi all....

Alhamdulillah, again we still alive and thanks ALLAH for this and everything.



Okay, today, i read about someone's point of view about a real gentleman. The truth is, i read this at Evelyn Rose's blog. Where, i believe some of you already familiar with her blog, named fairytalesbyevelynrose. For those who not knew about it, no problem. You guys may ask Mr Google for a help. Mr.G will definitely give you a help. 

Yes, indeed one's preference and perspectives may vary from others. They have their own perception about their dream guy or their Mr.Right. Well, those who already married and have their hubby, then Alhamdulillah. They already found their Mr Right. Next, it depends on you ladies how to give and take due to reshape or encourage an improvement for your hubby to be the most gentleman ever in your life.

To me, the most gentleman in my life is my hero, My father. Honestly, he is the most perfect man i ever knew in my life. Till i said silently deep in my heart to find someone like him. And do i will found someone like him? Only Allah knows the best, while we know not.

Yes, my Arwah Abah is the best man ever! Loving my Mak in his ways, called my mak YANG in front of us and others. including his mother and his mother in law until his last breath. Plus, he always give his hands to help my mom doing the house chores, cooking and etc. Very firm in educate us about Islam, Iman, Ihsan and Akhlaq. Also on the good deeds as well. In fact, i miss most on his willingness to listening on our matters and sharing the thoughts together. 

My arwah Abah worked as a taxi driver before, and by only working as a taxi driver he tried his best to feed up his lovely wife and his 13 (but now only) 12 children. Alhamdulillah for this and everything. This is what can we called a bless and 'barokah' in his sincerity in seeking for a halal's rizqi. Alhamdulillah... And Alhamdulillah, now all of us grown well, having a good life, well educated person, having a good career and family as well.

To me he always by my side. Always listen on my stories, my joys, happiness and my bittersweet stories. Even during i received my scroll (for Diploma & degree) seems like his is there. Looking at me proudly. And my joys, happiness and achievements is actually for my parents! He always in my heart. He is very understanding person. And even after 11th years, i still believe he's there for me, laugh at me if i get uneasy, wipe my tears and told me he will protect me and smile if i cried out loud if i get injuries. But, it's really make me calm every time i remember all the things.



Abah, it's Ramadhan. Today, half of Ramadhan away... And it is the time 11th years ago, you went back to our Lord, ALLAH the Al-Mighty. I pray to see you again, Abah in Jannah.... Yes. Surely i do miss you so much! Wait until we reunite again. All is all, I love you abah! Forever..............

Al-Fatihah to Samean Bin Sulaiman..

Thank you all...
May Allah grant his bless and Jannah to all of us. Ameennn..


Loves,
Muza.

********
Before I'm leaving, lets enjoy listening to this beautiful Asmaul Husna..



And new single from Maher Zain, Ramadhan;






Sunday 14 July 2013

Binnabil Huda yang memikat.

Salam and hi all.

Alhamdulillah, sekali lagi kta bertemu kembali. Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa untuk terus mencari redha Allah serta menjadi hambaNya yang taat, Alhamdulillah.

Hari ni saya rasa terpanggil untuk bercerita tentang drama di TV. Honestly, saya bukanlah kaki tengok drama-drama Melayu di TV. Jujur, saya akui saya sangat selective in order to chose which Drama yang akan saya tonton. Pastinya saya mahukan sesuatu yang beneficial. Yang mampu memberi ilmu kepada saya. Dan bukan sekadar hiburan semata. Or else, it must came out with a very good moral value. That's why some of my sibs said that i am so fussy and too particular on certain things. Some more they said that i am actually so strict! Nak tengok drama pun sangat cerewet.

Of course. Saya rasa kita sendiri memang mahukan hiburan yang bukan sekadar hiburan semata. Then, i selalu sangat suka tengok or baca blog-blog yang boleh berikan saya ilmu disamping menghidangkannya dalam bentuk ala-ala hiburan. Siapa kata hiburan itu tak boleh? Yang penting, selagi ianya tidak melalaikan, maka ia masih dibenarkan.

Kebiasaanya, saya gemar menonton drama-drama yang berunsurkan Islamic. Why? Sebab, saya kalau boleh nak diri saya ni selalu ingat yang hiburan yang melalaikan itu sekadar menggelapkan hati nurani. Jadi, sebab itu saya sangat selective dengan apa yang ingin saya baca dan tonton. Kalau dulu, saya tak endahkan isu sebegini. Tapi sejak penghijrahan saya, saya mula menitik beratkan setiap apa sahaja yang saya lakukan dan ingin lakukan.

Yang pasti, saya sangar gemarkan drama-drama ynag selalu dimainkan di Tv Al-Hijrah. Tenang. Santai. dan yang pasti sarat dengan pengajaran. Paling seronok no-touching-between-non-mahram! That is the most important. Suatu budaya sihat yang memenuhi tuntutan syara' yang cuba dihidupkan. Alhamdulillah. Malah, setiap drama yang ditayangkan di TV Al-Hijrah, pastinya menuntut setiap pelakonnya menutup aurat dengan sempurna! Ini memang seronok. Means, tadelah mata ni sakit memandang yang bukan-bukan dan yang tidak-tidak! Jadi secara tak langsung ia dapat mendidik kita untuk menonton yang baik-baik sahaja. Kuranglah dosa untuk melihat aurat yang tak sepatutnya kita lihat.

Ok, next suka di sini saya nak kongsikan. Pernah dengar Nasyeed Binnabil Huda?? First time saya dengar, cukup untuk buatkan saya jatuh hati dengannya. Selawat ke atas Junjugan yang kita kasihi iaitu, Rasulullah SallahhuAllaihiWassalam. Ini dia video Binnabil Huda; 


Dan ini pula terjemahannya.
Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Kredit untuk ibnutoha.wordpress.com untuk terjemahan liriknya. Jakallah Khairan Kathira buat Dr Ferdaus Tahar. Juga tahniah kerana bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Terima kasih juga atas undangannya. In Shaa Allah, andai ada kelapangan ana akan sampai. :)

Nasyeed ni Muza dengar first time masa menonton drama Cinta dan Wahyu di TV Al-Hijrah tak berapa lama dulu. Sungguh. Mendengarkannya membuatkan diri ini bersemangat. Lebih berkeyakinan dan semacam jatuh cinta sekali lagi dengan Rasulullah! Cukup menyegarkan jiwa dan mendamaikan sanubari. Dan demi mendengarkannya saja membuatkan saya sudah mengulum senyuman dan diiringi dengan titis-titis jernih mengalir ke pipi. Aneh. Tapi itu yang saya lalui. Ini bukan rekaan. Tapi ini realiti yang saya sendiri rasai. Moga diri ini dan kita semua beroleh syafaat Baginda Rasulullah. Dan moga rindu ini terubat saat bertemu baginda andai tiba saatnya nanti. :') Allah.... indah rasa ini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca coretan yang tak seberapa ini. Semoga kita semua beroleh manfaatnya. Dan semoga kita bertemu lagi di lain lembaran. Akhir kata, Semoga Allah Redha!

x Muza x

Tuesday 9 July 2013

Melayan jiwa ;)

Salam and hi all,

Alhamdulillah kita jumpa lagi. Few days ni Muza teiba-tiba suka semula untuk dengar lagu Just give me a reason, Lagu asal yang Pink and Nate Ruess nyanyikan. Tapi I love more this song, sang by Chester See ft Madilyn Bailey. I don't know why. Sebab dia 'tangkap kat hati' kot. Humm Perhaps! Dan lagi, version Chester and Madily nih, different. Madilyn yang sangat cantik, talented and suara Chester yang romantic sangat berbekas di hati.. Well, tanak cakap banyak, you guys have to listen to them. The power of their voice, here the song,



And another version is from Tiffany Alvord and Trevor Holmes! Ohh Trevor.. Why on earth an English guy or 'Mat Salleh' ni handsome kan?? Ohh.. Boleh tak Muza dapatkan yang mata ala-ala biru macam Trevor nih? ;) Humm dalam mimpi boleh lah kot kan..Aren't he is so cute and cool?? Memang my taste nakkan 'theone' yang cool, rileks and jenis yang santai.. Simple and sweet gitu. So, you guys boleh tengok video ni pula. Personally, Muza rasa Tiffany ni memang sweet , cute and comel. So, dearies, enjoy the song! Here the song;


Ok berbalik pada topik asal tadi. Humm entahlah. Mungkin lagu ni membuatkan I teringat my old story. Apa khabar dia agaknya. Hope he's doing fine. Entahlah susah juga kan nak lupakan first love. Haha! Well, betul dia banyak mengajar dan membimbing ke arah yang lebih baik. Tapi, mungkin bukan jodoh kami.

Terasa macam nak jumpa dia dan katakan pada dia yang Muza doing well even without him. Tapi dalam hati kecil, masih teringat akan dia. Tapi, Muza tahu. It won't happen. Untuk kami kembali semula. itu tak mungkin. Sebab sekarang ni he's counting happiness with his beloved wife. So... ummm better Muza Just pray the best for them kan?

While me? I'm still here. Meneruskan kehidupan seperti biasa. Cuma hati belum terbuka untuk fikirkan soal cinta apatah lagi untuk berkahwin. Impian nak menjadi wifey someone tu tak pernah padam. Cuma... Mungkin belum waktunya lagi untuk bertemu jodoh.

Entahlah. Ramai juga yang bertanya tak cari boyfriend or berkawan dengan orang lain. They are worried kalau Muza masih 'patah hati'. Haihh.. taklah. Cuma mungkin sebab susah nak buang sayang tu macam tu je kan. So, it takes time to kill the feeling. To me, frankly speaking, Muza rasa sekarang bukan macam years ago, when i was young. Tapi i tak adalah tua sangat kan.. still below 30! Ahaks! ;) Haha kelakar rasanya bila cakap nak bercinta. Humm.. Tak seswai! Muza selalu doa. Minta Allah hanya bukakan pintu hati ni untuk dia yang memang dah Allah takdirkan untuk jadi suami Muza. Muza dah tak nak sia-siakan bahagian hati ni untuk sesuatu yang tak pasti. Biarlah. Muza nak jaga hati sendiri dan memang mengharapkan yang Allah akan selalu jaga Muza. Termasuk jaga hati Muza ni.

Sunyi? Humm rasanya tak. Muza masih ada family yang supportive. Siblings yang selalu disamping Muza. dan kawan-kawan yang selalu menceriakan hati ni. Sungguh. They are amazing! Thanks to them! Thanks for their love, care and doa. May Allah grant them Jannah! Ameenn... And of course, bila rasa sunyi dan kosong hati ni, Muza cepat-cepat ingatkan diri sendiri yang Allah itu ada. Ada cukup dekat dengan kita. So, just luahkan segalanya pada DIA, In Shaa Allah, akan jadi okay. And of course, bila rasa sedih mencengkam hati, solatlah. Baca 'surat cinta' dari Allah. dan banyak-banyakkan ingat Allah, berzikir.

As normal human being, kita memang wish for this, that, so on and so forth. Tapi, the best only known by HIM. He knows the best. While we, we just can plan, make wishes and pray. The rest, is in His hands. And that's what we called fate. Alhamdulillah..

Inilah kalau tiba cuaca mendung, hujan renyai and etc.. Rasa hati pun menjadi sayu. Esok pula mula Ramadhan. Wahai hati janganlah sayu. Dan Ya, bulan Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan ni. Ohh dah banyak yang Muza merepek. Apa-apa pun, selamat berpuasa semua. By the way, Muza suka sangat nak share apa yang Ustaz Pahrol Muhamad Juoi tulis di FB pagi ni,

"Puasa itu umpama brek pada kenderaan diri kita. Tidak ada gunanya kereta yang cantik dan besar jika breknya tidak berfungsi.

Begitulah diri yang cantik, cerdik, dan gagah, tidak ada gunanya jika tidak mampu mengawal nafsu!

Dengan brek kita boleh mengawal dan memberhentikan kenderaan..

Dengan puasa kita boleh mengawal dan mengurus nafsu.. Punca kejahatan dalam diri.

Wahai diri, berpuasalah kerana Allah!"



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan! Ramadhan Kareem!

Dikesempatan ini Muza ingin memohon maaf kepada semua andai diri ada membuat khilaf. Happy fasting all!

Loves,
Muza
xoxo

Friday 5 July 2013

Menyahut cabaran contest! :)


http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html


Salam All..
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat nak join the contest. Ohh.. berangan nak dating dengan Eve! Just try my luck. Semoga berhasil hendaknya ;) Ameennn...

**************************
13 Jam A 380
Bab 28


"Haydar!?"

"Hana, is that you??"

Aku terkedu. Haydar tergamam! Mata kami sama membundar dan keningnya bertaut sama. Terkejut, dan tak menyangka dengan pertemuan kali ini.

Ya Allah! Haydar. Betul ke haydar?!!? Means, Haydar menonton drama sebabak antara aku dan Emmel! Tergamam melihatkan sepasang mata hazel Haydar dan harumannya  yang menusuk rongga hidung walaupun kami berjarak hampir 2 kaki.. Mindaku melayang saat pertama kali bersua muka dengannya di dalam Airbus, A380 dahulu.

“Mommy?”  Emmel menyoalku dengan sisa tangisan yang kian reda. Baru aku sedar yang Emmel di sisiku.

Emmel, Haydar silih berganti aku pandang. Oh No.  Emmel. Apa yang Haydar anggap?
Mata Haydar memerhatikan dengan penuh minat ke arah aku dan Emmel. Mahu mencerna panggilan ‘mommy’ dari Emmel dan mencari kepastian dari diriku. Oh. This is crazy! The person who I love for and suddenly he saw me with my ‘daughter’? Owh Please help me Ya Allah..!

Dukungan Emmel aku eratkan lagi, demi mencari kekuatan tambahan.

“What a coincidence! Nice to meet you again, Hana Sofea. Nadanya separa bergetar, mungkin tak menyangka terjumpa Hana Sofea berdiri dihadapannya atau mungkin juga kerana ‘aku berbohong’ dengan status sebagai seorang yang belum berkahwin. Ohh Terasa jantung terkeluar dari dalam dada dan jatuh ke tanah!

“Haydar, it’s great to see you again. What a surprise,” dengan senyuman yang agak kaku aku cuba untuk meredakan debaran.

“You look different Hana.  Nampak ayu,” she’s totally looking different than before. Dengan dress separa lutut, tampak lebih feminine.

“Thanks,  you too.,”  Haydar Nampak sedikit lain. Jujur. Dari air mukanya dia tampak sedikit berbeza. Masih charming seperti dulu, cuma air mukanya tampak lebih bersinar, lebih ber’nur’. Lagi tenang memandang wajahnya.

“So how are you? And who’s this lovely kiddy?” Mata Haydar tajam menikam mataku. Mencari kepastian perihal Emmel.

Jantung seakan terhenti bila Haydar bertanya tentang Emmel! Apa yang harus kujawap? Berterus terang atau sebaliknya? Feel like a dead meat!

“Err.. Well as u can see now, I’m just fine. By the way, thanks sebab selamatkan Emmel I.” ungkapku laju. Tapi aku ikhlas kerana dia menyelamatkan Emmel! Serious.

“Owh it’s okay. Lucky she is alright,” wajahnya masih keliru. Menagih penjelasanku.

“Mommy, siapa uncle ni?”

Mommy? You are married Hana? Oh Can’t believe this! Wait. The first time we met, she said she’s just 25 and now ada anak sebesar ini. Kahwin muda? Tapi.. 

Dahi Haydar berkerut.

Aku.. Dingin cuaca mengigit hingga ke tulang hitam membuatkan aku seakan hilang kekuatan. Terasa ingin rebah!

“Ermm.... well he is a friend of mine, dear. Kawan mommy,” tuturku lembut kepada Emmel. Terpaksa juga aku ber'mommy' dengan Emmel. Nanti apa pula Emmel anggap.

Then, Haydar??? Dia? Owhh… Nanti aku fikirkan.

Tiada kata. Membisu untuk seketika. Hanya Allah yang tahu betapa tergamamnya aku melihat Haydar. Orang yang dalam diam aku rindui sebenarnya. Kami hanya saling berpandangan. 1001 mysterious behind the eyes.

Hana.. I do really miss you.. Thanks God bring me here. Hana, please explain. About this and everything.

“Mommy?” laung Emmel menunjukkan riak kurang senang dengan situasi kebisuan kami.

“Owhh Sebelum tu, Emmel ini Uncle Hydar. And Haydar, ini Emmel. Salam uncle Haydar, sayang” bergetar suaraku menahan getaran jantung yang sudah menggila ini.

“Hello sweetie! Sapa Haydar tenang dengan senyuman gentleman nya.

“Hi uncle.” Tutur Emmel ringkas

“She’s cute. Same like you Hana. Ada iras Mommy dia.” Ucap Haydar dengan nada yang sangat polos.

Ya Allah. Hanya Allah saja yang tahu betapa sayu hatiku mendengar Haydar seolah mengiyakan bahawa aku mommy sebenar Emmel.

“Thanks” tak tahu apa lagi yang perlu kubalas. Ada takungan manik jernih di mataku. Owh..

“Hana, don’t you think you owe me an explanation? About this?” Soal Haydar tenang dan aku semakin mencair.

Haydar kelihatan tenang. Mungkin dia cuba mengawal amarahnya atau benar dia ikhlas dan sabar menunggu penjelasanku.

“Mommy, are you crying?”

“No dear. Let me speak to Uncle Haydar first”

Aku menurunkan Emmel.  Tangan Emmel ku genggam erat. Mencari kekuatan dan aku tak mahu dia hilang lagi!

“I’m sorry Haydar.. I just... I can’t explain this.” Aku separa merayu kepada Haydar dengan mengetap bibir.

“But why? Are you married Hana? Are you pretend since at the first place?” soal Haydar lagi. Bertalu. Wajahnya nampak kesal. Sambil kedua tangannya meraup wajahnya. Nampak sugul.

Terkena soalan itu di batang hidungku sendiri! Aku sudah tidak tertahan. Air mata sudah mengalir laju tanpa aku mampu bersuara. Terasa amat berdosa kerana menipu Haydar dulu. Tapi bagaimana aku mahu jelaskan semuanya. Emmel adalah rahsia antara aku dan keluarga Fawwaz.

“Hana, please don’t cry. You hurt me. Just tell the truth.” Rayu Haydar.

“I’m sorry Haydar. I can’t. Again, sorry if meeting me make you regret. And sorry if I’m ruined your life” sekadar itu yang mampu aku ucapkan. Angin dingin menghembus sayu seolah memahami situasi kami sekarang. Dadaku terasa ingin pecah!

“Just answered me, have you married?” Asak Haydar lagi dengan nada yang sangat lembut. Langsung tidak meninggikan suaranya.

“Please Hana. Just tell the truth. Don’t torture me like this! I feel like I'm dying.” Rayu Haydar lagi.

Ku pandang Emmel disebelahku. Dia sedikit leka dengan bola mainannya. Dan ku pandang Haydar sekali lagi. Aku menggeleng. Sambil mengusap manik jernih yang jatuh berlinangan dengan belakang tanganku.

Haydar melepaskan keluhan. Sedikit lega.

“Alhamdulillah..”

Haydar ucapkan? Betul dia dah berubah. Haydar bersyukur kerana aku belum berkahwin?? Apa maknanya??

“Then? Emmel? Is she your..”

Mataku membundar. Jantungku terasa seakan mahu pecah!

“No.. No.. Please don’t say that." Tukasku sebelum Haydar meneruskan perkataan yang bakal menyakitkan Emmel.

Haydar kurenung tajam.

Haydar terkejut. Matanya sedikit membesar. Dan mulutnya ternganga.

“I’ll tell you later. Not now.” Sedikit keras amaranku.

“Okay.” Jawapnya ringkas dan mengerti dengan amaranku.

“Mommy, to tell what? I’m your.. What?” Emmel bertanya.

“Nothing dear.. Of course you’re my baby, my sweetie darling,” ucapku dengan senyuman untuk Emmel. Tangan kecilnya ku elus lembut.

“I love you dear!” sambil ku usap rambut Emmel.

“You are very lucky Emmel. You got such a nice, lovely and warm mommy,” ucap Haydar sambil melirik ke arah Emmel dengan senyuman menawan.

“Thanks uncle. Yes, Mommy is the best mother in the world. Love you too mommy. And I won’t leave you!” ucapnya penuh semangat sambil memeluk pinggangku dengan matanya tertacap pada Haydar.

Emmel terasa dirinya sedikit terancam. Seolah dapat membaca antara aku dan Haydar bukan sekadar ‘kawan’.

“Hana…” panggil Haydar lembut.

“Yeah?”

“Hana.., I’m single,” Tutur Haydar bersahaja dan dengan gentleman kedengarannya.

Aku terkedu! Haydar single? Dan dia mengaku dia single??? Means??

“Still remember what I said to you before? If I found you, I won’t let you go.”
Aku mula mengiggil. Terasa lemah lututku.

“Daddy…!!?? Mommy, daddy is here” jerit Emmel dan seraya melepaskan peganganku dan meluru ke arah Fawwaz.

Aku berpaling ke arah larian Emmel. Fawwaz!!

Dan Fawwaz berdiri tidak jauh dari kami bertiga tadi. Saat Emmel sudah dalam dukungan Fawwaz, Fawwaz mendekati aku dan Haydar.

Aku menggeletar. Terasa peluh dingin merembes keluar. Degup jantung kian laju.

Saat Fawwaz berdiri di sebelahku, dia memandang Haydar tajam. Haydar juga begitu.

Aku terkedu. Lutut terasa semakin lemah. Dan..

“Mommy!!” laung Emmel.

“Hana…!!” jerit Fawwaz dan Haydar serentak.

Gelap.