It's me

It's me

Wednesday 20 June 2012

AKU YANG JAHIL

Seringkali aku merasakan bahawa aku sudah cukup baik dalam meniti kehidupan ini. Namun, ternyata sangkaan itu tersangat tidak benar. Tersasar jauh. Malah diri ini sebenarnya tak cukup baik seperti yang aku sangkakan.. Astargfirullah Al'azim..

Sungguh, diri ini terlalu jahil. Tersalah erti atau mungkin tidak memahami dengan tepat dengan 'apa itu dengan meletakkan ALLAH di puncak teratas'. Ya, aku akui aku jahil. Jahil kerana tidak memahami istilah itu. Menyatakan telah meletakkan ALLAH sebagai yang teratas dalam kehidupan sekadar ikutan dan bukan atas kefahaman.

Malah, sekadar menyatakan tanpa beramal dengannya. Sedih bukan? Apalah ertinya hidup ini andai tidak meletakkan ALLAH di puncak tertinggi dalam kehidupan. Sungguh, hingga saat menitiskan air jernih ini, aku masih menyesali akan waktu yang terbuang. Kembali terfikir, tentang makna solatku, hikmah puasaku yang serasanya tidak mencegah aku dari kemaksiatan dan perkara lagha. Ya ALLAH, ampunilah aku. Sungguh aku hamba yang kufur nikmatMu Ya ALLAH.

Andai saja aku bisa putarkan semula waktu agar dapat aku perbaiki. Namun, itu tidak mungkin akan terjadi. Dulu aku terus leka dan hanyut dengan 'kemeriahan' hidup yang ku kira terlalu indah. Hingga menutup mata hatiku, membisukan kata hatiku lalu memekakkan suara halus desis hatiku yang perlahan. Terus-terusan berbuat kejahatan dan larangan ALLAH. Sungguh aku insaf. Bertaubat dan mahu kembali ke pangkal jalan. Ya ALLAH, jangan Kau biar aku terkapai-kapai lagi. Tuntun hatiku ke jalan yang Kau Redhai Ya ALLAH.

Dulu aku tertanya-tanya bagaimana yang dikatakan mencintai ALLAH melebihi dari mencintai diri sendiri. Malah mencintai lebih dari insan yang kita cintai. Waktu itu aku tahu, bahawa aku perlu meletakkan ALLAH teratas dari segala yang aku ada di dunia ini. Namun, tidak ku tahu bagaimana caranya. Bukan salah ibu bapaku. Mereka sudah mendidikku dengan baik. Namun, aku. Aku sendiri yang bersalah dalam hal ini. Tentang penerimaan aku tentang perihal itu. Aku dihantar ke sekolah agama, namun yang ku pelajari dari perkara Tauhid adalah percaya kewujudan ALLAH dan percaya bahawa dia tempat untuk kita semua sebagai muslim tunduk dan patuh atas setiap suruhan dan laranganNya. Namun, aku sekadar menghadam subjek itu sebagai pegangan, bukan untuk aku mendalami maksud disebaliknya. Sekadar ilmu yang keperoleh, namun sifar dalam mengamalkannya. Astargfirullah..jahilnya aku. Ya ALLAH Semoga kau mengampuni dosa-dosa aku.

Aku terlalu mengambil mudah akan hal ini. Bagiku memakai tudung, solat, puasa, berbuat baik kepada ibu bapaku, tidak menderhaka kepada mereka dan bersedekah itu sudah cukup. Yang ku tahu hanya perlu berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Tanpa mengamati secara mendalam dan tidak pula aku mengamalknya sesungguh hati. Betapa jahilnya aku sebagai seorang yang dilahirkan beragama Islam. Betapa ceteknya akal dan imanku. Ya ALLAH, kurniakan aku HidayahMu Ya ALLAH.. Dan jangan kau palingkan setelah kau berikannya kepadaku Ya ALLAH.

Saat aku kehilangan cinta yang belum halal itu, baru aku pelajari sesuatu. Baru aku tersedar saat cinta itu pergi. Ya. Benar. Setulus hati aku akui. dari situ barulah aku tersedar dari 'lena' yang cukup panjang. Sedar akan kejahilan aku selama ini, malah tersedar dari kesilapan aku. Saat itu semua terjadi, baru aku tahu, aku leka, lalai malah sering meninggalkan ALLAH. Leka akan keduniaan dan perasaan mencintai dan dicintai. Saat aku kehilangan cinta itu, baru kutahu, aku kehilangannya kerana aku tidak tulus dalam mencintai ALLAH. Tidak tekun dan tertib dalam mencintaNya. Malah tidak setia dalam mentaatiNya. Sungguh Ya ALLAH, aku insaf. Ampuni aku Ya ALLAH. Ampuni aku yang tidak terkira banyaknya dosa-dosaku Ya ALLAH.

Sungguh aku malu denganMu Ya ALLAH. Baru kini aku merasa takut yang sebenar andai Malaikat Maut mencabut nyawaku. Ya ALLAH terimalah taubatku. Tika cinta itu perlahan menjauh, aku sedar, aku menangis meratapinya, namun aku masih belum sedar akan hubunganku dengan Mu Ya ALLAH. Saat itu hubungan antara aku dan ALLAH sangat jauh. Dan di situ aku sedar, ALLAH jauh dari hatiku. Yang dekat hanya cinta dunia yang fana ini. Baru ku tahu dan faham, mengapa hati ini merasa kosong. Jawapanya, kerana aku yang menjauhkan ALLAH dari hati dan hidupku. Ya ALLAH sesungguhnya Kau Maha Pengasih dan Penyayang, Kau tarik aku semula dalam dakapan cintaMu dengan kepergian cinta yang tidak halal itu. Alhamdulillah..

Dengan kesedihan itu aku belajar mentaatimu, dan aku belajar meletakkan Engkau yang teratas dalam hidupku. Kini, baru aku mengerti akan khilafku. Aku kehilangan cinta kerana aku melalaikan cinta yang sepatutnya aku tumpahkan kepadaMu. Ternyata, aku yang bersalah kerana tidak menjaga cinta terhadap Mu dengan sebaiknya. Tidak hairan andai cinta sesama manusia yang aku pernah rasai itu hilang, kerna aku sendiri tidak sebenarnya mencintaiMu Ya ALLAH. Andai ini kifarah dosa silamku, aku redha Ya ALLAH. Hukumlah aku dengan perasaan ingin kembali ke sisiMu Ya ALLAH.



Aku bertaubat Ya ALLAH. Terima kasih kerana menitipkan ujian yang membuatkan cintaku semakin mekar untukMu Ya ALLAH. Aku rela cinta palsu itu pergi andai saja Kau balas dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya ALLAH. Ampuni aku Ya ALLAH. Aku bertekad, mahu cinta ini semakin memerah untukMu, dan semakin segar di setiap ketika. Bimbing dan tuntun hatiku Ya ALLAH. 

Kini, aku semakin pasti akan maksud mencintaiNya melebihi segalanya. Ya, aku wajib menanam cinta kepadaMU melebihi apa pun yang ada di dunia ini. Ya ALLAH, sapa aku dengan cintaMu di setiap hari dan ketika. Aku mahu terus mencintaiMu. Jangan Kau tarik nikmat kecintaan ini, andai Kau tarik, maka sia-sialah hidupku.

Benar kata si bijak pandai, andai mahu kecintaan yang hakiki, maka pilhlah mencintai Rabb setulus hati. Andai saja gagal mencintaiNya, maka Kau akan hilang segala kecintaan yang ada. YA ALLAH, teruskan memberi cinta kepadaKu YA ALLAH. Semoga kau sentiasa menyegarkan kecintaan ku ini hanya UntukMu dan Semoga, Kau kurniakan kepadaku Imam yang selalu akan membimbing aku ke jalan yang Engkau redhai. Moga dia nanti bakal mendidik aku dan zuriat-zuriatku dengan sebaiknya.. Ameenn..

Nota kaki: http://www.youtube.com/watch?v=8EPF9EgMonM 


Tahniah kepada mereka

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini. Terima kasih Ya ALLAH. Sungguh, andai esok aku tiada lagi, ketahuilah bahawa aku tidak pernah melupakan semua yang pernah mewarnai hidup ini. Malah ingin aku ungkapkan jutaan terima kasih atas kebaikan serta kasih sayang dari semua. Semoga ALLAH membalas kebaikan yang sebanyak-banyaknya kepada kalian semua. Dan semoga Allah mengurniakan kesejahteraan, kebahagian dan kejayaan buat kalian di dunia dan di akhirat. Semoga ALLAH akan permudahkan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat. Ameenn Ya ALLAH.


Dikesempatan ini, saya juga mahu mengucapkan tahniah sebagai tanda meraikan kegembiraan teman-teman seperjuangan yang telah selamat mendirikan rumahtangga serta melangkah ke alam pertunangan. Alhamdulillah, semoga ALLAH permudahkan urusan kalian semua. Maaf juga kerana diri ini sering saja tidak hadir ke majlis keraian anda. Bukan tidak sudi, tetapi kekangan masa dan faktor lain sering saja membuatkan saya tidak berupaya menghadirkan diri ke undangan majlis anda.


Maaf sekali lagi. Walau apa sekalipun, saya tetap mendoakan kebahagiaan kalian semua. Semoga ikatan kasih sayang yang terjalin akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta akan membawa ke syurga. Ameenn.. Pada mereka yang bertunang tu, Alhamdulillah, anda sudah mara setapak ke hadapan dalam membina cinta sejati. Tapi jangan lama-lama yer.. Hehe nikah cepat-cepat. :) 


Semoga kita semua dalam perlindungan dan Rahmat ALLAH. Ameenn.. 


Nota kaki: Ramai yang tanya bila turn saya, senang je jawapannya, jodoh saya belum tiba. InsyaALLAH satu hari nanti akan tiba saatnya. Ameen :)

Sunday 10 June 2012

YaNg BeRnaMa KeNaNgaN..

Apa itu kenangan? dan ada apa pula dengan kenangan? Kenangan itu suatu perkara mahupun suatu peristiwa yang sudah berlalu, atau sudah menjadi perkara lepas. Ia tidak dapat disamakan definisinya dengan sejarah kerana sejarah mempunyai fakta lengkap seperti catatan waktu yang tepat serta peristiwa yang terjadi. Lalu ada apa pula dengan kenangan??


Kenangan itu terlalu mahal, tak dapat dibayar waima dengan jutaan ringgit mahu pun segunung emas. Sebenarnya kenangan itu yang sering mendewasakan kita. Kenangan itu yang mengajar kita. Dan kenangan itu sendiri yang sering sangat berada dalam kotak fikiran kita. Dan mungkin kenangan itu akan kita ingati untuk sepanjang hayat, sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Ada juga yang kata kenangan itu selalu melekat di hati. Macam hempudu lekat di hati. Terlalu rapat sampai terlalu susah untuk dipisahkan. Terpulang kepada individu masing-masing. Yang sebenarnya bagaimana tanggapan kita terhadap K.E.N.A.N.G.A.N adalah berdasarkan cara kita berfikir. Sama ada mahukan ia dikenang sebagai pengajaran atau mahu menyimpan dan melipatnya dengan kemas sebagai 'hidup'.

Ada juga yang berkata sesetengah orang sanggup hidup dalam kenangan sepanjang hayatnya. Maksud di sini adalah, ada sesetengah orang rela menghabiskan hidupnya semata untuk suatu kenangan yang baginya terlalu indah di dalam hayatnya. Umpama William Shakespears, hidupnya seolah-olah hanya diabadikan untuk berkarya dan seolah-olah hanya hidup dalam dunia khayalan rekaannya semata. Bahagiakah jika hidup begini? Hidup terpuruk dalam ruang lingkup ciptaan sendiri. Seakan tidak menghargai 'keindahan' dunia realiti di luar sana.

Terkadang aku bertanya sendiri, apakah selesa hidup begitu? Apakah indah dan bahagia menikmati kehidupan yang serba 'terpenjara' begitu? Mengapa ada yang memilih untuk hidup begitu? Kecewakah dia? Atau merasa yang hidupnya sering ditimpa malang? Ahh.. sukar mentafsirkan. 

Jujurnya, aku sendiri pernah di dalam dilemma. Mahu hidup dalam kenangan merentasi masa berharga sehingga ia berlalu pergi atau mahu hidup dengan kenangan tapi masih melalui atau merentasi demensi waktu yang mendatang. Ada perbezaanya. Pening dengan pernyataan ini? Ada beza diantara keduanya. Hidup dalam kenangan merentasi masa berharga, sehingga ia berlalu pergi bererti memilih jalan hidup atau 'hidup' hanya dalam kenangan sehingga melepaskan peluang indah yang sebenarnya ada terbentang indah untuk dirinya di luar sana.

Atau, yang kedua iaitu mahu hidup dengan kenangan tapi masih merentasi demensi waktu yang mendatang. Maksudnya, melalui perjalanan hidup berbekalkan kenangan semalam sebagai panduan bagi merentasi demensi waktu yang mendatang. Di mana, masih meneruskan kehidupan dengan melalui seribu satu keindahan hidup, dengan menjadikan kenangan sebagai satu batu sempadan yang dijadikan sebagai pengajaran.

Terasa ia sukar untuk difahami? Ambil ini sebagai contoh. Kisah seorang gadis yang kematian bakal suaminya. Kehilangan insan yang dicintai membuatkan dia takut kehilangan memori yang terindah dalam hidupnya. Dia bimbang sekiranya dia akan terlupa semuanya tentang kekasih hatinya. Jadi, dia merelakan dirinya terperangkap dalam kenangan silamnya. Rugikah gadis itu kerana mensia-siakan waktu? Atau dia sekadar memerlukan sedikit lagi waktu demi merawat 'kehilangannya'? Atau dia perlukan pengganti yang mampu memceriakan hidupnya kembali?? Kenyataannya hati dan pendirian manusia itu sukar diduga. Ada ketikanya seakan kita boleh mentafsirkannya, ada ketika pula ianya terlalu rumit untuk ditelah bagi merungkainya. 


Hakikat sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah mengenai kepercayaan kita sebagai seorang muslim akan salah satu cabang di dalam Rukun Iman, iaitu Percaya dengan qada' dan qadar. Sebagai hambaNya, kita seharusnya berpegang teguh kepada kekuasaan ALLAH. Tidak dapat lagi dinafikan bahawa ALLAH itu Maha Besar, Hebat dan Teragung. Setiap yang direncanakan olehnya adalah sebaik-baik rencana. Sekiranya kita terlupa mahupun terlepas pandang, ingatlah kembali akan Rukun Islam dan Rukun Iman bagi menguatkan hati.


Didiklah hati agar selalu redha akan ketentuan ILLAHI agar hati kita akan sentiasa tenang dan tabah dalam melalui jalan-jalan yang beronar dan berduri.Berhati-hatilah, Ingat ALLAH sentiasa. Mohon padanya agar dipnjamkan kekuatan, agar hati tadi mampu mengucapkan syukur tanda berterima kasih atas setiap nikmat yang telah dipinjamkan olehNya. Mohon juga agar hati selalu tabah, sabar, ikhlas dan redha akan ketentuan yang telah dicatatkan olehNya untuk kita. Bersabarlah, kerana apa yang pasti ALLAH tidak akan membebani hambanya melainkan dengan kesanggupannya, Surah al Baqarah ayat 286.


Maka, bukalah hati dan buka minda untuk pandang dari sudut yang positif dan tenangkan hati bahawa tiap apa yang terjadi adalah Qada' dan Qadar ALLAH. Dan jadikan kenangan itu hanya sebagai kenangan, tapi bukan sebagai 'jalan kehidupan'. Biarkan ia mengalir pergi seiring waktu beredar, agar hati tidak lagi tersakiti. Pandang kehadapan dan teruskan langkahmu, biar perlahan setapak demi setapak, asalkan tidak ia terkaku dan terhenti di situ.


Nota kaki: Teringat ayat yang sering sahabat saya ungkapkan 'Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merajuklah hati'. Sabarlah hati, hidup itu perlu diteruskan selagi nafas masih terhela.



Saturday 9 June 2012

SelaMat DaTaNg JuNe!

Alhamdulillah, June sudah sampai. Separuh daripada tahun 2012 dah pun berlalu. So, macam mana progress azam yang anda semua angankan? Dah tercapai? Hampir tercapai? atau masih belum tercapai??

:) Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak azam tahun baru saya dah pun tercapai. Termasuk azam dan cita-cita tahun-tahun yang lepas. Hehe.. Cuma yang masih belum tercapai adalah untuk mendapatkan berat yang ideal. So, I have to work very hard due to achieve my aim. Hehe pastikan dapat reach berat 47kg tau cik Muzalifah!

Humm jadinya sekarang nih kena berusaha. Hehe.. sebenarnya banyak lagi yang belum tercapai. Tapi, itu rahsia. Hehe rahsia pulak kan.. Tak pe.. Tapi yang sangat saya berpuas hati sebab aim nak sambung study tu berjaya! Alhamdulillah.. :) Rasa hepy sangat. Tapi kan kalau nak sambung PhD tu tak tahu lagi lah.. Macam nak. Tapi macam tak sanggup. Hehe.. Kita tunggu dan lihat je lah yer.. Ada rezeki ada lah.. kan.. Tapi mak saya cakap macam tak bagi saya sambung. Katanya, "Dah-dah lah tu belajar. Keja Pulak. Cukuplah sampai Master. Nanti bila pulak nak kahwin kalau asyik busy study," Tu dia.. My mom punya syarahan. Hehehe.. Ala.. Takpe, kalau beriya sangat nak sambung nanti, pandai-pandailah saya nak pujuk Mak. Hehe.. 

Aritu, masa nak sambung master pun mak saya memula tak bagi. Tapi lepas saya pujuk sikit then mintak tolong kat kakak saya, nampaknya mak buka hati untuk bagi restu saya sambung belajar. Terima kasih mak. Mak doakan untuk ALIP ehh mak. Ohh.. Mungkin masih ramai yang tak tahu nama manja saya kat rumah adalah ALIP. Bila sampai kat UiTM, diaorang panggil saya ALEP pulak. Humm Ikot korang lah. Nak panggil apa pun. Yang penting yang related to my name only. Ok? :) 

Tapi bila saya start practical kat PUNB dulu, saya terpaksa guna nama MUZA. Sebabnya, kat department yang saya kena attached tu, nama anak kak Puteri dengan Abang Din pun ALIF jugak. So, disebabkan taknak bagi diaorang confuse, terpaksa lah guna nama MUZA. Hehe nampak lah ladies sket kan. Kalau tak dah macam dak lelaki jer. ;) Then sampailah saya start keje kat UKM as a R.A. a.k.a research assistance. Masuk kat UKM pun saya guna Muza jugak. Senang. Sebab, tak payah nak buatkan orang pening terfikir kenapa panggil saya dengan nama lelaki. :) Hehe.. kan.kan..

Okaylah dah terkeluar dari topic sebenarnya ni. Sebenarnya saya cuma nak share yang saya akan bercuti selama 3 bulan. Yay!! Ada masa untuk mak and balik kampung! :) Rindu nak tidur dengan mak. Hehe.. yes. Memang saya anak manja. Dah tua-tua pun nak tidur dengan mak lagi. :)) Tak kesahlah. Yang penting saya sayang mak saya!! :)) Love u mak!! 

Semoga, selepas apa yang telah saya harungi, bakal bersinar kembali selepas ini. Hehe.. For those yang tak tahu apa yang telah saya lalui, takpe. Tak penting pun bagi you all. Apa yang penting dalam hidup ini, memang ALLAH dah tentukan ujian-ujian yang perlu kita lalui. Pesan saya untuk diri sendiri dan untuk anda semua, Kita perlu yakin, bahawa ALLAH adalah satu-satunya tempat kita bergantung harap. Tempat kita meminta dan berdoa. Di setiap saat yang dilalui, Ingatlah ALLAH. Minta padanya supaya hati kita kuat, tabah, ikhlas, sabar bersyukur dan sentiasa redha dengan tiap apa jua yang berlaku. :) Teruskan mencari Redha Illahi. Ingat tips ini ye semua, buat yang di suruh dan tinggalkan yang dilarang. Itulah kuncinya. :) Salam Sayang semua dan selamat berhujung minggu! ;))

Nota kaki: Jauhi dosa, perbanyakkan pahala! Ini yang saya dapat dari twitter. oleh #Islam :) Boleh juga follow saya di Muzasamean! :)