It's me

It's me

Monday 31 March 2014

Pendakian

Assalamualaikum Semua.


Dah lama rasanya tak menulis.. Rindu nak menulis sebenarnya. Tapi apakan daya. Komitmen lain membuatkan waktu agak terhad untuk menulis.

Semester ini, In Syaa Allah semester terakhir pengajian saya. Disebabkan last semester saya terpaksa menangguh pengajian atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.

Semester ini alhamdulillah, semuanya menjadi semakin baik. Dan saya mengharapkan akan terus diberikan kesihatan yang baik. Cuma sejak kebelakangan ni. dengan cuaca yang kurang baik, sedikit sebanyak menggangu tahap kesihatan saya.

Dalam kesibukan kuliah dan tugasan Ilmiah, saya seperti biasa masih gemar masa bersendiri. My -me- time. Perkara yang paling saya suka ialah berjalan. Berjalan bersendirian. Berjalan disekitar UKM bukan perkara asing bagi saya. Menaiki bus dan mendaki bukit, itu kegemaran saya sepanjang hampir memasuki tahun ke-3 berada di UKM, ditambah dengan hampir setahun saya berkerja di UKM sebelum memulakan pengajian saya di sini.

Indah!

Itu yang dapat saya ungkapkan. Berjalan sambil menyihatkan badan, saya gemar menghirup udara yang ada di UKM. UKM masih hijau dan masih banyak hutan simpannya. Hijaunya UKM, Itu dapat menenangkan fikiran saya. 


Mendaki bukit

Setiapkali mendaki anak tangga yang berpuluh-puluh, malah mungkin sahaja beratus anak tangga, hati terdetik. Itu umpama perjalan dalam hidup kita. Mahukan sesuatu, kita harus bersuaha terlebih dahulu. Walau jalannya berliku, tinggi dan mencabar, kita harus melaluinya. Suka mahupun duka, itu peneman di sepanjang perjalannan. Tiada jalan kehidupan yang tidak mencabar.

Yakinlah bahawa setiap satunya nanti akan indah di penghujungnya. Penghujung kehidupan kita adalah Syurga. Maka rebutlah sebaik mungkin. Jadi, cabaran di dunia yang baru bermula ini, janglah membuatkan kita berputus asa.

Tiap pendakian itu sebenarnya membawa maksud tersendiri. Kadang kaki ini terlalu letih dalam pendakian. Namun, demi mencapai matlamat, digagahkan juga pendakian yang berbaki. No doubt, sudahnya, kita akan sedar, kita sudah menamatkan pendakian yang tidak kita sangka -sangka. Di pengakhiran pendakian itu, tanpa kita sedar, kita akan tersenyum, lalu merasai tiap peluh yang menitik tersangat berbaloi dengan kemenangan yang telah kita lalui. Dan ingat, ada orang pendakiannya pantas, ada yang sedikit lewat. Banyak faktor yang mempengaruhi. 

Namun, itu yang disebut sebagai rezeki masing-masing. Cepat atau lambat bukan persoalannya. Tapi sama ada berjaya ke puncak atau tidak itulah yang menjadi persoalannya. Usahalah yang terbaik. Tanpa berputus doa kepadaNya. Teruskan langkah, walau terasa jasad seolah mahu rebah, namun jangan berhenti melangkah. In Shaa Allah, nanti kita akan berjaya.

Semoga dengan sedikit perkongsian buah fikiran yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahu A'lam..

Sehingga kita bertemu di lain lembaran.
Wassalam..





Tuesday 25 March 2014

Untukmu MH370... For you MH370.. WE LOve YOU!


Innalillah Wa Inna Illahi Raajiuun..
DaripadaNya kita datang
KepadaNya kita pulang..


Sungguh,
Ini kesedihan yang teramat dalam...
Dan kehilangan yang sangat besar...


Dari saat mengetahui berita kehilangan MH370 pada 8 Mac yang lalu,
Hati menangis.

Risau.
Sedih dan bermacam lagi.


Dari saat itu kucuba kumpul kekuatan untuk menulis untuk MH370.
Namun, hanya hari ini aku mempunyai kudrat untuk menukilkan sesuatu untuk MH370.

Awalnya,
Aku masih percaya dan puas meyakinkan diri supaya terus berdoa semoga semuanya selamat.

Tapi hari ini...
Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Allahu Allah..
Berserakan hati..
Bergetar jiwa..
Luluh hatiku..
Malah lemah kakiku
Saat mendengar perkhabaran #MH370 sebentar tadi.


Hatiku menangis tiada sudahnya.
Ya, tiada yang kukenali di dalam #MH370.
Namun, atas dasar saudara sesama Islam, atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang sesama manusia,
Aku turut bersedih. Malah terkesan di dalam jiwa.


Kesedihan ini bukan sekadar mereka yang mempunyai ahli keluarga di dalam #MH370,
Rakan taulan, turut merasainya.
Bukan sekadar di Malaysia, China, Australia dan lain-lain..
Malah satu dunia turut berkongsi rasa yang sama...

Rasa kehilangan..
KEHILANGAN..


Sesungguhnya,
Manusia, walau siapa pun dia,
Dalam hatinya masih punya hati nurani,
Masih punya rasa cinta kasih dan simpati.
Walau bukan pada mereka yang punya pertalian.

Kisah MH370,
kisah yang tiada kita sangka dan kita duga
Perginya ia, tiada siapa yang menyangka.

Saat melepaskan yang tersayang berlepas dengan MH370,
Siapa sangka itulah kali terakhir ucapan kasih sayang, peluk dan ciuman.


HEARTBREAK
BREATHLESS


Saat ini semua percaya,
Bahawa DIA, ALLAH jualah penentu segala.

Walau pahit, walau pedih.
Walau menduka citakan..
Walau seperit itu untuk menerima..

Mereka telah tiada.
Namun masih tersimpan satu harapan..
Mengharap ada keajaiban yang hanya mampu terjadi atas Izin ALLAH SWT.



MH370..
Their journey ended in Indian ocean
We love them..
We want them so much..


But all is all,
WE belongs to ALLAH.
And....
Allah loves them..
Love them.. much, much more.. than us.


We love you MH370..
Thank you Captain Zaharie and Co-Pilot Fariq..
and all the crews..
All of you, i believe had done such a brave and good job!
All of you are the heros..
But, Only Allah knows everything...


Ya Allah make it ease for the SAR to go and find for them..
Make it ease Ya Allah..

Only to YOU we hope..
Only to YOU we Prays..
And Only to YOU we seeking for a favor..

Only to YOU we hope things will be easier..
Help and guide us Ya Rabb..
Do help and guide us..

And May the miracles will happen..
Ameennn..