It's me

It's me

Monday 31 March 2014

Pendakian

Assalamualaikum Semua.


Dah lama rasanya tak menulis.. Rindu nak menulis sebenarnya. Tapi apakan daya. Komitmen lain membuatkan waktu agak terhad untuk menulis.

Semester ini, In Syaa Allah semester terakhir pengajian saya. Disebabkan last semester saya terpaksa menangguh pengajian atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.

Semester ini alhamdulillah, semuanya menjadi semakin baik. Dan saya mengharapkan akan terus diberikan kesihatan yang baik. Cuma sejak kebelakangan ni. dengan cuaca yang kurang baik, sedikit sebanyak menggangu tahap kesihatan saya.

Dalam kesibukan kuliah dan tugasan Ilmiah, saya seperti biasa masih gemar masa bersendiri. My -me- time. Perkara yang paling saya suka ialah berjalan. Berjalan bersendirian. Berjalan disekitar UKM bukan perkara asing bagi saya. Menaiki bus dan mendaki bukit, itu kegemaran saya sepanjang hampir memasuki tahun ke-3 berada di UKM, ditambah dengan hampir setahun saya berkerja di UKM sebelum memulakan pengajian saya di sini.

Indah!

Itu yang dapat saya ungkapkan. Berjalan sambil menyihatkan badan, saya gemar menghirup udara yang ada di UKM. UKM masih hijau dan masih banyak hutan simpannya. Hijaunya UKM, Itu dapat menenangkan fikiran saya. 


Mendaki bukit

Setiapkali mendaki anak tangga yang berpuluh-puluh, malah mungkin sahaja beratus anak tangga, hati terdetik. Itu umpama perjalan dalam hidup kita. Mahukan sesuatu, kita harus bersuaha terlebih dahulu. Walau jalannya berliku, tinggi dan mencabar, kita harus melaluinya. Suka mahupun duka, itu peneman di sepanjang perjalannan. Tiada jalan kehidupan yang tidak mencabar.

Yakinlah bahawa setiap satunya nanti akan indah di penghujungnya. Penghujung kehidupan kita adalah Syurga. Maka rebutlah sebaik mungkin. Jadi, cabaran di dunia yang baru bermula ini, janglah membuatkan kita berputus asa.

Tiap pendakian itu sebenarnya membawa maksud tersendiri. Kadang kaki ini terlalu letih dalam pendakian. Namun, demi mencapai matlamat, digagahkan juga pendakian yang berbaki. No doubt, sudahnya, kita akan sedar, kita sudah menamatkan pendakian yang tidak kita sangka -sangka. Di pengakhiran pendakian itu, tanpa kita sedar, kita akan tersenyum, lalu merasai tiap peluh yang menitik tersangat berbaloi dengan kemenangan yang telah kita lalui. Dan ingat, ada orang pendakiannya pantas, ada yang sedikit lewat. Banyak faktor yang mempengaruhi. 

Namun, itu yang disebut sebagai rezeki masing-masing. Cepat atau lambat bukan persoalannya. Tapi sama ada berjaya ke puncak atau tidak itulah yang menjadi persoalannya. Usahalah yang terbaik. Tanpa berputus doa kepadaNya. Teruskan langkah, walau terasa jasad seolah mahu rebah, namun jangan berhenti melangkah. In Shaa Allah, nanti kita akan berjaya.

Semoga dengan sedikit perkongsian buah fikiran yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahu A'lam..

Sehingga kita bertemu di lain lembaran.
Wassalam..





No comments:

Post a Comment