It's me

It's me

Saturday 29 December 2012

Buat ANA :)


Ana, aku kat sini. Sendiri berdiri tengok matahari kat pantai ni. Dulu, kita selalu sama-sama ke sini. Every time kalau rasa macam nak release tension dan stress, kita pasti ke sini. Nak-nak masa first semester dulu. Kerap sangat ke sini, sampaikan hampir setiap malam lepas waktu Maghrib je kita datang sini. Hee the best part masa ada polis ronda kat area playground. And that time kita hiding kat celah-celah gelongsor. Seronoknya masa tu Ana. Masa yang sangat best dan eh tak terkatalah. Ana, terima kasih sebab sudi jadi sahabat karib aku. Terima kasih sebab selalu bagi semangat dan nasihat pada aku. Kita kawan sampai bila-bila yer, dunia dan Akhirat.

Alhamdulillah, aku dah habis exam. Another two more semesters to go. Sekejap je kan masa berlalu. Again, I'm here and counting the 'fun' time we had together before. Ana, kau nak tahu tak, masa kau menikah dulu, aku menangis sebab terasa kehilangan kawan. Walaupun kita masih kawan, tapi tak sama macam dulu-dulu. Spending time together, cooking with you in our small kitchen and sharing the pillow talk together. Berbual macam setahun tak jumpa setiap malam sampai both tertidur masa tengah bercakap. Dan lagi the best moment is sharing the tears and joys together. That is the best part in my life, having such a wonderful besties in my life. Thanks to ALLAH for grant me with the lovely friend and sister like you dear.

Ana, time flies by so fast. Umur kita pun semakin meningkat, alhamdulillah after phase by phase in your life, you'll become a mommy next year. Alhamdulillah, such a good and the best gift ever for my birthday. Hehe, aku bakal jadi aunty! *Takdelah something new sangat since aku memang dah lama jadi aunty. Berderet dah anak buah!* Hehe tapi teruja. Of course lah kan.. After Azie, Ayu, kau and incoming Feeza kawen aku rasa happy sangat-sangat. Yelah happy tengok kawan-kawan aku happy and ada family sendiri. Nak-nak korang dah nak ada anak pulak. Feeza pun bakal kahwin tak lama lagi. Now, I'm really alone. Hee tertinggal bullet train nampaknya :). Apa pun tolong-tolonglah doakan aku yer semoga jodoh aku cepat sampai.

Korang yang aku sayangi, last few days I chat-ing with kak Effa, hihi that mommy to be also keep counting the months to deliver the baby. Wah.. ramai yang nak deliver the baby on 2013. Isyhh korang ni tiba-tiba buatkan aku rasa macam tua pulak. Since, umur macam ni still single and not married yet. Sorang, sorang kawan-kawan aku ni kahwin dan ada family sendiri. Oh tak lupa, yesterday kot, I've talked to Madihah. Hehe dia pun dah sarat tunggu time nak deliver the baby jer. Nampaknya ex-rumah no 25 sedang giat menambah umat Muhammad. Alhamdulillah.. Lepas ni doakan aku pulak yer.. Haihh..Rindu yang tak terkata kat korang sangat-sangat.

Ana, baru-baru ni aku kemas balik kotak misteri aku tu. Then, suddenly aku jumpa notes yang kau tulis untuk aku. On the red paper, and you gaves me during your birthday entah tahun bila in 2007 or 2008 kot. Seingat aku kau selit kat celah-celah buku aku. Thanks dear for the wonderful words you've given to me. Masa bace tu, as usual my tears dropped slowly. *biasalah aku kan sikit-sikit menangis. Touching, cepat sangat nak!*. The best part is kau nasihatkan aku untuk never give up. Yes, years ago aku rasa macam nak give up. Study hard macam mana pun result still teruk dan tak ke mana. Sedih yang teramat sangat. Entah apalah yang tak kena. Mungkin silap aku jugak kot. *haruslah takkan nak salahkan orang lain*

At that time, kau tulis lebih kurang macam ni
Never give up. Keep on put your effort. If not being a great student right now, who knows at one day you'll be a great person. Keep up the good work. Only ALLAH knows the best for you”

Alhamdulillah, aku dah mula rasakan the power of your words. Kita tak tahu ALLAH plan apa untuk kehidupan kita. Alhamdulillah walaupun dulu aku tak seberapa, tapi sekarang semakin baik. Yela you all kan dean list students. Tak macam aku yang dulu siap pernah repeat paper bagai. Tapi alhamdulillah, aku dapat tebus balik during this time. Alhamdulillah merasa jugak nak dapat dean list. :) Heee tapi bila dah post grad ni, humm orang dah tak pandang dah kau dean list ke tak. Tapi, alhamdulillah happy tau bila nama tepampang kat notice board. Ceh.. jangan nak riak eh. Cuma tulah bersyukur dan happy. Alahamdulillah ALLAH bantu aku dan semakin kuatkan aku.

Na, every time I read the notes, of course the tears is always be a good friend to me. Tak tahulah kenapa. Oh.. so touching! I felt lucky to have you as one of my best friends! Kau selalu buat atau tulis sesuatu yang aku tak sangka. *Actually you are inspired me a lot tau* Dan selalu temankan aku dalam 'sweet, sour and spicy' time. Thank you so much Ana! Allah hantar seorang kawan yang sangat baik macam kau untuk selalu ingatkan aku. Teringat lagi, we keep reminding each other untuk solat, especially untuk bangun solat subuh setiap hari. Siap kejut-kejut each other and main renjis-renjis air kat muka lagi! ;) And keep reminding each other untuk buat benda-benda baik. Alhamdulillah mungkin ALLAH dah set our 'jodoh' earlier tau. 

Ingat lagi tak cerita kita yang tak pasal-pasal ter'involve' dengan pertandingan Tong Garden Irama Malaysia. Masa tu umur kita 12 tahun back to 1999, aku kat Muar and kau kat Kota Tinggi. 'Miracle' cerita kita ni kan sebab kita nyanyi lagu yang sama, lagu Awalah Dondang *Aku menyanyi? Oh sungguh menyeramkan!*. Hehe yang kelakarnya kita sama-sama masuk first round jer, then dah tekeluar sebab lupa lirik! *both terlupa lirik dan nyanyi lagu yang sama!*:) Haha.. boleh kan masa bercerita tu terus kami ketawa. Semuanya kebetulan! Eh bukan, memang takdir, kami ada persamaan dari seawal 12 tahun.

Bukan setakat tu je, bila cerita-cerita, rupanya kami ni asal muar juga. Dolu-dolu *ayat yang Ana suka guna*, Ana duk kat Muo dengan nenek dia. Sampailah darjah 3 barulah dia duk kat Kota Tinggi semula dengan mak ayah dia. Then masa form 4 pulak dia masuk Sek Teknik Muo. Satu sekolah pulak dengan best friend aku kat kampung, Anom. Hehe.. Nak di jadikan cerita seterusnya pulak, Masa degree aku sekelas dengan cik Arifah Alkha Zubit, kawan dia jugak masa kat Sek Teknik. Alahai, kecilnya dunia. Pusing sana pusing sini kami berkawan among kawan-kawan yang sedia ada jugak. :)

Then, aku ingat lagi another series yang membawa aku mula kenal siapa Ana dalam hidupku. Alkisahnya bila kau call radio ERA, nak jawap the teka teki. Masa tu aku rasa kita form 4 kot. Aku tengah masak time tu, then sambil dengar radio kat dapur. Dan dialog tu lebih kurang macam ni;

Helo.. siapa di sana?” Abang Khril (dulu dia DJ kat ERA)

Helo.. Hurmm Saya Farhana,” (dengan suara yang sangat nervous)
Farhana, dari mana ni Farhana?”
Dari kampung Sayang”
Oh ni mesti orang kampung awak saling sayang menyayangi ni...”
bla...bla..bla..

Sampai setakat tu je yang aku ingat. Tapi jawapan untuk teka teki yang kau bagi tu salah. Hehe at that time aku tengah dengar dengan adik aku. Kitaorang cakaplah ni mesti salah jawap sebab nervous sangat-sangat ni. dan ternyata bila kau cerita semula, memang kau tersalah jawap sebab nervous sangat!  Yang pelik lagi hairannya dalam banyak-banyak caller yang called radio, kau jugak yang aku ingat. Humm ajaib! Betahun dah, tapi still aku ingat. Maybe it was the first time dengar nama Kampung Sayang tu kot! :) *tengok!dari awal lagi memang kita dah ada chemistry!!*

Tak sangka after SPM kita jumpa. Berkawan dan aku rasa kau sangatlah friendly! membuatkan aku sangat rasa selesa. Yela aku ni manja punya type. Tak pernah duk asrama dan lagi tak pernah jauh dari family! Haa sangat contrast dengan kau yang dah biasa hidup kat asrama. Dulu masa mula-mula sampai kat UiTM tu, aku selalu doa. Mudah-mudahan dapat kawan yang aku selesa nak hidup sama-sama. Yang boleh terima seadaanya aku. Masa jumpa kau, aku rasa happy sangat dalam hati. Aku tahu aku agak susah nak get along dengan orang, unless bila dah biasa dengan orang tu. I hope nanti jodoh aku pun jenis yang senang nak get along sebab aku ni macam kena take times nak suaikan diri. Hehehe..

Ana, lately ni aku memang cuma mampu terkenang semua kenangan kita. Tu je yang aku mampu. Dalam masa yang sama aku hanya mampu doakan yang terbaik buat kita semua. Malam birthday aku tu, aku rasa happy sangat bila dapat call kau and bersembang macam nak apa. Almost an hour kan. Haa sorry Isz, aku pinjam wife kau lame sikit. Yela dah lama tak besembang dengan Ana. 


Lepas je kita end sesi besembang kita, aku terus teringat masa majlis kahwin kau. Masa kau potong kek dengan Isz. Masa tu aku pandang je korang berdua. Standing there watching on both of you then I pray slowly deep in my heart semoga kalian berdua bahagia sampai ke syurga. At the same time, rasa macam sayu hati. Sebab dah 'lost' kawan and some more, korang berdua yang panjang jodoh. Aku dengan dia? Humm.. nampaknya ALLAH takdirkan kita orang dengan jodoh yang lain. Masa tu ALLAH je yang tahu betapa dalam hati aku menangis. Sedih, sebab impian dan hajat tak kesampaian. But, slowly aku pujuk hati aku. In Shaa ALLAH ada yang lain untuk aku. ok, ini bukti aku tengah tengok korang! :)

See, aku standing kat situ sambil tengok korang, and senyap-senyap OT snap this pic! Haih.. Sabar jelah. :)Ingatkan aku tak 'terinclude' dalam snap-an dia.

In fact right now aku dah okay. Even though dia jemput aku ke wedding dia, aku masih mampu tersenyum. Aku happy, sebab tahu dia sedang happy dan bahagia. Lagipun aku rasa aku ambil tindakan yang betul, memberi peluang untuk dia mencari bahagia yang sepatutnya milik dia. Dan aku tak putus doakan yang terbaik untuk dia. :) Ana, this is real story okay. Tapi tulah aku harap sangat dia tak cari aku lagi. Bukan apa, aku tak nak nanti boleh timbul fitnah nak-nak pulak kami ni pernah ada sejarah. That's why aku buat macam ni. Nak kena jaga hati banyak pihak dan of course nak kena jaga diri dan maruah aku. :) Apa pun semoga kita semua beroleh kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ameeenn..

Eh, tak sangka panjang betul entry kali ni yang aku buat special untuk kau. :) Humm dan lagi, rupa-rupanya ramai kawan-kawan aku yang lain dah mula 'step up for another stage' in their life. Okay so yang betul-betul tak ada apa-apa lagi tinggal aku. Humm doakan semoga dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh aku. Kalau boleh nanti masa aku konvo on 2014 boleh la aku bawak husband instead of bawak mak aku je kan. Hee *berangan!* Eh, tak salah. Tu doa tu. :)

Apa pun semoga kehidupan kita semua semakin baik dan cemerlang dari masa ke semasa. Semoga nanti ada yang datang meminang aku, hope boleh terus kahwin je. Tak nak bercinta before marriage. Lagipun aku rasa tak nak dah sia-sia kan usia. So, right now aku tengah prepare the list of my new azam. Macam yang kau cakap, azam tu kalau tak ditulis, memang susah nak tercapailah jawapnya. Bila dah tulis, then bila baca semula, Alhamdulillah memang ada yang tercapai! Thanks for your advice dear! :) Tersangat membantu aku! :)

Humm Makin panjang lah pulak aku membebel dan merepek nih. :) Aku kalau dan menulis susah nak stop. Haa.. Teruk betul. Tapikan, humm this is the best therapy tau untuk aku. Boleh hilang stress dibuatnya. By the way, kau mesti teruja kan untuk baca tulisan-tulisan aku. As I wrote long time ago. Hee.. cerpen yang kau pernah baca dulu tu dah hilang. How sad. Penat jugak aku menulis, tapi sayang hilang. Aku still working on satu cerpen ni, tapi belum siap lagi. In Shaa ALLAh by next yer siap lah kot.

Aku nak tulis memang according with the actual time. Bukan rekaan punyer. :) That's one of my new target! Okay, I think better I stop here. Kalau tak memang tak berhentilah jawapnya. Apa pun selamat melalui fasa preggy mommy. Sabar yer 3 bulan je rasa yang morning sickness tu. Hehe macamlah aku dah pernah rasa! Tapi itu apa yang kebanyakan orang cakap ;) Again semoga kita semua dalam perlindungan ALLAH S.W.T dan semoga kita semua mendapat keredhaan dariNya. In Shaa ALLAH..


Ana and me!


Loves,

:) Diari cik Muza MutiaraPuteh

Monday 24 December 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang.

Selamat Ulang tahun Cik Muzalifah!



Semoga menjadi Muslimah yang berjaya di dunia dan Akhirat. Dan semoga ALLAH perkenankan impianmu :)


Semoga akan kutemui apa yang kuperlukan dalam hidup ini.


Dan semoga ALLAH redha!

Impian? Terlalu banyak yang aku hajati. Semoga ALLAH permudahkan segala urusanku demi mencapai yang terbaik buatku. 

*Hati ini terdetik lagi, akan kuusahakan untuk menjadi yang lebih baik dari masa ke masa. Memburu impian itu tiada salahnya, asalkan masih berlandaskan Mencari RedhaNya. Demi impian yang masih tersimpan, ku harap hari ini dan akan datang, bakal membawa sinar yang akan membahagiakan aku. Semoga aku bisa menempuhi perjalanan yang tiada ku tahu bilakah penghujungnya. 

Semoga, hati ini sentiasa berpaut hanya pada yang satu. Pada yang empunya segalanya. Semoga tercapai impian ku Ya ALLAH. Tenangkan hatiku dan berikan yang terbaik untukku.  

Sunday 23 December 2012

Jaga amanah ALLAH sebaiknya: JAGA KESIHATAN

Kelmarin, saya ke klinik. Dan selepas jumpa doktor, doktor kata asthma saya agak teruk. Tapi sekurang-kurangnya Alhamdulillah, masih terkawal. Teruk ke? Saya rasa macam tak teruk. Tapi bila check dan saya sendiri fill up documentation yang bertanyakan perkembangan asthama saya within last 4 weeks, ternyata score saya berada di bawah 15. Doktor kata itu tak terkawal. Dan saya terkejut! Tergamam dan panic dalam masa yang sama. Maknanya saya tak sedar yang keadaan saya sangat tak stabil selama ni.

Dari dulu sebenarnya saya dah ada asthma, cuma saya yang macam tak mengendahkannya. Buat-buat biasa. Tak nak manjakan diri. Tapi lain pula yang jadi. Teringat dulu time celebrate birthday lecturer saya kat tepi pantai kat Teluk Gadung dulu. Pantai yang ada depan campus UiTM, Dungun dulu. Dengan sejuknya cuaca malam, minum ais lagi. Then, asthma ku datang. Terbatuk-batuk, sampai nak muntah. Tapi tak boleh nak muntah pula. *Sorry readers, kalau saya menulis sesuatu yang tak sepatutnya*. Since dari itu, saya dah slow sikit dari consume ice. Tapi tulah kadang-kadang je menjaga. Kadang-kadang tak. Tapi sekarang dah tak boleh sambil lewa lagi. Dah kena menjaga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah, bila dah makan ubat jadi lega. Mula-mula ingatkan hanya selsema saja, rupa-rupanya asthma. :) Ini jangalah sampai mak saya tahu. Kalau mak tahu, nanti mak risau sangat. Bukan nak sembunyikan apa-apa dari mak, cuma itulah, bila dah sihat ni baru boleh bagi tahu kat mak. Kalau tak, nanti mak temenung sana temenung sini bimbangkan anak dia ni. :)

So far, dah terjawap kenapa saya selalu rasa macam sakit sangat jantung saya. Bila Doktor tanya, ada rasa sakit ke tak kat jantung, terus saya jawap ya. Betul lah tu, bila asthma strike, kurang oksigen yang masuk, dan sebab tu saya jadi lemah dan kadang-kadang jantung terasa macam sempit dan sesak sampai rasa sakit.

Dah tak boleh push diri ni untuk berpenat-penat sangat. kena rajin buat exercise yang tak terlalu membeban kan jantung. Dan kena selalu watch out dengan diet seimbang. Humm kesihatan ni jangan buat tak kesah je. Nanti bila dah sakit, barulah nak menyesal. So, ingat ye. Jaga kesihatan elok-elok. Amalkan gaya hidup yang sihat. Dan sekali lagi, please yang kat luar yang smoking tu, jangan bagi asap rokok kat orang lain. Plus, berhentilah merokok. Tak baik untuk kesihatan pun. Dan dari sisi islam sendiri pun memang dilarang. Sebab boleh memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling.

Semoga, kesihatan saya semakin baik selepas ni, nampaknya saya tak boleh ambil ringan lagi dengan asthma saya ni. Kalau dulu selalu buat-buat okay dan tak berapa nak kesah sangat. Tapi sekarang memang kena ubah. Bila perkara dah jadi melarat, selalunya barulah kita nak beringat kan. Itulah manusia. Jadi, ambillah cerita saya ni dan jadikan sebagaii iktibar.

Jagalah kesihatan kita semua ye. bersyukurlah dan jaga dengan baik. Jangan disia-siakan kesihatan dan nyawa yang ada. Kesihatan yang baik membantu kita memudahkan dalam urusan ibadah seharian. Sihat tubuh badan mudah untuk bersolat dan melaksanakan tugasan harian yang lain. Malah memudahkan pergerakan kita untuk melakukan pekerjaan demi mencari rezeki yang halal. Benarlah, Hidup di dunia ni cuma sekali, dan sekali inilah yang kita harus berebut untuk mencari redhaNya. Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Juoi, "dunia untuk berpenat, Akhirat untuk berehat". Jadi, jom sama-sama jaga diri elok-elok dan usahalah untuk hidup dengan baik untuk terus beramal soleh disamping mencari yang duniawi.

Semoga, kita semua menjaga kesihatan sebaiknya. Kesihatan itu kalau dah hilang atau kurang, baru kita terasa akan kepentingan untuk menjaga sebaiknya. Jadi jagalah ia dengan sebaiknya.

*Selamat hari ulang tahun kelahiran! Semoga ALLAH perkenankan setiap permintaanku. Dan semoga Nor Muzalifah binti Samean ini beroleh kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat dan semoga diredhai ALLAH. Ameeenn*

p/s: Thanks kepada readers yang secara tak langsung telah mendoakan saya. Jazakallah Khairan Kathira. :)

Wednesday 19 December 2012

Be Positif: YAKINLAH DENGAN ALLAH

Alhamdulillah.. ALLAH masih memberi peluang kepada kita untuk hidup hingga saat ini. Terima kasih Ya ALLAH.
_______________________________________________________________

Credit to those upload this at Facebook

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah Kasih Sayang dan RahmatNya, aku masih lagi mampu tersenyum hingga saat ini. Terasa hidup ini sungguh indah, amat bahagia dan aku merasa sungguh tenang. Walau aku sendiri tahu esok masih belum tentu lagi akan hidupku. Sekadar perancangan ku insan yang kerdil ini, ku harap segala perjalanan kehidupanku esok (final presentation) bakal berjalan dengan lancar. Ameenn.

Saat ini, senyuman tidak lekang dari bibirku. Mengapa? Entah, aku sendiri kurang pasti. Semoga rasa tenang dan bahagia ini akan terus aku kecapi walau dugaan datang nanti. Apa yang pasti dengan kehidupan yang agak huru-hara dengan kesibukan di hujung semester begini, aku sedang dan masih memdidik hati dan mindaku agar sentiasa tenang. Sentiasa berusaha yang terbaik dan selebihnya tawakkal segalanya kepada ALLAH. Agar nanti hati dan minda ini terdidik untuk sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.

Semakin menginjak usia, aku melalui fasa kehidupan yang membuatkan aku semakin matang dalam melihat sisi kehidupan ini. Alhamdulillah, aku semakin positive dalam mengharungi dunia ini. Kuncinya adalah meletakkan segala kebergantungan kepada ALLAH. Dulu, aku tidak sebegini, tidak sepositif saat ini. Tiap kali dilanda kesukaran dan permasalahan, pasti aku mengeluh dan terlalu stress memikirkan solusi bagi tiap permasalahan itu. Namun, sejak hati ini semakin dekat denganNya, aku lebih tenang dalam menghadapi apa jua dugaan yang mendatang. Kerana aku yakin aku tidak sendirian,. Ada DIA yang membantuku. Dan aku yakin DIA akan memberikan yang terbaik untukku. Yang ku perlu adalah usaha semampuku, selebihnya, serahkan saja kepadaNya. Kerana DIA akan menberi jalan keluar.

Aku tidak pernah melupakan teman yang mengajar aku agar sentiasa positif dan melihat kehidupan ini dalam konteks yang lebih optimis. Ya, sahabatku itu dulu banyak menasihati diri ini. Alhamdulillah Allah meminjamkan kepadaku seorang sahabat yang banyak meninggalkan kesan di hati ini, Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH.

 Benarlah kata kebanyakan orang, terapi yang paling mujarab adalah 'bercinta' denganNya. Letaklah segala pergantungan kepadaNya, mengadulah denganNya dan kongsilah rasa kesyukuran itu denganNya, ALLAH mendengar apa sahaja yang kita ungkapkan. Baik di mulut, mahupun yang tersimpan di dasar. Sesunggunya DIA Maha Mengetahui segala sesuatu.

Teruskan mencintai ALLAH, mengharap kecintaanNya, Yakinlah dengan ALLAH, nanti hati, minda dan diri kita akan merasai kemanisannya. Percayalah. Aku tahu bukan mudah untuk menerangkan semua ini agar orang lain faham, tetapi inilah 'bahasa hati' yang dirasai. Sukar untuk diterangkan, namun jika hati kalian mampu memahami, percayalah kalian juga mampu merasai keindahannya. Tetapkan di hati kita semua hidup ini kerana kita mencari REDHANya. Pasti hati yang asalnya suci murni akan tetap kembali kepada fitrah untuk pulang kepadaNya.

Saat hati sudah siap dengan hanya meletakkan DIA di puncak ter atas, yang sukar kita akan melihat ia sekadar ujian yang pastinya ada penyelesaian yang baik, dan yang manis, kita akan mengecapinya dengan penuh kesyukuran. Tidak kira nikmat atau musibah, kita harus melihatnya sebagai sesuatu yang positif. Usahakan yang terbaik, berdoalah kepada DIA yang empunya cinta dan kemudiannya tawakkal lah. In Shaa ALLAH, DIA akan permudahkan. Dan DIA akan selalu memberikan yang terbaik buat kita. Bersabarlah dengan tiap yang terjadi, sesungguhnya, DIA hanya memberi apa yang kita perlukan sahaja. Dan bukannya memberi semua kemahuan yang belum tentu yang terbaik buat kita.

Monday 17 December 2012

Little kids and their Aunt

Alhamdulillah for another day that i woke up today. Alhamdulillah... :)

________________________________________________________________


Hari ni special day for my mom. Alhamdulillah ALLAH masih pinjamkan kepada kami seorang IBU yang sangat terbaik di dunia. Love you so much Mak!! Hadiah untuk mak? Hehe adelah.. Special for my mak..

Ok, sekarang nak cerita yang mungkin dah agak lama macam tu. September yang lepas, i dapat dua orang anak buah baru. Alhamdulillah!! :) Sangat best. Nak tunggu mereka berdua tu lahir,sangat teruja. Excited sangat. :) Hehe macam i pulak yang preggy. Ok, this, the first one yang born on September, 3, 2012. 


Cute kan?? :) His name is Muhammad Fitri Fathuddin B. Khairul Farhan. Fuhh panjang betul nama. Tapi, to me, he is my ADAM HARRIS. Why? Since adik i nak sangat nama tu, and informed my sister, but finally, guna jugak nama MFF tu dalam my kid budak comel ni! Haihh.. geramnyer.. Paling i suka bila tidur sebelah dia. He is so behave. Sangat lah tak banyak meragam. Senang nak jaga pun ye jugak. Cuma manja je. Teringat masa first time jaga dia. Leka yang teramat sangat. Sampai tak nak berenggang dari dia. Haha how ironic! Nak tinggal kejap untuk masak n do the house chores pun macam taknak. Punyalah nak appreciate time dengan budak kecik ni. Ape pun Mak Ip dah rindukan Harris a.k.a Fath sangat2. Isyhh.. bile lah nak cuti sem nih?? Nak balik kampung and usik2 budak icik nih! ;) 

Another cute baby is goes to.... This little sweet Auni Humaira Bt Mohd Hairudin;


She's born on 17th September, 2012. Hehe this sweet n little baby ni kan sangatla comel. Muka bulat. Mix up muka dari Abah dia and bentuk muka dari Ibu dia. Masa first time dukung dia, eh eh.. macam ringan lah. Then panjang budak ni. so lovely. Rasa macam nak keep dia dalam pelukan. Tak nak letak! Hehehe lama tak jumpa ini budak kecik! Alhamdulillah now she's getting better. Aritu ada masalah kesihatan sikit dan nampaknya dah boleh lega semuanya dah selamat. Auni..! I suggestkan kat my brother ni nama Aisyah, tapi hehe tak menjadi pula. Lepas tu abang saya ni nak letak nama Aqila Humaira. Pastu saya cakap, humm bunyinya macam 'keras' je. So due to slow it down, i suggestkan AUNI pulak. SO funny lah, ada aje idea dari mak cik dia nih. Mak Ip dia ni memang pelik-pelik sikit. 

Lagipun masa kakak i pregnant dulukan (Ummi Fathuddin) dia kata kalau keluar anak perempuan dia nak namakan Auni Fathiyah. Tapi keluar dak kecik lelaki pulak. So, just ambik jelah nama tu kan. teringat masa my sister and my sister in law ni preggy, i yang semangat lebih tengok buku maksud nama-nama. Punyalah nak cari nama yang cantik-cantik kan. Tapi sudahnya lupa apa maksud dia. teruknya. Tapi saya sangat suka nama NAJAH, MAISARAH and NAWARRAH. Maksud dia?? seingatnya lah NAJAH = Kejayaan. The rest?? Humm kena buka balik buku tu jawapnyer.. :)

Apa pun Mak Ip doakan semoga anak-anak Mak Ip yang comel-comel ni jadi anak yang soleh/solehah, berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat Ameeenn :)

p/s: Opps, copyright of the pics are belongs to their IBU n UMMI :) Sorry akak-akakku! Curik gambo anak2 u olls.. :D


Loves,
Mak Ip 

Tuesday 11 December 2012

DECEMBER Ohh December..

Tak sangka. Sangat-sangat tak sangka yang kehidupan saya berubah *hampir 360 darjah + 100%* untuk tahun ni. Tahun lepas lain, dan tahun ni lain. Alhamdulillah, sebenarnya ALLAH bagi kehidupan yang lebih baik dan dalam masa yang sama semakin mencabar. Iya, dan kita kena matang dalam melihat kehidupan ini. :) Inilah kehidupan. Kita melalui setiap fasa yang berbeza. Usahakan yang terbaik, doa dan tawakkal and the end result? Let ALLAH decide. :)

DISEMBER. Bulan terakhir dalam kalender masihi. Bulan kelahiran saya. Dan tahun ni different sikit, since this is the last month in my current semester. Ohh belajar juga sangat mencabar. Dulu during my undergrad, tak pernah stay up sangat. But, of course dah masuk next stage macam postgrad ni have to lah kan. Semakin high level, so semakin banyak dan tinggi expectation lah. Sabar dan sabar cik Alip a.k.a cik Muza!

Currently I'm alone at this lovely small room. :) As usual my roommate going back. Yela orang dah bersuami tak sama macam orang bujang. Kan..kan.. At this hour (3.56am KUL time), I tengah working on my assignment. Setiap hari sejak December ni purata waktu tidur saya lebih kurang 3-4 jam. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat tidur jugak kan.. :)

By looking around and saw the empty bed on Ain's bed, I tetiba jadi sunyi and slowly rasa umm.. *entahlah susah nak cakap*. Well, actually I'm not alone. HE is always with me. Looking at me and listen to all my duas. Kan? Suddenly something cross in my mind. Teringat last few weeks I had a dream. And it was about me and Madam Ain. Dalam mimpi tu Ain tanya saya on my health condition. And i said, I'm not feeling well. And lately my health is so unpredictable. Sometimes it was so good, and some other time it worst..Terus je dia papah saya untuk duduk. But suddenly she's disappear. I wonder kan, humm memang lepas ni I kena berdikari. Hehe sebab akan selalu ditingglkan oleh Puan Ain (we all panggil dia Farah Lee. Sebab ada iras Farah Lee). 

This is Puan Ain and me during her wedding day. Credit to one of my bestfriends, Mirul for this picture. Me, in a tired look while the bride is so lovely and beautiful. :) Aihh macam saya plak yang busy dengan preparation of the wedding. ;)



Okay, sambung semula. Humm by right, takpelah. Allah ada and I'm not alone. :) ALLAH kan ade.. :) Tapi dalam mimpi tu ada sambungan dia tau. Once Ain disappear, datang seorang yang tak dikenali (lelaki ajnabi) lalu papah saya. And i refused. Yela bukan mahram, dosa. So i said politely thanks him and told him, tak apalah. i okay and no worries. He seems so worried on me, but i said its okay. i'm just fine. Then it ends there. Mungkin ada yang nk mendekati, tapi again i refuse. Why? maybe sebab i tak berkenan dengan cara dan approachnya. Entahlah. Yela suppose macam mana sekali pun lelaki-Perempuan yang bukan mahram kena jaga batas pergaulan kan. Humm punyalah nak menjaga, sampai dalam mimpi pun terbawa-bawa. :) Sometimes i felt funny too. Macam-macam lah saya ni. Macam tu pun boleh mimpi. 

Apa pun, hope today and on wards will be better for me. And i pun nak jadi someone better from time to time, In Shaa ALLAH. December, my birthday. I akan ade final presentation on my day. :) Celebration? Humm i think i dont need it. Just my wish, hope at one fine year, I can celebrate with my husband. Itulah impian saya yang belum kesampaian. Dulu berangan nak celebrate dengan someone, tapi ALLAH tak izinkan :). Takpe mungkin ada perancangan yang lebih baik nanti :).

December akan berakhir jugak. And while winter always froze i hope the springs will cheer me up again. That's life, there are ups and downs. :) Thank you ALLAH.


Loves and sincere,
Cik Alip a.k.a Cik Muza


Sunday 9 December 2012

TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

Saya merasa terpanggil untuk share sedikit ilmu yang saya perolehi. Terima kasih kepada Saudara Shamril Salleh (Sham Kamikaze) kerana sudi berkongsi ilmu ini di FB pagenya.
Semoga ini bermanfaat untuk kita semua.
Semoga ALLAH Redha.



Credit to :Google

TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.

B) Tatacara Solat Tahajjud Empat Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.


BEBERAPA SUNNAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD

Niat Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud Sebelum Tidur
Adalah disunatkan untuk tidur terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat Tahajjud. Oleh itu bagi mereka yang hendak melaksanakan solat Tahajjud, hendaklah dia berniat sebelum tidur bahawa dia akan melaksanakan solat tersebut. Sekiranya seseorang itu telah berniat namun dia gagal untuk terjaga dari tidurnya bagi mengerjakan solat Tahajjud, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tetap akan mengurniakan pahala solat Tahajjud tersebut. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَا مِنْ امْرِئٍ تَكُونُ لَهُ صَلاَةٌ بِلَيْلٍ فَغَلَبَهُ عَلَيْهَا نَوْمٌ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ صَلاَتِهِ

وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ.

Maksudnya:

Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya. (HR Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763)

Cara Untuk Menghilangkan Mengantuk.

Apabila terjaga dari tidur untuk melaksanakan solat Tahajjud hendaklah berusaha untuk menghilangkan perasaan mengantuk dari wajah dengan bersugi atau menggosok gigi dan setelah itu mengucapkan zikir La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli shayin qadir alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha illallah wallahu akbar wa la haulawala quwwata illa billahi. Allahummaghfirli. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ.

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.

ثُمَّ قَالَ: "اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي" أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ.

Maksudnya:

Barangsiapa terbangun pada malam hari lalu mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan untuk-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya. (HR Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1154)

Satu cara lagi untuk menghilangkan perasaan mengantuk adalah sebaik sahaja bangun dari tidur hendaklah kita mengusap wajah kita lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surah ‘Ali Imran.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata:

اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ

ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ الآيَاتِ الْخَوَاتِمَ مِنْ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ.

Maksudnya:

Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun tidur, lalu menghilangkan rasa mengantuk dengan cara mengusapkan tapak tangannya pada wajahnya. Baginda kemudiannya membaca sepuluh ayat terakhir surah ‘Ali Imran. (HR Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 763)

Sumber: http://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10151118389606612

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Assalamualaikum semua, dan salam sejahtera. Alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang kepada kita untuk terus hidup untuk saat ini. :)

Terasa macam dah lama sangat saya tak update blog ni. Maaflah. Hujung-hujung tahun dan hujung sem ni memang banyak perkara yang perlu di settelkan. And even, right now I'm still working on my course's assessments. Fuhh menimbun lagi assignment yang belum selesai. Humm pening kan. Isyhh tapi kan tak baik kalau mengeluh kan. Hehe.. Nak buat macam mana.. Itulah. Kelemahan saya. :) Nak kena ubah. Cakap memang senang, tapi bila nak apply, macam-macam dugaan. Tak pe SABAR dan ingat ALLAH banyak-banyak! 

Sambil-sambil ber'assignment' mulalah terasa ala-ala menginginkan hiburan. Hehe hiburan lah sangat yer. Apa lagi jari jemari nih cepat aje open a new tab, then select the Fb page n my twitter account :). Teruk kan? Tapi it is just like a 'short break' before continue on my assignments. Ok for those yang nak follow my twitter, you guys can follow me yer @muzasamean. :) Kalau nak lah. Kalau tak nak pun tak pe :)

Sebelum terlupa, saya nak share sesuatu kat korang semua. 

credit to: iPRODUKSI, yang saya download dr Pakar Diari Hati di FB.

Tentang 6 Pesanan dari Imam Al-Ghazali. Yang mungkin kita selalu lalui, dan ini juga sebagai peringatan. Huhu saya sendiri pun kena beringat. Ya ALLAH semoga kau selalu ingatkan aku dan semoga kau berkan kekuatan kepadaku untuk berusaha memperbaiki diriku sentiasa. Ammeenn.

Ok, saya tak nak ulas banyak, anda sendiri boleh baca dan hayati.

1. Yang paling dekat dengan kita itu adalah MATI.
2. Yang paling jauh dari kita itu adalah MASA LALU.
3. Yang paling besar itu adalah NAFSU.
4. Yang Paling berat itu adalah AMANAH.
5. Yang paling ringan itu adalah MENINGGALKAN SOLAT.
6. Yang paling tajam itu adalah LIDAH.

Semoga kita sama-sama menghayati dan beringat-ingat selain sentiasa memperbaiki diri kita. Semoga ALLAH Redha!




Friday 30 November 2012

Demi Masa

Assalamualaikum semua. Semoga kita berada dalam keadaan sihat dan dalam keadaan yang selamat. Semoga ALLAH selalu menjaga kita semua. Mudah-mudahan ALLAH mengampuni semua dosa Muslimin dan Muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dan semoga ALLAH memberi keselamatan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia dan terhindar dari penindasan. Ammeenn..

Ok, sempana hari terakhir dalam bulan November ini bersamaan dengan 16 Muharram 1434 Hijriah, saya nak berkongsi sedikit dengan anda semua. In Shaa Allah. Semoga ALLAH Redha.

_____________________________________________________________



Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al'Asr, 103:1-3)

Sesungguhnya, rugilah kita sebagai seorang manusia, seorang hambaNya, kalau kita tidak mengambil peluang yang ada untuk beriman dan beramal soleh. Dan ingatlah tugas dan tanggungjawab kita juga untuk saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar. Subhannallah. Indahnya kehidupan kita yang telah ALLAH rancangkan sejak dan sebelum penciptaan Nabi Adam A.S lagi.

Selalu kita terfikir, esok nak buat apa, malam nanti atau esok pagi. Kita mengharapkan semuanya akan berjalan lancar. Lepas tu kita plan pulak untuk bulan depan, tahun depan, 5 tahun akan datang dan 10 tahun akan datang. Fikir lepas grad nak keje kat mana, nak kumpul harta, nak kereta besar, rumah besar dan kehidupan yang senang dan kalau boleh nak kehidupan yang mewah.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dah ada matlamat. ^_^ syukur. Tak ada lah nanti orang kata kita ni hidup untuk apa kan? TAPI, pernah tak kita semua fikir apa matlamat sebenar untuk hidup kat dunia ni??

Ada orang kata, untuk hiduplah. "come on lah. Chill. Hidup cuma sekali babe. So enjoy!" Ada pula yang kata, "Hidup ni bekalan untuk mati, jadi kenalah kejar yang akhirat". Ya ada betulnya dalam dua-dua jawapan tu. Ringkasnya Hidup di dunia ini cuma sekali. Jadi manfaatkan ia untuk perkara yang berfaedah dan yang boleh membawa kebaikan kepada kita. Dan jangan lupa hidup ini juga adalah persiapan kita untuk akhirat. Maksudnya lebih kurang begini, manfaatkan hidup di dunia, dan seimbangkannya untuk Akhirat juga. Kerana Hidup di Akhirat adalah hidup yang Abadi. Betul tak?

Jadi kita semua seharusnya seimbangkan pencarian kita di dunia ini adalah juga sebagai bekalan untuk kita di Akhirat nanti. Betul, Hidup cuma sekali. Hidup yang sekali nilah yang kita kena manfaatkan sebaiknya. Sebab bila kita mati nanti, kita dah tak berpeluang untuk kumpul 'markah' untuk Akhirat nanti. Saya akui, saya bukan dalam kategori orang yang baik. Tapi saya juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri saya. Saya tak nak tergolong dalam golongan yang akan tinggal di Neraka, kerana itu saya berusaha untuk cuba masuk ke Syurga. Saya tahu saya mungkin tak layak. Tapi saya nak jugak. Saya kena berusaha!

Kita semua kena berusaha. Berusaha untuk memperbaiki diri dari sekarang. Setiap dari kita pernah mempunyai sejarah silam. Mungkin dulu kita jahil, mungkin juga sebab ikutkan nafsu. Tapi cerita semalam dah berakhir. Apa yang ada adalah cerita hari ini. Bagaimana kita menghadapai dan melalui hari ini. Itu yang penting. Kalau kita dah sedar, ALHAMDULILLAH. Kita masih punya masa. Jangan berlengah! Mulakan sekarang! Apa yang penting, tolonglah. Tolong bertaubat sebelum kita semua terlambat. 

Anda semua tahu kan, hidup dan mati kita semuanya ALLAH yang tentukan. Kita tak tahu sampai bila kita akan hidup. Mungkin saja hanya untuk hari ini. Esok? Masihkah ada untuk kita esok? Jawapannya:TAK TAHU. Kan? Betul tak??

Kerana itulah, Demi masa, kita kena manfaatkannya sebaik mungkin. Jom! Kita balance kan dunia dan akhirat. Berusaha memperbaiki diri kita. Buat kerja, dan cari rezeki yang halal seolah-olah kita akan hidup lagi 100 tahun. Dan beramal ibadahlah seolah-olah ini adalah ibadah kita yang terakhir. 

Kalau sebelum ni solat kita tak cukup, kita tanamkan azam untuk mulakan solat cukup 5 waktu. Dan kita buat sungguh-sungguh. Kalu kita belum tutup aurat dengan sempurna, tutuplah. Carilah orang atau bertanya pada ustazah-ustazah atau mungkin pada kawan-kawan kita. Cara yang sebenarnya untuk menutup aurat. Kena ingat golongan wanita ini special. Jadi ALLAH sentiasa nak kita jadi special. Jadi tutuplah aurat dengan sempurna. Pakai tudung jangan sampai nampak anak rambut, pakai sampai tutup dada. Labuhkan sampai bawah dada, pakai yang longgar-longgar. Bukan pakai baju adik kita yang darjah satu. Kemudian kena tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Pakai sarung kaki. Nak pakai jeans pakailah. Asalkan bukan yang ketat. Pakai baju yang labuh, dari jenis kain yang rapat (tak jarang). Cubalah. Cuba dari sekarang. Bimbang nanti sedar-sedar kita memang dah berpakaian putih tu yang betul-betul cover satu badan, siap perfume yang wangi lagi. Time tu memang dah tak sempat dah nak menangis ke apa ke untuk hidup semula.

Sebenarnya tak susah pun semua tu. Cuma kita sellau terperangkap dengan nafsu dan suka tengok orang lain. Dengar sangat cakap kawan-kawan yang tak endahkan untuk buat perkara yang baik. Jangan risau. Kita masih punya masa! Cepat. Sebelum terlambat. So selalulah dekatkan diri kita dengan ALLAH. Kalau nak ALLAH selalu dekat dengan kita, kita yang kena dekat dengan dia. Kena buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH tak suka.

Inilah kehidupan yang sebenar, buat perkara yang betul. Buat apa yang ALLAH perintahkan dan tinggalkan apa yang ALLAH larang. Jom sama-sama muhasabah diri. Di mana letaknya diri kita saat ini? Masih berdolak-dalik lagi dengan suruhanNYa atau kita memang langsung tak takutkan ALLAH??? Mati takkan terlambat walaupun sesaat kawan-kawan! Mati tak kan pernah terlewat seminit pun. Tak bimbangkah kita?? Tak takutkan kita? Cukup sangatkah amalan kita??? Hebatkah kita seolah-olah tahu yang kita ni confirm masuk ke SYURGA???

Satu perkara lagi yang saya nak sentuh. Tentang hubungan kita sesama manusia. Jagalah sebaiknya. Berkasih sayanglah sesama manusia. Maksudnya berbuat baiklah sesama kita. Jangan zalimi orang lain. Bersedialah untuk membantu orang lain, bersedialah untuk memaafkan orang lain dan selalulah meminta maaf kepada orang lain. Boleh bayangkan tak kalau kita buat yang tak baik kat orang tu, lepas tu orang tu meninggal sebelum sempat kita minta maaf. Ya ALLAH, dapat bayangkan tak? Mudah-mudahan kita terhindar dari perlakuan tersebut. Jadi, jom saling maaf dan memaafkan antara kita.

Kita kena ingat, hidup ni juga kena saling ingat-mengingatkan. Saya ingatkan anda semua, anda pun kena ingatkan saya. Kita semua ada tanggungjawab sebagai Khalifah di bumiNya ini. Kena saling mengingatkan, means kita kena berdakwah. Tak semestinya berdakwah tu kena pakai jubah, berserban. Tak. Pakai baju kurung dan bertudung (bagi perempuan) dan pakai seluar dengan t-shirt (bagi lelaki) pun dah cukup. Asalkan tutup aurat dengan sempurna.

Belajarlah untuk sempurnakan diri kita. Walaupun kita tahu tak ada manusia yang sempurna macam Rasullullah SAW. Tapi sekurang-kurangnya kita kena penuhi garis panduan yang dah ALLAH tetapkan. Pembaca yang dirahmati ALLAH sekelian, kita nak tunggu apa lagi? Apa lagi? Tanya pada hati kita, besok masih adakah masa untuk kita hidup??? Jadilah manusia bijak yang berusaha meraih janji ALLAH. Bukan jadi manusia yang terus-terusan menzalimi diri sendiri. Please, kita berasal dari Syurga, tak kan kita nak biarkan diri kita masuk ke neraka nanti?? kesianlah kat diri kita. Kita deserve untuk Jannah! Jom berubah mulai sekarang. :)

Wednesday 28 November 2012

HIDUP TAPI MATI



Aku masih di sini
Kaku di bangku sepi
Berdepan lautan yang sunyi
Menanti pelangi muncul lagi

Dalam diam aku melakar mimpi
Menulis sebuah puisi
Melukis samar sebuah pelangi
Ke mana perginya illusi?
Hilang di telan mentari atau realiti?

Aku masih begini
Menanti diteduhan teratak usang yang sempit
Mahukan aku hingga menjadi sarang?
Lantas semut hijau memandang sinis kepadaku
Lalu labah-labah lutsinar mentertawakanku
Ku lihat unggas jingga tersenyum kepadaku

Sudahlah, pulang atau kau bakal mati kereputan di teratak itu.

Aku terdiam
Terlalu berlamakah aku di teratak ini?
Ku tanya pada ulat beluncas segitiga yang melaluiku
Sudah berapa lama aku di sini?

Engkau di situ semenjak aku belum menjadi aku.

Aku memejam mata
Mencari jawapan
Mata ku buka
Ku lihat ke hadapan
Mendongak ke langit lalu terpandangkan awan

Awan tersenyum lembut
Burung berlagu riang
Semuanya indah, cerah dan terang
Nyata, semuanya sekejapan saja
Semuanya punah diganti masa

Biru langit menjadi kelabu
Mentari terang kian malap
Angin semilir menjadi ribut kelabut
Lalu sang hujan menujah turun bersulam garisan petir
Guruh bergendang sedarkan aku

Sekejapan saja semut hijau, 
Labah-labah lutsinar 
Dan ulat beluncas segitiga hilang dari pandangan
Menyorok sembunyi diri

Rupa-rupanya sang rama mendekatkan diri
Ku pandang ia
Namun ia diam tanpa kata
Berlamalah kami begitu

Lalu hujan mempamit diri
Basahan hujan berbau suci
Dan ini membuat aku terfikir lagi
Bauan segar, namun aku masih jua mahu sendiri

Perlahan dan mentari muncul kembali
Menyelak santun tabir mendung suram
Membias suci warni si pelangi

Terpana aku mengagumi
Inilah dia Indah ciptaan Illahi
Sang rama berbatuk kecil
Lalu bersuara
Sesungguhnya engkaulah manusia yang sedang dalam rugi
Mengapa? Aku mula bertanya

Kau lupa akan tugasmu.
Kau lupa akan amanah untukmu.
Engkau lupa bahwa engkaulah pilihan TuhanMu dan TuhanKu di bumiNya,
Dan engkau leka bahwa engkaulah yang bisa bergerak melaluinya

Aku bingung!
Lalu Rama berkata lagi
Kau manusia bodoh!
Menghabisi dan menangisi usiamu demi sia-sia
Menjaring samar warna pelangi
Menunggu mentari jadi biru
Menanti gunung menjadi tasik ungu

Apa salahku?

Kau keliru.
Temui jalan buntu.
Namun kau tetap kematu.
Wajarnya kau berubah
Beralih arah
Menerusi hidup yang kian padam
Tapi kau lagi sedih lagi sepi dan lagi sendiri

Kau harus terbang tinggi
Meninggalkan teratak ini
Ayuh bangun! 
Lewati denai ini

Andai kau yakin akan takdir Illahi,
Kau bakal temui apa yang kau cari 
Andai saja kau tidak lagi tunggu di sini

Pergi! Dan biar takdir mendepani
Pergi! Dan biar sepimu berlagu sepi
Pergi! Dan tak usah kembali
Dan Pergi! sebelum aku mati.

Kau masih punya masa,
Kau masih punya waktu,
Dan kau masih punya hidup!

Jangan di sini lagi!
kerana kau akan mati sekali lagi.



MuzaMutiaraPuteh
28/11/2012
01:25am