It's me

It's me

Friday 20 September 2013

My Wishlist

Salam semua....

Terasa macam, dah lama tak menaip di blog. Dah lama tak berkongsi cerita. Hari ni saya tak nak menulis sesuatu ynag nampak formal. Tapi emm memang jarang sangat saya menulis sesuatu yang formal/serious/sarat dan berat dengan banyak perkara. Kan?? Ok, hari ni saya lebih berminat untuk menulis sesuatu yang biasa-biasa saja.

Ok, ceritanya begini. Dalam waktu macam (awal pagi) ni, fikiran saya tak henti berfikir. Fikir untuk mencapai semua yang saya impikan,. Dan ye. Saya tahu semuanya pun akan saya capai dan perolehi dengan izin dari Allah. Mudah-mudahan..  Wah.. bunyinya macam banyak sangat dan hebat sangat je kan. Tak adalah apa sangat yang saya hajatkan. Saya rasa ada sebahagiannya yang biasa dan semua orang mengimpikannya. Ermm yang selebihnya mungkin berbeza kemahuan dan keperluan bagi setiap individu kan.. Yela mungkin aim saya tak seperti orang lain. Dan mungkin juga orang lain tak seperti saya..

Ok, kiranya hari ni saya nak sangat buat wishlist... Nak senaraikan semua yang yang mahu dan impikan atau mungkin yang saya perlukan sangat-sangat.. Ok jom go through one by one!


1. Sihat dan pulih dari asthma (In Shaa Allah)
2. Nak start buat wall climbing, Paragliding n etc dan outdoor activity. Rindu nak hiking!
3. Nak start the business. (Biz ape?? hehe tunggu. Masih dalam perancangan.)
4. Nak jadi novel writer.
5. Nak habiskan study. Mungkin this semester saya akan extend untuk satu sem. Atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat nak dielakkan.In Shaa Allah akan sambung next sem.
6. Nak berkerja sebagai warga pendidik anak bangsa dan agama.
7. Nak mencari calon suami yang willing untuk terima saya sebagai isterinya berdasarkan few terms and conditions. (Amboi... ingat apa.. Tade apa pun, yang paling penting dia bersedia untuk mengizinkan saya untuk further PhD. Yela kadang-kadang suami ni before kahwin semua ok. Nanti bila dah kahwin mulalah cakap tak kasi and etc.)
8. Nak kahwin (Bila sebut tang kahwin, Sarah merajuk bila saya kata nanti Mak Ip kena duduk dengan uncle.. Dia merajuk dan katanya nanti dah tak duduk dengan dia & nanti saya dah tak syg dia. Hehe apalah Sarah nih. Comel je merajuk!)

9. Nak plan hidup dengan incik suami (soal anak, nak sambung study dan lain-lain)
10. Nak beli rumah
11. Nak ke Mekah dengan incik suami
12. Dan plan lain-lain yang akan menyusul kemudian..

So far, setakat itu sahaja yang berada dalam wishlist saya. Lain-lain mungkin bakal menyusul :)

Ok, tak nak tulis panjang sangat. Sebab nanti ada pula yang kurang senang... Jadi saya mohon maaflah ye.. :) 

To all beloved readers, thanks for your time reading my thougths here. Hehe.. thousand appreciation for your time and energy due to spend time reading my notes. As usual, take the good one and left the bad behind.

Oh, before i'm leaving, here a very beautiful scenery at Selat Melaka during sunset. This picture was taken when i was there last weekend. This is so lovely!! This is what i called #LoveIsCinta!! (Korang tak faham? Hehe buat-buat faham jelah ye ;)) Subhanallah..



Good night people! :)
Till then.. 
Love!




Thursday 5 September 2013

KAWEN??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ok, entry kali ni, adalah entry yang langsung saya tak plan. Tak plan? Kenapa ye? ERmm jawapannya sebab tiba-tiba je nak tulis. Sebabnya tiba-tiba teringat dengan perbualan dengan mak saya semalam. Pasal kawen!

Sepupu saya, yang sebaya dengan saya, yang juga kawan dari kecil sampailah sekarang ni, nak kahwin! :) Tahniah diucapkan kepadanya. Well, apa lagi. Saya jadi mangsa soalan cepumas. Ohh... (tangan di dahi)

Seperti biasa, topik yang asalanya berkaitan dengan sepupu saya tu, tiba-tiba termasuk pulak slot saya. Mak cakap usia macam ni sepatutnya dah bertunang ke. Ape ke kan..

Mulanya saya terbuka cerita, kalau boleh dan kalau ada rezeki sebelum kahwin nak buat umrah dulu. Then, saya rasa mak saya dah tersalah faham. Mungkin dia ingat selagi saya tak buat umrah, saya tak nak kahwin. Ehh.. Taklah mak. Saya kalau boleh kalau ada rezeki buat umrah dulu sebelum kahwin, saya nak pergi juga. And let say, saya punya jodoh sampai, kahwin lah.. Then nanti boleh je pergi umrah dengan incik suami.

Tapi saya faham, mungkin mak bimbangkan saya. Tak apa. Dalam hati, saya cakap. Macam mana nak terangkan kat mak saya ni kan. Tapi saya diamkan aje. Hummm.. bila dah reda, saya minta diri nak masuk ke dalam rumah. (well, that conversation is actually we had at the outside of our house. Which is kat kerusi batu kat beranda rumah.) 

Saya bukan tak nak cakap pasal kahwin ni semua. tapi, saya percaya, Allah dah tetapkan semuanya untuk saya. Jadi, kenapa nak dirisaukan? Betul tak? Ada ke tak ada ke tu semua dah Allah tentukan. Saya paling risaukan untuk perkara lain. Contohnya, kalau-kalau saya mati awal. Cukup ke amalan saya? Hutang2 lapuk tu, kena diselesaikan sebelum saya mati. Ohh... (seramnya)

Tapi, orang tak faham apa yang saya simpan dalam hati ni. Saya diamkan. Hummm nanti, bila dah habis belajar, lagilah orang tanya. Umur dah dekat nak 30 puluh, takkan tak kahwin lagi kot? Humm saya tengok ada je kawan-kawan saya yang umurnya lebih 30, dan masih single. 

Saya tengok, diaorang sangat positif dengan situasi yang dihadapi (dikatakan andartu!). Diaorang selalu tenang dan sentiasa tersenyum manis bila isu macam ni dipersoalkan. Well, dalam hati sedikit sebanyak ada juga rasa kecil hati. Tapi nak buat macam mana diam jelah..

Kebiasaannya bagi yang dah sesuai sangat usianya untuk berkawhin ni, lebih rileks dan positif dengan apa yang sedang dihadapi. Ada tu, lebih kepada nak kejar career, nak capai achievements yang dihajati dan yang sewaktu dengannya.

Saya?? Ok macam mana dengan saya pulak yer???
Ermm.. saya masih stick dengan jawapan yang sama. Allah dah tentukan, so worry not. Of course He already arrange the best for me. Suit with me and someone i deserve to be with. Tu jelah yang saya fikir. Kalau nak suruh saya cari.. ERmmm.. Entah. Biarlah. Saya tak nak cari benda yang memang Allah dah aturkan untuk saya. Saya pasti dna yakin, kalau memang jodoh saya, tak ke mana. Entah-entah ada dekat je dengan saya. Cuma mungkin masanya belum tiba. Heee.. well, just wait and see..

Apa yang saya titik beratkan ialah, pelajaran saya (buat masa ni), mak saya, kerjaya selepas habis study ni nanti, yang paling penting, Hidayah dariNya. Saya tak nak terputus Hidayah dari Allah.. Nak Allah sentiasa ingatkan saya. Dan sayangkan saya. itu yang saya mahukan.

Next, bab diaorang nak aturkan/ kenenkan seseorang dengan saya, bukan tak ada. Tapi sellaunya tak jadi. Entah, sebenarnya saya sendiri tak ada hati untuk itu. Selalu saya kata, biarlah. Biarkan Allah aturkan semuanya untuk saya.

Saya percaya, masanya akan tiba juga. Well, saya masih ingat, saya pernah bermimpi. Saya berjalan sendirian. Melepasi seorang lelaki dan teruskan berjalan. DI hujung jalan sana, ada seseorang menunggu saya. Tersenyum memandang saya. Tapi wajahnya tak jelas. Jadi, saya rasa, mungkin juga saya perlu menempuhi sedikit waktu sebelum menemuinya. Allah mahu supaya saya bersabar dan terus memperbaiki diri dan amalan saya. Moga saya mampu istiqamah dan bersabar selalu.

Oh, sebelum berpisah,
saya nak kongsikan sesuatu. Saya impikan majlis perkahwinan yang sederhana, ringkas namun meriah (jgn risau pasti meriah since saya dari keluarga besar = 12 org adik beradik!) Dan saya mahukan tema perkahwinan selembut warna. Hehe tak perlu ada sutera pun tak pe. Asalkan dari rona-rona pastel! Paling tak pun bukan warna yang garang macam merah terang atau oren menjerit..
Ok kalau boleh nak pelamin ringkas mcm ni;



Ok, lewat sudah.... Mahu lelapkan mata sekejap, sebelum masuknya waktu subuh.