It's me

It's me

Friday 20 September 2013

My Wishlist

Salam semua....

Terasa macam, dah lama tak menaip di blog. Dah lama tak berkongsi cerita. Hari ni saya tak nak menulis sesuatu ynag nampak formal. Tapi emm memang jarang sangat saya menulis sesuatu yang formal/serious/sarat dan berat dengan banyak perkara. Kan?? Ok, hari ni saya lebih berminat untuk menulis sesuatu yang biasa-biasa saja.

Ok, ceritanya begini. Dalam waktu macam (awal pagi) ni, fikiran saya tak henti berfikir. Fikir untuk mencapai semua yang saya impikan,. Dan ye. Saya tahu semuanya pun akan saya capai dan perolehi dengan izin dari Allah. Mudah-mudahan..  Wah.. bunyinya macam banyak sangat dan hebat sangat je kan. Tak adalah apa sangat yang saya hajatkan. Saya rasa ada sebahagiannya yang biasa dan semua orang mengimpikannya. Ermm yang selebihnya mungkin berbeza kemahuan dan keperluan bagi setiap individu kan.. Yela mungkin aim saya tak seperti orang lain. Dan mungkin juga orang lain tak seperti saya..

Ok, kiranya hari ni saya nak sangat buat wishlist... Nak senaraikan semua yang yang mahu dan impikan atau mungkin yang saya perlukan sangat-sangat.. Ok jom go through one by one!


1. Sihat dan pulih dari asthma (In Shaa Allah)
2. Nak start buat wall climbing, Paragliding n etc dan outdoor activity. Rindu nak hiking!
3. Nak start the business. (Biz ape?? hehe tunggu. Masih dalam perancangan.)
4. Nak jadi novel writer.
5. Nak habiskan study. Mungkin this semester saya akan extend untuk satu sem. Atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat nak dielakkan.In Shaa Allah akan sambung next sem.
6. Nak berkerja sebagai warga pendidik anak bangsa dan agama.
7. Nak mencari calon suami yang willing untuk terima saya sebagai isterinya berdasarkan few terms and conditions. (Amboi... ingat apa.. Tade apa pun, yang paling penting dia bersedia untuk mengizinkan saya untuk further PhD. Yela kadang-kadang suami ni before kahwin semua ok. Nanti bila dah kahwin mulalah cakap tak kasi and etc.)
8. Nak kahwin (Bila sebut tang kahwin, Sarah merajuk bila saya kata nanti Mak Ip kena duduk dengan uncle.. Dia merajuk dan katanya nanti dah tak duduk dengan dia & nanti saya dah tak syg dia. Hehe apalah Sarah nih. Comel je merajuk!)

9. Nak plan hidup dengan incik suami (soal anak, nak sambung study dan lain-lain)
10. Nak beli rumah
11. Nak ke Mekah dengan incik suami
12. Dan plan lain-lain yang akan menyusul kemudian..

So far, setakat itu sahaja yang berada dalam wishlist saya. Lain-lain mungkin bakal menyusul :)

Ok, tak nak tulis panjang sangat. Sebab nanti ada pula yang kurang senang... Jadi saya mohon maaflah ye.. :) 

To all beloved readers, thanks for your time reading my thougths here. Hehe.. thousand appreciation for your time and energy due to spend time reading my notes. As usual, take the good one and left the bad behind.

Oh, before i'm leaving, here a very beautiful scenery at Selat Melaka during sunset. This picture was taken when i was there last weekend. This is so lovely!! This is what i called #LoveIsCinta!! (Korang tak faham? Hehe buat-buat faham jelah ye ;)) Subhanallah..



Good night people! :)
Till then.. 
Love!




No comments:

Post a Comment