Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. :) Syukur.. Masih ada peluang bagi menebus segala dosa yang ada. Dan masih mempunyai masa untuk bertaubat. Syukur Alhamdulillah juga kerana kita masih berkesempatan untuk meraih sebanyak-banyak 'markah' untuk dijadikan sebagai bekalan semasa di Akhirat nanti.
Alhamdulillah, walaupun kesihatan kurang memberangsangkan, tetapi saya masih berupaya untuk melakukan tugas dan rutin harian. Kebelakangan ini, malah sejak dari kecil memang masalah kurang sihat sudah menjadi kebiasaan. Mengapa? Saya sendiri tiada jawapannya. Bila berjumpa doktor, semuanya okay. Tapi entahlah, memang dari kecil lagi saya memang mudah jatuh sakit. Alhamdulillah, walaupun selalu kurang sihat, tidak lah sampai saya mempunyai penyakit yang kronik. Cuma, ada sedikit limitation. Saya menjadi cepat letih dan sukar membuat aktiviti outdoor. Jiwa dan minat kepada aktiviti-aktiviti lasak selalu membuatkan saya memaksa diri sendiri untuk bertahan dan meneruskan aktiviti.
Kadang-kadang bila tak sihat pun saya tetap akan memaksa diri sendiri untuk buat semua kerja atau bergerak. Tak mahu saya memanjakan diri sendiri. :) Saya kena kuat. Kena buat sendiri dan kena belajar berdikari. Walaupun ada masanya saya perlu berjalan jauh dan turun naik bukit, tapi saya kena buat dan kuat juga. Tak pe. Sebab saya percaya, ALLAH sentiasa ada untuk menjaga saya. Dan ALLAH sentiasa ada untuk memberi perlindungan kepada saya. :)
Kalau tanya ahli keluarga saya dan teman-teman rapat dari sekolah rendah dulu kan, mesti diaorang semua akan cakap saya ni selalau sakit dan mudah sangat nak sakit. Dulu masa sekolah kerap demam dan selsema. Selalu kalau sakit sikit-sikit saya datang je sekolah. Masa sekolah rendah dulu kerap lah tak datang sekolah. Tapi bila dah sekolah menengah, paksa juga pergi sekolah. Kadang-kadang kalau tak sihat pun saya tak cakap dengan mak atau arwah ayah. Senyap je. Kalau tak nanti mak dengan ayah bimbang.
In fact sampai sekarang ni pun kalau sakit sikit-sikit saya tak cakap dengan siapa-siapa pun. Kalau teruk sangat je baru saya cakap. Kalau tak biasanya saya tahan je. :) Dari dulu lagi saya ni memang berteman baik dengan ubat-ubatan dan supplement. Tapi lately saya tak nak bergantung sangat. Kalau dah terdesak sangat baru saya ambil. Kalau pening sikit-sikit tu memang tak makan ubat. Hehe Degil kan saya?
Tapi lately kesihatan saya semakin tak menentu. Lagi cepat letih dan cepat sangat nak pitam. Nak kata tak makan, saya makan. Cuma mungkin makan tak ikut masa. Kadang-kadang lewat lunch dan lewat dinner. Kadang-kadang bila tak sempat makan, saya makan je buah. Okay lah tu kan daripada langsung tak makan. Hmm kadang-kadang pernah rasa sampai tak larat sangat nak bangun. Hehe.. ni nampak gaya ni kalau pitam lagi memang kena terus hantar pergi hospital ni.
Pernah juga dulu saya cakap kat kakak saya, siapa yang nak kawhin dengan saya memang kena get ready dengan limitation saya. Kerap sangat jatuh sakit. Kalau sanggup nak kahwin dengan saya dan terima saya, kenalah bersiap sedia untk menjaga saya ni. Hehe..
Pernah juga terfikir, kenapa dengan diri saya. Kadang-kadang sampai saya terfikir, ada penyakit kronik ke saya ni? Hehe.. kalau ada mungkin keadaan lebih parah kot. Selalu bertanggunh kalau nak ke hospital untuk buat blood test. Yela nak kena tengok juga. Sebab arwah nenek dulu ada kanser thyroid. Itu yang lagi membimbangkan.
Humm walau apa pun, saya kena buat check up juga. Kena buat blood test. Tapi sebelum saya mengakhiri entry ini, saya dengan ini ingin memohon maaf andai saja tulisan saya ini mengguris hati mana-mana pihak. Kepada mereka yang mengenali diri ini, lagilah saya nak minta maaf andai terkasar bahasa, terlebih gurau dan bermacam lagi. Dan saya minta halalkan yang termakan terminum dan ilmu-ilmu yang telah diberikan. Maafkan saya.
Akhir kata, semoga ALLAH sentiasa memberikan perlindungan kepada kita semua. Ameen
Nor Muzalifah Binti Samean
@muzasamean (follow at twitter)
12:45 PM
24/09/2012