It's me

It's me

Tuesday 12 November 2013

Salam Hijrah 1435

Hi,

Assalamualaikum semua...

Selamat datang tahun baru 1435Hijriah.

Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih baik dari sebelum-sebelum ni.

Jadi, apa harapan dan azam tahun baru kita??

Saya dah set kan awal-awal. Alhamdulillah ada yang dah tercapai dan ada yang masih dalam proses nak mendapatkannya. :) 

In Shaa Allah tahun baru ni aim saya untuk grad my master! Ameennn Allahumma Ameenn.. :) The graduation In Shaa Allah will be held around Oct 2014. :) T nak wat photoshoot earlier.. Nak snap kat Fac saya and some other places too. Oh Allah, may my graduation day will be over the weekend. Ameenn. So, i'll have so much time to spend with my beloved familia and friends! Especially to seize the momento! Well it will be my big day! Wah.. Nak casablanca boleh tak ;) Tak pun dapat bunga daisy pun okay! Hehe.. kalau tak sunflower pun okay. Since it will appreciate me macam i'm shine up n bright up those i loves so much! (ceh perasan bagus!)

ok ni gambar Fac sy dari tepi.. :)

Fav meja at library! Laptop berjasa dari zaman kat UiTM dulu. Dah 5 tahun rasanya, ke da lebih??

Tempat saya bersantai sambil cari Journal terkini yang dah printed.

ok, and whenever i'm stuck my writing and feel bored i go eyeing here. Looking outside sambil berangan! ;)

Tempat-tempat ni nanti yang bakal saya rindui. Sebab kat sini banyak yang saya pelajari. Belajar bangkit dari terjatuh. Belajar membina keyakinan diri. Belajar untuk jadi lebih kuat dan belajar untuk melepaskan yang bukan hak saya. Belajar meninggalkan yang hitam dan belajar untuk mencorakkan warna indah untuk diri sendiri. Belajar tabah, ikhlaskan hati, sabar dan Redha dengan menerima takdir yang tertulis buat saya. Dan bermula dari sini jugalah saya belajar untuk buat blog ni. Mungkin, blog ni kurang menarik atau tak ramai follower, tapi yang saya mahu ada cebisan tulisan saya ni dapat saya kongsikan dan beri manfaat kepada orang lain. itu pun dah lebih dari cukup sebenarnya. Terima kasih pada yang sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa. Terima kasih. Semoga Allah sentiasa merahmati setiap yang kita jalani. Ameennn! Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kamu sekelian) :)

Okay-okay, cerita lain pulak. Since, it's a long way more to go to completed my master!! Good Luck Nor Muzalifah :) (berangan sket jer! As encouragement! Hehe)

Diam diam dah 2 tahun penghijrahan saya. Terkadang susah.. terkadang mudah. Entahlah. Maybe connection with Allah ada something wrong somewhere. Oh.. My Bad. Ya Allah ampuni aku. :'(

I wish i could being surrounded by friends just like Raudha, Kak Rosma, Kak Effie. Kak Adah, Kak Nor, Kak A'an and all those RA yang pernah saya kenal. Bukan bermakna kawan-kawan yang ada sekarang ni tak baik. Tapi mungkin sebab kami ni bagaikan adik beradik yang sering menasihati. Dan itulah group usrah saya. Ramai antara mereka dah keluar dari UKM. meneruskan kerjaya masing-masing. Dah jadi pensyarah dan lain-lain. Saya rindu mereka. Missed them badly. Hanya Allah yang tahu. Ada juga jumpa mereka. Tapi sekejap-sekejap aje. 

Semoga kau permudahkan laluan mereka dan setiap perjalanan hidup yang bakal mereka tempuhi. Rahmati mereka Ya Allah. Semoga kami bertemu di Jannah nanti. Ukhwah fillah!

Dan lagi.. Saya rindu untuk hidup berdikari. Umm hidup berdikari dengan kawan-kawan. Tapi... ramai antara mereka sudah ada kehidupan masing-masing. Semoga lepas ni Allah temukan lagi dengan mereka yang baik-baik, yang akan selalu ajak saya supaya sentiasa upgrade dunia dalaman saya dan upgrade hubungan saya dengan Allah SWT. Dan semoga Allah permudahkan urusan saya untuk bertemu jodoh. Ameennn...

Tak lupa juga pada kawan-kawan yang bakal bertukar status tak lama lagi.. Selama menuju alam baru, semoga Allah sentiasa melimpahkan barokah dan kebaikan kepada kalian. Dan semoga Allah sentiasa tautkan hati-hati kalian. And yes saya doakan juga one of my bff semoga cepat kawen. Semoga cepat kawen ye Mirul and wani.. Semoga dipermudahkan dan disegerakan urusan perkahwinan mereka :) tuan empunya badan yang tengah menaip ni? Humm entahla.. Terasa macam jauh lagi je.. Sebab saya perlu 'berjalan' jauh lagi untuk reach 'the one' tuh. Entahlah semoga Allah permudahkan semuanya dan percepatkannya. :)



Sampai nanti
Saat bunga mekar mewangi
Bila Matahari muncul lagi
Moga aku terus berlari
Lari meninggalkan yang dosa dan
Tetap aku tekun bertaubat
Agarku bisa menikmati indahnya Firdausi.


Sampai di sini sahaja. Harap celoteh dan bebelan kosong ni tak membosankan anda yang membacanya.

Till then,
Salam sayang.