Assalamalaikum semua :)
Rajin pulak nak update blog hari nie. Ada satu kisah menarik yang saya nak kongsikan kat readers.
Ceritanya mengenai cabaran dalam menuju perubahan atau penghijrahan ke arah yang lebih baik. Kebiasaannya kalau kita nak berubah ni kan, memang banyak cabarannya. Terutamanya perubahan atau penghijran ke arah yang lebih baik. Yang selalu sangat jadi cabaran adalah persepsi orang di sekeliling kita.
Baru-baru ni sorang kawan saya berkongsi sedikit pengalamannya kepada saya. Menurut cerita dia, dia berdepan dengan pandangan negative dari temannya sendiri. Kawan saya ni bercerita dia mahu berubah ke arah kebaikan, tapi dia seolah-olah diperlekehkan. Bila dia kata mahu menjadi lebih baik dan mengikut tuntutan agama dan mengikut sunnah, dikat pula nak berceramah. Ermm agak berat juga yer. Kenapa sampai begitu? Mudah-mudahan kita semua terbuka hati untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa.
Humm tak dinafikan pengalaman saya sendiri pun ada jugak. Biasalah bila kita mula nak buat sesuatu yang baru (perubahan yang positif) macam-macam yang kita akan lalui. Ada yang memberi galakan dan ada jugak yang seolah-olah memandang serong macam memperlekehkan usaha kita. Dan ada juga yang kata 'ala tengok jelah. sure sekerat jalan je tu'. Humm dan macam-macam lagi lah. Dan sememangnya normal kalau kita dapat feedback yang positive dan yang negative.
Kebiasaannya memang macam tu. mungkin orang dah biasa tengok penampilan kita yang ala-ala modern dan stylish so bila kite changed diaorang mcam tengok kita nie weird. macam semacam. Tapi tak pe anggap saja itu sebagai ujian dariNya. Untuk melihat kesungguhan kita dan keikhlasan kita untuk berubah. Saya sendiri pun masih tercari-cari tips untuk mengekalkan istiqamah nie.
Bukan senang, tapi tak bermaksud susah. Again, it's about our efforts and also the most important is our nawaitu (niat). That's the most important to be highlight when we are deciding to do anything in this world. Back to basic. It's all about niat of LILLAHITAA'LA.. Everything we done, or plan to do is all because of ALLAH. No such any other reasons! Bear in ur mind yea.. Me also!
Bila kita niatkan semuanya kerana ALLAH, means kita nak mencari keredhaan ALLAH, in sha ALLAH everything will run smoothly dan ALLAh akan permudahkan. Dan bila apa-apa pun dugaan dan cabaran yang datang, kita akan tetap bersangka baik dengan ALLAH. Hidup manalah yang taidak ditimpa ujian? Betul tak? Semua kita di dunia ni memang akan diuji. Dan ujian yang diberikan tu lain-lain. Ikut kemanpuan dan kesanggupan kita sebenarnya. Dan inilah yang ALLAH sebutkan dalam Al-Quran, "ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA" (Surah Al-Baqarah: 286)
Bila kita berdepan dengan ujian sebegitu, pastikan kita tidak bersedih dan mula merasa give up untuk berubah. Jangan mengalah. Anda tidak bersendirian! ALLAH kan ada.. (: Jadi jangan berputus asa yer.. Jadikan itu sebagai satu cabaran untuk kita menjadi semakin kuat. Jangan terbawa-bawa dengan rasa nak give up. Ingat Syaitan selalu berusaha untuk melemahkan kita. So don't simply surrender. Say something like this "I will survive for the sake of ALLAH". (:
Oleh itu, sentiasa tanamkan dalam hati dan minda kita bahawa Hidup kita, mati kita, semuanya kerana ALLAH. Jadi jangan bimbang. Bersangka baiklah dengan ALLAH. DIA Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. Dan DIA jugalah perancang terbaik. Kita semua kena beringat hidup kita ini tujuannya untuk akhirat. Semua orang bercita-cita untuk masuk Syurga. Jadi, apakah usaha kita kalau kita nak masuk ke Syurga? Masih berbuat dosa? Masih berbuat sesuatu dengan sebab yang selain dari ALLAH? Jom kita sama-sama fikir-fikirkan. Suka saya akan kata-kata Prof Dr Muhaya, hidup jangan mengharapkan penghargaan manusia, tapi hiduplah kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. In Sha ALLAH, selamat dunia dan akhirat.
Jadi apa yang kita tunggu lagi? Kalau selama ini kita katakan bahawa jodoh dan rezeki itu adalah rahsia ALLAH, maka MATI juga adalah Rahsia ALLAH. Jadi mari kita sama-sama betulkan niat kita, elokkan penampilan kita ,akhlak kita, cuci hati dan minda kita, setting untuk perkara yang baik dan mulakan amalan-amalan yang baik. Dan letakkan segalanya hanya kerana ALLAH.
p/s: Bagaimana pula kalau hari ini adalah hari terakhir kita hidup Di dunia??? Adakah kita masih lagi mahu bertangguh untuk membuat kebaikan??? Fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment