Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nikmat nyawa kepadaku untuk hari ini. :) Alhamdulillah Ya Allah..
Minggu ini adalah mid term break saya. :) Bestkan? So, hari ini, saya plan untuk balik kampung. nak jumpa Mak yang tersayang, sebab dah rindu kat mak sangat-sangat.
Mak, tunggu anak mak ni balik yer. Mudah-mudahan semuanya selamat sepanjang perjalanan.
Hari nie, terasa nak menulis sesuatu memandangkan ada masa terluang. Sungguh, enam minggu bergelar student sangat mencabar yer. Hehe.. al maklumlah. tanggungjawab sebagai student kan.. Assignment, quizzes, tesst, presentations and group discussions. Hehe.. agak payah juga yer bagi lidah melayu-jawa macam saya nie nak biasakan diri speaking mat salleh..hihi But, its okay. Still kene polish lagi. Jangan Putus asa wahai Cik Mutiara Puteh! =)
So far, Alhamdulillah. Biarpun bermacam dugaan yang datang, Allah sentiasa beri saya petunjuk untuk menyelesaikannya dengan baik. Kalau pun masih belum selesai, Allah beri saya Ilham untuk berusaha mengatasinya. Alhamdulillah.. Saya sangat yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita. Jadi, jangan ragu-ragu dengan janji Allah. Sebaliknya kita perlu sentiasa muhasabah diri, di mana kita berada sekarang? Adakah kita di tahap berusaha untuk bersabar atau di tahap hanya mengeluh seolah-olah tidak bersyukur. Fikir-fikirkan.. ;)
No comments:
Post a Comment