Sesungguhnya setiap manusia yang ada dibumi ini tidak akan dibiarkan mereka tanpa diuji. Kerana ujian yang Allah berikan untuk membuatkan hambaNya menjual diri mereka kepada ALLAh yang Maha Esa. Dengan cara sentiasa berusaha mencari CintaNya. Dengan cara sentiasa bertakwa kepadaNya dan dengan cara selalu mendambakanNya.
Firman Allah yang bermaksud;
"Apakah manusia
itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut
ayat 2-3).
Kerana itu di setiap diri seorang manusia itu telah dititipkan suatu perasaan halus, dikala dirinya ditimpa permasalahan, ia mencari-cari erti ketenangan. Maka, carilah ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Ya Rabb.. Kepada Yang Maha Esa, Kepada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memberi Ketenangan dan Kekuatan. Kembalilah kepadaNya, carilah CintaNya, kerana itulah pengubat segala duka lara rawan hatimu.
Carilah dan dekatilah ALLAh dalam setiap waktu, dalam setiap saat dan dalam setiap denyut nadi. Kerana Yang Maha PENGASIH dan Maha PENYAYANG itu sentiasa mengasihi kita. Yang memberikan dan Mengurniakan segala nikmat yang kita kecapi saat ini. Jangan hanya tika dipagut kesedihan kita baru bersujud padaNya. Sujudlah padaNya pada setiap ketika, tidak mengira waktu sukar mahupun senang. Kelak, hidupmu pasti merasa bahagia. InshaALLAH..
No comments:
Post a Comment