It's me

It's me

Tuesday 8 January 2013

When the 'huru-hara' begins..

Alhamdulillah cuti semester sudah bermula. Walaupun tak lama tapi cukuplah untuk berehat seketika.

Kebiasaannya setiap kali cuti sem, dari zaman undergraduate lagi saya teringin sangat nak bekerja. Yela orang kata dapat jugak tambah duit poket kan. Tapi memang rezeki tak menyebelahi saya tang nak bekerja time cuti macam ni. Humm tapi, dalam masa yang sama saya bekerja secara tak formal. Bekerja kat rumah. Hehe yang paling tak sangka sekali sebab jadi the 'nanny' a.k.a pengasuh. Okay. Here, the story begins....

Saya berasal dari sebuah keluarga yang besar, ada 12 orang adik beradik semuanya. Alhamdulillah kami dari Ibu dan Ayah yang sama. Kan? Besarkan? Alhamdulillah... :) saya anak ke-dua bongsu, merangkap anak perempuan bongsu dalam keluarga. Dalam family saya dah ramai yang kahwin, unless one of my elder brother, me and my younger brother. Yang lain semua dah kawin dan dah ada anak. 

Kebiasaannya, sayalah tempat kakak-kakak mintak tolong untuk tengok-tengokkan anak-anak diaorang. Dan bagi saya itu bukan sesuatu yang 'alien' bagi saya. :) Since dari umur 8-9 tahun dah tengok anak buah sendiri. Siap tolong jaga and main sama-sama lagi. Alhamdulillah, mana yang pernah saya jaga memang rapat dan manja dengan saya. Sampai satu tahap saya dapat gelaran 'favorite aunty'. Sebab the one and only aunty yang belum kawin and i do so 'manjakan' diaorang. Tapi selalu jugaklah dapat title 'Mak Ip Jahat!' once saya marah diaorang. Nak nak time buat 'perangai' and buat yang bukan-bukan. Macam-macam! Yes, saya memang garang. Itu kenyataan sebab kalau saya marah for sure anak-anak buah saya akan takut dan mula merajuk dengan saya. Merajuk?? Tett...... :)

Okay, merajuklah for a while.. Nanti diaorang pulak yang datang untuk pujuk saya. kelakar! Sebab yelah tak nak dengar kata kan..Haaa memang saya pulak lah yang buat-buat tak tahu dengan diaorg. Then, bila dah reda sikit 'ribut', saya jadi okay semula. Hehe teruknya mak cik macam saya ni. So, tolong jangan jadi mak cik macam saya!

By right, now i'm full time the nanny kat rumah one of my sisters. Alhamdulillah sebab dah biasa dengan diaorang. Today is my second day with these four little princess. Ramaikan? Haha yersterday rasa macam tak percaya yang saya boleh handle and manage them. Tapi sorry, rumah ada kelam kabut sikit. But today, so far alhamdulillah. better than yesterday (i hope this will last till the end of the day and sampai my sister dapat maid). :) Tapi memang challenging.. Mana yang demam, muntah-muntah, nak makan, nak susu. Hehe tu belum lagi yang nak pergi sekolah. Nasib baik yang dua orang tu dah besar dah standard 4 and standard 1. Tapi tu pun merengek nak macam-macam jugak. Balik sekolah minta saya buatkan ice blended. Aihh nasib ice blended je, kalau mintak cheese cake, ok saya yang nangis! ;)

Setakat hari ni memang diaorang bagi cooperation yang sangat baik. Mudah nak jaga. Unless kalau dah lapar. They tend to 'mengamuk' and 'tunjuk perasaan'. So make sure diaorang makan secukupnya, main sekejap then puas tidur. Kalau tak nanti satu kerja pun tak boleh buat. Like this morning, aman je sebab dioarang semua tidur semula (that's why sempat tulis ni!) Hehehe.. tapi nanti siaplah. I kene berjaga-jaga. Sure lepas ni demanding for something else. :)

The best part is, i tak sangka i can manage them! Walaupun huru-hara upside down, but it's really interesting! :) Kiranya ni special course and practical untuk manage rumah tangga sendiri and anak-anak sendiri nanti, In Shaa ALLAH.. :) Ape pun semoga ALLAH permudahkan semuanya. Dan semoga jadi pengajaran dan teladan untuk semua. So, for those yang nak berkahwin tu be prepared. Jangan segan nak beli buku pasal rumah tangga, parenting and etc.. Plus, boleh jugak tanya-tanya pada yang berpengalaman dan yang arif dalam rumah tangga dan keibu bapaan. *Saya pun kena belajar lagi*. Yelah sebab tujuan kita kan nak membentuk BitulMuslim dan lahirkan generasi yang soleh dan solehah, jadi kitalah yang perlu mencari ilmu dunia apatah lagi ilmu wajib untuk bekalan akhirat yang secukupnya, sebagai bekalan untuk mendidik mereka. Dan ingatlah, belajar itu adalah proses yang tiada hentinya. Like some people said 'Life is never-end learning process'. So lets starts! Mulakan dari sekarang dengan diri kita dulu.

Walaupun huru-hara, tapi tak pe. Something new to learnt to. :)


No comments:

Post a Comment