Belajar untuk sentiasa SABAR dan mendidik HATI untuk selalu berSYUKUR, IKHLAS dan REDHA
It's me
Friday 11 January 2013
SEINDAH DANDELION
Dandelion...
Seindah namanya, seribu gunanya.
Subhanallah, sungguh indah ciptaanNya.
Bunga yang halus mampu menjadi penawar bermacam penyakit
Menurut sebuah artikel di http://www.umm.edu/altmed/articles/dandelion-000236.htm,
Dandelion bukan sekadar penyembuh penyakit ketidak selesaan perut, malah secara tradisionalnya ia mampu memberi kelegaan kepada penyakit kulit sensitif, melegakan demam, malah boleh merawat diabetes.
Itulah kelebihan dandelion.
Kecantikkannya mendamaikan, keindahannya menyejukkan mata yang memandang.
Terima kasih kepada Evelyn Rose, penulis novel The Wedding Breaker dan 13 Jam:Airbus380, kerana anda membuatkan saya jatuh hati untuk mengenal dandelion.
Dalam penulisannya, dia ada menyebut tentang dandelion. Dan Ya, saya akui sungguh kagum dengan ciptaan Illahi. Sungguh Dandelion sangat indah.
"Jadilah seperti Dandelion, hidupnya berbakti kepada manusia, Matinya jua masih mampu menghiburkan hati yang lara"
Saat dandelion berterbangan, semacam satu kepuasan melihat ia bebas berterbangan. Umpama pergi mencari bahagia sendiri. Dan nanti saat ia mendarat di bumi, dia pasti tumbuh lagi. Dan dia pasti berbakti lagi. Berbakti untuk mendamaikan hati-hati yang sedang dalam kedukaan.
Jelas lagi nyata setiap segala sesuatu yang ALLAH jadikan itu, sungguh DIA Maha Mengetahui akan kebaikannya. Cuma manusia selalu leka dan lupa. Cuma manusia biasanya tidak mencari pengajaran yang terbentang di hadapan mata. Itulah kelemahan manusia. Namun, ia juga bukan alasan. Apa yang pasti, manusia perlu bijak menggunakan akal dan minda pinjaman dari Yang Esa, untuk menilai dan berfikir atas segala yang ada di depan mata. Pandanglah, lihatlah, syukurilah dengan segala nikmat yang ada. Jangan hanya menutup mata hati. Dan paling penting, sabarlah dengan setiap yang menduga. Di situ akan ditemui segala kekuatan malah di situ akan ditemui seribu satu keindahan. Kerana yang pastinya ALLAH lebih tahu daripada kita, yang hanya hambaNya cuma.
"........ Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu"
(Surah An-Nisaa: 176)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment