It's me

It's me

Wednesday 9 May 2012

TERAPI JIWA DAN MINDA

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera..


Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghela nafas. Masih lagi dipinjamkan nikmat nyawa oleh ALLAH S.W.T. Terima kasih Ya ALLAH..




Adat hidup manusia. Ada pasang surutnya. Ada gembira, ada duka. Jika hari ini terasa bahagia, esok belum tentu akan merasa sebahagia begini. Jadi, SYUKURilah dengan apa saja nikmat yg sedang kita kecapi. 


Kerana mungkin, sebentar lagi kebahagiaan itu akan hilang dan digantikan dengan ujian kesusahan pula. ALHAMDULILLAH.. Sungguhpun itu ujian, SYUKURlah. Kerana ALLAH menyayangii kita kerana itulah kita sentiasa diuji. BerSABARlah..


Tiada kata selain SABAR, SYUKUR, IKHLAS dan REDHA yang dapat diungkapkan. BerTABAHlah.. IKHLASkan lah hati mu tatkala menerima apa jua ujian yg mendatang.


Ujian itu akan datang dalam pelbagai cara, pelbagai medium dan dalam pelbagai situasi. Didiklah hati supaya sentiasa berdoa kepada YAA DZALJALAALI WAL IKRAM (yang Maha memiliki kebesaran/kemuliaan).


Sandarkanlah segalanya kepada Yang Maha Agung, kerana segala penawar suka dan duka ada padaNya. Mintalah dengan rasa rendah diri. InsyaALLAH, DIA yang Maha Pemurah lagi Penyayang akan memberi pada setiap yang meminta padaNya. 


Sujudlah padaNya, berdoalah, Cintakan ALLAH sepenuh hatimu, Bacalah KALAMULLAH, serta Serulah ALLAH dengan Dzikirullah, InsyaALLAH, DIA akan mengilhamkan jalan keluar bagi tiap permasalahan serta dia juga yang akan menenangkan dan mententeramkan jiwamu yang kelabut, hatimu yg gelisah serta fikiran mu yg tidak menentu itu. Yakinlah! Yakinlah dan Yakinlah Bahawa ALLAH satu-satunya tempat kita memohon segalanya.


Nota kaki: Sedang berusaha melakukan terapi hati dengan memdengar ayat-ayat suci Al-Quran.

No comments:

Post a Comment