Belajar untuk sentiasa SABAR dan mendidik HATI untuk selalu berSYUKUR, IKHLAS dan REDHA
It's me
Monday, 1 December 2014
Selamat Datang Disember
Disember.
Sinonim dengan musim tengkujuh di Malaysia.
Dan Musim sejuk, salji jaika di negara 4 musim.
2014, nampaknya sudah sampai ke penghujungnya.
Bakal berganti tahun.
Bakal bertukar tahun.
Dan kita bakal meningkat usia.
Selamat ulang tahun wahai Muza.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Dikurniakan berkah usia
Diberikan kesihatan yang baik
Dilimpahkan dengan rezeki yang baik lagi halal
Ditetapkan Iman dan ditingkatkan ketaqwaan
Dan dipelihara diri, dan keluarga dari perkara mazmummah dan yang mendatangkan kemudharatan.
Moga setiap hari kita menjadi lebih baik.
Moga semuanya baik-baik sahaja.
Ameennn Allahhumma Ameenn.
Sunan,
Terima kasih juga kerna engkau hadir dalam imiginasiku untuk mengajarkan sesuatu.
Ku tahu takkan pernah terwujud insan persis dirimu,
Andai ada juga yang menjadi Saifudin,
Ku tahu dia takkan mungkin seakan dirimu.
Sungguh tiap makhuluk yang dijadikan Maha Pencipta adalah tersendiri.
Tak kan pernah sama.
Wednesday, 12 November 2014
Salam November
Assalamualaikum semua..
Hai..
Sebulan saya menyepi.
Alhamdulillah kita sudah menginjak ke tahun baru Hijriah 1436, semakin hampir sebenarnya kita ke penghujung usia kita tanpa kita sedari.
Semoga tahun baru ini akan membawa kita semakin dekat denganNya dan semakin memperelokkan keperibadian dan keimanan kita, In SHaa Allah.
Lewat kelmarin, saya telah menamatkan pengajian saya, secara rasminya. Alhamdulillah dah grad.
Dan seminggu selepas itu, Abang saya telah selamat menikah. Alhamdulillah.
Sekarang,
Saya sedang berusaha untuk maju selangkah lagi kehadapan untuk kehidupan di dunia ini. Mencari pekerjaan yang baik lagi halal. Malah untuk melangsaikan apa yang pernah saya hutang sebelum ini.
Kelmarin juga, ada yang menanyakan.
Bila lagi mahu menikah?
Lalu ku hanya tersenyum.
Andai rama-rama juga perlukan waktu dan ketetapan masa yang sesuai untuk menjadi secantik rama-rama, aku juga telah ditetapkan waktu untuk menikah.
ianya cuma waktu.
Waktu.
*Adalah cinta yang membahagi waktu
Yang dulu dan yang kini..
Mata hatilah yang bijak mentafsir
Andai ia baik atau sebaliknya..
Adalah cinta yang menentukan segalanya
Kerna DIA yang punya cinta mentadbir
semuanya dengan penuh kecintaan
Tak terlewatkan walau sedetik
Tak tercepatkan walau sesaat..
Adalah cinta yang mencintai sejujurnya
DIA tak pernah terlupa
Apatah lagi melupakan
Cinta..
Hanya CintaNya yang abadi
Tiada Lain.
Itulah Cinta.

Friday, 10 October 2014
Coretan lagi
Assalamualaikum semua..
Semoga anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih sayang Allah SWT. Dan semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.
Sudah berbulan tidak saya coretankan walau sepatah perkataan di blog ini. Terlalu banyak perkara yang telah saya dan keluarga lalui sepanjang tempoh beberapa bulan ini. Benarlah bahawa sesungguh nya kehidupan sebagai hambaNya tidak pernah kita sunyi dari ujian iaity sapaan kasih sayang yang abadi dari DIA, Tuhan Yang Maha Esa.
Seminggu selepas Aidilfitri, abang saya yang kedua telah kembali menemui Ilahi. Allahyarham Mohd Asree b. Samean/Kasminah meninggalkan seorang balu dan tiga aorang anak yang berusia 10 thn, 15 thn dan 20 thn.
Kami redha atas pemergiannya kerana kami percaya ini kehendak Yang Maha Esa. Kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Dan daripadaNya kita datang, kepadaNya jualah kita kembali. "Allahumaa firghlahu warhamhu waafihi wafu'anhu.Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh. InShaa Allah.
Buat kanda yang dikasihi, moga tenanglah di sana. Semoga abang As bahagia dan gembira bertemu Almarhum ayahanda, Samean b. Sulaiman/Hasnah dan Almarhumah kekanda Siti Aisyah binti Samean/Kasminah, iaitu adinda bagi kekanda Asree dan kekanda bagiku.
Banyak episod yang sedikit merentap tangkai hati. Terutamanya buat Bondaku, Kasminah binti Kamar@Kamal. Bonda, berat sungguh ujian yang diberi kepadamu duhai bondaku yang tercinta. Bersabarlah bonda, semoga Syurga Firdausi buatmu dan ayahanda nanti, bersama kami nanti kita ketemu kembali di syurgawi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon kekuatan dan kesabaran..
Hanya padaMu kami mohon perlindungan dan memohon pertolongan.
Bantulah kami dalam melalui denai-denai harapan disepanjang perjalan kehidupan.
Tetapkan hati-hati kami di jalan yang Engkau Redhai.
Dan janganlah Engkau golongkan kami dikalangan hambaMu yang Engkau murkai.
Semoga kami terus di jalan bersma orang-orang yang KAU kurniakan nikmat dan senantiasa mensyukuri nikmatMu Ya Allah.
Ameennn..
Allahumma Ameennn...

Subscribe to:
Posts (Atom)