It's me

It's me

Wednesday 12 November 2014

Salam November

Assalamualaikum semua..

Hai..
Sebulan saya menyepi.

Alhamdulillah kita sudah menginjak ke tahun baru Hijriah 1436, semakin hampir sebenarnya kita ke penghujung usia kita tanpa kita sedari.

Semoga tahun baru ini akan membawa kita semakin dekat denganNya dan semakin memperelokkan keperibadian dan keimanan kita, In SHaa Allah.

Lewat kelmarin, saya telah menamatkan pengajian saya, secara rasminya. Alhamdulillah dah grad.
Dan seminggu selepas itu, Abang saya telah selamat menikah. Alhamdulillah.

Sekarang,
Saya sedang berusaha untuk maju selangkah lagi kehadapan untuk kehidupan di dunia ini. Mencari pekerjaan yang baik lagi halal. Malah untuk melangsaikan apa yang pernah saya hutang sebelum ini.

Kelmarin juga, ada yang menanyakan.
Bila lagi mahu menikah?
Lalu ku hanya tersenyum.

Andai rama-rama juga perlukan waktu dan ketetapan masa yang sesuai untuk menjadi secantik rama-rama, aku juga telah ditetapkan waktu untuk menikah.
ianya cuma waktu.
Waktu.



*Adalah cinta yang membahagi waktu
Yang dulu dan yang kini..
Mata hatilah yang bijak mentafsir
Andai ia baik atau sebaliknya..

Adalah cinta yang menentukan segalanya
Kerna DIA yang punya cinta mentadbir
semuanya dengan penuh kecintaan
Tak terlewatkan walau sedetik
Tak tercepatkan walau sesaat..

Adalah cinta yang mencintai sejujurnya
DIA tak pernah terlupa
Apatah lagi melupakan

Cinta..
Hanya CintaNya yang abadi
Tiada Lain.
Itulah Cinta.

No comments:

Post a Comment