It's me

It's me

Monday 3 February 2014

ABAH



I'm used to listen to this song....
...
......
.........

Mata tua abah.
Air mata abah..

Senyum abah...
Pesan abah..
Penat lelah abah...
Aku nangis.
Sebab aku masih ingat semuanya.

Abah pernah menangis.
Menangis kerana katanya tak dapat beri yang sewajarnya pada aku..
Pada kami...

Tak Abah!
Semuanya cukup!
Tak kurang tapi lebih.

Abah pernah menangis sebab kedegilan aku.
Sungguh.
Aku MENYESAL sampai sekarang!

Abah selalu pesan.
Dia tak ada harta untuk ditinggalkan.
Dia cuma usahakan beri ilmu dan sekolahkan aku dan kami.

Abah nak aku dan yang lain jadi manusia berguna.
Jadi insan yang tak lupa siapa TUHAN siapa HAMBA.

Abah..
Selalu bercerita..
Mata aku tak pernah kering lepas dia bercerita.

Aku tahu tiap malam abah tengok dan cari kami masa kami tidur.
Aku tahu abah tahan sejuk mandi di awal pagi
Keluar awal nak cari sesuap rezeki.
Pulang lewat malam mencari rezeki

Aku tahu abah insan yang selalu menangis.
Walau luaran tampak garang..
Walau luaran tampak tegas....
Menangis kerana bimbang tak jadi Abah yang baik buat kami.

Menangis sebab takut tak cukup lunaskan tanggungjawapnya.
Menangis sebab merasa gagal didik kami
Bila kami degil, malas dan nakal.

Abah kuat untuk kami.
Anak dan Isteri.
Abah berani demi kami.

Aku usahakan..
Akan aku usahakan..
Hasrat dan impian Abah..
Biar apa pun.. aku akan cuba..
Walau susah..
Walau payah...

Tak sesukar apa yang Abah dah buat untuk aku..
Untuk aku dan kami..

Abah..
Aku anakmu ini tak mampu membalas tiap yang kau beri
Aku harap Syurga tempatmu nanti..

Abah....
Ampunkan anakmu..
Ampunkan aku...
Ampunkan kami semua....

Tenanglah Abah di sana.
Tunggu aku dan kami semua.
Anakmu ini doa moga kita jumpa di Syurga semula.
Bersatu di sana..

Al-Fatihah buat ayahandaku..
Samean Bin Sulaiman



No comments:

Post a Comment