It's me

It's me

Wednesday 1 January 2014

SELAMAT DATANG 2014!

Assalamualaikum semua..

Diharapkan agar kita semua dalam keadaan sihat dan di dalam Rahmat Yang Maha Esa..

Hari ni hari pertama di tahun baru 2014. Yang pastinya saya tak sambut pun malam tadi.. Sekadar berteleku memikirkan apa yang telah kulakukan sepanjang 2013. Sehingga akhirnya aku terlena.

Kalau semalam, jiwaku seakan hilang, tapi hakikatnya ia tetap ada. Sebabnya, hari ni saat bangun dari tidur, aku takut. Ya aku takut..

Kenapa mesti takut? Kerana memikirkan bahawa usiaku terus bertambah. Bermakna kematian itu semakin hampir. Walau pada hakikatnya mati tak semestinya hanya apabila kita tua. Namun, cukuplah pertambahan usia itu sebagai benchmark bahawa sudah lama kita hidup di dunia.

Yang lebih menakutkan lagi, adakah benar kita telah mempergunakan usia dan masa yang ada dengan amalan yang baik? Dan adakah cukup amalan yang kita ada? Kalau ditimbang kira, amalan ku terlalu sedikit jika ditolak dengan entah apa-apa yang pernah kulakukan dahulu. Terlalu banyak yang aku sia kan.. Terlalu banyak aku terleka dan lalai.

Apa yang pasti, inilah masanya, malah setiap hari kita perlu mengetuk kepala sendiri. Demi mengingatkan diri sendiri, menyedarkan batin, roh dan jiwa kita bahawa, mulakan perubahan. Istiqamah dan bersegeralah dalam bertaubat.

Bimbang nanti ianya sekadar sia-sia jika nyawa kita diambil bali oleh Yang Maha Kuasa. Atau nanti Hidayah itu lenyap sahaja ditelan nafsu kita yang tak pernah surut. Jadi, mari kita berbuat sesuatu. Hijrahlah. Hijrahlah setiap hari. Mulakan dengan yang termampu, asalkan ia bergerak ke arah yang lebih baik.

Saat usia meningkat juga, bermacam soalan popular yang akan ditanya. Nanti, saat pengajianku sudah habis, bakal ditanya bila mahu mengakhiri zaman bujang. Tak mengapa. Dah terbiasa. 

Cuma yang menggangu benakku saat ini, aku akan menginjak ke usia 27 tahun, tahun ini. Namun, apakah yang telah aku laksanakan sepanjang 26 tahun aku hidup? Malah, apakah yang bakal aku depani nanti.. Stay strong and have courage! Biltaufik WanNajjah!

Semoga kita semua sama-sama mengingatkan. Tegur dan ingatkan saya.

Salam tahun baru! Dengan semangat dan azam baru.

Sekian,
Muzalifah Samean




No comments:

Post a Comment