Belajar untuk sentiasa SABAR dan mendidik HATI untuk selalu berSYUKUR, IKHLAS dan REDHA
It's me
Tuesday 26 February 2013
Bahagia atau derita?
Jika bahagia yang dikau cari,
Kau silap. Kerana bahagia itu sudah ada denganmu
Cuma kau yang membutakan mata hati
Lalu sengsara dan derita yang kau rasai.
Kau bilang kau hidup untukNya
Namun, kau masih menidakkan suruhanNya
Kau masih berdegil membuat laranganNya
Kerana itu kau masih derita.
Kasihan pada dirimu
Yang selalu merasa kehausan disepanjang perjalanan kehidupan
Tersasar di sahara lalu terkulai keletihan
Kan sudah dibilang, ikuti jalan yang digarisi
Namun kau merasa hebat
Mahu mencuba sesuatu diluar dimensi
Kau menongkah perjalanan
Melawan arus sebuah penghidupan
Lupakah kau akan sumpah setiamu
Mahu hidup dan mati hanya untukNya?
Lalu mengapa seolah kau menjadi hamba pada kehidupan dunia?
Mengapa kau tidak menjadi hamba yang sebenar kepadaNya?
Sengsara dan derita yang kau ungkapkan..
Kau tahu datangnya dari mana?
Dari dirimu sendiri..
Hasil karya hebatmu mahu hidup di luar dimensi.
Kau kata kau percaya akan Dosa Pahala
Kau akui akan Syurga dan Neraka
Jadi mengapa kau hampiri Neraka?
Lalu menjauhi Syurga?
Mana mahumu mahu ke syurga?
Mana katamu takut akan neraka?
Cukupkah amalan yang nanti kau bawa?
Rasanya yang mana nanti yang memberati neraca timbangan?
Jujur saja dengan hati kecilmu..
Saat diajukan pertanyaan, sudah semestinya kau tahu jawapannya..
Jadi, mengapa dan kenapa masih lagi kau ingkari..?
Mengapa yang jahat itu masih lagi kau mahu ikuti?
Mengapa maksiat masih lagi kau cari?
Hitam benarkah hatimu menolak segala yang baik?
Tegarkah dikau denganAzab siksaanNya?
Jika hatimu menjawap kau tidak sanggup..
Mengapa tunggu lagi?
Hayuni langkahmu demi mencari yang benar..
Ikuti garis yang sudah DIA persiapkan..
Ubah hatimu, dirimu..
Mulai dengan Bismillah..
Kemudian sujudlah padaNya
Tinggalkan yang sia-sia..
Cari yang bermanfaat buat dirimu
Di dunia malah Akhirat lebih utama..
Kan dunia ini medan untuk menjaring dan menebar saham untuk akhirat..
Jadi, atas alasan apa lagi yang kau mahu ungkapkan?
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
Persiapkan dirimu..
Kerana kau itu bakal jenazah..
Kerana kau itu akan kembali padaNya saat DIA memanggil..
Jadi, terjawab sudah mengapa kau derita dan mengapa kau jauh dari Bahagia???
Bahagia itu hanya perlu kau olah
Dari Cinta yang tak bertepi yang ALLAH sudah beri..
Derita itu adalah yang kau cari sendiri..
DIA sudah menegah, namun kau senang menyakiti diri sendiri..
Bahagia itu sudah siap dijiwamu..
Cuma kau yang perlu semainya, Bajainya dan siraminya..
Bagaimana? Dengan apa?
Lalu segeralah mentaatiNya...
Nanti kau temui bahagia yang kau carikan itu..
Saat menemukannya, kau merasa, kaulah Insan paling berbahagia..
Kekal dan tetaplah mencintaiNya,
Kerana dia rindu mendengar rayu dan tangis taubatmu..
Segeralah..
Segeralah menggapai cintaNya..
cari RedhaNya, kerana itu bekalan selamat menuju Akhirat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment