It's me

It's me

Saturday 20 October 2012

BAHAGIA ITU DEKAT...

Ada orang sibuk mencari bahagia ke sana ke mari. Mencari bahagia dengan mengejar duniawi.. Malah ada yang mencari bahagia hingga ke tempat-tempat tertentu. Yang mana bagi mereka itu merupakan cara bagi mencari bahagia.

Kadang-kala mereka sanggup berhabis wang ringgit, tenaga dan masa berhibur, bersuka ria demi mencari kegembiraan yang dikatakan sebagai bahagia. 

Namun, dalam separa sedar mereka merasakan bahawa jiwa mereka masih sunyi, sepi, kosong dan bahagia yang dicari tak kunjung tiba. Sampai mereka tertanya sendiri. Di mana Bahagia??? Wujudkah atau itu hanya rekaan minda semata? Atau sekadar pemanis bicara?

Mengapa perlu mencari bahagia? Sedangkan yang sebenarnya bahagia itu harus kita cipta. Bahagia tak kan datang sendiri tanpa kita usaha. Mencari bahagia dengan cara membazir wang ringgit dan ke tempat-tempat yang sia-sia bukan mencari bahagia namanya. Tapi mencari bala. Tak perlu jauh untuk merasa bahagia.. Bahagia itu perlu dicipta di dalam hati. Sedekat itu sahaja yang kita perlu cari. Hati yang tenang, hati yang damai dan hati yang penuh dengan keinsafan itulah erti bahagia yang sebenar. 


Carilah cinta Illahi, selamilah rasa insaf dalam diri, jauhi perkara yang dilarang dan dekati apa yang seharusnya kita turuti. Di situlah letaknya kebahagiaan yang kita cari-cari selama ini. Apa pun memang kita kena kembali kepadaNya. Dekatkan diri kepadaNya dan cintailah ALLAH sedalamNya. InsyaALLAH.. DIA sentiasa menunggu kita mencari cintaNya. Kerana di situlah letaknya bahagia.


No comments:

Post a Comment