Entah mengapa sekarang aku lebih gemar mendiamkan diri. Tapi kan diam itu lebih baik dari berkata-kata. Kalau tiada perkara penting yang nak diperkatakan, diam adalah jalan terbaik. Betul tak?
Selalu aku dengar, ada orang kalau punya masalah lebih cenderung meluahkan. Ada pula aku dengar yang lagi suka berdiam diri. Aku pulak? Dalam kategori yang mana satu? Betul kadang-kadang dengan meluah rasa dapat meringankan beban di hati. Tapi bila fikir semula, ada sesetengah perkara tak wajar dikongsikan. Entahlah..Pelik kan, tapi inilah realiti hidup. Lain manusia, lain persepsinya dan lain cara fikirnya.
Dulu, aku pernah terfikir nak ceburi bidang psikologi. Sebab aku memang suka nak kaji bab-bab psikologi manusia. Sesuatu yang menarik. Tapi apa kan daya mungkin rezeki aku bukan dalam bidang tu. Dan lagi aku pernah berangan nak jadi Pakar psikologi & psiktrik.
Hehehe anehkan.. Masa aku sekolah dulu, aku memang kerap bertukar cita-cita. Sudahnya, sampai sekarang study tak habis-habis. Itulah sebabnya tak tetap pendirian nak jadi apa. Tapi aku pernah sebut dalam hati mase aku form 3 dulu, aku cakap aku nak jadi semua. Hehehe tamakkan? Tapi sejujurnya aku memang teringin nak capai bermacam-macam perkara. Harap-harap ALLAH izinkan agar impian-impian aku terlaksana. Ameenn..
Dalam diam sebenarnya aku bersyukur. Alhamdulillah, tak sangka sebenarnya aku dapat hingga ke tahap ini. :) Aku teringin nak jadi cikgu, dah dapat sebab jadi cikgu tusyen tak bertauliah kat anak-anak buah aku. Nak jadi businesswoman? Penah jugak aku berniaga kejap kat booth time study kat uitm dulu (jual kuih yang I buat sendiri. Kueh ketayap! Hehehe) Nak jadi pakar psikologi? Selalu jadi tempat kawan-kawan luah perasaan and minta nasihat. Lagi apa? Nak jadi designer? Hehe.. Aku dah siapkan design baju idaman aku untuk my special day suatu hari nanti. ;) waahh.. Almost achieve semua inpian dan cita-cita aku. Nak jadi apa pula yer. Humm Nak jadi novelis? Yang ini masih belum tercapai lagi! Still working on it. Payah tau nak jadi Ms writter ni. Bukan apa, kadang-kadang kering idea nak tulis tau. Isyhh ada tu bila dah siap tulis, rombak balik. At last deleted semuanya. Hehe
Yang penting cita-cita nak jadi surirumah sepenuh masa memang dah tercapai dan selalu tecapai. Now, memang setiap hari aku buat kerja-kerja rumah. Humm sangat mencabar. So, hargai Ibu atau isteri anda yang jadi surirumah tangga. Nampak senang, tapi semput jugak lah nak manage the whole house. Fuhh.. memang mencabar! Memang kena banyak bersabar. Sebab pahalanya pun berlipat ganda andai kita ikhlas kerana ALLAH Ta'ala! Dan sebenarnya aku happy sebab dapat buat kebajikan kat my lovely mom! Sungguh, lepas ni tak tahu lagi bila dapat buat jasa kat mak. Mudah2an ALLAH izinkan lagi untuk suatu masa yang panjang. Ameenn.
Jadi secara kesimpulannya, hampir semua impian aku ALLAH dah tolong beri peluang untuk aku capai. Alhamdulillah. :) Terima kasih ALLAH. Memang dalam diam, ALLAH beri apa yang kita inginkan. Hinggakan terkadang kita sendiri tak perasan yang kita sedang melalui apa yang kita hajati. Betul tak??? Jadi, kerana itulah kita perlu sentiasa bersyukur dan melihat kehidupan ini dari sisi pandangan yang positif. Bersangka baiklah dengan ALLAH, kerana dalam diam DIA selalu menyentuh kita dengan RAHMAT dan KASIH SAYANGNya. Yakinlah dengan tiap apa yang telah terjadi, sedang dan yang akan terjadi itu adalah BAIK untuk kita. Salam Sayang dari saya untuk semua!
Nota kaki: Lebih baik berdiam dari berkata tentang perkara yang tidak-tidak yang dikuatiri boleh mengundang dosa.
No comments:
Post a Comment