It's me

It's me

Monday 14 May 2012

HARAPAN DI HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Alhamdulillah, kita masih punya kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Dan Alhamdulillah juga kerana anak buah saya Nur Aliah Hani, semakin pulih dan keadaannya semakin stabil. Gembira teramat sgt waktu dia mampu mengukir senyuman dan tertawa. Malah, masih teringat-ingat lagi tentang aktiviti kami di rumah. Rindu sgt2 kat my Hani! :) T sayang blk rumah, Mak Ip bacakan buku cerita lagi yer..


InsyaALLAH, Mak Ip akan datang tengok Hani kalau ada kelapangan minggu ini. Sayang tunggu yea.. :)


Hati aku selalu tertanya, saat bilakah aku akan punya anak sendiri. Saat melihat teman-teman mula bertunang, mendirikan rumahtangga dan seterusnya sudah menimang cahaya mata, hati aku diburu rasa menginginkannya juga, Pasti bahagia saat sudah bersuami dan punya anak sendiri.


Tapi aku sedar, pasti punya hikmah dibalik setiap yang dirancangkan ALLAH. Semalam hatiku meronta-ronta ingin punyai keluarga sendiri. Mahu yang teramat sangat. Hingga menitis air mata ini. Aku membayangkan aku bakal menikah tahun ini juga. Tapi aku hanya insan yang lemah. Allah Maha berkuasa telah menetapkan, mungkin juga bukan tahun ini untuk aku mendirikan rumahtangga.


Aku mulai terfikir, apakah hikmah disebalik ini semua. Mungkin juga kerana aku perlu membantu kakakku dalam menguruskan anak-anaknya, atau juga aku harus lebih kerap menemani ibuku yang semakin memerlukan perhatian yang lebih. Atau apakah lagi. Sudahlah, tiada guna memikirkan sesuatu yg tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran. Serahkan saja semuanya kepada ALLAH.


Untuk si dia yang pernah mengisi hati ini, semoga impianmu tercapai dan moga kamu berbahagia di dunia dan akhirat. Hiduplah dengan baik. Semoga kamu melupakan aku, kamu akan bahagia andai melupai aku. Percayalah.


Semoga, suatu hari nanti, aku juga boleh mengecapi bahagia hidup bersuami, punyai anak-anak yang soleh dan solehah dan punyai keluarga yang bahagia. :) InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH, aku mahu segerakan pernikahanku. Amiinnnn.


Saat mengakhiri nukilan ini, aku tersenyum, kerana aku seharusnya bersyukur, walaupun masih belum berumahtangga dan punyai anak sendiri, tetapi aku sudah punya anak buah yang sangat ramai. Dan ada antara mereka yang tersangat rapat denganku, tidur denganku, dan sering merajuk kala ketiadaanku. Alhamdulillah.. Inilah 'anak-anak' yang perlu aku jagai untuk masa ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana menganugerahi aku dengan anak-anak yang ramai.


Nota kaki: Masih sabar menanti 'Pengiran Cinta' untuk melamarku menjadi yang halal buatmu.

No comments:

Post a Comment