It's me

It's me

Friday, 30 November 2012

Demi Masa

Assalamualaikum semua. Semoga kita berada dalam keadaan sihat dan dalam keadaan yang selamat. Semoga ALLAH selalu menjaga kita semua. Mudah-mudahan ALLAH mengampuni semua dosa Muslimin dan Muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dan semoga ALLAH memberi keselamatan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia dan terhindar dari penindasan. Ammeenn..

Ok, sempana hari terakhir dalam bulan November ini bersamaan dengan 16 Muharram 1434 Hijriah, saya nak berkongsi sedikit dengan anda semua. In Shaa Allah. Semoga ALLAH Redha.

_____________________________________________________________



Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al'Asr, 103:1-3)

Sesungguhnya, rugilah kita sebagai seorang manusia, seorang hambaNya, kalau kita tidak mengambil peluang yang ada untuk beriman dan beramal soleh. Dan ingatlah tugas dan tanggungjawab kita juga untuk saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar. Subhannallah. Indahnya kehidupan kita yang telah ALLAH rancangkan sejak dan sebelum penciptaan Nabi Adam A.S lagi.

Selalu kita terfikir, esok nak buat apa, malam nanti atau esok pagi. Kita mengharapkan semuanya akan berjalan lancar. Lepas tu kita plan pulak untuk bulan depan, tahun depan, 5 tahun akan datang dan 10 tahun akan datang. Fikir lepas grad nak keje kat mana, nak kumpul harta, nak kereta besar, rumah besar dan kehidupan yang senang dan kalau boleh nak kehidupan yang mewah.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dah ada matlamat. ^_^ syukur. Tak ada lah nanti orang kata kita ni hidup untuk apa kan? TAPI, pernah tak kita semua fikir apa matlamat sebenar untuk hidup kat dunia ni??

Ada orang kata, untuk hiduplah. "come on lah. Chill. Hidup cuma sekali babe. So enjoy!" Ada pula yang kata, "Hidup ni bekalan untuk mati, jadi kenalah kejar yang akhirat". Ya ada betulnya dalam dua-dua jawapan tu. Ringkasnya Hidup di dunia ini cuma sekali. Jadi manfaatkan ia untuk perkara yang berfaedah dan yang boleh membawa kebaikan kepada kita. Dan jangan lupa hidup ini juga adalah persiapan kita untuk akhirat. Maksudnya lebih kurang begini, manfaatkan hidup di dunia, dan seimbangkannya untuk Akhirat juga. Kerana Hidup di Akhirat adalah hidup yang Abadi. Betul tak?

Jadi kita semua seharusnya seimbangkan pencarian kita di dunia ini adalah juga sebagai bekalan untuk kita di Akhirat nanti. Betul, Hidup cuma sekali. Hidup yang sekali nilah yang kita kena manfaatkan sebaiknya. Sebab bila kita mati nanti, kita dah tak berpeluang untuk kumpul 'markah' untuk Akhirat nanti. Saya akui, saya bukan dalam kategori orang yang baik. Tapi saya juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri saya. Saya tak nak tergolong dalam golongan yang akan tinggal di Neraka, kerana itu saya berusaha untuk cuba masuk ke Syurga. Saya tahu saya mungkin tak layak. Tapi saya nak jugak. Saya kena berusaha!

Kita semua kena berusaha. Berusaha untuk memperbaiki diri dari sekarang. Setiap dari kita pernah mempunyai sejarah silam. Mungkin dulu kita jahil, mungkin juga sebab ikutkan nafsu. Tapi cerita semalam dah berakhir. Apa yang ada adalah cerita hari ini. Bagaimana kita menghadapai dan melalui hari ini. Itu yang penting. Kalau kita dah sedar, ALHAMDULILLAH. Kita masih punya masa. Jangan berlengah! Mulakan sekarang! Apa yang penting, tolonglah. Tolong bertaubat sebelum kita semua terlambat. 

Anda semua tahu kan, hidup dan mati kita semuanya ALLAH yang tentukan. Kita tak tahu sampai bila kita akan hidup. Mungkin saja hanya untuk hari ini. Esok? Masihkah ada untuk kita esok? Jawapannya:TAK TAHU. Kan? Betul tak??

Kerana itulah, Demi masa, kita kena manfaatkannya sebaik mungkin. Jom! Kita balance kan dunia dan akhirat. Berusaha memperbaiki diri kita. Buat kerja, dan cari rezeki yang halal seolah-olah kita akan hidup lagi 100 tahun. Dan beramal ibadahlah seolah-olah ini adalah ibadah kita yang terakhir. 

Kalau sebelum ni solat kita tak cukup, kita tanamkan azam untuk mulakan solat cukup 5 waktu. Dan kita buat sungguh-sungguh. Kalu kita belum tutup aurat dengan sempurna, tutuplah. Carilah orang atau bertanya pada ustazah-ustazah atau mungkin pada kawan-kawan kita. Cara yang sebenarnya untuk menutup aurat. Kena ingat golongan wanita ini special. Jadi ALLAH sentiasa nak kita jadi special. Jadi tutuplah aurat dengan sempurna. Pakai tudung jangan sampai nampak anak rambut, pakai sampai tutup dada. Labuhkan sampai bawah dada, pakai yang longgar-longgar. Bukan pakai baju adik kita yang darjah satu. Kemudian kena tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Pakai sarung kaki. Nak pakai jeans pakailah. Asalkan bukan yang ketat. Pakai baju yang labuh, dari jenis kain yang rapat (tak jarang). Cubalah. Cuba dari sekarang. Bimbang nanti sedar-sedar kita memang dah berpakaian putih tu yang betul-betul cover satu badan, siap perfume yang wangi lagi. Time tu memang dah tak sempat dah nak menangis ke apa ke untuk hidup semula.

Sebenarnya tak susah pun semua tu. Cuma kita sellau terperangkap dengan nafsu dan suka tengok orang lain. Dengar sangat cakap kawan-kawan yang tak endahkan untuk buat perkara yang baik. Jangan risau. Kita masih punya masa! Cepat. Sebelum terlambat. So selalulah dekatkan diri kita dengan ALLAH. Kalau nak ALLAH selalu dekat dengan kita, kita yang kena dekat dengan dia. Kena buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH tak suka.

Inilah kehidupan yang sebenar, buat perkara yang betul. Buat apa yang ALLAH perintahkan dan tinggalkan apa yang ALLAH larang. Jom sama-sama muhasabah diri. Di mana letaknya diri kita saat ini? Masih berdolak-dalik lagi dengan suruhanNYa atau kita memang langsung tak takutkan ALLAH??? Mati takkan terlambat walaupun sesaat kawan-kawan! Mati tak kan pernah terlewat seminit pun. Tak bimbangkah kita?? Tak takutkan kita? Cukup sangatkah amalan kita??? Hebatkah kita seolah-olah tahu yang kita ni confirm masuk ke SYURGA???

Satu perkara lagi yang saya nak sentuh. Tentang hubungan kita sesama manusia. Jagalah sebaiknya. Berkasih sayanglah sesama manusia. Maksudnya berbuat baiklah sesama kita. Jangan zalimi orang lain. Bersedialah untuk membantu orang lain, bersedialah untuk memaafkan orang lain dan selalulah meminta maaf kepada orang lain. Boleh bayangkan tak kalau kita buat yang tak baik kat orang tu, lepas tu orang tu meninggal sebelum sempat kita minta maaf. Ya ALLAH, dapat bayangkan tak? Mudah-mudahan kita terhindar dari perlakuan tersebut. Jadi, jom saling maaf dan memaafkan antara kita.

Kita kena ingat, hidup ni juga kena saling ingat-mengingatkan. Saya ingatkan anda semua, anda pun kena ingatkan saya. Kita semua ada tanggungjawab sebagai Khalifah di bumiNya ini. Kena saling mengingatkan, means kita kena berdakwah. Tak semestinya berdakwah tu kena pakai jubah, berserban. Tak. Pakai baju kurung dan bertudung (bagi perempuan) dan pakai seluar dengan t-shirt (bagi lelaki) pun dah cukup. Asalkan tutup aurat dengan sempurna.

Belajarlah untuk sempurnakan diri kita. Walaupun kita tahu tak ada manusia yang sempurna macam Rasullullah SAW. Tapi sekurang-kurangnya kita kena penuhi garis panduan yang dah ALLAH tetapkan. Pembaca yang dirahmati ALLAH sekelian, kita nak tunggu apa lagi? Apa lagi? Tanya pada hati kita, besok masih adakah masa untuk kita hidup??? Jadilah manusia bijak yang berusaha meraih janji ALLAH. Bukan jadi manusia yang terus-terusan menzalimi diri sendiri. Please, kita berasal dari Syurga, tak kan kita nak biarkan diri kita masuk ke neraka nanti?? kesianlah kat diri kita. Kita deserve untuk Jannah! Jom berubah mulai sekarang. :)

Wednesday, 28 November 2012

HIDUP TAPI MATI



Aku masih di sini
Kaku di bangku sepi
Berdepan lautan yang sunyi
Menanti pelangi muncul lagi

Dalam diam aku melakar mimpi
Menulis sebuah puisi
Melukis samar sebuah pelangi
Ke mana perginya illusi?
Hilang di telan mentari atau realiti?

Aku masih begini
Menanti diteduhan teratak usang yang sempit
Mahukan aku hingga menjadi sarang?
Lantas semut hijau memandang sinis kepadaku
Lalu labah-labah lutsinar mentertawakanku
Ku lihat unggas jingga tersenyum kepadaku

Sudahlah, pulang atau kau bakal mati kereputan di teratak itu.

Aku terdiam
Terlalu berlamakah aku di teratak ini?
Ku tanya pada ulat beluncas segitiga yang melaluiku
Sudah berapa lama aku di sini?

Engkau di situ semenjak aku belum menjadi aku.

Aku memejam mata
Mencari jawapan
Mata ku buka
Ku lihat ke hadapan
Mendongak ke langit lalu terpandangkan awan

Awan tersenyum lembut
Burung berlagu riang
Semuanya indah, cerah dan terang
Nyata, semuanya sekejapan saja
Semuanya punah diganti masa

Biru langit menjadi kelabu
Mentari terang kian malap
Angin semilir menjadi ribut kelabut
Lalu sang hujan menujah turun bersulam garisan petir
Guruh bergendang sedarkan aku

Sekejapan saja semut hijau, 
Labah-labah lutsinar 
Dan ulat beluncas segitiga hilang dari pandangan
Menyorok sembunyi diri

Rupa-rupanya sang rama mendekatkan diri
Ku pandang ia
Namun ia diam tanpa kata
Berlamalah kami begitu

Lalu hujan mempamit diri
Basahan hujan berbau suci
Dan ini membuat aku terfikir lagi
Bauan segar, namun aku masih jua mahu sendiri

Perlahan dan mentari muncul kembali
Menyelak santun tabir mendung suram
Membias suci warni si pelangi

Terpana aku mengagumi
Inilah dia Indah ciptaan Illahi
Sang rama berbatuk kecil
Lalu bersuara
Sesungguhnya engkaulah manusia yang sedang dalam rugi
Mengapa? Aku mula bertanya

Kau lupa akan tugasmu.
Kau lupa akan amanah untukmu.
Engkau lupa bahwa engkaulah pilihan TuhanMu dan TuhanKu di bumiNya,
Dan engkau leka bahwa engkaulah yang bisa bergerak melaluinya

Aku bingung!
Lalu Rama berkata lagi
Kau manusia bodoh!
Menghabisi dan menangisi usiamu demi sia-sia
Menjaring samar warna pelangi
Menunggu mentari jadi biru
Menanti gunung menjadi tasik ungu

Apa salahku?

Kau keliru.
Temui jalan buntu.
Namun kau tetap kematu.
Wajarnya kau berubah
Beralih arah
Menerusi hidup yang kian padam
Tapi kau lagi sedih lagi sepi dan lagi sendiri

Kau harus terbang tinggi
Meninggalkan teratak ini
Ayuh bangun! 
Lewati denai ini

Andai kau yakin akan takdir Illahi,
Kau bakal temui apa yang kau cari 
Andai saja kau tidak lagi tunggu di sini

Pergi! Dan biar takdir mendepani
Pergi! Dan biar sepimu berlagu sepi
Pergi! Dan tak usah kembali
Dan Pergi! sebelum aku mati.

Kau masih punya masa,
Kau masih punya waktu,
Dan kau masih punya hidup!

Jangan di sini lagi!
kerana kau akan mati sekali lagi.



MuzaMutiaraPuteh
28/11/2012
01:25am

Sunday, 25 November 2012

Peringatan untuk diri dan semua..

Alhamdulillah..

Masih diberi peluang lagi untuk terus hidup di muka bumi ini. Terima kasih ya ALLAH!

Apa khabar readers semua? Harap-harap semuanya sihat sejahtera. Terasa macam dah lama tak update blog. Al maklumlah  sudah hampir ke penghujung bulan dan tahun. Semakin banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Oh, Sebelum terlupa. Jom kita sama-sama tidak melupakan semua saudara seislam kita di seluruh dunia. Kita doakan semoga ALLAH terus memberi perlindungan dan keselamatan kepada kita, keluarga kita dan seterusnya kepada semua saudara seIslam kita di serata pelusuk dunia. Tak kira di Palestine, Syria, Lubnan, Malaysia ataupun di Mynmar, sama-sama kita doakan untuk kita semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan selamat dari segala bahaya dan bala bencana. Teruskan berdoa. Kerana kekuatan Doa itu sangatlah hebat. Don't stop praying for the goodness, May ALLAH always helps us, everyday, every night, everywhere and every single time. Keep to dua's dear beloved readers!

To tell the truth, I felt something just now. The time past by is so fast! Indeed it's almost end of year. Terasa macam baru lagi awal tahun 2012. Tapi dah nak berakhir rupanya. Banyak yang saya nak cerita. Tapi tulah. Cerita sikit-sikit jelah. Since I got so many assignments to be done. So, focus on the first priority first. Later, if the semester break is arrived, In Shaa ALLAH, I will write more longer. Ok??

The things that I prefer to talk about is about the time. Umm November is almost to the end, while December is so close to come. Over this year, so many experiences and moments that I've faced. It was so priceless moments and I'm thankful to ALLAH and to everybody who helped me to get through all the hardest time in my life. Alhamdulillah, now I can said that I'm getting better and I'm moving towards to better life.

Every night n day and almost all the time I've pray the best for my life. Hoping that I can be able to go through all the difficulties with patience, ridho, thankfulness and with a calm heart and peace of mind. May ALLAH grant us with His blessing. 

The things that i would like to share with all of you is ummm the animation of something that i found via FB. :) It is a nice sharing. Thanks to the uploader. Well, here it is!!


The continuous of Hijry, Self Hijry. Actually this was reminded me of previous popular singer, Farah Asyikin. Yes. She is also the new Hijry. She's inspire me to keep istiqamah and also to keep closed to ALLAH. You guys, she is really amazing since now dia bertudung labuh. Sedangkan saya dari dulu bertudung pun masih belum mampu bertudung labuh sebegitu. Dan sekarang, beliau tidak lagi menceburi bidang nyanyian. Sungguh. Beliau bertekad untuk berhijrah. Saya pula? entahlah, Iman ni mcm floating. Bimbang. Tapi dalam masa yang sama saya tahu, saya perlu lebih dekat dengan ALLAH.

Sekarang ni masa saya banyak bersendirian. Sepatutnya waktu begini saya ambil untuk mendekatkan diri lebih kepadaNya. But, still I have to really well manage my time. This is my bad. Since my time management is so bad! Ohh ALLAh please guide me on how to overcome this. I noticed, kalau tak ada siapa yang observe or push me up, I will simple drag all the things. Always said, Humm Later lah.. Not in mood lah. And finally, I am the one who get the tensed and felt don't have much time. Humm Dah tau kesusahan pun masih tak serik-serik! Please Muza, learnt from the past!!!

Ok, lari sikit dari tajuk. Tapi itulah hijrah 'paling penting' yang perlu saya lakukan. Time manangent, well manage my own time! Please Cik Muzalifah, do something. The clock is knock and the time is past by. Hurry up, get up and starts to be serious in managing yourself! Ohh malunya.. Malulah pada ALLAH. Dia berikan masa, but you simply habiskan atau bazirkan dengan temenung dan tak buat apa-apa. Please dear. appreciate your time!!

Saya pun manusia biasa. Kena ada orang yang selalu ingatkan. Itulah sekarang betul-betul rasa sendirian. Teringat kat Puan Ain. Pernah mimpi yang dia papah saya yang sedang 'kesakitan'. Tapi akhirnya dia pergi. Dan kemudian datang orang lain yang papah saya. mungkin saya masih perlukan masa untuk tunggu for the next person untuk papah saya. Tapi dalam masa yang sama saya sendiri yang kena survive untuk terus berjalan walau dalam kesakitan. 

Sampai bila nak tunggu orang atau bergantung harap dengan orang lain. Betul tak? Tapi kan Hopefully orang yang saya tunggu tu biarlah suami saya. :) Penat dan letih sebenarnya hidup sendirian ni. Perempuan, hebat macam mana pun dirinya, dia perlukan seseorang untuk menjadi Imamnya, perlukan seseorang untuk disandarkan segala keluh kesahnya. Dan perlukan seseorang untuk dia mengadu keraguannya. In Shaa ALLAH semoga saya semakin dekat menuju Perkahwinan. Semoga Imam saya dapat mencari saya tak lama lagi. Ammeenn.