It's me

It's me

Saturday, 10 November 2012

CABARAN HIJRAH

Assalamalaikum semua  :)

Rajin pulak nak update blog hari nie. Ada satu kisah menarik yang saya nak kongsikan kat readers.

Ceritanya mengenai cabaran dalam menuju perubahan atau penghijrahan ke arah yang lebih baik. Kebiasaannya kalau kita nak berubah ni kan, memang banyak cabarannya. Terutamanya perubahan atau penghijran ke arah yang lebih baik. Yang selalu sangat jadi cabaran adalah persepsi orang di sekeliling kita. 

Baru-baru ni sorang kawan saya berkongsi sedikit pengalamannya kepada saya. Menurut cerita dia, dia berdepan dengan pandangan negative dari temannya sendiri. Kawan saya ni bercerita dia mahu berubah ke arah kebaikan, tapi dia seolah-olah diperlekehkan. Bila dia kata mahu menjadi lebih baik dan mengikut tuntutan agama dan mengikut sunnah, dikat pula nak berceramah. Ermm agak berat juga yer. Kenapa sampai begitu? Mudah-mudahan kita semua terbuka hati untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa.

Humm tak dinafikan pengalaman saya sendiri pun ada jugak. Biasalah bila kita mula nak buat sesuatu yang baru (perubahan yang positif) macam-macam yang kita akan lalui. Ada yang memberi galakan dan ada jugak yang seolah-olah memandang serong macam memperlekehkan usaha kita. Dan ada juga yang kata 'ala tengok jelah. sure sekerat jalan je tu'. Humm dan macam-macam lagi lah. Dan sememangnya normal kalau kita dapat feedback yang positive dan yang negative.

Kebiasaannya memang macam tu. mungkin orang dah biasa tengok penampilan kita yang ala-ala modern dan stylish so bila kite changed diaorang mcam tengok kita nie weird. macam semacam. Tapi tak pe anggap saja itu sebagai ujian dariNya. Untuk melihat kesungguhan kita dan keikhlasan kita untuk berubah. Saya sendiri pun masih tercari-cari tips untuk mengekalkan istiqamah nie.

Bukan senang, tapi tak bermaksud susah. Again, it's about our efforts and also the most important is our nawaitu (niat). That's the most important to be highlight when we are deciding to do anything in this world. Back to basic. It's all about niat of LILLAHITAA'LA.. Everything we done, or plan to do is all because of ALLAH. No such any other reasons! Bear in ur mind yea.. Me also!

Bila kita niatkan semuanya kerana ALLAH, means kita nak mencari keredhaan ALLAH, in sha ALLAH everything will run smoothly dan ALLAh akan permudahkan. Dan bila apa-apa pun dugaan dan cabaran yang datang, kita akan tetap bersangka baik dengan ALLAH. Hidup manalah yang taidak ditimpa ujian? Betul tak? Semua kita di dunia ni memang akan diuji. Dan ujian yang diberikan tu lain-lain. Ikut kemanpuan dan kesanggupan kita sebenarnya. Dan inilah yang ALLAH sebutkan dalam Al-Quran, "ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA" (Surah Al-Baqarah: 286)



Bila kita berdepan dengan ujian sebegitu, pastikan kita tidak bersedih dan mula merasa give up untuk berubah. Jangan mengalah. Anda tidak bersendirian! ALLAH kan ada.. (: Jadi jangan berputus asa yer.. Jadikan itu sebagai satu cabaran untuk kita menjadi semakin kuat. Jangan terbawa-bawa dengan rasa nak give up. Ingat Syaitan selalu berusaha untuk melemahkan kita. So don't simply surrender. Say something like this "I will survive for the sake of ALLAH". (:

Oleh itu, sentiasa tanamkan dalam hati dan minda kita bahawa Hidup kita, mati kita, semuanya kerana ALLAH. Jadi jangan bimbang. Bersangka baiklah dengan ALLAH. DIA Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. Dan DIA jugalah perancang terbaik. Kita semua kena beringat hidup kita ini tujuannya untuk akhirat. Semua orang bercita-cita untuk masuk Syurga. Jadi, apakah usaha kita kalau kita nak masuk ke Syurga? Masih berbuat dosa? Masih berbuat sesuatu dengan sebab yang selain dari ALLAH? Jom kita sama-sama fikir-fikirkan. Suka saya akan kata-kata Prof Dr Muhaya, hidup jangan mengharapkan penghargaan manusia, tapi hiduplah kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. In Sha ALLAH, selamat dunia dan akhirat.

Jadi apa yang kita tunggu lagi? Kalau selama ini kita katakan bahawa jodoh dan rezeki itu adalah rahsia ALLAH, maka MATI juga adalah Rahsia ALLAH. Jadi mari kita sama-sama betulkan niat kita, elokkan penampilan kita ,akhlak kita, cuci hati dan minda kita, setting untuk perkara yang baik dan mulakan amalan-amalan yang baik. Dan letakkan segalanya hanya kerana ALLAH.

p/s: Bagaimana pula kalau hari ini adalah hari terakhir kita hidup Di dunia??? Adakah kita masih lagi mahu bertangguh untuk membuat kebaikan??? Fikir-fikirkan....

Thursday, 8 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434


Jantungku berdegup kencang hari ni. Kenapa ye? :) Berdebar rasanya. Susah nak diungkapkan. Tak terluah. Apa yang pasti ada rasa gembira dan bahagia disebalik rasa berdebar. :)

Mudah-mudah rasa yang indah ini akan selalu aku rasai tak kira waktu susah atau dalam waktu senang. Senyuman tak lekang dari bibir tapi dalam masa yang sama rasa terharu. Rasa nak menangis pun ada. Ya ALLAH, Alhamdulillah atas segala kurniaanMu selama hayatku ini. Tak terkira, tak terbilang banyaknya nikmat yang telah Engkau berikan. Terima kasih Ya ALLAH..

:) Hati ini masih berdebar lagi. Mungkin merasa terlalu rindukan DIA yang Maha Esa. Terkenang peristiwa hampir setahun yang lalu. Saat menantikan detik tahun baru 1433. Saya menyambut di Masjid Putra, Putrajaya. Itulah moment terindah dalam hati dan hidup ini. Hati disapa dan disentuh dengan cintaNya. Sungguh, terkenangkannya semula mampu membuatkan aku menitiskan air mata ini. Baru aku mengerti dan fahami hakikat kemanisan cinta dariNya yang tiada tandingan. Saat menangisi sesalan akan dosa-dosa silam, aku seolah-olah si anak kecil yang kehilangan ibunya. Menangisi dan menyesali lumur dosa yang berdaki di hati. Semoga Kau terima taubatku Ya ALLAH.

Petang yang damai membawa aku meneyelusuri tabir silam yang kelam. Alhamdulillah, ALLAH mengirimkan sahabat-sahabat yang baik yang banyak membantu aku 'berhijrah' ke fasa yang baru. Berhijrah ke arah yang lebih baik. Terima kasih kak Rosma, Kak Nor Aini, Kak Effie, Raudah dan kak Saadah, mereka ini lah yang banyak membawa aku ke tahap ini hari ini. Rindu nak bertazkirah dan 'sharing session' yang selalu dibuat kat bilik RA dulu. Ternyata memang ALLAh masih menyayangi aku, mahu aku kembali ke fitrah asal manusia. Alhamdulillah aku belajar dan terus berusaha mengamalkan agar terus menutup aurah dengan sempurna. Bukan itu saja aku juga berusaha  untuk memperbaiki dan memperelokkan ahklak dan amal ibadahku. In sha ALLAH, sama-sama kita perbaikinya. Bukan sahabat itu saja yang patut aku berterima kasih, malah Ain roommate ku juga. Banyak berkongsi pandangan dan bersama aku saat aku dalam kesedihan. Tq Puan Ain atas nasihat dan pandangan. Dan banyak menenangkan aku waktu dalam kesukaran.

Sempena tahun baru yang bakal tiba tak lama lagi, aku berharap agar ALLAH terus melimphkan rahmat serta kasih sayangNya buat aku, keluargaku serta Muslimin dan Muslimat yang ada di luar sana. :) Jom kita tulis azam tahun baru kita. Mudah-mudahan dengan izinNya segala harapan dan impian kita tercapai. Ameenn.

Tuesday, 6 November 2012

Do it Dear, All the best! Semoga ALLAH permudahkan...



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kpd semua reader..

Alhamdulillah, new month and welcome November!

Fuuhhh.. semakin menuju hujung tahun semakin banyak yang perlu dilangsaikan. :) Apa pun alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Syukur Ya ALLAH..

Itulah, hidup ni memang tidak terduga, ada saja ujian yang datang menduga. Kan, by right mungkin korang semua rasa cemas dan kelam kabut. Especially for those who's seat for SPM and STPM. To all of you guys, don't get so tensed and nervous, just calm and relaks. Yang penting do all your best! Jangan hiraukan sangat orang sebelah. Hehe.. 

Then tips lain, jaga kesihatan dan keselamatan. Selain tu doa dan tawakkal jer. Sebab bila dah hbs jwp exam tu,tu saje yg mampu kita usahakan. Tapi jgn lupa untuk terus berdoa dan tawakkal.. Hehe by right i pun ada exam esok nie. Open book exam! Lagi susah dari closed-book exam. Trust me. If you are not well prepared, then it will goes the same thing macam you sengaja letak pisau kat perut. Owhhh.. jangan bayangkan!

Apa pun hidup kena banyak sabar, hmm even when u faced difficulties. I pun tersangat tak tahu nak buat apa. Tengah amend my research proposal, since tomorrow i have to submit it by 8.00am! Owhh.. sangat stuck until i don't know what to do. Hehe then i decided to update my blog.. *sempat lagi!* padahal time is running out!

Never mind, it's just like a saying hi to all of you and as one of ways to reduce my nervousness. hehe.. Bila, rasa tak best, you should know how to overcome it or else try to figure out something else due to seek the solution. It's just like to release the tensed and get some idea perhaps. Hehe Hopefully!

By right, never say u'r give up and never stop until you have to do so! To all readers, have a nice day ahead and lets pray the best for us together! Ameenn In sha ALLAH!

p/s: u r the one who will decide what to be done. No one else, its u! So, make the things happen! ;) 

Lovely,
MuzaMutiaraPuteh