It's me

It's me

Friday, 7 September 2012

Ruang Muhasabah Diri

Assalamualaikum semua!

Diam-diam kita bakal tinggalkan 2012 dalam kurang 4 bulan lagi. Sekejap je rupa-rupanya masa berlalu. Dan usia juga semakin bertambah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan berusaha menjadi seorang hamba yang sangat taat kepada Allah.

Alhamdulillah perjalanan hidup kita memang sudah dirancang dengan ALLAH s.w.t. dengan baik sekali. Walau apa saja ujian atau nikmat yang datang, itu semua adalah perancanganNya yang terbaik buat kita. Kadang-kadang memang kita rasa kecewa dan sedih bila ditimpa perkara yang menyedihkan, tapi di sebalik itu semua tersembunyi hikmah yang mungkin kita sendiri tidak sedar. 

Dan kadang-kadang juga bila kita merasa gembira, kita rasakan yang kegembiraan itu adalah perkara yang sangat membahagiakan. Tapi kita juga mungkin tak sedar bahawa kegembiraan yang kita sangka bahagia itu sebenarnya sedang 'membunuh' jiwa dan meruntuhkan akhlak kita. Hmm begitulah. Itulah rahsia ALLAH yang tak mampu kita atau sesiapa pun di dalam dunia ini mampu membacanya. Walau apa sekalipun, jangan jadikannya sebagai alasan untuk kita berputus asa. Kita perlu tenang dan berusaha bersungguh-sungguh, berdoa kepadaNya dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T..

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri. :) Alhamdulillah kehidupan saya semakin baik, dan saya merasakan bahawa saya semakin bahagia dari hari ke hari. Benarlah orang kata, yang penting adalah kita bersangka baik kepada ALLAH. Ini menunjukkan bahawa kita perlu positif dan mengajar diri kita supaya berfikir yang baik-baik kepada ALLAH dan orang lain. InsyaALLAh dengan izinNya, kita boleh mengubah diri kita. Saya banyak membaca tulisan Prof. Dr Muhaya, yang mana bagi saya beliau banyak mengingatkan kepada pembaca dan pendengar supaya  menitik beratkan penjagaan hubungan baik dengan ALLAH, sesama manusia dan persekitaran.

Saya cukup tertarik kepada pendekatan beliau setiap kali berbicara mengenai kehidupan. Bahasa yang digunakan cukup ringkas dan berkesan. Malah pendekatan yang dipraktikkannya sangat mudah untuk difahami. Dan alhamdulillah saya semakin matang dalam melihat sisi kehidupan saya. Jika dahulu saya seorang yang suka bersungut dan mengeluh sekarang sudah berkurangan. Memang benar, siapa diri kita adalah daripada apa yang kita fikirkan, apa yang kita lakukan, apa yang kita sebutkan dan dengan siapa kita memilih untuk dijadikan teman/rakan atau kenalan. Jadi bagi mengubah hidup kita, kita perlu mengubah cara pemikiran kita terlebih dahulu.

Alhamdulillah saya semakin yakin dengan kemampuan diri sendiri apabila selalu berfikiran positif dan bersangka baik dengan ALLAH. Kerana saya percaya tiap sesuatu itu pasti akan ada jalannya. :) Jadi marilah kita bersama-sama memulakan kehidupan kita dengan senyuman dan berfikiran positif. InsyaALLAh kita akan dapat melihat lebih banyak 'keindahan' yang terbentang di hadapan kita. InsyaALLAH. :)

Nota kaki: Jangan bertangguh dalam membuat kebaikan, takut nanti tidak kesampaian. :)




Wednesday, 5 September 2012

Kau Yang Terindah

Ku di sini
Mengalunkan rindu yang resah
Aku di sini memuja bayangmu
Setiap detik degup nadiku hanya untukmu
Cinta membara jiwa gelora

Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cntamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku di sini
Menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan

Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semunya hilang
Bagai semalam semuanya hilang.

Kalau diperhatikan bait lirik lagu ini boleh menjadi lagu ketuhanan. Sesungguhnya ALLAH itu adalah yang Terindah di dalam hidup kita. :) Betul tak? 

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum dan selamat hari raya buat semua.. :)

Hai pembaca semua! Harap-harap masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap terutama yang mengenali diri ini dan jika saya pernah membuatkan kalian kurang selesa dengan tindakan saya, tutur bicara saya dan tak ketinggalan juga dengan bait-bait tulisan saya. Dengan rasa rendah hati saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas ketelanjuran tutur kata atau perbuatan saya. Mudah-mudahan bersempena Syawal yang mulia ini kita sama-sama mensucikan hati, InsyaALLAh.

Agak lama saya 'mendiamkan' diri dari menulis sesuatu di blog ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang. :) Saya masih di sini, tak ke mana-mana pun. Sengaja mendiamkan diri dan betul-betul fokus bercuti semester! Aktiviti utama adalah duduk kat rumah dan 'bekerja' untuk mak saya. :) Bukan selalu ada peluang untuk meluangkan masa dengan Ibu tercinta. Sementara masih bujang ni elok sangatlah spent time dengan mak sendiri kan. :)

Mak saya kata, "Mujur juga kau ade kat kampung raya ni, kalau tak mak tak tahulah sape nk tlg. Kak Noo kau dah kawen," Lepas tu saya kata "Tak pe mak, InsyaALLAH tahun depan Alip cuti 3 bulan lagi pastu bolehla tolong apa yang patut. Tapi kalau tahun yang satu lagi tak tahu lah mak, nanti dah keje tak boleh la cuti 3 bulan kat rumah." Lebih kurang macam tulah. Mak saya pernah cakap lagi. "Mak ni selalu cakap kat diri sendiri, anak-anak perempuan mak ramai yang dah bersuami, yang bujang pulak tak duduk sekali. Nak buat macam mana." Alahai Ibuku. Sedih pulak dengar mak saya cakap macam tu. Saya tak mampu nak menjawab, sekadar senyum. Lama sikit baru saya menjawab "InsyaALLAH mak. Kalau ada rezeki nanti mana tahu Alip dapat kerja dekat-dekat dengan kampung," Dan mak saya pun terus senyap. Humm Mak doakanlah yer.

Sepanjang hampir 3 bulan ni saya cukup rasa seronok dapat temankan mak. Hehe seperti biasa teman mak pegi kebun, bersihkan kawasan luar rumah sampailah bab belajar memasak. Hehehe almost everyday saya memasak. Hehe tapi jangan tanya resepi apa, sebabnya saya masak yang simple-simple aje. Kalau tanya nasi beriyani dengan nasi minyak memang sangat tak pandai. Tapi kalau  mee goreng, insyaallah bolehla. dan paling best belajar memasak ni memang seronok, komen yang kita terima memang banyak membantu untuk kita perbaiki quality masakan kita. Paling best bila menjadi! Terasa dunia ini macam ana yang punya!! Yang pasti  boleh tersenyum sampai termimpi-mimpi.

Tapi yang kurang best, bila dah terlalu lama cuti, kita jadi naik 'lemak' pulak bila nak start 'sekolah' semula. Hehehe alangkah bestnya kalau sekolah tu sebelah rumah. Bolehla tiap-tiap hari balik rumah dan jumpa mak. Hehe.. mimpi jelah kalau nak macam tu kan. Hehe.. Apa pun saya teramat berpuas hati dapat habiskan masa dengan mak saya. :) hehe ini pun dah rindukan mak saya! 

Oklah sampai sini saja untuk kali ini semoga kita berjumpa lagi di lain waktu. Akhir kata dari saya Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua. Kalau buat open house tu jemputlah saya yer ;)

p/s: Raya-raya juga, jomlah sama-sama kita puasa sunnat yer. :)