Sesungguhnya setiap manusia yang ada dibumi ini tidak akan dibiarkan mereka tanpa diuji. Kerana ujian yang Allah berikan untuk membuatkan hambaNya menjual diri mereka kepada ALLAh yang Maha Esa. Dengan cara sentiasa berusaha mencari CintaNya. Dengan cara sentiasa bertakwa kepadaNya dan dengan cara selalu mendambakanNya.
Firman Allah yang bermaksud;
"Apakah manusia
itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut
ayat 2-3).
Kerana itu di setiap diri seorang manusia itu telah dititipkan suatu perasaan halus, dikala dirinya ditimpa permasalahan, ia mencari-cari erti ketenangan. Maka, carilah ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Ya Rabb.. Kepada Yang Maha Esa, Kepada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memberi Ketenangan dan Kekuatan. Kembalilah kepadaNya, carilah CintaNya, kerana itulah pengubat segala duka lara rawan hatimu.
Carilah dan dekatilah ALLAh dalam setiap waktu, dalam setiap saat dan dalam setiap denyut nadi. Kerana Yang Maha PENGASIH dan Maha PENYAYANG itu sentiasa mengasihi kita. Yang memberikan dan Mengurniakan segala nikmat yang kita kecapi saat ini. Jangan hanya tika dipagut kesedihan kita baru bersujud padaNya. Sujudlah padaNya pada setiap ketika, tidak mengira waktu sukar mahupun senang. Kelak, hidupmu pasti merasa bahagia. InshaALLAH..
Belajar untuk sentiasa SABAR dan mendidik HATI untuk selalu berSYUKUR, IKHLAS dan REDHA
It's me
Saturday, 7 April 2012
Sunday, 1 April 2012
Kurniakan Aku Ketenangan Ya ALLAH..
Putus cinta? Patah hati? Atau frust? Alahai.. Lagi-lagi tajuk macam ni kan.. Kadang-kadang ada orang yang dah bosan dgn topic nie. Kenapa aku buka tajuk ni? Sebabnya, aku pun tak terkecuali putus cinta.
Berdosakah bercinta? Jawapannya TIDAK. Sebab, jika si pelakunya menyalurkan cinta ke arah yang betul, ia tak jadi salah. Sebab, kita memang kena cintakan ALLAH, RASUL, IBU BAPA. Dan kalau yang dah bersuami pulak, memang kne cintakan suami sebelum cintakan Ibu dan bapa. MasyaALLAH... Indahkan Islam nie.
Yang menjadi salah apabila si pelaku cinta itu mencintai sesuatu yang tak halal baginya. Cthnya cintakan kekasih lah,sampai sanggup buat ape saja sehingga menggadai maruh. Huhu.. sedih kan kalau macam tuh. Nauzubillah..
Okay, sekarang ni, mest korang tertanya-tanya kenapa aku kate aku frust bercinta. Jawapannya, sebab my ex-boyfrien nk kawen dgn org lain. Huhuhuhu... tak de jodoh. Sedih memang sedih, sebab kami plan nk kawen tahun nie. Tapi, Allah tak mengizinkan. Cintaku dihalangan dr pihak keluarga aku. Halangan dr keluarga ini sebenarnya adalah 'pengantara' yang Allah cuba katakan kpdku bahawa memang kami tidak berjodoh. Sedih.. Tapi aku tak boleh nak salahkan takdir yang tertulis. Untuk apa mempersoalkan takdir nie kan.. Tak boleh. Kena Redha. Walaupun bukan senang, tapi aku kene kuat jugak. Aku kena teruskan, kena yakin yang Allah dah persiapkan jodoh yang terbaik untuk aku. Ye! Aku kena yakin!
Aku tak nafikan bekas kekasihku tu seorang yang baik agamanya. Kerana itu aku memilihnya. Tapi, sudah takdir aku bukan untuknya. Mungkin aku yang tidak cukup baik untuk dirinya. Entahlah. Aku tak mahu terus-terusan melayan perasaan. Semalam, aku fikirkan aku tak rela untuk lihat dia bahagia dgn oarang lain. Astagfirullah.. Tak baik kan. Tapi selepas bermuhasabah diri dan mendekatkan diri aku dgn Allah, aku bertambah rasional. Saat ini, aku boleh saja mendoakan kebahagiaan untuk dia. Harap-harap lepas ni dia akan terus lupakan aku. dan aku pun kena lupakan dia. Anggap saja semuanya macam satu mimpi..
Bukan aku tak sudi nak menganggap dia sebagai sahabat lagi, tapi aku rasa yang terbaik adalah aku dan dia langsung tak berhubung terus. Aku tahu hati aku. Hati aku mudah goyah. Bimbang nanti ada perassan cinta dan sayang tu datang. Dan ini sangat tak bagus andai boleh menganggu rumahtangga dia nanti. Ape pun, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Walaupun dari jauh, aku akan tetap kenang kebaikan yang pernah dia berikan padaku sebelum ini. Semoga dia akan sentiasa berbahagia sampai ke syurga. Ameen.
Dan semoga Allah kurniakan kpdku seorang suami yang soleh, yang akan menjadi Imam untuk sepanjang hayatku. Agar kami bersama-sama menghidupkan cara hidup Islam dan nikmat Iman, dikurniakan zuriat-zuriat yg soleh dan solehah.Dan semoga Allah juga mengurniakan aku kebahagiaan, ketenangan, kejayaan di dunia dan di Akhirat. Ameen
Semoga kita semua beroleh keredhaan ALLAH S.W.T.. Ameen Ya Rabbal Alameen..
Semoga kita semua beroleh keredhaan ALLAH S.W.T.. Ameen Ya Rabbal Alameen..
Nota kaki: Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita. Ameen..
Syukur- ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nikmat nyawa kepadaku untuk hari ini. :) Alhamdulillah Ya Allah..
Minggu ini adalah mid term break saya. :) Bestkan? So, hari ini, saya plan untuk balik kampung. nak jumpa Mak yang tersayang, sebab dah rindu kat mak sangat-sangat.
Mak, tunggu anak mak ni balik yer. Mudah-mudahan semuanya selamat sepanjang perjalanan.
Hari nie, terasa nak menulis sesuatu memandangkan ada masa terluang. Sungguh, enam minggu bergelar student sangat mencabar yer. Hehe.. al maklumlah. tanggungjawab sebagai student kan.. Assignment, quizzes, tesst, presentations and group discussions. Hehe.. agak payah juga yer bagi lidah melayu-jawa macam saya nie nak biasakan diri speaking mat salleh..hihi But, its okay. Still kene polish lagi. Jangan Putus asa wahai Cik Mutiara Puteh! =)
So far, Alhamdulillah. Biarpun bermacam dugaan yang datang, Allah sentiasa beri saya petunjuk untuk menyelesaikannya dengan baik. Kalau pun masih belum selesai, Allah beri saya Ilham untuk berusaha mengatasinya. Alhamdulillah.. Saya sangat yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita. Jadi, jangan ragu-ragu dengan janji Allah. Sebaliknya kita perlu sentiasa muhasabah diri, di mana kita berada sekarang? Adakah kita di tahap berusaha untuk bersabar atau di tahap hanya mengeluh seolah-olah tidak bersyukur. Fikir-fikirkan.. ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)