It's me

It's me

Tuesday, 2 July 2013

U.J.I.A.N

Alhamdulillah... Aku masih berupaya menikmati kehidupan yang terlalu bermakna ini. Terima kasih Ya Allah..



Hidup. Tak sunyi dari ujian dan dugaan. Saat tertawa gembira, belum pasti 'isinya' benar-benar bahagia. Namun, dalam sulaman tawa ada tangisan. Biarpun keadaannya seolah dirundung kesedihan yang mendalam, andai kita menghargai tiap lekuk senyuman dan tiap derai manik jernih, kita akan temui nikmat sabar dan syukur dalam setiap yang dilalui.

Tiap dari kita sentiasa diuji olehNya. Sebagai tanda kasih dan sayangNya. Tanda Dia mahu kita mengingatiNya. Ya. Kita mudah alpa. Mudah leka dan mudah menjauh dari Dia. Kerana itu, terkadang ujian dan dugaan diberikan kepada kita,. Sebagai tanda peringatan. Sebagai ingatan agar kita tak menjauh dariNya. Agar kita tetap tekun dalam mengingatiNya.

Biarpun ada ketika kita merasa lelah, tapi, sebenarnya kita mampu melaluinya. Andai usaha tidak membuahkan hasil, bertawakallah.. Bertekunlah dalam memanjatkan doa kepadaNya. Kerana hanya ALLAH tempat kita bergantung harap. Hanya Dia, tempat kita mengadu dan mencari ketenangan. Hanya padaNya kita memohon supaya diberikan kekuatan Iman, Fizikal dan emosi. Hanya padaNya.

Saat kesukaran kita sering kali diuji. Diuji dengan pelbagai kemungkinan. Antara untuk memilih jalan yang benar atau yang batil. Yang jelas atau yang samar, yang halal atau yang haram dan yang putih atau yang hitam. Jika tanpa iman yang kukuh dan mantap, kita bisa tergelincir dari landasan yang tepat. Jangan. Jangan sesekalipun terpesong, lari atau tergelincir dari kebenaran Islam. Jangan tersilap langkah dalam menentu cari arah yang pasti. jaga Iman, jaga Aqidah dan jaga Akhlaq.

Kami sekeluarga sedang diuji.. Sudah sebulan abang saya yang ke-Dua bertarung nyawa di hospital. Yang pada awalnya disahkan dijangkiti  virus kencing tikus. Saat keadaannya semakin pulih, tiada siapa menyangka, jerebu yang melanda menjadikan keadaan semakin buruk. Sehingga kini, the doctor said, his lungs damage and most probably if he will be fine, he can't breath like us, in a normal way. He need an oxygen machine to help him. If not... only Allah knows. Usaha bagi merawatnya telah, sudah dan masih giat dijalankan. Namun, belum membuahkan hasil positive. Masih begitu juga keadaannya. Tiada perubahan. Masih tidak sedarkan diri. Untuk diceritakan perkembangannya, aku seakan tiada kudrat. Masih di ICU. Saat sebelum jerebu teruk melanda di daerah Muar dua minggu lalu, keadaannya semakin pulih. Boleh bercakap, boleh makan dan boleh tersenyum senang. Siapa menyangka, Ujian dariNya.. Doa dan harapan tak pernah putus. Moga ALLAH memberikan kesembuhan kepada abangku, Mohd Asree Bin Samean.

Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan pembaca semua. Saat ujian ini melanda, kami semua (adik beradik) belajar sesuatu. Abang saya tersangat menjaga hubungannya dengan ibu kami. Terlalu menyantuni Ibu. Tak pernah walau sekali pun meninggikan suara dengan ibu kami. Tak pernah menyatakan bahawa dia sedang dalam kesusahan. Melainkan mohon agar Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya, isterinya dan anak-anaknya. That' the value, the very best value of him.

Luluh hati, saat melihat ibu menangis kesedihan dalam senyum ikhlas ibu. Ibu seolah menyalahkan dirinya sendiri kerana kurang mengambil tahu perihal kesihatan anaknya. Tidak ibu. Bukan salahmu ibu! Ini takdirNya. Ini jalan cerita yang Dia ceriterakan buat kita semua. Ternyata ayat-ayat itu hanya berkumandang dalam sanubariku sahaja. Tidak terluah dengan kata-kata. Kami semua masih sugul dan tak berhenti berdoa. Kami benar-benar mengharapkan keajaiban Allah. And we never stop from hoping that there will be a miracle from Allah. Please Ya Allah, help him. Cure the illness.

Abang yang berusia 46 tahun, mempunyai seorang isteri yang kini menjaga dia sepenuh masa. Anak-anak yang berusia 19, 14 dan 9 tahun masih muda sudah menjalani ujian yang berat. Namun, sesungguhnya mereka sebenarnya mampu untuk mengharunginya, kerana itu ujian ini untuk mereka dan kami. Kini, Kami hanya mampu berserah kepadaNya. Semoga Allah membantu kami semua. Dan semoga kami redha.




Thursday, 13 June 2013

SUARA HATI SEORANG INSAN KERDIL

Ya Allah..
Aku berharap agar keberadaan diriku mampu membiaskan senyuman dibibir setiap yang berada disampingku..
Ku tahu, aku bukan sempurna.
Aku hanya insan biasa.
Tak terlepas dari khilaf dan dosa..
Aku hanya insan biasa..
Yang mahu dan berusaha untuk menjadi baik dan lebih baik..

Ya Allah..
Moga kehadiranku mampu membahagiakan mereka yang berada di dalam hidupku..
Moga aku mampu memberikan yang terbaik..
Dan semoga aku mampu menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat di dunia dan di akhirat untuk mereka..
Moga hidupku ini tidak sia-sia..

Bantu aku Ya Illahi..
Ampuni segala dosa-dosaku, 
Dosa ibu bapaku,
Dosa ahli keluargaku,
Dosa guru-guruku..,
Dosa sahabat-sahabatku..
Dan dosa muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah tiada.

Ya Allah, Ya Rabb..
Kuat dan tetapkan Iman dan Aqidahku Hanya untukMu,
Kerana di sepanjang perjalanan hidup ini,
Tak selalunya laluan itu mudah..
Tak selalunya laluan itu menyenangkan..
Ku yakin. Hanya Engkau yang Maha Tahu segalanya.
Ku Yakin. Hanya Engkau yang Maha Berkuasa..
Sesungguhnya Hanya engkau tempat aku meminta pertolongan..
Bantu aku Ya Allah..
Ameennnn...


Wednesday, 22 May 2013

Kisah minatku

Alhamdulillah.. Bertemu lagi kita untuk kali ini.

Setiap kali hati ini tergerak untuk menukilkan sesuatu, pasti aku diburu rasa resah. Bagiku, bukan mudah untuk mencoretkan sesuatu tanpa mempunyai isi yang kuat. Kerana tidak dapat tidak, aku bertekad mulai menulis bukan untuk sia-sia. Aku juga menulis bukan kerna nama, aku menulis sekadar menginginkan supaya ada sesuatu yang mampu aku kongsikan kepada ramai.

Jari jemari ini terkadang seakan kaku untuk menekan-nekan keyboard saat minda tidak mendapat capaian buah fikiran. Terlalu sering juga aku merasa kecewa andai tidak dapat menulis dengan baik. Entah. Adakah ini jalan sebenar kehidupanku? Untuk mendambakan hidup menyusun ayat demi menceritakan sesuatu yang bermanfaat? Kiranya, bila wujud keinginan untuk menulis sebegini? Aku? Aku sendiri masih tertanya. Dari mana datangnya ilham untuk memulai 'kerjaya' baru ku ini. Jawapan yang kucari akhirnya aku temui. Alhamdulillah. Segalanya dari DIA. Dari Tuhan Yang Satu. Dari Tuhan Sekelian Alam. ALLAH SWT. Tanpa ragu, segala ilham, buah fikiran dan kemahuan ini datangnya dari DIA.

Suatu ketika dulu, saat aku menginjak usia remaja, aku gemar membaca karya-karya seni. bagiku, aku seolah 'bernyawa' saat membaca cerita dan garapan buah fikiran bernas yang berseni dari insan istimewa, iaitu pengkarya seni penulisan. Secara separa sedar, sebenarnya aku mulai minat dalam bidang penulisan. Namun, tidak pernah kusuarakan tentang kecenderungan minat ini kepada sesiapa pada waktu itu. Aneh bukan? Bagiku, ia sekadar minat yang bercambah. tapi tidak pula kupandang berat akan minatku itu. Bagiku, cukup sekadar menjadi hobi sampingan. 

Kini, tanpa kusedari, suatu yang kuminat itulah yang aku terlalu inginkan lakukan. Sesal? Tidak. Aku percaya andai lakaran takdir tertulis untuk aku menjadi seorang penulis, suatu masa nanti ia pasti akan menjadi kenyataan. Ya. AKu pasti. Kerana itu janji Tuhan Yang Maha Esa. Dia telah mempersiapkan jalan penghidupan setiap dari kita.

Tahun 2000 adalah permulaan kembara aku dalam mengagumi karya kesusasteraan melayu. Tambahan pula aku merupakan kelompok pertama yang mengunakan medium Kesusasteraan dalam pembelajaran di peringat sekolah menengah. Masya Allah, tak tergambar bagaimana rupa untuk belajar menghabisi membaca hasil karya garapan para sasterawan. Alhamdulillah, aku mampu membiasakan diri. Novel pertama sewaktu berada di tingkatan satu, Anak Din Biola, dari situ aku mula tahu aku sudah jatuh cinta pada karya seni penulisan!

Rentetan dari itu, aku mulai gemar membaca, tidak seperti ketika di zaman persekolahan, sekolah rendah dahulu.

Cinta aku pada seni penulisan mulai bercambah saat mendengar kembali pengalaman pahit jerih kehidupan orang tua ku. Waktu itu, aku menanam azam agar suatu hari nanti aku bisa menulis untuk mereka. Aku ingin mengabadikan kisah mereka agar menjadi ingatan bagi kami semua. Malah aku mahu kongsikan agar menjadi sumber kekuatan dalam kehidupan di dunia.

Rupanya minat dan kecenderunganku tak pernah 'tidur'. Sentiasa segar dan memekar seakan mawar merah. Jika tidak menulis panjang, pasti ada saja coretan yang kulayangkan di dalam cebisan buku tulis sekolah tahun-tahun yang sudah. Aku aku senang untuk mencoret di mana-mana buku yang kurasakan sesuai. Sesuka hati dan tak mengira waktu. Ya. Kerana saat ilham itu tiba, aku harus pantas mencatat. Agar tidak aku terlupa akannya.

Saat mulai menulis, aku sedar. Aku seolah berada di ruang lingkup rekaan aku sendiri. Seolah aku 'hidup' di alam bayangan yang ku reka sendiri. Aku menginginkan agar pembaca juga mampu merasa seolah 'hidup' di dalam ruang penceritaanku. Atau cukup sekadar pembaca seakan sedang menonton sebuah sikuel panjang yang tiada gangguan insan lain. Jika benar semua penulis mampu merasa sebegitu, maka aku yakin aku masih di paras normal di kalangan masyarakat. Alhamdulillah. Saat menulis juga aku rela menahan kantuk, supaya tidak hilang ilham yang datang. Supaya tiap bait ceritanyanya kemas tersusun penuh tertib mengikut aturan.

(source: Google.com)

Hari ini, aku mulai menulis di bolg aku sendiri. Cita-cita dan cinta itu tak pernah surut. Masih marak di dalam jiwa. Aku mahu meneruskan impian aku yang terlalu pelbagai itu. Menyudahi pembelajaran, mahu menjadi pendidik demi agama dan anak bangsa, mahu bergelar usahawan, mahu bergelar penulis dan mahu bergelar aktivisi kemanusiaan. Segalanya aku mahu. Malah, dia semakin bercambah dan segar perlaha-lahan. Ku mohon padaMu Ya Allah, agar kau tetapkan hati ini agar istiqamah selalu.