Friday 10 October 2014

Coretan lagi

Assalamualaikum semua..

Semoga anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih sayang Allah SWT. Dan semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Sudah berbulan tidak saya coretankan walau sepatah perkataan di blog ini. Terlalu banyak perkara yang telah saya dan keluarga lalui sepanjang tempoh beberapa bulan ini. Benarlah bahawa sesungguh nya kehidupan sebagai hambaNya tidak pernah kita sunyi dari ujian iaity sapaan kasih sayang yang abadi dari DIA, Tuhan Yang Maha Esa.

Seminggu selepas Aidilfitri, abang saya yang kedua telah kembali menemui Ilahi. Allahyarham Mohd Asree b. Samean/Kasminah meninggalkan seorang balu dan tiga aorang anak yang berusia 10 thn, 15 thn dan 20 thn.

Kami redha atas pemergiannya kerana kami percaya ini kehendak Yang Maha Esa. Kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Dan daripadaNya kita datang, kepadaNya jualah kita kembali. "Allahumaa firghlahu warhamhu waafihi wafu'anhu.Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh. InShaa Allah.

Buat kanda yang dikasihi, moga tenanglah di sana. Semoga abang As bahagia dan gembira bertemu Almarhum ayahanda, Samean b. Sulaiman/Hasnah dan Almarhumah kekanda Siti Aisyah binti Samean/Kasminah, iaitu adinda bagi kekanda Asree dan kekanda bagiku.

Banyak episod yang sedikit merentap tangkai hati. Terutamanya buat Bondaku, Kasminah binti Kamar@Kamal. Bonda, berat sungguh ujian yang diberi kepadamu duhai bondaku yang tercinta. Bersabarlah bonda, semoga Syurga Firdausi buatmu dan ayahanda nanti, bersama kami nanti kita ketemu kembali di syurgawi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon kekuatan dan kesabaran..
Hanya padaMu kami mohon perlindungan dan memohon pertolongan.
Bantulah kami dalam melalui denai-denai harapan disepanjang perjalan kehidupan.
Tetapkan hati-hati kami di jalan yang Engkau Redhai.
Dan janganlah Engkau golongkan kami dikalangan hambaMu yang Engkau murkai.

Semoga kami terus di jalan bersma orang-orang yang KAU kurniakan nikmat dan senantiasa mensyukuri nikmatMu Ya Allah.
Ameennn..
Allahumma Ameennn...




No comments:

Post a Comment