Monday 21 January 2013

RUMAH IMPIAN Bab 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :) 

Hari ini saya berkesempatan untuk meng'update' sambungan cerpen "Rumah Impian". Semoga memberi manfaat kepada semua. In Shaa ALLAH.


*********************************************************************


'Syuhadah!' Aina memanggil dari kejauhan berserta lambaian ke arahnya.

'Aina!?' soal Syuhadah terkejut tapi tetap tersenyum saat terpandangkan Aina.


'Aku panggil dari tadi lagi, tapi kau tak dengar.' terang Aina dengan senyum di bibir.


'Sorry Aina. Aku memang betul-betul tak dengar. Tengah fokus fikir nak makan apa.' balas Syuhadah dengan nada kesal.


'Tak apa. Aku faham sangat dengan kau. Jom, kita pergi order makanan sama-sama,' balas Aina.


Sambil tersenyum, syuhadah menganggukkan kepalanya.


'Jom! Eh, ko sampai sini pukul berapa tadi? soal Syuhadah seraya mereka menuju ke kaunter makanan panas.


'Pukul 11 tadi, aku dari rumah mertua aku. Then singgah bilik kejap sebelum pergi class,' panjang jawapan Aina.


'Oh okay. Aku dari rumah akak aku pagi tadi. Malam semalam aku balik sana,' sambung Syuhadah lagi.


'Dah agak dah,' Dan Aina hanya tersenyum saat Syuhadah memberi respond.


Mereka menunggu sekitar 15 minit sambil berbual kosong tentang class tadi dan berkaitan assesment mereka. selingan sementara menunggu order makanan panas mereka siap, mereka order minuman pula. Aina setia dengan Teh O panas manakala Syuhadah memilih air limau suam kurang manis untuk dinikmati bersama char kuey teow. Macam tak kena padanan makanan dan minuman, tapi. Humm biarlah. Dah tekaknya teringinkan keduanya petang itu. 


Setelah itu, mereka berjalan menuju kaunter pembayaran lalu membayar. 

Usai membuat pembayaran, mereka bergerak pula ke arah sebuah meja kosong di sudut cafe. Dan setelah duduk dan dengan penuh tertib keduanya memanjatkan doa sebelum makan. 

'Syu,final paper kau yang paling last bila Syu?'


'Humm 28 hari bulan. Hurmm setakat ni memang yang tu yang confirm. Kau Aina?' balas Syu sambil menyuap char kuey teow basah ke mulutnya.


'Eh Samalah. 28hb jugak!' jawab Aina excited sambil menyuap mee goreng basah.


'Oh yeke. So, bila kau nak check out?'


'Tak sure lagi Syu. Aku kena tanya husband aku dulu. Kau?'


'Aku ingat nak check out weekend tu. Since 28 tu kan hari jumaat. Tapi office buka ke hari sabtu?'


'Humm tak sure lah pulak. Apa kata Kita makan dulu then kita tanya kat office.' 


'Ok sat lagi kita pergi. Ehh ala.. dah pukul 6 kan. Office dah tutuplah kawan.'


'A'ah lah.. kita ni office hour pun sampai lupa. Teruk betul.'

'Hehe.. tulah lecture 3 hours memang otak jadi hang sekejap! Penangan Masters!'

'Hehe betullah Syu, macam teruk sangat kan kita ni. Aku kadang-kadang confuse, kita ni menghambat masa or dihambat masa? Masa kejar kita or kita yang kejar masa?'

'hehe... dua-dua kot Aina. Tu yang upside down hidup kita ni kalau dah start belajar. Ermm..Alahai.. tak larat pulak nak habiskan makanan ni.'

'Aii, baru makan berapa suap je dah kenyang?

'Hehe... dah masuk angin kot. Lewat makan. Tadi lunch tak sempat nak makan. Minum air je.'

'Pulak. Syu, lama kan kita tak makan sama? Selalu kita busy dengan hal masing-masing.'

'Tu lah kan.. Masing-masing sibuk. Nak-nak pulak lepas kau kahwin ni. Tinggal lah aku sorang-sorang. 

'Isyh kau ni, janganlah buat ayat sedih macam tu. Kenapa sejak aku kahwin ni lain sangat ke Syu?'

'Mula-mula aku rase macam sama je. Tapi bila lama-lama kan, dari sehari ke sehari, baru aku nampak dan sedar yang orang dah kahwin ni lain.'

'Ni kenapa pulak kau senyum lain macam ni? Apa yang lainnya? Aku still sama jelah Syu. Tak ada yang lainnya.'

'Aina.. mungkin kau tak perasan atau tak sedar. tapi memang hakikat orang yang dah kahwin dan yang belum kahwin ni lain tau. Walaupun kau 'PJJ' kejap dengan hubby kau, still kau tu isteri orang. Nak buat apa-apa pun minta izin dari suami. lainlah macam aku ni. Semuanya pun timbang tara sendiri. Paling tak memang aku akan beritahu mak aku. Cuma tak nak terlalu bagi tahu semua perkara. Bimbang nanti mak aku bertambah risau. Humm karang ada pulak yang mak aku tak tidur lena fikirkan masalah aku atau apa-apa urusan aku.'

'Tu lah kan. Aku masa first week kahwin tu, rasa macam tak percaya yang aku dah kahwin. Tapi lepas tu baru mula biasakan diri. Mula-mula memang macam pelik. Hehe nak tergelak je kalau di ingat.'

'Amboi..hehe yela orang yang semakin bahagia kan. Eloklah tu. Alhamdulillah. Lepas ni doakan untuk aku pula yer'

'In Shaa Allah Syu. Aku selalu doakan untuk kau. Semoga cepat bertemu jodoh. Ameennn.'

'Thanks Aina. Kau memang baik...'

'Ala no biggie lah dear. Selagi termampu aku cuba usahakan untuk kau, tolong doakan untuk kau.' 

'Kau ni Aina, selalu buatkan aku terharu. Thanks again. Alhamdulillah ada kawan yang macam kau ni..'

'Dah, dah jangan nak touching-touching sangat. Kau pun selama ni selalu dan banyak sangat bagi semangat and suci dengar luahan perasaan aku. Thanks jugak tau.'

'And thanks to you too Aina. Eh, ni esok kau balik rumah husband kau ke?'

'Tak kot. Busy lah Syu. Banyak reports nak kena siapkan. Khamis ni pulak aku ada exam. Aku balik Jumaat pagi lah kot. Humm nak dekat hujung semseter ni memang macam ni lah kan,'


'Samalah. Aku malam tadi tak boleh nak tidur. Try banyak kali lelap mata, at last pukul 3 lebih baru aku 'hilang','


'Isyhh tu penangan study banyak sangat lah tu,'


'Hum Aina, tolonglah! Kau ni macam tak kenal aku. Study la sangat kalau membaca sekejap-sekejap then mulalah buat benda lain. Baca blog lah.. Then, malam tadi aku baca journal untuk siapkan assignments tapi mengantuk pulak bila baca. Pastu konon-konon try nak tidur , tapi bila nak tidur tak boleh pulak. Tu yang lepas tu sibuk membaca blog. Hehe macam-macam betul aku ni.'


'Isyhh journals, memanglah. Dah la nak kena fahamkan terms dia kan. Lepas tu nak kena cari dia punya content lagi. Sabar jelah.'


'Itulah memang lah mencabar jiwa dan raga. Elok baca abstract dulu, lepas tu tengok meet tak dengan apa yang kita nak cari.'


'Kau dah habis makan?' soal Aina.

'Dah habis dah pun.'

'Eh.. jomlah dah nak maghrib ni. Karang lewat pulak kita solat.'

'A'ah, jom Aina.'

'Bila dah kenyang, mengantuklah pula mata ni. Isyhh..'

'Sabar-sabar after mghrib nanti kita sama-sama tidur jap ye cik Syuhada' ucap Aina sambil tersenyum dengan membuat mata kuyu.

Comel! Secomel tuan empunya badan. Aina memang penghibur jiwa dan lara. Itulah roommate terbaik untukku. Alhamdulillah Allah mentakdirkan kami bertemu dan berkongsi bilik bersama. Bersuka dan berduka bersama. Terima kasih Allah. Kerana mengirimkan teman sejati yang sentiasa memberi sokongan kepadaku. Doaku selalu mengiringi mu sahabatku.

Usai Aina parkir kereta di parkir blok kediaman mereka, mereka berjalan perlahan menuju bilik mereka di aras empat.. Wahai hati, tabahlah. Kuatlah dalam melalui setiap yang Allah berikan kepadamu. Tak kira nikmat atau kesukaran, kerana ia tidak lebih sekadar ujian buatmu. Ingatlah setiap yang terjadi adalah yang terbaik buatmu. Cari hikmah disebaliknya dan jangan hanya berkeluh kesah. Syukurilah kerana kau masih mampu melihat, mendengar dan berjalan di bumi ini, sedangkan insan lain, belum tentu lagi keadaannya.

'Syu, kau ok ke ni? Senyap je aku tengok. Macam tengah fikirkan sesuatu.'


'Haa....? Oh..! aku ok je. Maybe letih sikit kot. Class since morning kan. Pastu tadi de class ganti lagi."

"Oh.. Risau aku tengok kau tiba-tiba senyap. Ingatkan kenapa.'

"Aku ok lah.. Jangan risau yer.' sambil Syu menghadiahkan senyuman manis kepada Aina.

'Eh.. mana pula kunci bilik aku ni. Tadi aku campak dalam beg'

"Tak pe Aina, guna kunci aku.' 

'Aina, aina semakin kelam kabut sejak-sejak kau dah kahwin ni. rileks Aina... rileks..'

'Haha..terukkan aku? Laki aku asyiklah bising dengan clumsy aku ni.'

'Haha.. aku pun sama. clumsy and panic tak pasal-pasal. Dah jom kita masuk.'

'Assalamualaikum' serentak mereka memberi salam.

Serentak itu juga azan maghrib berkumandang dari masjid dan surau-surau berdekatan. Alhamdulillah sempat sampai bilik sebelum maghrib. Lantas mereka pun bersegera bersiap untuk membersihkan diri agar dapt bersolat bersama nanti.

Usai solat maghrib berjemaah, mereka mengaji bersama. Itulah rutin jika berkesempatan. Sementara menunggu isyak, mereka sering mengaji atau berkongsi tazkirah. Indah kehidupan mereka kerana menghidupkan atau mengimarahkan bilik mereka. Usai azan isyak berkumandang, mereka mendirikan solat bersama hingga usai bersalaman dan berpeluk cium. Masing-masing tersenyum sambil memohan maaf andai ada khilaf yang tidak disengajakan. Saat melipat dan mengemas sejadah dan telekung, Syuhada mula mengajak Aina bersembang.

'Aina, terasa macam dah lama kita tak solat dan mengaji bersama kan?'

'A'ah.. sejak aku kahwin ni dah jarang sangat kita solat dan mengaji bersama.'

'Tak apa lah. Kau dah ada tanggungjawab yang lebih wajib untuk kau utamakan. Kau mestilah kena utamakan suami dari temankan aku kan.'

'Suami memang suami, tapi kawan... tetap kawan. In Shaa ALLAH aku akan sentiasa ada untuk kau Syu. Jangan risau ye.'

'Terima kasih banyak-banyak Aina. Kau memang kawan yang paling best dalam dunia!'


'Kau ni tak habis-habis memuji. Kau pun sama kawanku! The best ever. The best roommate yang ada dalam dunia ni. Yang paling memahami aku dan aku terharu sebab kau percayakan aku untuk kau adukan masalah.'

'Hihihi.. kau pun sama Aina. Thanks sebab percayakan aku sampai kau ceritakan masalah kau kat aku. Ehh tapi kan. sekarang aku bukan lagi the best roommate kau Aina.'

'Aik.. kenapa pulak?'

'Yela haruslah Mr. Hubby kau yang dah jadi the best roommate untuk kau sekarang. Hehehe..'

'Syuhadah! Eeeii.. kau ni. Tu lain lah. Kau lain. Pandai je kau ehh..Haha...' serentak itu Aina memukul Syu dengan bantal segi empat tepat kesayanganya. Dan sekali lagi meledak ketawa gembira mereka.'

'Isyhh.. melampau dah wei kita ni ketawa. Astargfirullah....'

Serentak itu juga mereka beristigfar dan berbaring di katil masing-masing. Dan ketawa mereka mulai surut.

'Syuhadah mula mengiring ke kiri untuk melihat ke arah Aina Yang berbaring lurus.

'Ermm Aina... Aku ada benda sikitlah nak cakap dengan kau ni.'

'Apa dia Syu? Macam suspen je ni...'

'Ermm.. sebenarnyakan.. Saif jemput aku ke majlis dia.'

'Eh, betul ke ni?' dengan nada terkejut Aina lantas duduk menyandar di dinding dari berbaring di katilnya.


'Betul la Aina. Tak kan lah aku nak main-main pulak.' nada Syuhadah tiada intonasi.


Parah kalau nada suaranya tiada intonasi. Susah mahu menelah. Ok ke tak Syuhada bila nada suaranya sekadar mendatar. 

'Habis tu kau macam mana? Nak pergi ke tak?' Soal AIna lagi.


"I don't know. Some part of my heart saying that I should't go. But some other, saying I should."


'I think better you don't go. Yelah what for kan? Nanti kau je yang lagi sedih. Yang sudah tu sudahlah Syu.


'I guess so. Lagi pun at the same day, best friend aku masa sekolah dulu pun kahwin. Tak kanlah dari kampung aku nak berkejar ke majlis dia semata-mata kan. Humm Honestly, I feel better and release right now. Finally, he will married. Alhamdulillah. I think i did the right thing Aina. Melepaskan dia walaupun aku terlalu sayang dan cintakan dia.


'Yes dear,You are. Syu, remember. Love isn't about the possessiveness towards someone you loved, but love is making the ones live their life by his or her own way. It might not be with you, but somehow love is just call a love when you giving a chance for them to live happily. And I believe at the same time you'll be happy too. Sounds weird, but then you'll feel better and you'll appreciate with what you've done.'


'True indeed Aina. I feel like I'm born again. A new of me. Let him away doesn't mean I don't loved him. I do love him enough until I have the strength to let him go. So i think I'm the one who need to move on. Humm life is so mysterious! I would say that i'm just like in the story of Adele's song, someone like you. And I'm already gone! Yes. That's it! Alhamdulillah, After all I would say that I'm Redha with everything that Allah plan for me Aina. And i believe this is the best for me and others.'


'Bingo! Alhamdulillah.. Finally. You are.. ohh dear.. I don't know how to say. Kau hebat! Hebat sebab dapat lalui semua ni dengan tenang. Please dear, jangan risau ye. In Shaa Allah akan ada yang terbaik buat kau lepas ni. percayalah. Jangan putus berdoa dan berharap padaNya. ingatlah DIA tak pernah menghampakan kita.'

'Yes you are right. Aku pun tak tahu lah Aina. Kadang-kadang aku okay. Tapi kadang-kadang hati ni mula terkenangkan perkara dulu-dulu. Tu yang aku tak berapa suka tu. Humm tapikan honestly aku memang okay dan tumpang happy bila dia nak kahwin ni. Alhamdulillah, finally dia dapat bahagia yang sepatutnya. Kalau aku kenangkan balik, masa kita orang bercinta dulu, saat manis dan bahagianya kejap aje. Bila family aku start tak bagi, aku mula gelisah siang malam. Dia pun sama jugak. Tak tenang, stress dan kami ni macam menderita aje. Ni bila tahu dia memang nak kahwin, alhamdulillah aku yakin yang dia semakin bahagia. Aku tumpang seronok Aina. Sekurang-kurangnya aku bukan lagi beban dalam fikiran dia.'

'Alhamdulillah Syu. In Shaa ALLAH, masa kau akan sampai nanti. Memang bukan takdirnya untuk kau dengan dia. Sebab tu agaknya korang ni sorang bahagia tu datang cepat dan sorang lagi bahagia datang lambat. Apa pun alhamdulillah kau dapat harungi dugaan ni dengan tenang dan sabar. In Sha ALLAH, ada ganjaran untuk kau Syu. Aku doakan semoga kau juga akan beroleh kebahagiaan kau Syu.


'In Shaa ALLAH, mudah-mudahan Aina. Aku harap dia pun akan terus bahagia sampai syurga. Again thank you so much dear sister Aina! Kau memang sahabat yang paling best. Love you so much!!'


'Thanks to you too Syu. Love you more!' Ehh dah pukul 10.30? Cepatnya masa berlalu kan. Terasa macam baru sekejap bersembang. Rupanya dah sejam lebih. So, apa kita nak buat ni? Kau nak study ke Syu?

'Hehe.. 10.30 pm already kan? Humm... as usual.. tidur! So, In Sha ALLAH Esok kita bangun awal. Boleh qiam and study.'

'Hehe.. good idea. Ehh.. sekejap. Senyap je hubby aku ni? Whatsaap tak reply. Tidur dah ke dia?'

'Call jelah Puan Aina! nak susah-susah buat apa.'

'Hehe kau memang bijak!'

'Aina, aina kau memang aneh itu pun kau kira bijak ke? Itu namanya responds yang normal tau.' 

'Laa.. kira bijak lah tu sebab boleh bagi suggestion yang tepat pada waktu yang sangat tepat. Apa kau ingat bijak tu bila seseorang hanya dapat menghafal dan menggunakan theory pada satu-satu masa? kalau itu yang kau klasifikasikan sebagai bijak, memang susahlah cik Syuhadah.. Jawapnya esok-esok kau boleh under estimate orang yang sekadar memberi pandangan yang biasa je sayang.'

'Isyhh.. kau ni ke situ pulak. Bukanlah. Yela sekadar bagi saranan yang biasa, aku tak rasa itu bijak or excellent. Itu mungkin sekadar ilham biasa. But well it depends on personal point of view kan. It might vary for each person.'

'See, for the very simple things, you come out with a very different answer. Memanglah kau ni bijak.'

'By the way, huhu aku tak lah sampai under estimate orang tu bijak ke tak. Huhu minta dijauhkan. To me, frankly speaking bijak tu vary with different person. Some might have an 'extra intelligent' with his/her expertise. While some either. Apa pun Allah memang jadikan manusia ni semuanya bijak. Bezanya dengan bagaimana dan sejauh mana mereka menggunakan kebijaksanaan pinjaman dariNya dengan sebaik mungkin.'

'Salute! Dah. Lepas grad Masters ni terus proceed PhD. Tak payah fikir panjang. Lepas ni memang boleh jadi lecturer yang ajar motivation and boleh jadi consultant, Dr Nur Syuhadah binti Rahim!

'Hihihihi.. Kau ni Aina... Jauh sangat tu. Jauh lagi kembara masters aku ni sebelum nak proceed dengan PhD. Ohh please lah!'

'Dah, aku nak call hubby aku ni. Kalau sambung bercakap dengan kau, silap-silap sampai subuh esok pun tak habis.' 

'Hihihi...Okey, okey sayang, I tidur dulu okay. Aku set alarm pukul 5.00 am. Subuh almost 6.00 am kan? Sempat rasanya kalau nak qiam.

'Ok. Aku ok je. kalau kau terbangun dulu, tolong kejut aku eh.'

'In Sha Allah.. ok la.. Assalamualaikum. Good night!'

'Wa'alaikumussalam. Moga mimpikan pengiran cinta kau datang melamar kau wahai dinda.'

'Tak yah nak pengiran cinta sangatlah. Dah pergilah call Hubby kau tu. Karang merajuk pulak dia. Kesian Encik suami kau tu kang.'

'Haha.. yelah..yelah...' 


bersambung.....

                                                   ************************************


No comments:

Post a Comment