Wednesday 23 January 2013

CINTA RASULULLAH SAW

Kasih padamu Ya Rasulullah - Hafiz Hamidun





Alhamdulillah, hari yang di tunggu-tunggu telah tiba.! Hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Alhamdulillah.. Yang pastinya dalam sanubari ini begitu mencintai Rasulullah. Mungkin jua masih belum sepenuhnya lagi. Tapi akan ku usahakan untuk menggandakan perasaan kecintaan ini. Mohon kau perkenankan hajat hati ku ini Ya ALLAH.

Nabi Muhammad, Nabi terakhir perutusan ALLAH kepada kita demi menyampaikan ajaran ISLAM. Rasulullah, insan terpuji yang terpilih sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Masya ALLAH, lihat betapa besarnya kuasa ALLAH. Maha Hebat. Mengutuskna Baginda Rasulullah untuk kita semua mengenal Islam. Andai saja Rasulullah tiada, pastinya gelap dan hitamlah kehidupan kita.

Betapa kita seharusnya bersyukur atas kelahiran baginda Rasulullah, yang membawa sinar terindah dalam hidup ini, melalui baginda Rasulullah, kita mengenal ALLAH. Kita mengenal ISLAM dan kita mengenal apa itu IMAN, TAQWA, AKHLAK yang terpuji dan lain-lain lagi.

Malah kita seharusnya berterima kasih kepada baginda Rasulullah, kearna kasih dan cintanya kepada kita semua, umatnya. Ya ALLAH betapa beruntungnya kita sebagai sebahagian dari umat akhir zaman. Jadi, apa yang ditunggu lagi, rebutlah peluang yang ada, kerana kita tidak tahu sehingga bila kita mempunyai masa untuk berusaha meraih syafaat baginda Rasulullah. 

Berselawatlah... jadikan selawat itu sebagai kebiasaan, jangan hanya berselawat tika bacaan di dalam solat mahupun hanya tika memulakan doa dan menutup doa. Hidupkan sunnah baginda. Cintai apa yang dicintai Rasulullah. Salah satu sunnah yang menjadi kebiasaan dari kita (mungkin ada yang tidak sedar bahawa ini adalah sunnah Rasulullah SAW) adalah, mendahulukan yang kanan dari yang kiri. makan dengan tangan kanan, memulakan perjalanan dengan langkah kanan, memberi dan menerima dari tangan kanan. Dan segala yang bermula dari kanan ke kiri. 

Subahanallah.. banyak sungguh kecintaan Rasulullah, jadi, mari kita sama-sama mempelajarinya. Saya akui, saya masih jahil dan masih mencari-cari ilmu tentang sirah Rasulullah. Sungguhpun ada mempelajari sewaktu sekolah dahulu, namun serasanya perlu di cari dan di tambah lagi. Kerana yang pastinya banyak yang sudah terlupa dari yang diingat. Jadi, peringatan ini sebenarnya lebih kepada peringatan kepada diri sendiri dan mengajak anda semua supaya menimba dan menambahkan lagi ilmu tentang Rasulullah SAW kecintaan kita ini. Moga kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan dari ALLAH SWT.

Sungguh, terasa diri ini terlalu sedikit dalam mengenal insan hebat yang di utuskan ALLAH. Marilah kita sama-sama mencari tahu dan mengenal lagi siapa dia insan agung yang menjadi idola bagi setiap muslimin dan muslimat. Belajar mengenai sirah nabi dan seterusnya menghidupkan sunnah baginda. Sekiranya kita mencintai sesuatu hal, akan pasti kita mencari tahu dan bersungguh-sungguh dalam mempelajari setiap kesukaan 'kecintaan' kita itu. Maka, marilah sama-sama menghidupkan Cinta Rasul di hati, moga dengan usaha menghidupkan sunnah baginda, kita bakal beroleh syafaat baginda di Padang Mahsyar nanti. Dan kita bisa melihat sendiri wajah insan yang kita cintai ini. Dan bisa menyertai baginda di Jannah nanti. Ammeenn..






Maaf atas kekurangan, benarlah saya hanya ada sedikit ini saja untuk dikongsi bersama. Apa yang nyata, inilah kelemahan saya. In Shaa ALLAH, Saya mahu menambahkan lagi pengetahuan saya :). Semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment