Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, atas limpah kurniaNya aku masih lagi bernafas saat ini.
Alhamdulillah juga dipanjatkan kerana aku hampir menyelesaikan semester pertamaku.
Macam-macam perasaanku saat ini. Terasa gembira, hiba, terharu dan bermacam lagi. Tidak kusangka aku akan berada di tahap ini. Alhamdulillah, ternyata ALLAH memaqbulkan tiap permintaanku.
Waktu mula-mula nak apply further study dulu, macam-macam halangan. Sampai membuatku terdiam dan hanya mampu berdoa agar ada sesuatu yg indah untukku. Ternyata, ALLAH memperkenanankan permintaanku. Alhamdulillah. Walaupun saat permulaanya kekangan kewangan yang menjadi kebimbanganku. Namun, ALhamdulillah berkat pertolongan ibuku dan abang-abang dan kakak-kakakku, aku berjaya meneruskan pengajian. Alhamdulillah dan terima kasih keluargaku!
Buat ex-boss aku, Dr Maisarah Ahmad, terima kasih Dr sebab banyak tolong saya. Banyak bagi sokongan dan dorongan. Terima kasih sangat-sangat. Buat sahabat-sahabat yang tidak henti memberi sokongan dan dorongan, kalian teramat kuhargai. Terima kasih kerana memberi galakkan serta sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menemaniku saat aku berkeluh kesah.
Untuk rakan-rakan seperjuangan (classmateku khasnya) terima kasih atas jasa anda semua yang sudi memberi tunjuk ajar, sudi berkongsi ilmu dan sama-sama bekerjasama. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kpd Lecturer-lecturer yang sangat baik. Prof Dr Fauzias, Dr Sofiah, Dr Nik Hazrul dan Prof Madya Dr Ezani.
Seronok sangat sebab di sini aku belajar sesuatu yg baru, jmpa kwn2 baru dan jumpe org2 yang baik2 belaka semuanya. I'm so happy. :)
Tak lupa juga buat si dia yang pernah menggalakkan saya untk blajr and sambung master. Terima kasih awak. Saya tahu awak juga mendoakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih. Saya tak kan pernah lupa semua nasihat awak dulu. Terasa pesan-pesan tu masih segar kat telinga saya ni. Bak kata awak dulu, think positive dan berani bertindak. Kena berani dan kuat semangat. Tak boleh lemah-lemah. Masih teringat pesan awak supaya saya menjaga solat, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul, jadi anak yang solehah, jadi Muslimah yang sejati dan awak selalu mendoakan kejayaan saya sepanjang hidup saya. Terima kasih sekali lagi. Jasa awak memang saya tak mampu balas. Hanya ALLAh aja yang mampu membalas setiap kebaikan yang awak lakukan. Yang pasti saya akan ingat semua pesanan awak.
Dulu aku pernah hilang keyakinan diri, tapi sekarang aku sedang mendidik diri agar berani dan terus pandang ke hadapan. kalau dulu aku sering dalam ketidak pastian dan ragu-ragu, tapi si dia banyak membantu. Terima Kasih Ya ALLAh kerana mengutuskan orang-orang yang baik disekelilingku.
Akhir sekali, salam terima kasih dan salam sayang dari diriku buat semua.
Nota kaki: Sedang menginsafi diri dan mensyukuri nikmat yang diberi. Terima kasih Ya ALLAH. Kau memberikan ku pelangi setelah kau beri ku hujan.
No comments:
Post a Comment