Monday 21 May 2012

Diri sendiri

Aku tersedar, aku perasan tentang perubahan diriku sejak akhir-akhir ini. Ternyata aku lebih gemar menyendiri. Terasa sangat seronok dan aku tenang begitu. Tidak perlu mendengar hingar atau perlu melayan perbualan. Aku kira perbualan panjang bisa membuatkan aku terlepas ucap dan bakal mengeluarkan cerita-cerita yang tidak sepatutnya aku beritahu pada insan lain. Kuharap segala cerita dan rahsia itu tersimpan kemas di dalam hati dan biarlah hanya Allah yang Maha Mengetahui, tahu akan isi hati ku.

Lewat ini, aku sendiri merasa aneh akan perubahan sikapku. Kukira aku akan tertawa gembira saat bersua teman-teman dan keluargaku. Agar dapat aku menghindar jauh-jauh tentang rasa hatiku. Yang lebih lagi, aku semakin pasif saat bersama teman yang kurang rapat. Semakin menjadi pendiam dan kurang berinteraksi bersama mereka. Aneh..

Aku seolah-olah jadi seperti pembaris. Tegak dan lurus. Sehingga, ada yang berjenaka pun tidak aku fahami dan lambat untuk 'menagkap' tiap butir bicara yang dikeluarkan. Aneh. Jika dulu, aku tidak lah terlalu 'lurus' begini. Pasti agak pantas juga untuk aku 'menangkap' tiap apa yang diperkatakan. Namun, kini aku menjadi agak serious dan hilang sense of humorku. Normalkah aku? Atau aku memang sedang stress?? Sehingga lawak jenaka pun sukar kufahami??

Nota kaki: Masih merasa aneh dengan sikap semdiri. Terasa seperti mahu duduk di dalam cengkerang siput. Malu!

No comments:

Post a Comment