Wednesday 29 February 2012

February yang berlalu

Alhamdulillah..


Syukur kepada ALLAH S.W.T. Atas limpah kurniaNya, dapat lagi kita bernafas di saat ini.


Hari ini hari yang jarang-jarang sekali ada dalam kaledar masihi. 29 Febuari. :) 2 bulan sudah berlalu untuk tahun 2012. Banyak pahit dan manis yang telah dilalui untuk tahun ini. Walaupun jangka masa 2 bulan itu singkat, namun hari-hari yang berlalu dirasakan cukup panjang.


Benar. Allah tidak akan pernah untuk tidak menduga atau menguji hambaNya. Setiap hambaNya akan diuji mengikut kemampuan hambaNya.


Aku meniti perjalanan yang kurasakan teramat panjang. Akal cetekku sering berkata-kata, sering mempersoalkan itu dan ini. Istifar pnjang saat teringat seolah-olah aku mempersoalkan aturan yang Maha Esa. Bisikan syaitan sering menduga Iman kita. Mengapa syaitan sering berbisik sesuatu yang jahat? Jawapannya mudah. Memang itu sumpahnya untuk menyesatkan anak Adam. Dan syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan anak-anak ADAM.


Jadi sebagai langkah bijak bagi mengatasi masalah ini, kita perlu kembali kepadaNya. Perlu kembali kepada AgamaNya, Perlu kembali menjunjung Al-Quran dan Hadis. Selain mengamalkan Sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W..


Berpegang teguhlah pada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana hanya itulah penyelamat untuk umat Islam. Cekalkan hati dan sentiasa berdoa, mohon agar selalu diberikan petunjuk dan Hidayah. Mohon selalu diberikan ketenangan, mohon selalu diberi kekuatan dalam menempuhi kehidupan. Percayalah, ALLAH selalu mendengar tiap butir bicara, malah setiap gerak hati kita. Berdoa dan berdoa selalu. Merayulah. Kerana Allah sentiasa mendengar dan mengetahui apa yang sedang kita kerjakan. Selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita, baik di dunia mahupun ketika di Alam Barzah serta di Akhirat nanti.


Disamping itu juga, kita wajib menjaga hubungan baik kita kepada Allah. Sekiranya kita semua mahu Allah mendengarkan kita, kita perlu lebih dekat denganNya. Sujudlah. Sujudlah dengan merendah diri. Solat, tutup aurat dengan sempurna, jadi anak yang soleh/solehah, menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga, menjaga alam sekitar dengan baik dan juga menjaga perlakuan, ucapan dan niat juga adalah cara-cara bagi mendekatkan diri kepadaNya.


Jadi sebagai kesimpulannya, kita harus kembali padaNya. Kembali mencintaiNya, kembali merinduiNya dan meletakkan Dia yang tertinggi di hati kita. Rindui juga Junjungan kita nabi Muhammad S.A.W kerana baginda adalah ikon bagi Muslimin dan Muslimat, malah idola yang seharusnya kita contohi dan ikuti. Sesungguhnya Amatlah rugi bagi yang mensia-siakan usia mereka di muka bumi ini. Ingat. hidup hanya sekali untuk kita mengumpul 'markah yang tinggi' bagi menjamin tempat yang selesa (Syurga) kelak. Marilah sahabat-sahabatku, beramallah seolah-olah kita akan mati esok hari, dan bekerjalah seolah-olah kita akan hidup untuk seribu tahun lagi. Marilah kita sama-sama renungkan. Yang baik itu datangNya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Allahualam..





No comments:

Post a Comment