Wednesday 29 February 2012

Aku Fikir??




Aku fikir aku cukup KUAT, tapi aku terlupa yang sebenarnya diriku lemah
Aku fikir aku GEMBIRA, tapi aku terlupa yang sebenarnya hatiku sedang berduka
Aku fikir keperibadianku cukup  BAIK tapi aku terlupa yang sebenarnya keperibadianku jahat
Aku fikir aku ADIL terhadap diriku, tapi aku terlupa yang sebenarnya aku zalim terhadap diriku
Aku fikir aku sedang BAHAGIA, tapi aku terlupa yang sebenarnya jiwa ku derita
Aku fikir aku REDHA, tapi aku terlupa yang sebenarnya aku tidak ikhlas
Aku fikir aku telah BERSYUKUR, tapi aku terlupa bahawa aku seringkali merungut
Aku fikir aku  SABAR, tapi aku terlupa aku seringkali amarah
Aku fikir aku TABAH, tapi aku terlupa sebenarnya aku tidaklah seampuh mana
Aku fikir aku BIJAK, tapi aku terlupa sebenarnya aku bodoh.
Aku fikir jiwaku BERSIH, tapi sayang. Aku terlupa jiwaku kotor penuh dengan debu-debu lagha
Aku fikir aku CANTIK, tapi sayang. Aku terlupa bahawa penampilanku hodoh di mataMu.


Sesungguhnya manusia itu bukanlah siapa-siapa tanpa ALLAH S.W.T. Manusia itu tidak ada yang sempurna, namun manusia dituntut mencari kesempurnaan. Kesempurnaan yang bagaimana?? Kesempurnaan dengan cara MENGIKUT SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA.

Jadi, sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama mencari dan mengejar kesempurnaan yang dituntut dalam Islam. Mari kita berhijrah kepada yang lebih baik dari masa ke semasa. Semoga Allah selalu menjaga kita. Amin.

No comments:

Post a Comment