Thursday 1 May 2014

RINDU KAMU


Rindu kat kawan-kawan..
Nak, nak rindu kat kawan yang dulunya kami tidur sebantal.

Rindu meneman dia shopping..
Rindu nak me'laundry' bersama..
Rindu nak dengar dia bising-bising..
Rindu menangis hanya kerana anak kucing dibaham bapa kucing..
Rindu nak tumpang menangis tiap kali dia bersedih..
Rindu nak ketawa walaupun sekadar terjatuh basikal ataupun lipatan tudung yang teruk..
Rindu nak makan bersama walau cuma makan popia dalam mimpi..

Rindu nak bergaduh walaupun puncanya cuma terlupa nak pinjamkan stokin.
Rindu nak berbual sampai terlena, tertidur..
Rindu bila berhujan bersama..
Rindu meredah jalan bersama..
Rindu nak berpaut lengan bila takut nak melintas jalan..

Dan paling dirindui saat menghabiskan masa bersama..
Dia ingatkan kita tentang solat..
kejut kita..
Dia mengaji Quran..
Secara tak langsung kita ikut mengaji sama..

Rindu juga kala menemankan dia saat sebelum bergelar isteri orang..
Rindu meneman dia mencari barang-barang nak kawen..
Rindu saat dia bahagia menyatakan yang dia bakal menjadi isteri orang..

Buat semua rakan-rakanku.. sahabat-sahabatku..
Aku tak pernah melupakanmu..
Walau kadang kita jarang berkomunikasi..
Tapi aku yakin.. Komunikasi doa itu tetap sentiasa mengalir dari hati-hati kita..
Aku sayang korang.

Salam sayang aku buat kamu semua sahabat-sahabatku.

No comments:

Post a Comment